2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Rancangan Do it Yourself bersama Model Mata Sepet anda Siri 1
Saturday, April 03, 2010 posted at 13:56 ♥

Selamat mengikuti segmen Seni Kecantikan dalam rancangan Do It Yourself bersama model mata sepet anda, Fina Sophie.


Untuk segmen kita kali ini, saya tumpukan pada alat-alat yang diperlukan untuk mekap dan riasan penari. Saya ulangi, UNTUK PENARI. Maksudnya, stage make-up. Bukan untuk jalan-jalan dekat pasar malam atau untuk pergi main futsal. Berikut nanti adalah merupakan senarai barang-barang yang perlu ada untuk para penari saya atau bila saya dan rakan-rakan perform. Juga sesuai untuk stage, contoh macam bila bertugas jadi emcee majlis. Atau ke grand dinner. Barang-barang yang sesuai dengan riasan yang simple, kemas dan nampak cantik yang saya guna. Profesional make-up artists, back off. HAHAHA. Nak tips nak alat mekap free? Tips untuk dapatkan alat mekap free: Pinjam make-up jiran. Tips bodek jiran, cari sendiri.

Entri ini khas untuk Dana dan ahli Tari Kirana yang lain sebab pihak sekolah SK Kinapulidan Ranau minta tolong diorang latih budak-budak untuk hantar penyertaan ke pertandingan tarian. Yalah, dah agak pro lah kot budak-budak tu, siap ada undangan jadi jurulatih. Lepas tu gatal pula pergi ajar zapin. Lepas tu merungut-rungut. Cubalah ajar step yang senang sikittt..

Anyway, Dana dan kawan-kawan, take note.


Bagi orang yang dimekap:
  1. Ada muka lengkap dengan mata, hidung, bibir etc. Hidung tak ada lubang, dibolehkan. Tidak mengganggu tutorial.
Bagi orang yang memekap:
  1. Boleh melihat.
  2. Cukup tangan dan jari.
  3. Tiada parkinson desease.
Bagi orang yang bermekap sendiri:
  1. Semua yang di atas.


MEKAP WAJAH.
Barang-barang yang diperlukan;
  1. Brushes. Paling penting, brush untuk blusher, maskara, kening dan oh termasuk juga hair brush.
  2. Span basah untuk apply foundation.
  3. Bulu mata palsu dan gam bulu mata.
  4. Cermin. How you're going to apply all this without mirror, right :)
Alat-alat mekap;
  1. Toner
  2. Pelembab (pelembab muka bukan untuk bagi kau lembab)
  3. Foundation
  4. Bedak
  5. Warna putih untuk eyeshadow
  6. Eyeshadow (at least, two tone)
  7. Eyeliner hitam atau coklat (I prefer hitam and if coklat, coklat gelap)
  8. Pensel kening (eyebrow pencil) Hitam, coklat, kelabu. Warna kelabu is better.
  9. Maskara (tolonglah pilih warna hitam ikut warna asal bulu mata kita asian T___T bukan biru, coklat atau pink)
  10. Blusher (prefer two tone, gelap dan sedikit lebih cerah tapi satu tone je pun boleh je)
  11. Lipstick
  12. Nose shader

RIASAN RAMBUT
Barang-barang yang diperlukan;
  1. Aksesori rambut, paling kurang pun, dua tiga kuntum bunga ros kecil atau satu kuntum lili pun sudah cukup. Contoh. Yang penting kepala tak kosong.
  2. Pengikat rambut, sanggul rambut, styling hair spray, hair brush, dan sepit kecil hitam (untuk yang free hair)
  3. Pin atau peniti kecil, tudung/selendang hitam. Plain hitam (untuk yang bertudung)

Okey, I guess that's all for now. Rancangan akan kembali selepas ini pada siaran akan datang. Stay tuned! DO IT YOURSELF. Saya Fina Sophie, model mata sepet anda :')

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish