Poem : Jiwa Boneka.

November 11, 2010

jiwa boneka

aku umpama simpulan rerambut
yang dililiti oleh 1001 akar kehidupan
kusut dalam kejerihan
sesuatu yang bernama perasaan

bila hati mula berbisik
adakah aku manusia itu
yang cekal dalam ketakutan
yang sabar dalam kemarahan
yang indah dalam kepahitan
yang diam dalam kepetahan

bila hati mula berbisik
apakah aku manusia itu
yang resah dalam penantian
yang menangis dalam keriuhan
yang mengharap dalam ketidakpastian
yang kabur dalam erti kehidupan

bila hati mula berbisik
mengapa aku manusia itu
yang menjerit dalam kebisuan
yang berjenaka dalam kesedihan
yang mati dalam kehidupan
yang asing dalam keramaian

impian dipilin
dalam jiwa badan boneka
yang payah dimengertikan.

You Might Also Like

8 comments

  1. fina wat sendri ke?
    sgt best!

    ReplyDelete
  2. fara,
    tak. petikan puisi dari novel. but i manage to memorize every line of it XD

    ReplyDelete
  3. Arief Arf,
    sampai skrg tak faham apa erti 'pilin' tu... haha :D

    ReplyDelete
  4. a? kusut dalam jerih? lol

    sedap puisi ni. jarang jumpe (maybe sebab aku yg jarang baca) puisi melayu yg tak cliché camni

    ReplyDelete
  5. dipilin bukan sama maksud dipintal?
    i guess.
    siap boleh ingat semua tu? wah. :P

    ReplyDelete
  6. kusut,
    kusut dalam keletihan.. XD

    sdp kan? mksdnya terang dan jelas dan telus. tak ada kiasan yg terlalu. sy tak pndai sgt nak menilai puisi tu bgs ke tak but this one is one of my favorite ^^

    ReplyDelete
  7. nur.sa,
    ya u're right! sy baru google td. dlm inggeris mksdnya twist, twisting.. hoho.

    yela.. nak buat sendiri tu tak reti la pula. tp suka baca puisi, suka baca lirik lagu. biasanya kalau suka sgt, akan baca berulang2 smpai TERhafal haha.. :P

    ReplyDelete