Pages

Listen to me.

Sunday, October 31, 2010

Okey let's play random.

Untuk 3 minggu akan datang, I akan kekurangan my 'drug'.. :(

Saya baru terperasan bahawasanya retro heels yang selama ni saya sangka berketinggian 4 inci adalah rupa-rupanya 5 INCI @_@ The one I pakai ke hulu ke hilir waktu dinner dengan team Innershine di 1Borneo adalah sebenarnya 5 inci. OMG OMG I TAK SEDAR I DAH EXPERT. Hahaha. Saya tersedar waktu tengah susun-susun my heels. Saya letak another 4 inch heels sebelah retro heels tu kemudian terperasan yang retro heels tu lebih tinggi. I am sure 4 inch heels tu bukan 3 inch or 2 sebab I dah biasa 2-3 inch for god sake. Saya pun ambik lah tali pengukur dekat drawer dan bulat mata bila dapat tau it's actually 5 INCH! And no, tak payah terangkan apa perbezaan antara inci dan CM cuz I definitely well aware about it.

About my diet. Dah lebih kurang 4 bulan I'm on my diet. Sekarang ni dah 31 Oktober. Masa sungguh pantas berlalu, bukan? Bulan ni, saya just jaga makan saja. Itupun sometimes I tensen, I mula makan banyak. The last time I update about my weight in my blog, I already reached 49.4 KG right? Pagi tadi, waktu cek berat, I am already 48.8 KG. Well. Padanlah. Saya buat senaman pun hujung-hujung minggu saja. Makan tak berapa jaga. Hanya cukup-cukup untuk sekadar maintain weight. Ahaha. Tapi I am okey with that. Target I sebulan turun satu kilo. Masih tak tersasar. I started with 53 KG what :P Saya nak dapat berat 45KG. Ada dalam 4KG lagi. Sikit lagi, sikit lagi..

Saya memang akan jarang update blog kot sekarang ni. Til one week, or month, or year? Tak tahu *senyum* if I do, I'll share other things, bukan tentang life saya kot. But sometimes I'll be here updating things in my life, most likely, randomly. Just to make you guys are sure I am still alive. Saya tengah banyak benda dalam progress, tunggu saja khabar dari saya, atau mungkin tak. Truth is, saya bukan jenis yang suka bising-bising tentang benda yang saya nak buat, lebih-lebih lagi yang melibatkan hidup saya sendiri atau melibatkan keputusan saya sendiri.

My preloved blogshop, I'll let my one friend to handle it for me. I'll help her for sure, but she'll do the rest.

Saya sedang dalam progress untuk kotakan semua janji-janji saya, just wait ;)

Okey, dah letih menaip. See you later. Don't miss me.

Updating through my N73.

For a happy ending.

Wednesday, October 27, 2010

Saya tak tahu ini entri akan leads ke mana. This evening, staring at the monitor, without a purpose, without a known destination. I'm going to start this. Loosen up my ability to think in an organized way, I let my mind wandering around. 

Remember the time when I told you I LOVE to share things in my life? No, actually I don't. I like, but I don't really enjoy it. I tend to blog about my personal thoughts, most of them are soooo immature I know. The truth is, I don't like people to see that part in me. I don't like it when my friends read my blog. I pray for my english teachers during my primary and secondary school wouldn't read this blog cuz my english are so bad demmit hahaa - and not to mention, suka merojak-rojakkan bahasa.

Who's the real Fina?
When I laugh, I laugh loud like a crazy woman. I pissed off a lot like perempuan psiko, I have my own dislikes and hatred - being so hateful, I might be a ohsoridiculousfinasophie, I am always confused, always excited, always thinking - sometimes I'll get blurred, always changing, and always moving - but the progression can be so slow sometimes sooo fast, but still in my own pace, so yeap, I do change. Well, who doesn't? Things I loath for 10 years might become the things I will love for the rest of my life. Vice versa.  

I am not actually a shy girl, even people tend to see me as pemalu. I am moreee to be pendiam to strangers, I don't talk much unless I'm with my close friends. More likely talk about important things only. I hate gossiping, but  I'll do it sometimes when I get bored - only when I have someone to gossip with and have something to gossip about but biasanya tak ada, cuz now, the only girlfriend I am comfortable to talk anything with is Dana, - she loves gossiping XD but gossip isn't her current subject of interest for now, well you know why? She found a boyfriend. Since she'd passed her big examination two weeks ago, boy-talk really takes place in our conversations. What to do, layan je lah. I'm her only sister XD Ah enough about gossips.

Semakin lama, semakin hilang passion saya dalam berbelog. Oh apa dunia dah buat dekat the old Fina Sophie?? *sigh* Maybe because my life aren't as beautiful as yours *LAUGH* Or maybe I should just stop blogwalk to those blog I adore - Beautiful owner, beautiful life, beautiful love stories, beautiful words, beautiful inside out, beautiful everything.

Yeah I don't blogwalk much, but if I do, I really do. Means, at least I want to have clue of who's the blog owner really is. I can see the beauty of every blog I've been (the owner, the words, his/her life..), and even in every people I met. But why am I so struggling to find the beauty of my own life? Adakah saya tergolong dalam hamba-Nya yang tidak bersyukur? Minta dijauhkan sama sekali.. Saya bersyukur apa adanya, cuma saya sesalkan sesetengah perkara yang saya hilang sepanjang perjalanan saya ke hari ini.

Saya dah stop baca diari-diari lama dan blog lama - Sufilara.blogspot.com. Sebenarnya, bukanlah saya selalu baca, tapi lepas baca - kadang-kadang boleh termenangis seorang-seorang. I'd get through it, anyway. Dah takda dah menangis-menangis baca. Waktu tu, I wanted my old self back, and the memories too. What had done, is done. What had gone, is gone. In Yasin, we're familiar with 'KUN FAYA KUN'. Jadi, jadilah. Right muslims? Apa yang saya buat sekarang sebenarnya adalah, move on. New life. New love. New self. To break away. New self means, jadi lebih sweet, lenyapkan segala perasaan benci yang aku develop selama ini XD Of course, with my own pace. New home and new environment, maybe. Tired with this so-called home. This is supposedly just a house. Benci bila orang mendesak.

If there's any beauty in my life, I doubt if people really want to know about it. Lagi-lagi cerita sedih kita, siapa yang nak tahu? Well, the reason why we set our blog to publicly published mestilah untuk bagitahu orang tentang thoughts kita kan. But who are going to read it anyway? I mean, WHO REALLY WANT TO KNOW ABOUT IT?

Ohmy gloomynya entry ni. Eh taklah gloomy sangat pun. Ini jadi gloomy sebab cuaca tengah mendung (tiba-tiba). I still know how to smile though XD

Everything have it ends. And I am wishing for a happy ending..



Tell me how?

Thursday, October 21, 2010

I should be happily sleeping by now, tapi tak. Mata sepet segar bugar. Just finished FB chat with one of my girlfriend. Line tak okey sebenarnya lepas tu cerita punya cerita dengan dia, line bagus pula. Sekarang dah nak pukul 3 pagi so hampir 3 jam juga kami borak pergh lamanya.

Updating each other. Update sikit-sikit tentang those people around us. Lovey dovey thingy macam biasa. Dan a few new things.. Hehe. Sesi kena confront pun ada juga. Biasalah dia tu. Kalau semua kawan-kawan nak yang menyokong je, bila nak sedar diri.

I tend to think about the past kan. Perasan tak? Saya perasan juga sejak baru-baru ini, but now that one of my friends dah speak out, so it's obvious now - I'm chronic! @_@ So let's revise things up, shall we?

Occasionally, I love to read back all of my diaries. I love to look back to things I am supposed to already get over it but I keep on hurting myself to think about it, which is not good but ironically, I don't mind at all. The main reason I took 4 years to forget my first love is that, I still live in his memories.. well. I was a sad person. Maybe, still am. But he's nothing compare to the current one.. I miss you Armin. Ceh ceh tiba-tiba sangat.

Tengok balik cerita-cerita lama antara saya dan first love, wow, I'm glad I'd get over him. Since? Peristiwa beberapa bulan lepas. Look how things change since 2006 until 2010 then peristiwa Julai hingga ke hari ini @_@ Singkat saja, tiba-tiba this bestfriend datang and things just flow.. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tahun 2010 ini bagi saya segalanya dipercepatkan dan dipermudahkan :)

Tadi that friend cakap saya tend to think about the past, sebab saya tanya soalan yang sebenarnya dah tak relevan lagi untuk hidup yang sekarang ni. Dia orang yang jadi saksi time tu, so saya tanya how orang ni approach yang ni, how, what, when, lepas tu sendiri-sendiri get jealous padahal benda-benda tu semua dah berlalu bertahun-tahun wth FOR GOD'S SAKE, Fina, there's nothing more going on between those two! (- -") I know the fact. Sometimes I found myself so insecure, so fragile inside. Sometimes I love to be such insecure. Sometimes I'll overreact over irrelevant things, and well, I do act like I'm strong, but deep inside, I AM fragile when it comes to hati dan perasaan. And I hate to admit that, that 'sometimes' is actually 'most of the time'. Ergh.

I need you guys punya comment, obvious sangat ke saya terlalu suka pada memories? << Saya suka phrase ni instead of tend-to-think-about-the-past :P And, how to get over my obsession towards memories/the past or what ever you call it malu sebenarnya nak tanya ni. I buang ego I banyak-banyak just to write this entry so, even tak faham pun don't expect me to explain things balik. This topic is far from my liking, to be honest. So.. - just say something, will you? X(



Love is Selfless. Not Selfish.

Wednesday, October 20, 2010

Malas nak edit pic ni
Baru selesai bagi kucing-kucing rumah ini makan. Semuanya 8 ekor dengan bulu yang satu fesyen je dengan yang atas ni. Itu tak termasuk ada dua ekor lagi KALER YANG SAMA JUGA yang baru lahir. Saiz saja yang beza. Ada yang perut besar macam pregnant padahal jantan, ada yang bermata besar, ada yang perut ramping gila *jealous* baiklah sebenarnya tak ada hati nak cerita pasal kucing.

Hari-hari yang sangat membosankan. I stopped watching sinetron CINTA KIRANA sejak semalam sebab watak Raka sangat meruntun jiwa. Dahlah comel, lepas tu dapat watak sedih macam tu. Nanti ai pula yang berdrama depan TV tsk tsk. Eh tiba-tiba teringat dekat S. Sebenarnya teringat S bila tengok cerita Raka (- -") Kirana dengan saya senasib kalau hal berkaitan Raka *dan dan nak kaitkan diri dengan watak cerita*, well, kita kan suka mengkait-kaitkan.. :P

Today is the second day he ignored me. Eheh. Dia tak suka rasanya saya guna perkataan 'ignore' so fine saya letak 'he've been so busy sampai dia TERPAKSA ignore me'. Sampaikan dah tak ada masa untuk saya. Tapi saya faham.

Sedih tapi faham. Tapi sedih. Tapi faham. Nak tukar profession jadi nurse lah, boleh? Muka dah comel, badan dah skinnier. Boleh jadi HOT nurse.


Money can buy happiness : Books.

Tuesday, October 19, 2010

Tentang hobi membaca.

Saya adalah salah seorang penggemar buku. Bukanlah obses mungkin, tapi tiap kali ke Kota Kinabalu, biasanya akan stop by dekat mall yang ada bookstore. Kadang-kadang, ke Eaton's, selepas tu kalau sempat ke Popular. Kalau tak beli apa-apa pun, still masuk juga untuk tengok apa-apa yang baru. I can spend hours dekat dalam bookstore kalau tak kena tarik keluar okey. Dekat Ranau ni, pergi library saja, tapi, macam yang saya cakap tadi, dah lama tak spend time reading books. Selalu browse dekat internet saja untuk cari bahan bacaan. Advantage rajin membaca, otak kita akan sentiasa berkembang, proses of learning tak akan berhenti. Bila kita stop membuat perkara-perkara yang boleh mengasah otak, tu yang kes nyanyuk awal tu. Mungkinlah. Hipotesis saya. Heh.

Gemarnya saya membaca dan tengok buku banyak-banyak sampaikan waktu sekolah rendah diangkat jadi pengawas pusat sumber di mana, setiap kali kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), saya selalu curi-curi masuk library. Muka ja nampak suci tapi? Eh suci lah tu, pergi library mana ada samseng. Hahaa. I kinda hate sports malah saya takut nak belajar berenang okey gelaklah gelak gelak :D Lepas start aktif dalam tarian, saya anggap tarian itu sukan seni. Lepas perasan berat naik, nak tak nak kena ber-exercise juga. Tapi bukan sukan macam futsal, bola jaring, dan lain-lain itu, tapi setakat jog, sit up, senaman-senaman regangan, aerobik, lipat baju, basuh pinggan, basuh kain dan lain-lain exercise biasa. Apa dia? Oh ha'a lah. Household chores adalah exercise juga bagi saya XD

You know what, tiap kali buat entry yang ala-ala perlu fakta atau sumber atau dengan kata lain, ala-ala ilmiah gitu (wah ini Fina ke), saya tak tulis macam tu saja. I will browse about the subject over the net. Cari maklumat sebanyak mungkin, dan untuk perkataan tertentu, saya akan pastikan saya betul-betul faham apa makna perkataan tu baru saya tahu apa yang saya nak tulis dekat entri nanti. As a writer, we don't simply write, right? Even untuk entri ini pun saya google tentang hobi membaca di kalangan rakyat Malaysia. So I am NOT a total sophist okey HAHAHA. Wow, sounds so serious huh? Yalah, ini kan blog serious. Nothing comical meowhaha.

Oh sebut pasal komik.

Ada tak yang tak suka baca komik? Dulu waktu sekolah rendah, setiap bulan, ayah belikan saya dan adik-adik dua buku komik dan kami akan bergilir-gilir baca. Tekalah komik apa? Sebenarnya DORAEMON. Hahah. Sampai sekarang, my brother masih beli buku Doraemon, sometimes. Dulu Dragon Ball tapi kami semua dah bosan cerita Dragon Ball jadi buku-buku Doraemon tetap menjadi pilihan hati. I tukang baca saja. Tak beli, sebab I kumpul komik lain. Komik yang I beli, diorang pula jadi tukang baca.


Yes, DETECTIVE CONAN! Komik penyiasatan. HAHA even selalunya tak masuk akal, saya suka okey dengan watak Shinichi Kudo tu. Dengan watak bapa si Ran yang kelakar tapi kadang-kadang brilliant tu, dengan kawan-kawan si Conan, Oh I love this comic to bits @_@ Ada lagi dua komik yang saya minat sangat-sangat, maybe tak glemer macam Dragon Ball. Tajuk komik yang pertama tu Dragon Quest atau dalam terjemahannya, Misteri Naga. I love all the characters. Cerita dia cerita-cerita aksi dan perlawanan juga. Kalau tak silap, keluar dekat Malaysia sekali dengan komik Dragon Ball. Yang satu lagi, Ranma 1/2. Wakaka siapa baca/tengok anime/komik ni? Agak tak berapa nak senonoh bagi saya, tapi komik ini sangat amusing okey XD

Kalau nak bincang soal buku-buku yang mencetuskan minat saya untuk terus membaca, dulu waktu sekolah rendah dan menengah, saya banyak baca buku-buku siri kanak-kanak dan remaja terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, contoh macam Nancy Drew, Enid Blyton (terutama Noddy dan Siri Lima Penyiasat - The Famous Five), Hardy Boys..  Saya rasa ada lagi yang saya tertinggal ni. Can't recall their name T___T Tak termasuk buku-buku cerita rakyat. And anyone still remember buku cerita bertajuk Abu Nawas? Abu Nawas described as a witty problem solver. Gosh I baca hampir semua siri cerita tu.

Or probably saya dah baca semua sebab ya you know, ayah saya guru besar dekat sekolah rendah tempat saya belajar dari saya tahun satu sampai tahun enam. Seronok bila kadang-kadang ada buku untuk bekalan pusat sumber sekolah datang, ada tiga empat kotak ayah bawa balik rumah sebentar untuk bagi anak-anak dia baca terutama sayalah. I spent 8 years in primary school sebab saya masuk sekolah awal. Umur 5 tahun dah masuk tahun satu. Saya terpaksa berada dalam tahun satu dua kali dan tahun 4 dua kali supaya umur saya genap 12 tahun untuk ambil UPSR. Semua buku-buku tu, termasuk yang tebal-tebal, saya habis baca sejak tahun 6 lagi. Novel-novel tebal 300-400 pun saya dah habis baca. Dan ada buku-buku tu yang jadi buku favourite saya. Bila bosan sangat dan dah tak ada buku hendak dibaca, saya akan ulang balik baca buku-buku yang saya pernah baca. Even buku sains silibus UPSR saya dah khatam 5 kali baca sampai bosan. Ulat buku sungguh dulu. Dari situ saya develop kemahiran membaca pantas, dan juga mula timbul minat untuk menulis sendiri. I love writing since I'm in year 6, dan my writings selalu dapat tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen atau esei. Ah the good old days, but, no, I tak pandai tulis poem.

Waktu relaks saya yang ideal adalah melibatkan buku. I found this so refreshing -- baring atas my comfy bed, sandarkan badan dekat kepala katil, tutup separuh badan dengan blanket, pasang kipas kuat-kuat, buka tingkap luas-luas bagi angin masuk, dan instead of tidur, saya baca buku OMG heaven!

And I have so many reading habits atau apa-apa habits yang melibatkan buku, yang maybe some of it you might find it ridiculous HAHA. :
  1. Selalu kalau ada flight, dalam handbag dah sedia buku untuk dibaca. Baca tak baca itu perkara kedua, janji ada. Kalau nampak ada orang baca buku sambil tunggu waktu boarding, kalau boleh nak jeling juga tajuk buku yang orang tu sedang baca.
  2. Baca buku sampai tak sedar dah lewat malam, dalam hati cakap 'sikit lagi, sikit lagi' padahal baru habis baca separuh.
  3. Bangga dan puas hati bila bawa keluar buku-buku baru dari kedai. Makin banyak, makin bangga.
  4. Suka hidu bau buku yang baru dibeli
  5. Suka beli buku baru even dekat rak buku sendiri masih ada buka yang belum dibaca atau belum habis dibaca (- -")
  6. Saya suka movie yang adapatasi dari buku-buku. Saya tengok movie dulu, baru baca buku dia. Sebab kalau movie best, buku biasanya jauh lebih best. Contoh, The Time Traveler's Wife & Percy Jackson : The Lightning Thief. Hihi. Oh sorry saya tak tengok lagi Lagenda Budak Setan. Ai tak baca buku tu. Dan oh, saya kurang sikit Harry Potter. Doesn't mean buku itu popular maka semua orang patut suka. Heh.
  7. Terlalu fokus bila baca buku - especially kalau cerita. Serius benci bila kena kacau waktu sedang best baca buku. Kadang-kadang macam tak terasa diri sendiri sedang bernafas waktu baca buku.
  8. Buku-buku ayah yang saya suka saya akan ambil bawa naik bilik dan letak buku tu dekat rak buku sendiri dengan senang hati dan tanpa rasa bersalah.
  9. Kalau buku tu depressing (contoh macam buku Rahsia Perindu by Ramlee Awang Murshid), effect dia boleh sampai berhari-hari.
  10. Tak kisah gelak sorang-sorang dekat tempat awam bila baca part lawak dalam buku (- -") but, being me, saya memang jenis mudah tergelak (yang tak kenal saya mungkin akan sangka saya ada something wrong haha) dan tak kisah tergelak depan orang yang tak tahu apa-apa.. even bila baca esemes XD
  11. Excited bila kenal orang yang pernah baca buku yang sama.
  12. Despite all this, I am still very selective over what I read :) 
    Conclusion, for book-addict, despite what people says, money can buy happiness XD And for book-addicts, there's one website here, www.goodreads.com ;)

    Dari website tu, saya dapat dua quote ni :

    dari Fatima Mernissi:

    'Nature is woman's best friend,' she [Yasmina:] often said. 'If you're having troubles, you just swim in the water, stretch out in a field, or look up at the stars. That's how a woman cures her fears.'

    But Aunt Habiba said not to worry, that everyone had wonderful things hidden inside. The only difference was that some managed to share those wonderful things, and others did not. Those who did not explore and share the precious gifts within went through life feeling miserable, sad, awkward with others, and angry too. You had to develop a talent, Aunt Habiba said, so that you could give something, share and shine. And you developed a talent by working very hard at becoming good at something. It could be anything - singing, dancing, cooking, embroidering, listening, looking, smiling, waiting, accepting, dreaming, rebelling, leaping. 'Anything you can do well can change your life', said Aunt Habiba.

    Apa rasanya selepas baca dua petikan tu, especially petikan yang kedua. Bukankah membaca buku-buku yang bagus itu banyak membuka minda? ;)


    Who's Iz?

    Sunday, October 17, 2010

    Saya tahu, sepanjang saya berblog, some of you had seen me fell in love with different guy each time. Lebih kepada fall-in-LIKE kot. And yah, saya pernah couple dengan best friend Armin sendiri - Iz. Well, no matter how good I am at being his best girlfriend, Armin still need a best guyfriend kan? Hihi.

    Oh Iz's so good looking okey. Saya ingat lagi Armin cakap diorang rapat sebab diorang minat genre muzik yang sama. I know this sounds crazy but yeah I terima Iz sebab I saw my first love in him. I was a broken-hearted girl who even dying to embrace my first love's shadow, what to expect? And guess what, relationship tu (it feels so wrong to even call it a relationship - -") last for less than a week saja. Saya tak suka Iz tetapkan syarat tiap malam nak dinner sama-sama as if I got no friends to hang out with, lepas tu saya pergi mana dia nak ikut as if I need a bodyguard. Saya jumpa cousin perempuan yang kebetulan study dekat U yang sama cuma kolej kediaman saja yang berlainan, dia tak percaya. Dia sensitif sangat sebab saya tak bagitahu dia everything and ke mana saya pergi dan dengan siapa. And, did I mention yang his ex-GF hates me? LOL. Part ni paling lawak sebab not me yang kacau BF dia. Dia yang layan BF dia teruk gila sampai BF dia cari lain. Not my fault, plus I don't care. If I care much then I sepatutnya ingat nama ex-GF dia waktu tu, unfortunately, memang aku tak peduli langsung sampai tak ingat.

    Sometimes after we broke up, terserempak dengan dia waktu dekat mall kolej; kolej kami berdekatan jadi dinner mesti terserempak punya, plus we both suka dinner dekat mall. My friends yang tahu about me and Iz, they sometimes ask me to approach Iz. Iz ni sangat pendiam orangnya. He got not much friends. Selalu nampak sedih dan macam sakit. So my friends encouraged me to befriend with Iz, sebab diorang cakap Iz trust me. Iz sanggup buat first move, untuk jadi lebih rapat dengan saya. That's a good sign that he trusted me - at least, he wanted to befriend with me. But I wonder why I never did dan cuma memilih untuk melihat dari jauh saja, di antara lautan orang-orang yang ada waktu itu dan setiap waktu itu. Ohya, he calls me Nana. Tak ramai yang panggil saya dengan panggilan Nana. I don't worry much about him, though. Orang macam dia, senang saja dapat GF. Petik jari saja. I am just one of his ex-GF yang entah apa-apa entah bhahahaaa. Bukti, months later, I saw him with another girl. Lost contact then years after that tercontact balik, he's with another girl. That was my last time seeing him. Lepas tu lost contact macam tu je.

    Saja. Tiba-tiba teringat dekat Iz. Sebenarnya teringat Armin, tapi end up buat entri pasal Iz pula since dah lama Iz tak cross my mind :)

    Dear blog.

    Saturday, October 16, 2010

    Dear blog,

    buat masa ini, biasa-biasakanlah diri dengan tulisan-tulisan tuan anda yang mungkin contains :
    1. Entri pendek-pendek tak macam biasa, panjang berjela.
    2. Lebih banyak gambar
    3. Lori gula berbaris-baris *blush* :P atau mungkin emo tiba-tiba. Kita kena bersedia dengan segala kemungkinan. Kahkah.
    4. Lirik lagu or poem heh.
    5. Cerita tak ada mesej berguna atau dengan kata lain, tiada guna. Uh kasarnya :D
    Saya busy. Cehh. Kononlah. Okey bye.


    Random Pictures

    Friday, October 15, 2010

    Randomity at it's best!


    Rosyam Nor dalam rancangan Bricks Talk Show
    *hotak kau fina*

    Rantai biasa tapi sangat bermakna. Kedua-dua buah rantai ni dibeli pada masa yang berlainan. Yang ada batu-batu tu mama yang belikan dari Taiwan. Dana juga dapat satu, tapi buah bentuk lain. Yang bentuk epal tu (it's actually pink cair in color) beli sendiri sekali dengan Dayah. And later I found out yang Lian, Zetty, dan Dolly pun ada buah rantai bentuk epal tu LOL cuma warna lain-lain. Sebab leher saya tak berapa sedap nak pakai rantai tiap masa, so selalu simpan saja. But sometimes I'll wear this, though. Bila dah timbul rasa rimas (biasanya after 3 days) terpaksa buka balik (- -")

    Pemandangan dari jendela bilik saya. Yang ditutup dengan awan tu Gunung Kinabalu. Biasanya awal-awal pagi waktu baru nak cerah, boleh nampak puncak gunung. Not so lucky waktu saya tangkap gambar ni hehe.

     Nakal ye nakal. Tengok muka tu macam nak melawan dah eleh eleh.


     "Ehem-ehem. Testing testing. Fina, will you go out with me tonight? The fish-ish dish already on serve ehem ehem." LOL Lepas kena cubit tadi you still so naughty ar?

     Fina Sophie got this for free. Check out H E R E! Eh itu link private ek? Ops sorry XD


    Boyfriend Dana bagi Dana. OMAIGOD pulissss hahaha!
    NVM Fina, enough with i-freak-out-my-sister-have-a-boyfriend face. Just trying to be the best sister as I can be haha (- -")

    This is actually 5 inch! @_@ Selama ni saya sangka 4 inch je. Patutlah tinggi semacam T_T





    Entri biasa-biasa : YM

    Thursday, October 14, 2010

    YMed with my bestfriend, Niza. She's doing her master now in UUM. Thanks girl, for cheering me up. Teringat statement dia tentang me and Armin cutest couple waktu zaman kampus dulu. Cutest couple? Comel? Ohmy haha terus terimbas memori silam bagaimana rapatnya saya dan Armin dulu. Sampai kawan-kawan batch kami hampir semua sibuk nak pasangkan sebab nampak serasi sangat kot... :D Yang mati-mati sangka kami pasangan couple pun ada juga. Sampai lali bila orang tanya. Kenangan.

    Anyway, saya perasan satu benda. Life's getting better for three of us. Fiza is engaged and getting married next year. Niza is currently taking MBA and found the love of her life. Me, I think I'd found the man of my life too.. Hehe. Oh satu lagi, Chu. I wonder apa khabar dia sekarang. Saya sangka, dari kami berempat, dia yang akan kahwin dulu.

    After YM dengan Niza, ingat nak tidur terus tapi ada member dari 100 Penulis tegur. Stay lagi. Borak-borak, banyak perbualan kami cakap tentang bahasa. Gelak-gelak lagi. Kawan-kawan saya sangat entertaining malam ni, I wonder why :P

    Life treating me good lately. Alhamdulillah..


    heart Pictures, Images and Photos

    The Biggest Loser : 49.4 KG

    Wednesday, October 13, 2010


    Yeay.. one of the wishlist! Finally reached 4 something. Actually, kalau perut kosong, dapat angka 49.0 tapi bila baru lepas makan, siot ja mesti ada penambahan beberapa point haha. But what the hell. It's finally four. Masih di tahap berjaga-jaga sebenarnya. Sekarang nak kurangkan ke 45kg. Fuhfuh. 45 is my ideal weight for my height. So bolehlah anda bayangkan bagaimana rendangnya aku ni LOL kaki pun saiz 4 atau 5 untuk kebanyakan jenama kampung-kampung bhahahah.


    Bangun dari tidur, tengoh handphone dulu. Bila hari dah cerah, mula buat rope jumping selang seli dengan sit up. Inilah rutin setiap pagi. Lepas tu minum air banyak-banyak, then online tapi sambil berdiri. Mandi dan bersiap, kadang-kadang kalau rajin, petang after tutup kedai pun buat rope jumping juga tapi kalau rajinlah. Biasanya tutup lewat so tak sempat. Lepas tutup terus makan nasi. About makan, saya makan sekali sehari saja. Sekitar maghrib. Untuk elak nafsu makan mencanak-canak tu, selalu sumbat mulut dengan gula getah. Boleh sampai 12 jam gula getah dalam mulut gara-gara nak tahan makan. But actually, tak rasa terseksa sangat pun. Saya sebenarnya kalau teringin sangat nak makan, saya akan makan saja. Saya tak diet teruk sangat. Tapi if keinginan tu masih boleh ditahan, saya memang akan tahan. Mulut kita ni kalau diikutkan sangat, tiap masa pun nak makan, right? Haha.

    Perasan tak saya tengah bagi tips diet? Baik, nak sambung buat household chores *buat muka ala-ala bakal suri rumah berjaya*


    heart Pictures, Images and Photos

    Menstrual painnnn..

    Tuesday, October 12, 2010

    Sakitnya. Dah menggeletar dah jari. Badan seram sejuk. Tapi semangat nak menaip tu yang tak boleh belah langsung tu. Wakaka. Sebenarnya aku kadang-kadang suka bebel waktu tengah not feeling well tak tahulah kenapa. Teringat ubat menstrual pain saya dah habis, ni kena keluar beli ni. Dah macam nak mati ni. Leh pengsan bila-bila masa ni. Sebelum pengsan kena drive ke hospital dulu sebab I'm home alone right now. Sunyiiiiiii (- -")

    Alasan nak keluar drive. Tapi ehh memang sakit okey. Tambah dengan si bestfriend yang sedang sibuk dengan attachment dan research apa entah - can't always be there until 1 week. OR MORE? I don't know. Actually, dia cakap dia akan text sometimes, tapi saya cakap, 'NO NEED. SIAPKAN DULU SEMUA.' Amboi Fina. Understanding lah sangat? But again, we can't have everything, all at once, right. I still can wait (educate diri sendiri untuk jadi penyabar).

    Tapi, rasa macam something is missing sudah. Padan muka. Hari tu kau cakap kau tak nak ganggu hidup dia banyak sangat kan, sekarang hambik.

    So my heart is in pain also. Bleeding ceh ceh overnya. It's okey, dear heart. You still have this blog. Okey bye got to go. Yeah yea nak drive!



    heart Pictures, Images and Photos

    Pernikahan Ain : Part 2

    Monday, October 11, 2010

    Entri bergambar, kesinambungan entri tanpa gambar Pernikahan Ain : Part 1.


    17 September 2010

    Terngiang-ngiang di telinga lagu Truly by Lionel Richie ♥




    Seluruh keluarga Ain, dan ahli baru ;) Lepas ni tunggu Iha pula (baju kuning tudung hitam)
    Ehh. Ter-stress pula tiba-tiba dekat caption yang terakhir. Tunggu giliran Iha ye Fina? Kau tu sebaya dengan Iha (- -")

    Anyway, selamat menempuhi hidup baru Ain! :)

    16 Sept 2010 : Majlis Resepsi Ramzi dan Ana

    Entri bergambar

    ♥ Alhamdulillah bertemu jodohnya ..
    .. berkat kesucian akhirnya terlaksana :P ♥
    Wajah-wajah wajib dalam belog ♥
    AMBIL BERKAT JAP MUAHAHAH ♥
    Yang sebelah tu pun sibuk nak ambil berkat. Orang baru nak ada boyfriend, begitulah perangai. Aku ni tak ada boyfriend, BEGITULAH PERANGAI. Nak senget-senget bergambar pulak daa. Grow up la Fina T_T

    Dengan adik lelaki Nabil Fikrie ♥
    Lagi dengan si Nabil Fikrie
    This is Ana =] ♥
    Moment of truth ceh ceh.

    Ingat entri bertajuk Is that YOU? ini? Well, sekarang semua dah terjawab. Orang yang saya cakap dalam entri tu memang ini orangnya. OMG finally she's one of my family now. Can't believe tapi saya kenalah percaya juga.

    Actually, saya dah sure ini Ana yang memang betul-betul Ana yang saya kenal waktu sekitar seminggu atau dua minggu selepas saya tulis entri Is that YOU? tu. Saya saja-saja tunggu after majlis sanding baru bagitahu kalian pasal ni. Hehe. Waktu tu saya tengah drive balik bila kereta Iji berselisih dengan van yang saya bawa. Bukannya sengaja nak intip-intip. Dah memang kereta orang yang kita kenal, jeling-jeling lah kan. And I saw Ana. Ana my old friend. Tengah atas jalan raya, berselisih pun sekejap saja. Tak sempat pula nak hon ke apa, ke salam-salam sekejap ke. HAHAHAHA. Kan rugi tak pandai jeling-jeling orang sekeliling. Kalau tak, mesti lagi lambat nak tahu.

    Waktu hari keluarga, Ana ada datang. Waktu tu masih pegang title tunang Ramzi (atau actually kami panggil Iji). Waktu pernikahan diorang di Masjid Besar Daerah Ranau lah pun dapat bersemuka. Tapi balas-balas senyum saja. Then waktu hari majlis persandingan dia, barulah dapat berbual-bual. Sebab saya dengan Dylla in-charge untuk urus mekap dan baju pengantin, sambil-sambil tu borak-borak. Anyway, her skin is still the same. Macam baby punya skin. Envy gila. Lembutttttttt je lepas tu tak bermasalah langsung. Congratulations Ana. For your wedding. Err tahniah kulit cantik pun iya juga :P Eh congrates dekat Iji juga.

    Moga kekal hingga ke akhir hayat.. :)


    Funny.

    Sunday, October 10, 2010

    Mesej ke tak mesej, mesej ke tak payah mesej? Call ke tak payah call, call ke tak payah call?

    Genggam telefon - tekan punat handphone laju-laju cari nama dia dalam phonebook. Dah jumpa, tekan punat enter. Lepas tu ibu jari sentuh punat dengan lambang ganggang telefon bila tiba-tiba mula berkira-kira dalam hati. Sampai lampu skrin handphone padam lepas tu tekan mana-mana punat untuk bagi lampu skrin on balik - over and over again, tapi masih tak decide apa-apa. Next thing I know, I dah tekan punat tadi tapi bila sedar laju-laju off balik.

    'Nevermind', I told myself.

    What the.

    Yeah funny. Saya rasa saya ada benda nak cakap, tapi apa.. Saya sendiri pun tak tahu. What's going on with me..

    Lunch time!

    Ke dapur. Mama sedang masak. Pelik. Serius pelik. Biasanya waktu-waktu macam ni, mama dah tak ada dekat rumah. Lewat petang baru pulang sebab buka restoran (ke gerai? tak tahu beza gerai dan restoran la - -"). Itu satu. Dua, mama masak bukan alang-alang punya masakan. Saya sempat tanya "Ma, ada orang mau datang??". Tiga, mama masak? Well, dah lama gila mama tak masak macam ni untuk family. Ermm..

    So I come out with an idea LOL. "Mari makan sama-sama satu family. Lama sudah tidak makan sama-sama."

    "Pergilah kemas-kemas. Panggil yang lain."

    Saya bawa lauk-pauk tu ke ruang tamu dan kemas meja yang dah lama tak guna. Kerusi meja tu pun dah merata-rata letaknya dekat rumah. Ada dekat bilik Pipie, ada dekat luar. Lepas tu terhairan-hairan sebab kerusi tu dulu tak cukup 7. Keluarga saya 7 orang semua. 6 saja waktu mula-mula beli. Bila tanya ayah, ayah kata ayah panggil kedai perabot tu tambah lagi satu kerusi bagi cukup 7. Ohh.

    Ayah telefon Dana, as if Dana bukan dalam rumah yang sama saja. Minta Dana suruh yang lagi 3 orang tu turun makan. Haha. Actually, boleh saja laung panggil, tapi sebab mungkin lagi senang kalau nak call, call sajalah. Saya pun macam tu. Malas nak naik bilik ketuk bilik sorang-sorang. Masing-masing suka diam bilik haih.

    Dana orang first turun.

    "Hah, ingat turun-turun saja terus makan? Tolong dulu kasi kemas. Ambil sudu. Ambil gelas."

    "Shit."

    LOL.

    Dah siap, cuma ada lagi yang tak masak dekat oven so sambil-sambil tu, online dulu. Tak ada apa pun entri ni sebenarnya hoho.

    Anyway, hari ini 10.10.2010 kan? Nice date. 20.10.2010 pun lawa juga. But, for me, kalau dah sampai seru nanti lah kannn, if nak satu tarikh untuk nikah anniversary kan, I think I nak pilih tarikh yang memang cuti umum lah. Cuti umum Malaysia. Tak kisahlah tarikh tak cantik pun. Sebab, years later, kalau nak raikan anniversary tu, kalau kena waktu kerja ke, mestilah penatkann. Nak romantik-romantik sambut anniversary pun dah kurang feel wahahahahahah. Okey cukop. Bye.

    Good night people!

    Saturday, October 09, 2010

    Amazing night. As amazing as before. I can't sleep selagi tak lapor dekat blog. For the first time of my life this year, I feel like I am the most blissful woman in the world. What the hell with those bitches. Yes I lose some, but I win some too.

    I got only 3 hours to sleep, then kena bangun awal bersiap untuk esok ke Kota Kinabalu. Will be a very tiring day, I suppose. Sebab tu kena bangun awal, mekap cantik-cantik, tidur dalam perjalanan, dan sampai saja di KK kena tampil bertenaga biar semua terpikat dan kagum (amboi tinggi angan-angan) dan balik rumah, lepas tu tidur. Yes that's the plan.

    Good night people!

    Mary Kay's Bella Belara and..

    Friday, October 08, 2010

    Wanna see my one and only fragrance I'd ever bought?
    Eu de Toilette Sweetheart Silkygirl - ini je yang termampu
    I tend to have problems with heavily-scented fragrance because they make me sneeze or get a headache, but this one doesn't. Suka dengan bau dia yang lembut, sweet dan tidak keterlaluan. Plus, me actually not a kind of girl yang suka pakai wangian macam ni. Reason why kadang-kadang saya pergi dekat dengan gerai atau kedai yang menjual wangian-wangian ni adalah sebab bentuk botol-botol dia. Always attractive heheheh.

    Attractive sekejap saja. Lepas 3 tahun, dah tak attractive dah.

    Took 3 years, baru sampai takat ni LOL
    Then I found this somewhere in my house :

    Eu de Parfuma Bella Belara Mary Kay
    Bau dia sangat soft. Mama kata, ambillah @_@ Are you crazy? Mestilah ambil. Produk Mary Kay bah tu. Sangat adore barang-barang Mary Kay. Ada lagi produk-produk Mary Kay yang mama bagi. Dan semuanya adalah PUTIH dan PINK. Pink yang sangat lembut, seriously suka sangat-sangat kaler tu. Lebih kurang macam ni pink produk Mary Kay :           Ahah. Tengok barang-barang kecantikan dan mekap ni, tambah-tambah lagi yang jenis mahal, terus tenang je rasa HAHAHA Bakal suami mesti gegar lutut bila baca ni. Okey nak bakal isteri awak cantik macam Jessica Alba atau tak?

    LOL joke. Read my whole writings in this blog to make sure if saya memang perempuan yang high-maintainance ye haha.

    Now tengah pening sikit. Mana aku nak letak barang-barang mekap dan semua botol-botol ni so-called produk kecantikan ni? Gosh merata-rata. My daily use pun entah dah ke mana-mana. How unorganized. Dah mula dah bilik si Fina ni menuju ke arah ketongkang-pecahan dia.

    Aku memang procrastinator terbaik. Tolong brain-wash kan sikit boleh? Selalu macam ni. Ah buat ni dulu la, this can wait. Oh bestnya yang tu, yang sebelum ni can wait dulu lah. I have priority issue sobs. Sampai dekat handset pun display notes dekat standby mode saya tulis 'AVOID PROCRASTINATION' lol kronik.

    Tadi dah pergi kumpul semua dan cek tarikh luput satu-satu. Ada beberapa botol yang dah masuk wastebasket. Memanggg waste. Susah hati pula tengok masih banyak dan botol masih cantik lagi tapi dah terpaksa buang sebab dah sampai tarikh luput :( Okey Fina stop buying thing you don't really wear.

    Tengok, ni pergi taip blog pula padahal tak habis kemas lagi. Huh. Thinking of buying myself a watch. Sepuluh hengget pun cukuplah janji nampak mahal LOL. Even barang harga RM5 pun mestilah kita nak yang terbaik kan? Last time ada watch, waktu 2001. Saya sangat sure sebab saya simpan semua jam-jam lama saya dalam satu kotak. Semua ada kecuali jam waktu saya tahun 6. First watch. Hilang waktu tahun 6 juga. After form 3, dah tak pakai jam. Not sure why.... Mungkin sebab rimas pakai aksesori ni. Anting-anting (di Semenanjung disebut 'subang') pun kadang-kadang pakai lepas tu buka balik. Rantai pun macam tu. Gelang dan cincin pun macam tu. Bila dah start rimas, buka balik haihs.

    Baik, later.

    Among positive people around me.

    Thursday, October 07, 2010

    Semalam conference YM 100Penulis. Saja heboh dekat blog, tak boleh? Ngahaha. Saya tulis status dekat YM, 'Tengah tunggu conference YM, yang lain maaf tak dapat layan'. Sebab saya bukan gemar sangat berYM-YM ni sebenarnya. Zaman chatting-chatting itu sudah berlalu bertahun-tahun yang lepas. Sekarang ni hidup bukan untuk benda-benda remeh macam tu. Eh amboi habis blog-blog ni bukan remeh? Huh? Siapa cakap remeh, blogging is part of my life okey. Biarkan si YM dan si Blog bermonolog sesama sendiri.

    Anyway sorry Bert, about last night, I don't reply your message on YM. Paling malas nak layan bila orang cakap kita sombong :( Robert tu dulu my crush waktu sekolah menengah (ops) HAHAHAHA. Bukan ai je have crush on him okey, dia pun have crush on me at the same time. I rasa sampai sekarang we admire each other :P Uh mampus ai kalau GF dia baca ni haha. Crush saja, too far kalau nak bersama. So much difference and we choose to live our life our own way and pray for each other happiness. So you know we've actually talked about this. Hehe.

    First time conference dengan diorang dari 100penulis. Taklah cukup semua editors, tapi sempatlah berborak dengan some of them. Ya semua friendly, buat lawak pun boleh tahan juga diorang ni. Dahlah aku ni sense of humour terlebih sikit, kerja aku depan laptop terkekek-kekek je. Pantang cucuk sikit dah terbahak. Heh. Told you, saya buat apa pun serious. Ketawa pun memang serius ketawa. Serius. Orang borak, saya ketawa. Itu je lah kerja. Tukang ketawa. HAHA. How I love being surround by positive people.

    And, last night juga after conference, talked with bestfriend on the phone. Antara benda yang kami bualkan, dia bagi teka teki. Remind me to one of my girlfriend. Later I'll talk to you about my girlfriend tu. I bukan benci teka teki tapi sebab girlfriend aku tu la aku jadi fobia dekat teka teki HAHAHA bodoh je alasan. Anyway, bestfriend.. okey fine nama dia Armin. Armin bagi teka teki : Dengan adik ada satu, dengan kakak ada dua, dalam bilik tiada, dalam rumah ada satu, apakah dia? Laju saya jawap, HURUF 'A'. Well, GOOGLE KAN ADA. SEARCH JE LAH hahaha. Told you Min, I'm suck at teka teki tapi suka dengar jawapan-jawapan sebab jawapan teka teki ni biasanya sengal-sengal belaka, kan? (- -")

    Thanks 100penulis, thanks Armin. For cheering me up. These days was a bit hard for me but apparently my mood was so good last night. I laughed a lot. Alhamdulillah, mungkin untuk ganti all those tears I wasted several nights before? LOL.

    And, there's someone. Someone yang I thought I don't know who he really is but dia cakap saya kenal dia. Not sure kenal yang macamana. Samada memang kenal di dunia nyata, atau because of he might be one of my friends on FB or maybe we've talked or chatted one or several times before or he's maybe on my YM or or or ..macam-macam lagi. Boleh buat list. Told you I am bad at guessing. But it's not like takda orang dalam minda yang saya fikir itu mungkin dia, tapi well, sekali lagi I am baddddd at guessing. Never mind, I can wait a lil longer, waiting him to reveal himself bhahaha padahal dalam hati menggelupur nak tahu.

    And not forgetting S. Always the one yang datang bagi ubat. Layan emosi saya. Oh Tuhan, please, be good to him. Dia buat saya risau. Saya cakap dekat dia, take your time (to forget me) but instead dia pulang balik ayat tu. Dia cakap, 'take my time? i spent almost two years waiting for your answer. S yang patut cakap dekat Fina macam tu.' OH HEADACHE HEADACHE. Lain yang saya cakap, lain yang dia jawab.

    To Armin, thanks for this amazing friendship you gave me.. ^^

    Okey got to go. Thanks for reading :)

    31th of July 2010 : Innershine Special Dinner (Updated)

    Wednesday, October 06, 2010

    Uh lama gila baru nak post gambar. LOL. Dah basi agaknya cerita tapi aku kena update jugak neh haha. Ingat waktu aku jadi salah seorang pemenang Innershine contest? Last time aku update tentang hotel tempat saya menginap, TuneHotel di 1Borneo Sabah, which is, 5 Ogos lepas. Pergh. 2 bulan dah berlalu kot. Sekejap saja rupanya masa tu berlalu. Eh baru tahu ke? Haha. Waktu tu masih agak tembam lagi sikittt isk. Okey jangan banyak goreng. Aku tengah dalam mood untuk upload semua gambar-gambar yang sepatutnya aku dah lama upload.

    Waktu on my way masuk, sempat slide down camera untuk tangkap gambar, lupa nak set flash so pic sangat blur tapi yang penting ABANG YANG TOLONG BUKA PINTU ITU MEMANG SUPPORTING GILA SEBAB SIAP PERGI PANDANG KAMERA!
    31th of July 2010, Vinusak Hall, Grand Borneo Hotel
    Taken by Kwasoki Hamada, nick orang yang jadi jurugambar waktu ni
    Waktu ni lah dapat berkenalan dengan Lulu, Beby, Shima dan Adira. You girls cantik-cantik belaka :') Miss you guys so much. Cepat je rapat dengan diorang ni even pertama kali jumpa. Let's meet up again soon girls! Sure happening ^^

    With Shima, Adira and Beby

    Dah penat tulis nama yang sama

    Tetap berempat





    Keep on touch, babes! ;) Okey vavai.

     
    FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS