2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Ikutkan rasa, binasa. Ikutkan hati, mati.
Sunday, September 19, 2010 posted at 02:40 ♥

Tekak rasa kering saja. Padahal atas meja ada berbotol-botol air mineral. Saiz kecil dan saiz besar. Penutup biru dan ada yang putih. Tekak rasa kering mungkin sebab cuaca. Ada waktu hujan petang, tapi panas dia lain macam. Atau mungkin sebab hari ini saya makan banyak benda manis.. *sigh*

Sekarang dah pukul 1.50 AM. Sepatutnya sekitar 1.30 tadi dah tidur sebab sebelum tu dah bersiap-siap mahu tidur. But something happen. Semua orang keluar dari bilik tidur masing-masing. Now everyone dah beransur balik ke bilik, termasuk saya. But it bring tears. Saya rasa macam, saya gagal menjadi seorang kakak yang baik. Gagal menjadi seorang yang kata-katanya diikut sentiasa. Yang nasihatnya akan didengar.

Ya mungkin saya pandai menasihat. Saya boleh jadi seorang pendengar yang baik. Namun sebagai seorang kakak, nyata saya gagal. Terlalu berlembut. Terlalu kasar. Saya tak tahu saya mana satu.

Air menitik *lap keyboard*

Sebagai seorang anak, aku kasihkan orang tua aku. Aku menangis bila mama dengan nada sayu cakap "Lihat anak-anak yang saya besarkan dulu, semuanya tidak bermasalah macam anak-anak yang akhir-akhir. Terlalu dimanja." Aku sendiri tak pasti di mana silap. Sebagai seorang kakak, tangan rasa terpasung dek kedegilan adik sendiri. Kelancangan adik sendiri berkata-kata sangat memeritkan. Aku juga pernah muda, pernah sebaya dia. Aku faham gelodak jiwa umur-umur sebegitu. Tapi aku tidak pernah terlintas untuk campur aduk hal-hal perasaan dengan pelajaran. Bukan sekadar tidak terlintas, tapi sebenarnya tak tahu macamana nak campur adukkan (- -"). Sayang, sebab hati yang itu dah terlalu hanyut. Sayang, dia itu sudah terlalu dilimpahi hampir segala-galanya. Tidak lagi kenal erti jerih perih. Sayang, kasih sayang yang keterlaluan telah memakan diri. Apa yang dihendakkan, semua diberi. Hingga dia fikir dia akan selamanya senang, tidak nampak pentingnya pelajaran.

Dah 2.18 AM. Padahal pukul 5 pagi nanti saya dah kena bangun. Sayup-sayup di luar tangisan adik. Hendak keluar memujuk, saya sudah tidak merasa maknanya lagi. Makin berlembut, makin keras pula jadinya. Aku cuma mahu diam sekarang ini. Biar dulu dia dengan mainan perasaan dia yang tidak akan ke mana itu. Dalam usia 15, dia sepatutnya sudah tahu berfikir. Ada akal. Mungkin tidak matang, tapi dengan PMR yang hanya tinggal dua minggu lagi, apa yang dia lakukan?

Serius. Aku benci. Benci dengan siapa juga budak lelaki yang meracun fikiran adik aku sendiri. Sampai sanggup melawan, sanggup meninggikan suara. She's already crossed the line. SHE HAS ALREADY.

Labels:


5 Comments:

Blogger kata kila said...

sis.. sabar ye :( ya allah, bila baca ni.terus rindu pada kakak sendiri :(

19 September, 2010 03:44  
Blogger nur.sa said...

honestly, sa pernah rs sama mcm fina rasa sekarang. sa kakak pada lima adik. pernah juga menangis sebab mereka. tapi InsyaAllah, setiap masalah tu kita boleh atasi. slow-slow ye fina, kamu kakak yang baik. kakak sama macam ibu mahukan yang terbaik utk adik-adik.

19 September, 2010 08:33  
Blogger fara said...

fina, i know that feeling.
parents expect u to lead.
but adik2 mcm takmo dgr...
bila disuruh ade je nk lwn.
geram sgt!

19 September, 2010 10:41  
Blogger .s.o.f.i.a. said...

me kakak to 8 adik2....... ada yang 'jadi manusia', ada yang cam hampeh...... taktau nak watpa, kata apa....... cuma bley doa they'll change someday......

19 September, 2010 14:05  
Blogger koshary said...

we pray, and the best way is to lead by example.
InsyaAllah one day they will see.

19 September, 2010 18:06  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish