Pages

Lunch time!

Sunday, October 10, 2010

Ke dapur. Mama sedang masak. Pelik. Serius pelik. Biasanya waktu-waktu macam ni, mama dah tak ada dekat rumah. Lewat petang baru pulang sebab buka restoran (ke gerai? tak tahu beza gerai dan restoran la - -"). Itu satu. Dua, mama masak bukan alang-alang punya masakan. Saya sempat tanya "Ma, ada orang mau datang??". Tiga, mama masak? Well, dah lama gila mama tak masak macam ni untuk family. Ermm..

So I come out with an idea LOL. "Mari makan sama-sama satu family. Lama sudah tidak makan sama-sama."

"Pergilah kemas-kemas. Panggil yang lain."

Saya bawa lauk-pauk tu ke ruang tamu dan kemas meja yang dah lama tak guna. Kerusi meja tu pun dah merata-rata letaknya dekat rumah. Ada dekat bilik Pipie, ada dekat luar. Lepas tu terhairan-hairan sebab kerusi tu dulu tak cukup 7. Keluarga saya 7 orang semua. 6 saja waktu mula-mula beli. Bila tanya ayah, ayah kata ayah panggil kedai perabot tu tambah lagi satu kerusi bagi cukup 7. Ohh.

Ayah telefon Dana, as if Dana bukan dalam rumah yang sama saja. Minta Dana suruh yang lagi 3 orang tu turun makan. Haha. Actually, boleh saja laung panggil, tapi sebab mungkin lagi senang kalau nak call, call sajalah. Saya pun macam tu. Malas nak naik bilik ketuk bilik sorang-sorang. Masing-masing suka diam bilik haih.

Dana orang first turun.

"Hah, ingat turun-turun saja terus makan? Tolong dulu kasi kemas. Ambil sudu. Ambil gelas."

"Shit."

LOL.

Dah siap, cuma ada lagi yang tak masak dekat oven so sambil-sambil tu, online dulu. Tak ada apa pun entri ni sebenarnya hoho.

Anyway, hari ini 10.10.2010 kan? Nice date. 20.10.2010 pun lawa juga. But, for me, kalau dah sampai seru nanti lah kannn, if nak satu tarikh untuk nikah anniversary kan, I think I nak pilih tarikh yang memang cuti umum lah. Cuti umum Malaysia. Tak kisahlah tarikh tak cantik pun. Sebab, years later, kalau nak raikan anniversary tu, kalau kena waktu kerja ke, mestilah penatkann. Nak romantik-romantik sambut anniversary pun dah kurang feel wahahahahahah. Okey cukop. Bye.

2 comments:

  1. eh. betol gak tu kan.
    better amek cuti umum je.KOnpem2 la dpt cuti aritu.
    tarikh cantek pon klo kene ari keje.
    mcm xbest je! hehe~

    ReplyDelete
  2. fara,
    kan? lagi satu point, takda kes lupa tarikh anniversary punya. ingat cuti trus ingat itu tarikh kawen haha :P fara book la tarikh mana2, ngara kita ni banyak cuti umum utk dipilih hehehe

    ReplyDelete

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS