2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Surprise surprise!
Friday, May 07, 2010 posted at 17:56 ♥

Sudah 75% mengemas bilik erk bukan ka dah berhari-hari balik? Fine, malas. Haha. 3% lagi kena simpan beberapa helai pakaian atas katil ke dalam almari, 2% lagi kena keluarkan isi barang dalam beg dan letak barang-barang tersebut di tempat yang betul, mungkin ada dua tiga helai sampah bahahah beg perempuan. 4% lagi kena susun barang-barang untuk kegunaan persembahan yang saya sengaja sepahkan atas lantai bilik, dan letak balik atas almari kat wardrobe atas. Ruang khas untuk barang-barang persembahan. 3% lagi kena buang kotak-kotak berisi sampah, 3% lagi kena check out the room tengok susunan barang mana yang tidak kena atau perlu diubah. Lagi 10%? Kena basuh kain. Apasal banyak sangat peratus dia sampai 10%? Sebab perlu banyak iltizam untuk menyempurnakannya kahkah.

Today, turun dari bilik lebih lewat dari biasa. Waktu turun, ayah, Kili dan Adi dah nak gerak ke masjid to perform Solat Jumaat. Waktu ayah dah balik dari Solat Jumaat, saya dan Dana bersiap, sekali dengan Adi, ikut ayah yang nak pergi masuk pejabat and he dropped us dekat Pekan Ranau. Adi bawa haluan sendiri. Saya dan Dana pergi tingkat atas Bangunan Pasar Ikan dan di situ bersusun kedai-kedai jahit wahhh. Dana yang bawa saya ke sini. Kami ingat nak sewa baju kadazan untuk performance tarian etnik sabah, dan saya juga nak sewa baju untuk saya sendiri. Untuk performance juga. Nak tempah, tapi mama kata jangan dulu. Rate minta jahit sekarang ni agak mahal sebab Pesta Kaamatan tidak lama lagi bermula. Jadi, sewa sajalah dulu. RM40 per one. Ingat, mau sewa yang sudah sedia siap tapi saiz dan style yang memenuhi citarasa tiada. Lebih-lebih lagi citarasa si Dana ni. Dia nak baju tidak berlengan lepas tu skirt pendek. Mama tahu, tidak apa lagi. Kalau ayah tahu? Kau jawab sendiri la Dana.

The tailor kata, dia boleh tolong jahitkan baju ikut saiz kami dan rate sewa tetap sama. So after done measuring, saya dan Dana singgah minum di restoran, kemudian pergi lot kedai mama di kawasan dekat situ juga. Riuh rendah kami di situ. Tolong mama angkat barang masuk ke kereta yang mama bawa ke kedai, kemudian kami pergi beli barang-barang untuk performance. Plus, beli makananan kucing dan pencuci muka. Saya baru nak cuba Olay. Beli pek kecil dulu. Rasa-rasa, Olay okey tak?

After that, ambil Cheesecake (akhirnyaaa :D) yang saya tempah semalam untuk surprise Hari Ibu untuk mama. Kemudian, ambil Adi, my younger brother yang sekarang belajar dekat politeknik, yang pulang bercuti. Dan dan dia pulang bercuti waktu tengah busy isy.

And yes, we're making a surprise for mama this evening hehehe. Ayah bawa mama pergi lawat Pipie di asrama, so we have time to prepare it all. Simple saja, sebab malam ada kenduri akikah dekat rumah cousin.

Okey bye, mungkin mama dan ayah dah nak sampai rumah dah ;)

Labels:


2 Comments:

Anonymous Arief Arf said...

yaaa betul.. mengemas barang dan mengemas bilik memerlukan keazaman yang sangat tinggi.
X)

10 May, 2010 23:21  
Anonymous Fina said...

Arief Arf,

see? :D

14 May, 2010 14:31  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish