2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Ulek Mayang, pulanglah ke asalmu..
Saturday, December 11, 2010 posted at 02:59 ♥

Everything went well as planned last night.

Siap masak pukul 10 pagi tepat. 3 jenis masakan saja. Lepas masak, makan. Lepas makan, minta tolong Dana angkat pinggan-pinggan kami dan saya tidur. Saya pula tak tengok kiri kanan langsung terus tidur. Atas meja makan. Eh boleh pula tidur? Oh dasar XD Mengantuk sangat lepas makan tu. Lepas tu bangun pukul 11, cakap dekat Dana, 'JOM PI PEKAN.' Dana pun berkata 'JOM'. Grab car keys, wallet and handset. Lepas tu kami blah.

Sampai pekan, park dekat Milimewa dan jalan kaki saja ke kedai-kedai tujuan kami. Mula-mula ke kedai jahit, lepas tu cari toner, foundation and pelembab Mustika Ratu. Demmit. Lain kali semua barang-barang ni saya cari dekat KK lah. At least dekat KK harga dia reasonable sikit sebab saingan banyak. Mahal gila sini. Beza RM2 at the same quality! Kain yang aku belikan untuk Tari Kirana waktu di Kedah cuma RM1.50 je. Sedap guna kain tu - untuk penari la. Tapi dekat sini sampai RM3.50. Seriously, missing Semenanjung tiba-tiba. Barang-barang murah wth. Maybe dekat KK adalah kot yang murah. Ada tempat berdekatan kawasan 1Borneo. Satu jalan dengan 1Borneo. Not mentioning the foods dekat Semenanjung. Kempunan tekak ai. Ni belum ke luar negara ni. Hahah. Ranau tak payah cakap la. Ranau kaya dengan nature. Bukan syurga untuk mengeluarkan duit. Tak berbaloi. Oh kecuali dekat Kundasanglah kot. Beli sayur segar dekat situ. Bunga ros dekat Taman Bunga pun murah ;)


Lastly, ke library, kembalikan buku saja (thank God tak kena denda!) tapi macam tak sedar diri sendiri pergi grab buku dekat returned books. Buku-buku yang recently borrowed and returned. 3 novels. Quite interesting. Baca sinopsis saja terus ambil. Tapi sampai saat ni saya belum berpeluang belek-belek habis lagi. Nantilah. I have two weeks.

Sampai rumah dalam pukul 1.30 petang. Bersiap-siap, dan around 2.30 the girls semua sampai. Ni mesti main singgah-singgah ni sebab tu lambat. Selalu macam tu. Train lagu walinongsari. Pick up cepatlah diorang ni. Bagus. Dalam masa dua jam je. Tapi kena bagi sharp lagilahhh.. Still macam tahi lembu (?). Jatuh tak serentak (??).

Dah ada puteri tujuhnya! Buat cabutan kertas. Ini dia :

  

Ini waktu show dekat SK Poring itu hari. Saya sengaja tak mekapkan tebal-tebal sebab waktu siang, plus nanti ada orang kena heart attack. HEHEHE. Perkenalkan, Puteri Tujuh ye. 16 years young. Esok train untuk tarian Ulek Mayang. Saya jadi penglipur lara sekejap tentang cerita di sebalik Ulek Mayang. Ah it's good that TV(?) ada tayangkan cerita Ulek Mayang dekat TV so the kids got gambaran juga. Gambarannya, Puteri Tujuh lakonan Elly Mazlien tu bercinta dengan manusia biasa. Itu je lah XD Maybe diorang tak tengok episod awal-awal cerita tu.. Saya pun tak tengok, tapi supposed ada episod di mana watak lelaki tu turun laut kemudian start angau tu kan?

Aku ni, biarpun bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu, jiwa Melayu aku kuat juga sebenarnya. If you want to know, saya bukan sekadar menari tarian dan mengajar sesuatu tarian tu, tapi ada masa saya cari sejarah tentang sesuatu tarian-tarian tu dan saya nak diroang faham apa di sebalik tarian tu barulah ada feel nak menari. Asal dari negeri mana, atau negara mana, atau pengaruh mana, atau ditarikan di mana waktu zaman feudal dulu. Contoh macam tarian Asyik biasanya ditarikan di istana-istana di negeri-negeri utara. Tarian Ulek Mayang berasal dari Terengganu. Ayam didik dari Perlis. Cinta Sayang dari Kedah dan banyak lagi. Contoh macam tarian joget, ada pengaruh dari tarian kebudayaan Portugis.

Cakap pasal Ulek Mayang. Mari tengok lirik lagu yang telah di'cut' dari lagu Ulek Mayang yang sebenar.

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Sekarang ni pun saya guna versi lagu Ulek Mayang yang baru tak baru sangatlah. Versi after cut. Tak silap saya, lagu ni pernah diharamkan di Terengganu kan? Sebab ada unsur pemujaan. Tapi sekarang ni, macam yang saya cakap tadi, lirik lagu di atas ni dah dipotong sekaligus elemen-elemen khurafat dihapuskan supaya bersesuaian untuk dijadikan sebagai satu tarian kebudayaan rakyat.

Aku cerita benda ni dekat budak-budak Tari Kirana tu, diorang semua terdiam sekejap. Mula dah diorang seram-seram nak bawa lagu ni. Dahlah kena perform waktu malam. Heheh. Betullah, lagu Ulek Mayang ni ada jiwa. Tapi jauhnye puteri-puteri bertujuh nak terbang ke Sabah.. :P

Dulu waktu sekolah rendah, salah satu cerita rakyat yang saya selalu ulang-ulang baca adalah cerita rakyat berkenaan puteri-puteri bertujuh ni. Tapi saya dah tak ingat sangat jalan cerita dia. Ending cerita tu lagiiilah tak ingat. Kisahnya tentang Awang, nelayan yang dirasuk hantu laut yang angau sebab dah jumpa puteri laut (makhluk halus yang sangat cantik) dan kemudiannya terjadilah perebutan antara bomoh dan puteri-puteri tersebut. Lagu tersebut tujuannya untuk memujuk puteri supaya lepaskan Awang. Kalau diamati lirik lagu Ulek Mayang ni, lagu ni seakan mentera yang dibaca bomoh, supaya puteri-puteri tu tahu asal usul mereka dan Awang tak sama..

Some would find lirik, irama dan lenggok lagu ni menyeramkan. Well, lagu yang ADA JIWA kan? :P Saya pun kalau datang mood seram, memanglah rasa seram juga. Tapi sebab dah biasa train bawa lagu ni, so kebal sikit dah. Okey dah cukup. Dah tak berani cerita lebih-lebih dah T__T Coward.

Okey, katil dah melambai-lambai tu. Saya nak tidur dulu.

Labels:


4 Comments:

Blogger saiful aizat said...

memang seram pun lagu ulik mayang tu. meremang bulu roma. x_x haunts me since I was 7, or 8? everytime I heard the word ulik mayang, I almost unnaturally hear the song inside my ears.

it's still ringing in my ears now demit.

nway looking good in the traditional clothes C:

11 December, 2010 07:05  
Blogger fara said...

fina,
7 puteri ni based on cite from bukit puteri terengganu kan?
klo tak silap fara, 7 puteri ni sebenarnye puteri bunian kan?
org kate lagu ulek mayang ni berhantu kan! takot dgr sorg2!

11 December, 2010 18:09  
Blogger Fina Sophie said...

saiful aizat,
yeke? @_@ okey sy faham kot. bukan awak je. ramai lg yang rasa mcm tu so u're not alone. hehe.

kalau bukan sbb lagu ni selalu bawa perform, saya pun akan terseram2 kot. hihi. tp time training dgr lagu ni lbh dr 20 kali tiap hari, so mcm seram tu tukar kepada bosan haha :P

that pic? her name is shahliza. my cousin. yeah she's beautiful :)

12 December, 2010 00:41  
Blogger Fina Sophie said...

fara,
yeap. sbb tu ramai yg seram dgr lagu ni. bunyi pun macam memuja kan.

yeap, as far as i know, puteri tu puteri2 bunian. penjaga laut or smthing, sbb tu orang selalu ckp jgn nyanyi lagu ni tepi pantai (tak sure mana2 pntai pun boleh ke or pantai dekat terengganu je), nanti jumpa puteri2 ni. cuma mitos saja, tapi sy pun tak sure btul ke tak sbnrnya. tapi kewujudan mahkluk halus itu betul kan. sememangnya ada dunia lain selain dunia kita.

;)

12 December, 2010 00:50  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish