2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Perkara Pertama hingga Keenam.
Monday, July 19, 2010 posted at 09:45 ♥

I just read Yulie's latest entry on her blog. I don't know why but she said something that make me keep on nodding my head LOL keep nodding. No lah. Senyum saja.

Okey baik mari cakap dalam bahasa melayu penuh ya. Ngahahaa. Adoi.

Pertama, tengok berita semalam tentang Mohd Rizal Shaari 33 dan isteri beliau, Norhayu Mat Hanafi 29 (pergh siap ingat umur hahaha). Dapat anak kembar empat wo. Itupun selepas 7 tahun berkahwin dan menunggu. Anak itu rezeki kan? Lihat, itu kasih sayang ALLAH pada manusia yang bersabar. Jadi aku juga harus begitu. Aku, I mean, termasuklah kita semua, mungkin hari ini kita diuji ALLAH dengan dugaan seberat apapun, jadi nanti kita akan lebih menghargai nikmat yang ALLAH bagi. InsyaALLAH :')

Kedua, review dan komen tentang blog aku oleh kawan blogger kita, Faiz. Ada beberapa perkara yang ada sedikit salah faham tentang blog ini, dan saya rasa saya perlu nak justify benda ni sebab kesian dekat blog saya, dia kecil hati sebab disalah erti. Ramai blogger yang baru dikenali akhir-akhir ini jadikan blog ni sebagai  slaah satu blog tempat untuk singgah dan blogwalk, saya tak kisah. Saya cuma nak perbetulkan SIKIT atau bagitahu information yang diorang mungkin tak faham. Saya dah taknak jadi mangsa salah faham dah. Isn't fun at all.
  1. Pada awal-awal isi blog ini, MEMANG banyak tips dan tutorial sebab itu antara entri yang saya pilih dari Sufilara.Com untuk transfer ke Sophiesm.blogspot.com (babai Sufilara.Com, sekarang dah balik ke Sufilara.blogspot.com T_T). Ini blog ke-tiga saya, dan kategori tips dan tutorial adalah sampingan sahaja. Sesungguhnya, ini blog peribadi SEJAK AWAL LAGI dan akan terus jadi blog peribadi. This is why, before you are about to make any review of someone, or some blog, please do some research. Nanti terrrrrprovide information yang kurang tepat. Not fair.
  2. Blog ini tak cukup warna warni ke Faiz? :P I sakit mata kalau liplap-liplap T_T Who cares anyway readers nak datang balik atau tak, (alamak tercakap inggeris) Saya tak peduli pembaca nak datang balik atau tak. Kalau diorang rasa blog saya ini tak cantik maka isinya pasti 100% tak menarik, banyak lagi blog-blog lebih lawa. Pilih pilih. Count me out. Bukan semua blogger ada purpose yang sama untuk berblog, setuju?
  3. Tentang dwi-bahasa itu, ya saya akui dan terima kasih. Occationally (alamak tercakap inggeris lagi), saya cuba untuk menulis dalam bahasa penuh. Sayangnya, ada perkara lebih berkesan diterangkan dalam bahasa melayu, ada perkara lebih berkesan diterangkan dalam bahasa inggeris. Macamana? Saya cuba yang terbaik, apapun.
  4. Tentang font, semua orang ada penilaian yang subjektif. Ada orang utamakan blog entri, ada orang melihat isi-isi di sidebar saja ;) Ada yang kata font blog saya okey. Ada yang kata tak okey. Kita ikut majoriti. Tapi paling penting ikut autokrasi. Autocracy : This is a blog governed by a single ruler who has unlimited power. Kamu sedang membaca blog di bawah blogger diktator sekarang ini. Sila bertendang ehh, BERTENANG.
Baiklah. Nanti aku review balik blog kamu, mahu?

Ketiga, saya rasa blessed menjadi seorang wanita single ewah wanita ke perempuannn. Macam Kak Lyana cakap dulu, aku harap jodoh aku dengan orang yang baca blog aku, boleh? Hanya sebab aku dah malas nak buka diri aku untuk dikenali. Aku tak larat, boleh macam tu? Jadi, baca blog aku saja boleh? Confirm reject. LOL.

Keempat,
saya baru semalam khatam tengok cerita My Name Is Khan. Insaf. Khatam Al-Qur'an? Baru sekali T_T

Kelima, happy Monday you guys :)

Keenam, saya sihat. Kamu apa khabar?

Labels: ,


10 Comments:

Blogger amalmeor said...

Saya suka saja baca blog ini.Tidak pernah kisah apa-apa pun.Begitu juga blog org lain.Itu kan hak masing2.Ikut kreativiti nak hiaskan blog dan apa jenis entri mereka.Kalau yang dah tak sudi nk berkunjung ke blog kita sbb rimas font la,pasal entri la,then bye2 je la kn...

19 July, 2010 10:07  
Blogger nur.sa said...

saya juga sihat.

fina, saya baru perasan 1 thing bila fina sebut pasal blog peribadi. rasa saya lah (correct me if i wrong), fina tak pernah tulis tentang susahnya membuat assignment itu ini, susahnya nak belajar subjek itu ini, never kan? kagum. sebab seingat saya kalau blog tu penulisnya adalah student, sure tak banyak, sikit mesti dia mengeluh dalam blog pasal study. haha.

daku merepek lagi di pagi hari kat blog orang T_T

19 July, 2010 10:09  
Blogger Fara said...

Cite my name is khan sangat best.
Frh pon bru tgk...
The best hindustan movie ever!

:)

19 July, 2010 11:16  
Blogger Fina Sophie said...

amalmeor,
ramai blogger skrg mcm bukan blogger dulu2. byk yang semata2 nak up trafik padahal isi blog ntah apa ntah. tp peduli apa kita diorg. kita, kitalah kan. heee.

amal sihatttt? hehe

19 July, 2010 23:35  
Blogger Fina Sophie said...

nur.sa,
bgslah sihat. alhamdulillah :)

hehe. sy tahu sy tahu! LOL. sy sndiri pun perasan tp sy tak sgka pula ada yg sdr pasal tu. btul sa ckp, mmg jrg. almost never. actly pernah sbnrnya tp kes terpencil. ceh ada juga kes terpencil dkt blog. n selalu juga feel the urge utk tulis ttg tu but i come out write something yg sy rasa lg best nak dicakap. haha. i guess ^^

19 July, 2010 23:43  
Blogger Fina Sophie said...

Fara,
YES. best ever. kalah la kuch kuch hota hai. menyesal selama ni mengagung2kan kuch kuch hota hai.

ada lg satu flm hndstn best. yg millionaire2 tu hee

19 July, 2010 23:45  
Blogger amalmeor said...

yela...skrang ni blogger blogwalking,follow blog org pastu suruh org follow blk then lgsg tak jengah dah ke blog tersebut.apa guna rmai follower tp x bc kan...
yup,kita adalah kita...hehehe~
amal sehat saja...

20 July, 2010 14:52  
Blogger shima said...

br baca post ni. sy suka yg ketiga! hahah. sy pun pernah terpk mcm tu. (",)

21 July, 2010 00:01  
Blogger Fina Sophie said...

amalmeor,
yg pasti, sbb, if diorg blogwalk n maintain trafik, diorg akan cepat dpt earn money. thats why... I GUESS. haha.

21 July, 2010 01:23  
Blogger Fina Sophie said...

shima,
aminnnn.. HAHAHAHAHA :P

mesti kelakar kalau apa yg kita ckp skrg ni jadi kat slh seorang someday. wait ah wait. haha :D

21 July, 2010 01:25  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish