Pages

Will you?

Tuesday, November 30, 2010

What will you do, when you lose your pendrive .. or your broadband .. or your laptop .. or even your loved ones.

saya tak tahu kalau ini terjadi dekat semua orang, but I have this kind of anxiety, afraid of losing. my expectation for perfection selalu makan diri. but I can't help..

kalau ada benda hilang or saya tak ingat mana saya letak, mula sekali heart berdegup. tangan menggigil. mula tak tentu mencari. is it normal?

dari tadi saya tak makan apa-apa. saya dah rasa kurang bertenaga. saya nak makan, tapi malas. sebab saya kena masak nasi, kena masak lauk-pauk. sebab kalau tak makan langsung even one bite of bread, saya jadi emosional. tak minum pun jadi emosional. tapi saya sekarang ni tak bertenaga, macamana nak masak? tolonglah masakkan untuk saya..

Olala Tropika!

Sunday, November 28, 2010

Ayam masak merah

credit to Dana tolong bersihkan dan belah dua chicken wing ni. the taste is quite okay. not the best ayam masak merah i've ever tried, but still ada market laaaa. wahahah. texture is so juicy and tender, i hate makan ayam yang isi dia overcooked actually, so this is just perfect. i mean, the texture la, not the taste hehe.


Kubis (or kobis?) goreng kunyit

after tumis bawang, masukkan udang kering. supposed dah ditumbuk tapi tak jumpa mana penumbuk lesung batu. malas nak guna pengisar. aroma yang naik after masukkan udang kering tu, perghhh! hidu sambil makan nasi panas-panas pun selera je LOL. after that masukkan perasa, then masukkan sayur-sayur dan gaulkan sebati. penting - jangan sampai layu, nanti zat hilang, plus tak cantiklah kalau hidang layu-layu. kredit kepada Dana tolong potong sayur dan sambung kerja menggaul.


This could be Tropican Sousage XD

i love this one. lada hijau potong dadu, sosej (patutnya saya potong dadu but nvm), bawang besar potong dadu, tomatu potong dadu dan perasa (lebihkan gula) and that's it, just tumis sekali. simple kan yet delicious. me and dana masak masakan ni sambil nyanyi-nyanyi lagu olala tropika hahaha punya main feel lagi kami.

btw, can't wait for tomorrow!! ♡


Speaking in silence.

*sigh*

orang kata tak baik mengeluh but i still wanna say.. haihhh.. 

not sad, i'm happy with my life now. cuma ada certain part, rasa macam nak mengeluh kalau tiba-tiba teringat. i don't know life could turn out so fast, i don't know hearts could change overnight. okey well actually I KNOW but i still wanna say that i don't know. it's not like i'd never experienced these sort of things, but the last times are always different. we will come up with new experience every time. we will never knew it is coming. so let me.

there's some part in life that no matter how far we've ran away, no matter where life takes us, .. where, at the end of the day, we'll realize that the life we have had before is what we have always wanted. sometimes people will managed to have that second chance, sometimes people just don't.

and after this, i won't ask. i won't say. let everything lies in silent. it's been weird since you're not around anymore, but i'm okey.

let's just smile and say goodbye.

Thanks to all of my 145 followers!

Friday, November 26, 2010

Quite difficult to keep my dietary routine back in track by this time being cuz I am very keen in cooking for lunch lately lepas tu serve sendiri-sendiri (english terabor!). Biasanya tak ambil lunch. Sarapan saja lepas tu tunggu for dinner. Dinner dah disediakan. Cuma sarapan buat sendiri. Just, sekarang ni selalu terlepas sarapan (you know why heh), so can't wait til dinner sebab perut dah berkeroncong. As usual, pagi-pagi lagi rumah dah sunyi. Both ayah and mama busy. Nasib baik sekarang cuti sekolah. Adik-adik semua selalu ada dekat rumah saja. So yeah. Macam ni la jadinya. Makan-makan-makan, back to my old habit. Gosh. For a start, I really need to do fasting (- -").

Siang-siang adik-adik semua dekat rumah but still agak sunyi rumah ni. Semua buat hal masing-masing. Nasib baik Dana is here. Giggling for every single thing. Somebody to talk with. Riuh rumah kalau kami bercakap. Dua-dua jenis suka bercakap macam dunia aku yang punya. How tak senonoh. And, nasib baik internet ada. Nasib baik juga this house have lots of chores to do. Boring as it is, but I would rather bored in doing something than bored for not doing anything. Here and there, tak pernah habis. Good for me though, taklah mati kebosanan. Aih bila nak start kerja ni? LOL. Tengah tunggu waktu yang sesuai. Can't wait. Bila dah start, I dunno if I will have much time main internet. My work will need lots of my time, I HOPE heh.

Saya? Saya cuma gadis kampung somewhere at Sabah, enjoying my home sweet home after years dekat negeri orang, having good time and looking forward for a business where I can be my own boss, and after so many heartbreak now I'm in love with my own life - being a single woman, and well, I love my life the way it is. I've lost almost everything along the way to get here, but as the saying goes, 'you get some, you lose some.'

I've cried every single tears. I know how cruel life could be. I've been through some falling phase of my life. I fell, hard. But I get up, somehow. I managed to overcome every fear, and now I'm standing here knowing that I am worth every trial ALLAH sent me.

Dah terbalik dah. My hair tu supposed to be Dana's original hair, and vice versa XD

Do not mind my teeth. Dari kecil lagi memang dah terkeluar sikit macam tu bila senyum. HAHAHA! Smile with me today!

i LIKE this!

More from Fina's wardrobe.

Sunday, November 21, 2010

okey selesai untuk bulan november ini. expected coming events and important dates pun pada sekitar pertengahan disember (persiapan mula awal disember) so hingga ke penghujung november ini, saya boleh bernafas releks sikit fuh fuh. ah okey. note for myself - malam esok conference YM 100penulis XD

siang tadi ke Kota Kinabalu. everything went well actually cuma banyak benda yang berlaku secara tiba-tiba. hari ini mama dan ayah juga ikut ke KK. termasuk Dana. tak payah tanya, kami berdua memang kaki jalan sikit berbanding adik beradik lelaki. waktu dah lepas Kundasang, orang dari jabatan imigresen telefon, untuk urusan pekerja my mum. ah terpaksa patah balik ke Ranau amik her worker tu. kemudian gerak ke Kota Kinabalu balik, and guess what? saya singgah ke 1Borneo jumpa seseorang yang dah setahun tak jumpa. Waw.. semua orang memang dah makin kurus ke semua ni? mama seronok je saya nak pergi jumpa dia - LOL funny.

i got a surprise. dia bagi ini :

Ferrero Collection

.. for my coming birthday. how thoughtful. dia cakap dia tak dapat nak celebrate sama-sama my birthday sebab dia ada kursus waktu tu. well, saya pun tak harap apa-apa langsung dari dia sebab, among the reason is, even i wasn't there when it was hari dia.

instead of 24 birthday cake's candles, i got 24 coklat dalam satu box mewakili jumlah my coming age. 24 (i'm going to lie about my age after 25 HAHAHA). even birthday tak sampai lagi tapi dah ngap habis semua. family member tolong hehehe. of course lah aku tak mampu nak habiskan seorang-seorang dalam masa yang singkat cuz i'm not really a fan of chocolates - dua hari belum tentu habis.

after 1Borneo, settlekan my own urusan, lepas tu head ke Kota Kinabalu. lunch dulu dengan Dana sebab parents ada hal lain. lepas lunch, masuk Center Point jalan-jalan. parents bagi masa sejam saja. sejam tak pernah cukup tapi okeylah sejam pun jadilah. actually, temankan Dana beli sneakers tapi. tapi. tapi .. saya sempat pergi beli ini ;

adik 22 tahun kata ini heels ROCKSTAR yea yeaah!

God knows macamana susahnya hati I tak dapat nak cari saiz padahal punyalah banyak kasut yang berkenan di hati tapi terpaksa tolak sebab tak sesuai dengan saiz kaki. saiz 4. cantik pun tapi kalau pakai tak selesa, tak ada gunanya tsk tsk. but alhamdullah, kali ni jumpa yang .. agak okeylah. harga pun affordable gila-gila.

dana found her sneakers. kuat benar azam dia nak beli sneakers, pengaruh dari boyfriend lah tu.

last night waktu tengah online, ada somebody ni pergi LIKE status saya dekat FB. urgh.. after all that happened, why did he even care anyway. i just don't think it's right. entahlah. it's just me mungkin. setelah sekian lama, tiba-tiba tanpa sengaja mungkin, dia mengingatkan saya yang sebenarnya even mungkin saya dah mampu tolak tepi kenangan bersama dia, tapi dia sebetulnya masih wujud di muka bumi ni. a simple LIKE on my FB status, but it make me realize that he's still there. ah. why. i checked his profile, and stated there, he's separated with his GF. LOL. GREAT. you know already what's on my mind, right? i know this is crazy. merewang-rewang fikiran ni semalam dengan macam-macam angan-angan tapi terus sedarkan diri. otak penuh dengan 'what if, what if, what if?'. merewang balik, then sedarkan diri balikkkk. haih. why la my mind choose to live in this kind of craziness?? just a simple LIKE and he got all of me. shit. 

it's 1:43 AM. dah letih. salam.


Kuchiwa.

Friday, November 19, 2010

baru sekejap tadi dapat panggilan dari seseorang. tak lama selepas start borak-borak, dia sampaikan satu berita. bukan buruk, bukan berita baik juga. berita yang mengecewakan, mungkin. but still bukan berita buruk. well, at least tak buruk sangat. cuma, kecewa. itu yang paling banyak.

diam saja mendengar penjelasan dia. tak terkata apa-apa. bukan nak buat silent treatment ka apa, cuma nak cepat-cepat terima kenyataan. pahit jugalah nak telan, tapi terpaksa. lama juga saya diam. tapi lepas dia cakap 'helo?' saya sedaya upaya kumpul kekuatan yang ada untuk project suara yang ceria. and saya bagitahu dia, saya faham. i do understand. kecewa saja. saya tak marah. kecewa saja.

ada perancangan saya yang tak jadi untuk hujung tahun ini. but i'll be okey. saya cepat recover. i'm prepared for these kind of things anyway. lebih baik fokus untuk hal esok ;)

New blouse.

Thursday, November 18, 2010

terpaksalah tangkap gambar sendiri
last time keluar dalam beberapa hari lepas, beli legging dan kemeja putih. tadi petang keluar lagi - nak tukar legging sebab perasan legging tu terlebih panjang. rendangnya ai kan? hehehe. susah nak cari pakaian yang betul-betul fit my height iskk. ADA TAK TIPS NAK CARI PAKAIAN UNTUK ORANG MACAM SAYA? T___T atau tips nak alter/rework/adjust baju siap tsk tsk.

so keluar petang tadi ingat nak tukar, tapi sayangnya saiz yang i ada sekarang ni lah paling kecik sekarang ni. uh. banyak masa browsing around here and there (sorang-sorang - macam biasa), and jumpa several clothes yang menarik. masuk fitting room beberapa kali dan decide untuk beli blouse ni. i LOVE this new blouse! selesa gila nak pakai. warna kelabu, tapi nampak macam warna brown ek dalam gambar ni..

bestnya terapi ai ni haha XD

ok bye!

between good or bad. you choose.

family aku tak ada satu pun yang merokok. adik beradik lelaki aku pun tak minat nak merokok, malah tak terfikir pun kot. tapi..... ada tapi. yang bongsu (lelaki) baru-baru ni kena tangkap oleh cikgu dekat sekolah sebab kantoi merokok what the hell. pengaruh kawan punya pasal. ikutkan hati ni, aku memang nak pergi pancung (tipu) satu-satu kepala kawan-kawan dia tu. terbayang dalam fikiran ni tiap kali diorang lepak kawan dia hulur rokok suruh adik hisap. HEH! kalau aku ada waktu benda macam tu jadi, aku sure tak teragak tendang (ini tak tipu) satu-satu kepala orang yang mengajak tu. adik aku pun satu, tak ada kawan yang elok-elok sikit ke nak dibuat kawan? tapi bila fikir balik, at the first place, macam memang tak ada budak-budak lelaki yang elok sikit ke perangai sekarang? semua aku tengok perangai sama je macam hantu. tak guna. adik aku tu ada penyakit asma, sial.

sorry aku tengah marah sebenarnya ni. aku tak boleh nak compromise benda macam ni. apa kena dengan budak-budak sekarang ek. degil bukan main! menyampah gila dengan budak-budak yang baru nak pecah suara tapi dah nak berlagak cool, beli rokok, bawa motosikal keliling kampung walaupun obvious gila masih tak ada lesen sebab for God's sake, form 3 pun tak sampai lagi!

piece of shit. urgh!

aku dah have talk dah dengan dia. in fact, semua dah cakap dekat dia. i know everyone seems blaming you, Pipie, but you know WHY they act like that. saya tau berkasar takkan membantu, sebab tu bila semua orang being harsh to you, i will be the one who will talk to you as soft as possible, and i've tried my best to make you understand. i'd put all my concern into words, and tried to make you, my 13 years old special treasure, to understand. maybe you'll not have the biggest picture at this moment, but as long as you know how to differentiate between good or bad, you'll have enough picture.

kata orang, amalkan memaafkan orang seikhlas hati setiap malam sebelum tidur baru hati bebas dari penyakit-penyakit hati. hati aku ni pun bukannya sihat sangat nak tambah bermacam-macam lagi penyakit hati kan, so satu cara untuk mengurangkan rasa sakit dalam hati ni adalah dengan meluahkan pada dunia apa yang terbuku dekat blog. ni bukan setakat apa yang terbuku ni. ini memang masalah yang perlu ada penyelesaian. and only Pipie can change himself simply by deciding to do so. only him.

if you happen to read this Pipie, do it for your own good. don't break our heart - those who loves you.

Tari Kirana @ Majlis Anugerah SK Poring, Ranau : Prelude ♡

Wednesday, November 17, 2010


silap saya, bukan SK Lohan. Sekolah lain rupanya. SK Poring :P 

sebenarnya, ada seorang kurang ni - Jimah. Sebenarnya dragon ball ada tujuh biji semuanya eh sebenarnya kami ada tujuh orang semuanya XD

shit. muka ai pelik. wakakak. tapi tak apa. muka ai memang sentiasa pelik pun lepas tu bajet tinggi sangatlah tu siap tunduk-tunduk eleh elehhhh 

peace la peace. ayah nampak gambar ni dengan jari macam tu memang kena lah hoho

yes, fina adalah nana 

kami dalam makmal sains sekolah, tumpang mekap dekat situ 

ini adalah gambar self-timer tapi macho kan ini picture ehehehe 

cantik-cantik kan gadis-gadis belasan tahun ini. saya tak sampai belasan lagi, baru 10 tahun. BWEKK. XD jangan ada sesape nak amik hati saya, saya tahu saya memang macam muka baru bangun (memang baru bangun pun fina, kau ingat apa?) HAHAHEHEHOHO 

tahun ni nak amik banyak-banyak offer lepas tu nak buat kostum tarian baru - MUKTAMAD! Moga tercapai. 

tunggu dapat gambar dari kawan lagi, baru post gambar dekat sini ^^ 

boleh LIKE page Tari Kirana di FB sana nanti - baru lagi sebab tu tak dedahkan lagi. sebelum ni buat FB Group (private group) sekarang pindah ke FB Page. i wish dekat FB Page tu ada option 'Performing Arts' (- -")

okey bye. saya mengantuk.

    Sunday, November 14 2010.

    Monday, November 15, 2010

    it's midnight, 15 November 2010. tapi mari anggap hari ini masih 14 November, i insist :P

    sekarang aku selalu buka Gmail je kalau online. apa-apa notification, terus dapat dekat Gmail. blog ada komen, dapat notification. Facebook ada wallpost or picture comment, dapat notification (padahal berapa keratlah sangat gambar dalam Facebook) atau apa-apa saja - macamlah tak kenal Facebook kan. dapat notification juga dari Twitter ada orang follow, selaju mungkin try follow balik. notification dari Formspring ada orang soal, baru buka Formspring untuk tengok soalan, jawap tu insya-Allah HIHIHOHOHEHE. cek chat box dekat blog ..ya buka blog tu selalu, tapi update blog jarang. padan muka blog. kikiki. uh apsal ketawa lain macam ni. Masalahnya, tak lawak pun.

    just .. i missed banyak entri-entri baru dari para blogger kegemaran, saya masih belum blogwalk dekat para-para blogger yang blogwalk dekat blog ini dan siap left comment or message dekat chat box. malah balas comment dekat blog sendiri pun lambat. but by this time i rasa i dah sure balas komen-komen entri. cuma tak berkesempatan melawat blog kalian lagi. minta ampunnn. i have to focus for another thing .. and i just don't feel like socializing much in here, FOR NOW.
    sekarang ni asyik-asyik ada saja nak kena buat. biasanya ada gap dalam beberapa hari saja, buat persiapan dll, dan banyak benda yang clash padahal dua-dua benda adalah penting T___T sekurang-kurangnya, pentinglah bagi saya. tak kisah busy-busy ni, cuma yang tak suka tu kalau clash. rasa macam nak menyumpah je jadinya. jap eh.

    okey. minggu lepas, dalam seminggu saja saya kena ke Kota Kinabalu dua kali ulang alik. jumaat-sabtu tak tidur langsung sebab siapkan kerja sebelum bertolak. petang tadi (ahad), train budak-budak - err actually bukan train kot. tapi refresh balik step-step yang diorang belajar sebab esok kena perform dekat SK Poring. untuk pembukaan dan penutupan Majlis Penyampaian Hadiah. lepas majlis tu tak terus balik rumah, saya kena ke gerai tolong mama masak - mama tengah tak sihat, tangan sakit. she'll be there too, anyway. just untuk perhati. but i'll do all the cooking. ah great. bising ah mama tengok anak dara dia ni masak style bujang hohoho (- -") what to do, tangan yang sakit, bukan mulut :P

    sabtu ini kena ke kota kinabalu lagi. still ada kerja untuk disiapkan sebelum bertolak ke sana. oh my terkejar. kerja banyak lagi nak buat tuuu. within those time, 16 november birthday seseorang pula, tak decide lagi nak bagi apa. dana pula birthday 17 ini. tuan empunya blog awal disember ini. 9, 12, dan 17 disember bakal berulang alik ke Kota Kinabalu. kalau jadi, ada peluang buat performance di Dewan Masyarakat Ranau 18 Disember. sepanjang tempoh-tempoh ini juga, i have to do lottssssss of preparation, termasuk untuk benda-benda yang sedang berada dalam perancangan. juga lots and lots of thing to do. termasuk plan Tari Kirana sejak beberapa bulan lepas untuk tambah ahli kumpulan hujung tahun ni, which, hujung tahun dah tiba, perasan tak? LOL. kenapa tunggu hujung tahun? sebab, cuti sekolah. cehhh.. selepas beberapa bulan, dah start dah Fina ni dengan aktiviti-aktiviti tarian dia. yay!

    okey tapi kena panik, sebab kena buat to-do list ni, baru rasa betul-betul organized. wajib @_@

    i lost my wallet sabtu lepas, lepas tu ada orang jumpa balik. i was so grateful that there's still some honest and kind person out there. aku rasa busy dan tak tidur semalaman tu yang buat aku tercicir kot, tapi masalahnya saya tak rasa pun otak penat. tapi entahlah. memang otak penat kot, cuma saya je tak perasan.. tapi macam tak. heh. broadband hilang lepas tu maka bersedih-sedih lagi dalam hati. punyalah sedih broadband hilang. bukan sebab tak dapat online, sebab rumah got wifi. simkad dah kena bar pun (tapi sebenarnya dah bayar pun, tapi apalah RM68 tu kalau banding dengan harga modem broadband tu.. mahal kottt... - materialistik gila). ceh bukannya materialistik sangat, just, serba salah sebab sebelum ni dah pernah hilangkan broadband - tertinggal dalam bilik hotelllllll wth malas nak ingat balik. lupakan yang tu, kita fokus hal broadband yang sekarang ni. bila perasan hilang tu, tidur malam pun teringat. bangun pagi nak mulakan hari dengan ceria pun bila ingat broadband terus rasa hari dah mendung. time tengah gelak-gelak, ingat dekat broadband yang hilang tu, terus muram balik. saya tau saya memang takut sangat-sangat dekat kehilangan. apa-apa saja yang hilang. boleh kata fobia.

    that's why ringan sangat rasanya badan ni nak melompat sebab dah jumpa balik broadband tu. baru tadi terjumpa secara tak sengaja dalam kotak tisu (- -") dan baru sekarang faham kenapa orang selalu cakap kalau gembira badan rasa macam ringan. that's it. dah rasa dah. errr, Armin, bukan sebab Fina dah kurus (lah sangat) maka bolehlah melompat-lompat. bukannya berat sangat badan dulu isk cepok kan XD

    still tak ngaku otak penat. memang tak rasa penat. ini memang saya. a bit CLUMSY cuz i'm falling in love. LOL. well, i hope i do have short-term memory. aku ini terlalu sukakan kenangan. i would remember it all - always. i wish, sometimes i'll get so clumsy that i might left those memories somewhere behind?

    HAHAHAHA.

    speaking about memories. after years, i met this one senior of mine back then. her name is Yaya. it was a very short meeting but........... erm, nevermind, we'll talk about her in my next entry, or maybe not, or next next next entry hehe.

    okey what else what else what else whatttt... tak ada lagi rasanya. see you later. i'll take lots of pict tomorrow - Tari Kirana is back in action! ^^



    Poem : Jiwa Boneka.

    Thursday, November 11, 2010

    jiwa boneka

    aku umpama simpulan rerambut
    yang dililiti oleh 1001 akar kehidupan
    kusut dalam kejerihan
    sesuatu yang bernama perasaan

    bila hati mula berbisik
    adakah aku manusia itu
    yang cekal dalam ketakutan
    yang sabar dalam kemarahan
    yang indah dalam kepahitan
    yang diam dalam kepetahan

    bila hati mula berbisik
    apakah aku manusia itu
    yang resah dalam penantian
    yang menangis dalam keriuhan
    yang mengharap dalam ketidakpastian
    yang kabur dalam erti kehidupan

    bila hati mula berbisik
    mengapa aku manusia itu
    yang menjerit dalam kebisuan
    yang berjenaka dalam kesedihan
    yang mati dalam kehidupan
    yang asing dalam keramaian

    impian dipilin
    dalam jiwa badan boneka
    yang payah dimengertikan.

    Banner untuk 100Penulis.

    Tuesday, November 09, 2010


    okey banyak masa berada di depan laptop rupanya. i'm at my friend's place. you can say that i'm having my little short vacation here at Kota Kinabalu - second day now, but actually, i'm here for some reason yang saya pilih untuk tak heboh-heboh. orang cakap, benda baik tak perlu nak rahsia, tapi macam yang saya cakap sebelum ni, sampai masa nanti, adalah saya cakap tu.

    sepatutnya petang tadi pergi tengok pantai dengan kawan, tapi hujan. cannot go T_T

    sebab banyak masa depan laptop, saya ambil masa edit banner. masih banner yang sama saya guna dekat 100penulis.com cuma edit sikit dan resize sekecil-kecilnya waduh kecilnyaaa. saya suka yang besar gedabak kalau boleh tapi tak apa. dunia tak terbalik pun. banner ni saya buat sebagai salah seorang editor di //100penulis.com. i love daisies, that's why saya letak bunga daisy dekat situ. sunflower (my favourite flower) tu salah satu contoh bunga daisy la.

    okey for now. letih tiba-tiba.

    edited :

    Blog tetap tempat pelarian utama

    Monday, November 08, 2010

    i wish i could run away
    find some little uninhabited island
    and just spend time there
    day and night for the rest of my live..
    i know that's crazy
    but sometimes the pressure
    and responsibilities of daily life
    leave me so little time and energy
    for spending time for my own self and all the ones i love
    and in my mind,
    that's the most important thing of all
    i love them all so much
    i don't want them to think for a moment
    that they're not my first priority
    because no matter where i am
    or what i'm doing, in my heart,
    i'm on that little island with them
    loving them until the end of time.

    Confession.

    Wednesday, November 03, 2010

    it's not like i don't wanna be here anymore. i love blogging. and avoiding something doesn't always mean that you hate it. it could also mean that you want it, but you just know it isn't right. it feels so wrong to blog when all i wanted to do is to cry. heh. i am strong enough today that i manage to write something tanpa terbawa-bawa dengan perasaan. silly me. i know this is silly. yang patheticnya, aku tak ada sesiapa nak bercakap tentang hal hati dan perasaan. saya nampak saja loud dalam blog. nampak saja rajin update status dekat facebook talking about feelings, tapi di luar, saya macam manusia tak ada perasaan sedih pun ada juga. ada orang kata, saya gelak macam tak ada masalah. dengan panahan mata sedas. it hurts. then am i supposed to cry nights and days macam orang tak berpedoman? my heart memang dari dulu lagi dah start bleeding and it never seems to stop. it's just, i don't show it in my real life. kalaulah orang tahu apa yang tersirat di hati nurani yang paling dalam..

    plus, dengan segala luahan-luahan saya dalam blog, i think people already think that i am weak. it's not!

    okey. i have one or two confession to make.

    truth is,..

    ..i want to stop blogging. but rasanya saya dah banyak kali cakap begini tapi surprise-surprise i'd never stop, so let's laugh ha-ha-ha-ha-hahhh. okey confession yang ini adalah tak berapa serius. saja buat lawak yang tak berapa kelakar. janganlah tensen baca entri-entri saya. hihi.

    first confession, i've made my decision about my love life. i.am.just.not.ready.for.him.yet. full.stop. i do feel bad. tapi saya tak mahu untuk terpaksa memilih antara dua. lebih baik saya tak pilih siapa-siapa. how am i supposed to be happy bila kita tau ada hati lain sedang terluka di atas bahagia kita? yes, it's been almost two fu**ing weeks my ex-boyfriend rayu-rayu nak kembali pada saya. kalau diikutkan hati ini, memang nak menangis juga (erk). saya tahu dia betul-betul menyesal atas segalanya, saya saja yang macam ni. it's not that i don't love him anymore, but, i believe i deserve more. this isn't the first time jadi macam ni. sorry, you had your chance and you blew it. i had lost my faith in you.

    but shit it is. i wanted to text him, i want everything to be back to normal. to give us another chance. cuz despite it all, i know, deep down, he's a very good man. kalaulah saya ada dua hati dan dua life, saya berikan satu hati dan satu life saya untuk dia. it's just, dia selalu tak keep his words. he'll beg at you for anything, then bila dia dapat, he'll left. a good man he is - but when it comes to berjanji, he's always THE MAN.

    mungkin sekarang ni dia sedang mengeluarkan air mata cuba terima hakikat yang saya dah tak ada dalam hidup dia. emm. weird. rasanya dah 6 bulan kami break. awal bulan 5 lagi. baru sekarang dia sedar ke? hehhh. GUYS.

    or.. am i just being ego?

    okey. no more chance. that's it. i still believe there's someone out there for me. i do love my ex, but after two years, i've finally come to this conclusion. i want .. no scratch that word 'want'. i NEED more than him. i NEED the one who plays any music instrument so he can play it to me when i feel like singing or screaming maybe LOL. who can dance with me in the rain. who think my jokes are funny and laugh at it. who thinks my sikap menggelabah adalah comel. all around, the one who i have my whole heart with. seseorang yang saya suka segalanya tentang dia. i don't mind if there's no love. orang kata, when we like everything about him - the way he talk, his skin, his style, the way he laugh - the LOVE will come from the inner you.

    third confession, i might have someone in heart now. but, at the thought of .. takut dikecewakan, takut taken for granted, takut ditinggalkan,.. i would rather watching him silently from afar. such a coward, i know. kalau begini boleh mengurangkan rasa heartbreak, saya rela macam ni. saya dah tak larat nak tempuhi satu lagi kisah cinta yang tidak tahu hujung pangkal dia. why should i give my heart to a man yang belum sah jadi suami saya. dan akhirnya, apa yang tinggal untuk bakal suami saya hanya cebisan-cebisan hati yang dah banyak calar balar?

    nope. i'll do whatever it takes in taking care of my own heart. and to take care of other's heart. fullstop.

    fourth confession, saya nak berpuisi. HAHA. here me go. me jarang berpuisi okey. you are lucky today. anyway, this isn't mine. cuma, ini salah satu sajak yang saya hafal setiap bait perkataan sejak lama dulu. saya tak tahulah kenapa saya masih ingat sajak ni, saya rasa dah bertahun-tahun sajak ni tak terlintas dalam kepala otak. tiba-tiba teringat malam ini.. maybe cuz, it just fits my current situation.

    ketika simfoni merah menerjah tiba
    tibalah saat malam merampas senja
    dan kerinduan mula merantai masa
    lantas ku jejaki dirimu
    mengejar bayang-bayang hitam milikmu
    namun aku terkedu
    hatimu bagai terkunci untukku
    lalu ku cuba menggapai realiti
    biarpun menjejak mimpi
    yang melayar pergi...

    okey jap nak ingat balikkkkk. oh ok -

    ...namun aku tak peduli
    biarpun kesamaran yang ku perolehi
    aku tabahkan hati
    kerana kaulah kekasih hati.

    wow. i'm good. bhahahh!

    fifth confession, saya sebenarnya kurang gemar pada function read-more. read-more di blog orang lain itu saya faham. read-more di blog sendiri, saya tak gemar, jangan tanya kenapa, sebab saya pun tak sure kenapa HAHAHA. anyway, saya dah buang ke laut dah function tu. aku ni memang mudah bosan pada rutin dan kedudukan perabot (??). tiap bulan, ada saja benda nak ubah. kalau tak, menggelupur jadinya. blog ni pun tadi sikit lagi nak ubah template. hiks.

    terakhir, perasan tak saya dah tak guna huruf besar di setiap awal perkataan selepas noktah? not even capslock I. ow it feels gewwwdd - tak tahu apa kaitan, tapi rasa macam ada kaitan - i feel like myself.

    okey. rasa bersalah lagi sekali sebab menghidang entri yang panjang. but by the way, thanks for reading. it means a lot to me.


     
    FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS