2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




What I Do Today.
Tuesday, June 22, 2010 posted at 09:10 ♥

Okeh. Let's talk about, what I do today. Dan ah. Mari cakap dalam bahasa melayu pula. Semakin lama makin banyak perkataan inggeris saya alami kesukaran untuk terjemah ke bahasa melayu. Malu nak tunjuk slip exam saya selalu dapat A BM kalau macam ni. Semakin hari, semakin kronik bahasa rojak I (eh tercakap inggeris, bagi I masa eh tercakap lagi LOL)

Hari ni, pergi ke setiap akaun-akaun yang saya pernah daftar dekat dunia internet ni. Dekat Syok.Org, dekat Friendster, Tagged, Myspace. Adoi. Itu tak termasuk lagi yang laman-laman sesawang biasa macam forums, 4shared, Nuffnang, Zwinky (- -"), banyak lagilah. Dalam setahun sejak bertahun-tahun ber-atastalian, mungkin dah berpuluh-puluh laman sesawang (sesawang? nak melayu sangat kan, hambik) saya pergi daftarkan diri. Pulak tu semua guna nama yang sama. Kalau bukan Fina Sophie, Sufilara. Kalau bukan Sufilara, Fina Sophie. Kalau bukan Fina Sophie, finasophie tapi eh samalah kan? LOL. Alamak LOL pulak. Salah-salah. Sebenarnya KDB *Ketawa Dengan Banyak*

Bukan setakat pergi jenguk akaun, tapi siap nak delete. Too much information prov~ ..err maaf typo. HA HA HA. Baiklah kita ulang. Bukan setakat pergi jenguk akaun, tapi siap nak batalkan akaun lagi. Terlalu banyak maklumat didedahkan di sana sini, mula merasa bahayanya. Dahlah baru-baru ni aku pergi cari pasal dekat Facebook kan. Cari pasal pula dengan budak-budak saiko semacam hish rasa macam nak sepak je satu-satu. Bukan cari pasal sebenarnya, menegur saja. Tapi saya tegur buat diorang sakit hati dan kata saya tunjuk bagus pula, padahal niat saya untuk menegur sesama manusia. Cara saya menegur buat mereka rasa saya tunjuk bagus, ah normal lah. Manusia manalah dapat meneka baik buruknya niat seseorang, lagi-lagi yang sengaja butakan mata hati. Tak apa hal itu kita cerita nanti kalau saya rajin.

Dulu saya dah delete akaun Myspace. Saya sebenarnya tak pernah suka sangat dekat Myspace. Buka akaun Myspace pun sebab banyak kawan guna Myspace. Koding dia buat orang macam saya pening. Suka yang ringkas-ringkas saja. Kalau macam dulu, lebih suka Friendster berbanding Myspace dan laman network yang lain. Tapi sekarang ni, Facebook lebihhhhh lagi kemas dan sistematik berbanding yang lain. Polisi Facebook tidak membenarkan kandungan HTML dekat profail tu sebenarnya benda yang bagus juga. Tidak serabut. Kalau hitam/kelabu-putih lagi cantik dan semua orang suka, laaagi sesuai dengan orang yang kurang gemar biru macam saya. Heh.

Tagged? Serius menjengkelkan. Malas nak terangkan macamana saya boleh masuk Tagged. Siapa-siapa yang pernah kena macam saya, tahulah kenapa.

Semakin lama semakin kurang mengemaskini blog, rasa macam bersalah dekat orang-orang yang saya dah hantar undangan untuk akses ke blog privet ni. Musim orang malas berblog agaknya. Ada rakan blog yang tutup blog juga, ada yang menyuarakan hasrat untuk berhenti. Haih. Bagi saya, blog Sufilara.Com ini biarlah terus saja privet. Untuk bacaan saya sahaja, dan beberapa orang tertentu. Bila sampai waktu yang mungkin masih lama lagi, akan ada kejutan buat kalian. Paling penting, ia untuk diri saya sendiri sebab itu yang saya mahu. Saya sedang berusaha untuk itu. Cuma tak tahulah bagaimana penerimaan kalian kan.

Sekarang ini, masa saya banyak diperuntukkan untuk perkara lain. Buat sementara, komitmen mengemaskini Sufilara.Com mungkin akan sentiasa tertangguh. Kalau ada kiriman terkini tu, kira hari yang bertuahlah. Hah :D

Nanti (later).

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish