2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Teman 'Terbaik'.
Tuesday, June 29, 2010 posted at 07:57 ♥

Selepas mereka, dah tak ada lagi yang kawan-kawan yang betul-betul sekepala, yang ada cuma teman-teman yang melukakan. Ya itupun teman terbaik juga sebenarnya. Teman terbaik dalam melukakan. Hambik kamu. Aku dah tak peduli. Sebab ini, jangan mess with me. Once you mess with me, forever you’ll be a mess in front of me. Teman-teman terbaik dalam mengikis duit orang. Teman-teman terbaik dalam mengambil kesempatan. Teman-teman terbaik dalam saling mengata, menikam dari belakang. Tak perlu buat-buat baik dan suarakan konon-konon kau kecewa dengan sikap bangsa kau sendiri padahal kau satu dari jutaan mereka (buat dia). Aku memang nak cakap satu-satu apa semua yang buat aku begini, dan aku tidak akan hold back sampai aku puas hati.

Waktu aku suarakan rasa terkilan aku dalam blog sebab aku terasa disisihkan dari mereka, dia buat balasan balik dalam blog dia, buat-buat innocent dan cakap yang dia 24 jam ingat pada aku, which aku rasa macam helo?? How hypocrite! Saya cakap hipokrit sebab apa yang dia cakap tidak seiring dengan perbuatan. Apa yang dia cakap di depan saya tidak sama dengan apa yang dia cakap di hadapan orang lain. Aku juga ingat lagi waktu dia cakap (waktu tu aku tak respon apa-apa sebab malas nak dengar sendu-sendu, malas nak dengar macamana dia susun ayat untuk tegakkan benang basah), yang dia sure akan lindungi aku sebab aku kawan dia, padahal dia lindungi dan jaga maruah aku ke waktu dia pun ikut turut serta dalam sesi mengata aku? Padahal dia pernah cakap dia jaga sangat hubungan dia dengan kawan-kawan sampai nak ikut mengata pun tak sanggup, nak mendengar lagilah. Now? So fake.

Yap, aku bukan Hasnie Falina yang kau kenal sejak mula dulu sebab hati aku ni sudah bengkak dibuat orang-orang yang mengaku sahabat tetapi rupanya racun. What you give, you get back. Racun kau bagi dan akhirnya racun juga yang kau dapat. Enough said.

For your information, waktu tu tengah malam, dia kata nak jumpa untuk selesaikan salah faham antara kami, dia tak datang langsung. Saya tunggu malam tu sampai hampir pukul satu atau pukul dua. Tak ingat, tapi yang pasti memang dah malam buta. Tunggu punya tunggu dan dia mesej dia kata tak dapat datang sebab ada kerja. Dua tiga minggu selepas tu, saya dapat tahu tentang apa sebenarnya yang dia buat malam tu. Tahu apa kerja dia? Rupanya, rakan-rakan sekutu datang bilik dia ajak mengumpat. Patutttlah waktu tu I feel the urge untuk pergi bilik dia instead of tunggu dia. Tapi, I told myself untuk bersabar dan tunggu. So stupid. Why la aku tak datang je, dan tangkap diorang in action kan? Hehhh. Mesti seronok. Berani kerana benar. Biarlah mereka bertiga pun, biarlah aku seorang pun. Aku tahu di langit mana aku berteduh, aku tahu di landasan mana aku berdiri. Mereka berkata without knowing, STUPIDO.

Itu baru seorang. Yang seorang lagi pula. Aku pernah dengar dia mengadu dekat orang yang aku dah berubah which aku rasa macam pelik. Selama ni bila dia tinggikan suara depan aku (padahal dia lebih muda setahun, dia tak ingat ke status dia) aku bersabar dan langsung tak simpan dalam hati. Bila sekali itu waktu aku drive dalam gelap malam dan dia ada di sebelah bercakap dalam telefon, dia tiba-tiba menjerit kuat. Luruh jantung aku, ingatkan ada apa dekat depan. Dahlah jalan gelap semacam kan. Selama ni mungkin aku diam sebab anggap itu adalah sebahagian dari diri dia dan aku terima diri dia seadanya, tapi time tu sebab terkejut sangat, spontan aku tegur dia, dan jelaskan dia dah buat aku terkejut. Itupun seingat aku nada teguran aku baik saja. Itulah first time aku tegur dia direct sepanjang kenal dan sampai kolej saja, belum sempat matikan enjin, dia buka pintu dan blah. Aku tak faham apa yang dia tak puas hati sangat. kadang-kadang fikiran aku cakap dia kata aku berubah sebab;
  1. Gaya hidup berubah, sebab waktu dekat kampus, saya ada kereta.
  2. Penambilan berubah, sebab rebond rambut.
  3. Macam biasa banyak berbelanja, dia kata aku boros. Tapi sebenarnya mungkin dia tak aware, aku berbelanja ikut apa yang family mampu. Kemampuan masing-masing kan berbeza. Macam juga keluarga berjakuzi padahal jakuzi bukannya penting sangat tapi sebab terlebih mampu, maka adalah. Terkilanlah. padahal aku tak pernah nak menunjuk-nunjuk.
  4. Aku sedang berhadapan dengan perkara lain yang lebih serius, buat aku banyak menumpukan lebih banyak masa untuk diri sendiri. Setiap kali aku di bilik atau keluar berseorangan, itulah sebenarnya masa aku untuk cuba menenangkan fikiran.
  5. Dan paling akhir, sebab aku sedikit demi sedikit dah berani stand up for myself against my own friends. Aku dah puas mengelak dan penat berhadapan dengan manusia-manusia yang ingat diri dia tu pandai sangat dan suka memandang rendah pada kebolehan orang lain.
Sekarang ni, boleh pula orang tu try nak buat-buat baik. Aku taklah nak jadi kejam sangat sampai tak layan langsung. Kerana diorang pernah menjadi seorang sahabat dalam hidup aku, maka aku boleh lagi bertolak ansur. But, semua sampai situ saja. Aku tak benci, aku cuma tak peduli. Aku tak peduli.

Itu salah satu contoh dari banyak-banyak benda yang dah berlaku. Yang itu adalah kemuncak segala kesabaran aku, dan macam yang aku dah cakap, CUKUP. Dah cukup. Selama ni aku berdiam diri, dan bersabar. Menunggu semuanya kembali macam biasa, walaupun aku sendiri tak tahu kenapa dan apa yang dah terjadi. Aku ni terlalu merendah diri dan terlalu membiarkan sampai orang ingat orang boleh pijak kepala aku kot. Heh. But don't worry, apa yang dah terjadi bagi aku pengajaran yang cukupppppp bagos. Apa-apa yang terjadi selepas ni, I'll stand up and fight even itu kawan aku sendiri. Atau sekurang-kurangnya aku akan lebih berhati-hati dalam memilih sahabat. Percayalah sahabat, aku tak akan lupakan apa yang terjadi. Saat aku dalam kesedihan, kau aniaya aku dan berkata yang bukan-bukan tentang punca kesedihan aku. Kau punya hak sendiri untuk rasa menyampah. Kau berhak atas semua perasaan kau. Aku tak masuk campur. Aku cuma hanya akan makin menjauh dari hidup kau sebab aku memang dah tak kisah langsung. Opposite love isn't hate. It's ignorance. Now I've come to this stage.. Stage of ignorance.

Ah entahlah aku cakap apa ni. Apa yang terlintas, itulah yang ditaip. Tak tahu kamu boleh faham ke tak. Okeylah bye. Nak mandi.

Aku tak publish entri ni dalam Sophiesm. Those people read my blog. Ke aku patut publish? Heh :)

Labels:


2 Comments:

Anonymous yuyul said...

Salam Kak Fina. Jangan public kan entri nie. Agak bahaya kottt.

29 June, 2010 15:14  
Anonymous AuraFIza said...

I know how u feel, dear..
Kadang-kadang bila kita terlalu jaga hati kawan, macam ni la jadinya..
Banyak2 sabar k..

29 June, 2010 22:49  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish