2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Money can buy happiness : Books.
Tuesday, October 19, 2010 posted at 23:37 ♥

Tentang hobi membaca.

Saya adalah salah seorang penggemar buku. Bukanlah obses mungkin, tapi tiap kali ke Kota Kinabalu, biasanya akan stop by dekat mall yang ada bookstore. Kadang-kadang, ke Eaton's, selepas tu kalau sempat ke Popular. Kalau tak beli apa-apa pun, still masuk juga untuk tengok apa-apa yang baru. I can spend hours dekat dalam bookstore kalau tak kena tarik keluar okey. Dekat Ranau ni, pergi library saja, tapi, macam yang saya cakap tadi, dah lama tak spend time reading books. Selalu browse dekat internet saja untuk cari bahan bacaan. Advantage rajin membaca, otak kita akan sentiasa berkembang, proses of learning tak akan berhenti. Bila kita stop membuat perkara-perkara yang boleh mengasah otak, tu yang kes nyanyuk awal tu. Mungkinlah. Hipotesis saya. Heh.

Gemarnya saya membaca dan tengok buku banyak-banyak sampaikan waktu sekolah rendah diangkat jadi pengawas pusat sumber di mana, setiap kali kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), saya selalu curi-curi masuk library. Muka ja nampak suci tapi? Eh suci lah tu, pergi library mana ada samseng. Hahaa. I kinda hate sports malah saya takut nak belajar berenang okey gelaklah gelak gelak :D Lepas start aktif dalam tarian, saya anggap tarian itu sukan seni. Lepas perasan berat naik, nak tak nak kena ber-exercise juga. Tapi bukan sukan macam futsal, bola jaring, dan lain-lain itu, tapi setakat jog, sit up, senaman-senaman regangan, aerobik, lipat baju, basuh pinggan, basuh kain dan lain-lain exercise biasa. Apa dia? Oh ha'a lah. Household chores adalah exercise juga bagi saya XD

You know what, tiap kali buat entry yang ala-ala perlu fakta atau sumber atau dengan kata lain, ala-ala ilmiah gitu (wah ini Fina ke), saya tak tulis macam tu saja. I will browse about the subject over the net. Cari maklumat sebanyak mungkin, dan untuk perkataan tertentu, saya akan pastikan saya betul-betul faham apa makna perkataan tu baru saya tahu apa yang saya nak tulis dekat entri nanti. As a writer, we don't simply write, right? Even untuk entri ini pun saya google tentang hobi membaca di kalangan rakyat Malaysia. So I am NOT a total sophist okey HAHAHA. Wow, sounds so serious huh? Yalah, ini kan blog serious. Nothing comical meowhaha.

Oh sebut pasal komik.

Ada tak yang tak suka baca komik? Dulu waktu sekolah rendah, setiap bulan, ayah belikan saya dan adik-adik dua buku komik dan kami akan bergilir-gilir baca. Tekalah komik apa? Sebenarnya DORAEMON. Hahah. Sampai sekarang, my brother masih beli buku Doraemon, sometimes. Dulu Dragon Ball tapi kami semua dah bosan cerita Dragon Ball jadi buku-buku Doraemon tetap menjadi pilihan hati. I tukang baca saja. Tak beli, sebab I kumpul komik lain. Komik yang I beli, diorang pula jadi tukang baca.


Yes, DETECTIVE CONAN! Komik penyiasatan. HAHA even selalunya tak masuk akal, saya suka okey dengan watak Shinichi Kudo tu. Dengan watak bapa si Ran yang kelakar tapi kadang-kadang brilliant tu, dengan kawan-kawan si Conan, Oh I love this comic to bits @_@ Ada lagi dua komik yang saya minat sangat-sangat, maybe tak glemer macam Dragon Ball. Tajuk komik yang pertama tu Dragon Quest atau dalam terjemahannya, Misteri Naga. I love all the characters. Cerita dia cerita-cerita aksi dan perlawanan juga. Kalau tak silap, keluar dekat Malaysia sekali dengan komik Dragon Ball. Yang satu lagi, Ranma 1/2. Wakaka siapa baca/tengok anime/komik ni? Agak tak berapa nak senonoh bagi saya, tapi komik ini sangat amusing okey XD

Kalau nak bincang soal buku-buku yang mencetuskan minat saya untuk terus membaca, dulu waktu sekolah rendah dan menengah, saya banyak baca buku-buku siri kanak-kanak dan remaja terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, contoh macam Nancy Drew, Enid Blyton (terutama Noddy dan Siri Lima Penyiasat - The Famous Five), Hardy Boys..  Saya rasa ada lagi yang saya tertinggal ni. Can't recall their name T___T Tak termasuk buku-buku cerita rakyat. And anyone still remember buku cerita bertajuk Abu Nawas? Abu Nawas described as a witty problem solver. Gosh I baca hampir semua siri cerita tu.

Or probably saya dah baca semua sebab ya you know, ayah saya guru besar dekat sekolah rendah tempat saya belajar dari saya tahun satu sampai tahun enam. Seronok bila kadang-kadang ada buku untuk bekalan pusat sumber sekolah datang, ada tiga empat kotak ayah bawa balik rumah sebentar untuk bagi anak-anak dia baca terutama sayalah. I spent 8 years in primary school sebab saya masuk sekolah awal. Umur 5 tahun dah masuk tahun satu. Saya terpaksa berada dalam tahun satu dua kali dan tahun 4 dua kali supaya umur saya genap 12 tahun untuk ambil UPSR. Semua buku-buku tu, termasuk yang tebal-tebal, saya habis baca sejak tahun 6 lagi. Novel-novel tebal 300-400 pun saya dah habis baca. Dan ada buku-buku tu yang jadi buku favourite saya. Bila bosan sangat dan dah tak ada buku hendak dibaca, saya akan ulang balik baca buku-buku yang saya pernah baca. Even buku sains silibus UPSR saya dah khatam 5 kali baca sampai bosan. Ulat buku sungguh dulu. Dari situ saya develop kemahiran membaca pantas, dan juga mula timbul minat untuk menulis sendiri. I love writing since I'm in year 6, dan my writings selalu dapat tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen atau esei. Ah the good old days, but, no, I tak pandai tulis poem.

Waktu relaks saya yang ideal adalah melibatkan buku. I found this so refreshing -- baring atas my comfy bed, sandarkan badan dekat kepala katil, tutup separuh badan dengan blanket, pasang kipas kuat-kuat, buka tingkap luas-luas bagi angin masuk, dan instead of tidur, saya baca buku OMG heaven!

And I have so many reading habits atau apa-apa habits yang melibatkan buku, yang maybe some of it you might find it ridiculous HAHA. :
  1. Selalu kalau ada flight, dalam handbag dah sedia buku untuk dibaca. Baca tak baca itu perkara kedua, janji ada. Kalau nampak ada orang baca buku sambil tunggu waktu boarding, kalau boleh nak jeling juga tajuk buku yang orang tu sedang baca.
  2. Baca buku sampai tak sedar dah lewat malam, dalam hati cakap 'sikit lagi, sikit lagi' padahal baru habis baca separuh.
  3. Bangga dan puas hati bila bawa keluar buku-buku baru dari kedai. Makin banyak, makin bangga.
  4. Suka hidu bau buku yang baru dibeli
  5. Suka beli buku baru even dekat rak buku sendiri masih ada buka yang belum dibaca atau belum habis dibaca (- -")
  6. Saya suka movie yang adapatasi dari buku-buku. Saya tengok movie dulu, baru baca buku dia. Sebab kalau movie best, buku biasanya jauh lebih best. Contoh, The Time Traveler's Wife & Percy Jackson : The Lightning Thief. Hihi. Oh sorry saya tak tengok lagi Lagenda Budak Setan. Ai tak baca buku tu. Dan oh, saya kurang sikit Harry Potter. Doesn't mean buku itu popular maka semua orang patut suka. Heh.
  7. Terlalu fokus bila baca buku - especially kalau cerita. Serius benci bila kena kacau waktu sedang best baca buku. Kadang-kadang macam tak terasa diri sendiri sedang bernafas waktu baca buku.
  8. Buku-buku ayah yang saya suka saya akan ambil bawa naik bilik dan letak buku tu dekat rak buku sendiri dengan senang hati dan tanpa rasa bersalah.
  9. Kalau buku tu depressing (contoh macam buku Rahsia Perindu by Ramlee Awang Murshid), effect dia boleh sampai berhari-hari.
  10. Tak kisah gelak sorang-sorang dekat tempat awam bila baca part lawak dalam buku (- -") but, being me, saya memang jenis mudah tergelak (yang tak kenal saya mungkin akan sangka saya ada something wrong haha) dan tak kisah tergelak depan orang yang tak tahu apa-apa.. even bila baca esemes XD
  11. Excited bila kenal orang yang pernah baca buku yang sama.
  12. Despite all this, I am still very selective over what I read :) 
    Conclusion, for book-addict, despite what people says, money can buy happiness XD And for book-addicts, there's one website here, www.goodreads.com ;)

    Dari website tu, saya dapat dua quote ni :

    dari Fatima Mernissi:

    'Nature is woman's best friend,' she [Yasmina:] often said. 'If you're having troubles, you just swim in the water, stretch out in a field, or look up at the stars. That's how a woman cures her fears.'

    But Aunt Habiba said not to worry, that everyone had wonderful things hidden inside. The only difference was that some managed to share those wonderful things, and others did not. Those who did not explore and share the precious gifts within went through life feeling miserable, sad, awkward with others, and angry too. You had to develop a talent, Aunt Habiba said, so that you could give something, share and shine. And you developed a talent by working very hard at becoming good at something. It could be anything - singing, dancing, cooking, embroidering, listening, looking, smiling, waiting, accepting, dreaming, rebelling, leaping. 'Anything you can do well can change your life', said Aunt Habiba.

    Apa rasanya selepas baca dua petikan tu, especially petikan yang kedua. Bukankah membaca buku-buku yang bagus itu banyak membuka minda? ;)



    10 Comments:

    Blogger fara said...

    I love reading too!!!
    most of ur list frh minat jugak esp enid blyton! love mysteries novel!

    then macik frh pena cakap klo tak gemar membace mmg ade potensi kene nyanyuk. huhu

    Dear,
    anda kene tag!

    http://clumsyfara.blogspot.com/2010/10/contest-mortar-board-beauty-in-ugly.html

    20 October, 2010 11:19  
    Blogger .s.o.f.i.a. said...

    hardy boys, 5 penyiasat, the famous five, nancy drew..... wow!! aku suka semua!!!

    enid blyton's sampai skang aku layan.... lantak ah cam bebudak ke apa, janji aku suka..... =)

    20 October, 2010 14:32  
    Blogger j4125 said...

    layan buku cerita harry potter?
    or maybe the lord of the ring?
    haha... sy dah abih dah bce sume siri siri 2... skang nak cari siri baru lak... sbb siri hary poter dah tamat..watak hary potter telah dimatikan.. huhu sad ending...
    anyway.. got good book siries for me 2 read...

    21 October, 2010 14:16  
    Blogger Fina Sophie said...

    fara,
    ya tu smua bacaan wktu kecil2 dulu, kan fara. haha. ntah dekat mana dah smua buku2 tu. family selalu berpindah so ntah dah ada kat mana dah buku2 tu smua. huhu X[ syg.

    thanks 4 the tag. dah g tgok dah :P

    21 October, 2010 19:38  
    Blogger Fina Sophie said...

    .s.o.f.i.a.,
    ah me pun lantakla.

    tak pernah nak malu jadi peminat kartun2 disney :) kan cikpia kan... hahahaa

    21 October, 2010 19:52  
    Blogger Fina Sophie said...

    j4125,
    hi j! first time here? :P sbb i kenal smua pengomen2 blog i hahaa. i tak pernah jumpa u :)

    ya heard about watak harry potter yang dimatikan. after dah beberapa buku harry potter publish, tiba2 ending dia watak tu dimatikan.. how sad :(

    21 October, 2010 19:55  
    Blogger afifaa. said...

    waaa... zaman kecik2 memang baca hardy boys, enid blyton segala bagai.

    sekarang, bila ada duit memang habiskan untuk beli novel cintan cintun. hee.

    21 October, 2010 22:47  
    Blogger Fina Sophie said...

    haha.. evergreen kan. oya, novel cintan cintun yg membina : Habiburrahman El Shirazy. he's gewwwwwwwddddddd XD very islamic okey.

    21 October, 2010 23:10  
    Blogger ken said...

    it has been quite some time since i last read a book :)

    14 November, 2010 11:08  
    Blogger Nadia MDG said...

    your post is so funny..haha.. mase skola dulu pun, saye ske curi2 bace buku Harry Potter tapi bwh meja, mase cikgu tgh ajar kat depan..

    14 November, 2010 19:20  

    Post a Comment

    You can freely :
    1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
    2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
    3. Be nice.

    Thanks for simply being here! *love*







    original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish