2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Mama ku pulang dari kota.
Monday, July 19, 2010 posted at 17:09 ♥


Sudah cukup empat hari mama di Taiwan kan kan kan?

Ketung ketang dekat dapur sambil Pipie ganti saya jaga kedai sekejap. Saya baru selesai masak untuk makan tengahari waktu ayah balik waktu lunch dari pejabat. Waktu saya sedang set meja makan ;

Ayah : Flight mama delay sampai esok.. aiya..
Saya : Oh baguslah tu (Dalam hati : Sempatlah mama jalan-jalan lagi sehari lepas tu ada tambahan ole-ole hehehehehe walaupun hampa sikit sebab tak berpeluang mak aku rasa masakan aku hari ni. Masakan baru cipta sendiri. Apa tu Fina? RAHSIA)
Ayah : *diam saja sambil berlalu*

Di dapur, kemas sambil masak satu lagi juadah tambahan untuk appetizer. Untuk tambah selera makan. Hoho. Memang selera. Macam lipas kudung buat kerja. Sambil masak, sambil basuh bekas yang dah diguna. Ambil masa kurang dari 15 minit je wahaha bangga. Kau boleh? Saya tahu, sakit je hati orang yang tak suka blog aku ngahaha.

Dalam kurang dari 15 minit tu berketung ketang lagi dalam dapur, sempat fikir. Tak boleh percaya parent aku ni kadang-kadang. Suka tau macam tu. Contoh, beberapa tahun lepas diorang pergi KK (kenapa bagi contoh tahun lepas-lepas punya? Baca habis dulu :D), lepas tu dalam pukul 3 petang parents telefon yang diorang akan sampai malam. Rupanya setengah jam lepas tu kereta dah parking depan rumah. Sengal tak LOL. Tapi lepas tu, jangan harap nak percaya 100%. Kalau parents out of town, kalau ada apa-apa, diorang akan call. Kononnya esok baru balik lah. Tengah malam baru sampailah. Aku iyakan saja. Lepas tu gigih kerah adik-adik pergi kemas rumah SEKARANG semua terus gerak. Ngahahah. Dulu mungkinlah akan sampai ke hujung tertipu, tapi sekarang dah makin besar, dah boleh faham kerut muka macamana kalau serius atau saja-saja nak kelentong or even dari nada suara pun dah tahu. Bila makin tua ni, naluri dan gerak hati punya daya sensor ni makin tajam ceh ceh ceh.

Dari satu sudut berbeza, secara tak langsung ibu bapa (nak bahasa melayu sangat nah amik IBU BAPA) telah mengajar saya sesuatu. Sesuatu yang bernilai dalam hidup. Sesuatu yang saya aware sampai hari ini dan akan datang, insyALLAH. Nak dengar, dengar saja. Tak perlu melawan, malah bagi peluang. Dengar boleh, tapi percaya jangan terlalu. Pilih langkah tunggu dan lihat. Sesuatu yang tiada dalam silibus pendidikan formal kita.

Tapi pesan saya, jangan selalu ambil langkah tunggu dan lihat. Depends on situation. Nanti menyesal. Yet, if ever you realize you dah buat mistake, do not fall, dear. Been there. And I know how it feels. Just don't give up. Ingat saja itu ujian Allah buat kita dan kamu kamu kamu.

Sempat lagi nak buat sesi bagaiii.
.
.
.

Waktu dekat ruang tamu semua kumpul dekat depan TV.

Ayah buat pengumuman selepas tengok handset : Mesej ayah sudah sampai. Kapal mama sudah mendarat mungkin.
Saya : Aik mama balik hari ni juga? Pura-pura sikit untuk terkejut. (Dalam hati : Baguslah sempat mama tengok saya masak apa lepas tu jeles sebab mama sendiri tak pernah masak masakan ni ngahaha memang nak kena pelangkung)
Ayah : Delay sejam *sengih sikit*

Tau dahhhh ngahaha. Flight delay sehari konon, rupanya sejam saja. Comel kan ayah saya. Theehehe. Yang saya paling seronok sebenarnya, nak tengok mama shopping apa. LOL.

Sempat pesan dekat adik-adik : Jangan habiskan lauk tu tau bagi mama rasa HAHAHA.



Nak ulang lagi sekali. COMEL KAN MEREKA. I learnt so much about life, through them and people around me. I've saw all the good and bad things, that keep me who I am today. Merekalah tulang belakang saya, mereka-lah sahabat saya, mereka-lah bahu tempat saya menangis, mereka-lah segalanya. I've done so much mistake in my life, but they are always there, trusting me and keep me right when I feel like there's nothing right left for me :')

From the bottom of my red beating heart; which actually got no bottom, I love you.

Labels:


6 Comments:

Blogger Fara said...

hehe. ur dad mmg comel.

:)

19 July, 2010 17:14  
Blogger wanie said...

fina, kamu ikut muka ayah kamu ye? hehe..

19 July, 2010 20:34  
Blogger Fina Sophie said...

Fara,
walaupun muka dah kedut seribu, tetap paling comel d hati saya dan kami :)

19 July, 2010 23:22  
Blogger Fina Sophie said...

wanie,
lebih kepada ayah. but still ada part mama. hee

19 July, 2010 23:24  
Blogger ❤pupel❤ said...

HEHE mereka posing tu cute la:)

20 July, 2010 16:44  
Blogger Fina Sophie said...

❤pupel❤,
ibu bapa saya sungguh comellll! :)

21 July, 2010 01:27  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish