2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Pardon my feelings.
Monday, April 12, 2010 posted at 17:47 ♥

Publish atau tak? Publish atau tak?

A sudden terrible feeling. Plan jog petang ni terbatal. Nanti kalau airmata tiba-tiba berjurai-jurai sebab tak boleh nak tahan sedih waktu jog, siapa nak jawap?

Tiba-tiba nak terasa hati dengan semua benda. Rasa tidak diperlukan bila para emtee dan beberapa AJK Bakti Siswa bekerja di office. I do have my own task sebenarnya. Everything yang need to be settled, dah settle. Everything yang kena dihantar, sudah dihantar. Semua perkara yang patut dibuat, sudah atau sedang dalam proses. Contoh macam follow-up perkembangan dari Datuk Masidi Manjun. I am, now. Resit-resit, balik Sabah nanti baru urus.

So sebenarnya tiada kerja sangat. Tapi hati digaru-garu untuk membantu mereka, but they don't seem want me to interfere with them. Or even have my name listed. Tengok ni.



Padahal I was there since lunch hour, hantar fax berkaitan Baksis Sabah dekat Puan Laura, PA kepada Setiausaha kepada Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Wah banyak kepada kepada.

Sebelum ke office, lepak makan dekat bilik JPM dan after office pun lepak balik bilik JPM. Then balik bilik jap kemudian orang minta hantar masuk kampus so I off to campus lah sekejap, then balik tu terus pergi bilik JPM sekejap dan kemudian pergi office have some talk with Abang Mizi, Yulie, dan Dayah tentang projek. They give me lists of receipt yang perlu saya uruskan balik Sabah nanti. And about catering tender waktu program di sekolah. Tentang penajaan dan some other thing. Lama. Kemudian Cuya pun datang. Jadi, dengan kehadiran saya turut sama berada dalam perbincangan urusan-urusan macam tu, how come saya boleh dilupakan? Tak pernah lepas meeting emtee dan considering myself as one of those important person, so, professionally, how come I'm deserve to be forgotten?

Even tidak diperlukan pun, saya tetap ada di situ selagi saya boleh. Saya sendiri yang pergi bertanya dekat Pengarah Projek tentang perkembangan projek. No one is telling me the progress. PARDON ME.

Not a big deal, but not a small deal juga. Ini tentang hal diperlukan atau tidak. Hal tentang, APA FUNGSI SAYA SEBAGAI EX OFICIO DUDUK TERCONGOK DEKAT BILIK JPM DAN OFFICE, DAN SEMUA ORANG YANG ADA MALAM TU ADA DISEBUT, TAPI SAYA TIDAK. Saya bukan nak nama saya ada dalam list (like what the hell i want my name is listed in it?), tapi kenapa saya tidak diingati. Itu persoalan saya sekarang. Even writing this pun, hati sebak. Sangat sebak. Harap faham. Childish atau tidak, ini datang dari hati saya. Everyone ada waktu-waktu bila hati mereka boleh tersentuh even for tiny-tiny matters, and this is my 'time'.

Lepas ni nak tag nama I dekat Facebook sebab saya bangkitkan hal ni, NO NEED NO NEED NO NEED. Bukan hal tag-tag nama tu yang nak diperjuangkan, but it's HOW it makes me feel. Kalau nak fix, nak explain everything, NO NEED NO NEED NO NEED (punyalah nak bagi orang faham sampai ulang 3 kali) sebab everything is so obvious that no one will ever have to explain. Saya dah faham status saya di mata orang. No explanation needed, so back off. Selama ini, saya belajar di dalam kelas tentang bagaimana untuk memahami orang dan mendengar bukan setakat apa yang diluahkan, tetapi mendengar apa yang TIDAK diluahkan, walaupun masih sekerat jalan. Sudah cukup memahami apa yang tersirat. Lagi explain, lagi menyakitkan. Yelah kalau TERLUPA itu yang jadi alasan (which is obvious), buat saya makin terasa tu adalah. So tak payah cakap :) Sambil senyum ni.

Saya faham, saya orang low profile tapi perangai keji sebab kadang-kadang ikut sedap hati je sembur orang. Memang deserve. Tapi at least, habis situ sampai situ saja. Tiada simpan dalam hati. Orang yang betul-betul kenal siapa saya, tahulah saya macamana. Maaf kerana perangai keji saya sangat menyerlah especially bila bekerja. I'm just a freaking perfectionist lepas tu tak suka orang berlagak pandai. Berlagak pandai dan memang pandai tu tidak apa. Tapi berlagak pandai tapi sebenarnya not very sure tu memang irritatinggg laa. Kadang-kadang saya suka pura-pura tak tahu (keji tak keji tak?) dan tanya orang something that I've already known ngeh ngeh. So memang hehehehehe dalam hatilah kalau jumpa orang macam ni. Tak tahu cakaplah tak tahu wei (- -") Tapi itulah, saya tak cenderung untuk campurkan hal kerja dengan peribadi. Dalam suasana kerja, saya masih tegur orang yang saya tak pernah tegur bila out of work range.

Menghargai kehadiran itu sama macam menghargai diri rakan. Kalau sampai boleh terlupa padahal berapa kerat sajalah orang yang ada, memanglah dia. Samalah macam kamu pergi makan berlima dengan kawan-kawan dekat Kuala Perlis, lepas tu salah seorang kawan tulis entry dekat blog cerita tentang seronoknya dinner sambil tengok matahari terbenam lepas tu mention satu-satu nama kawan tapi nama kamu tiada. Lepas tu alasan TERLUPA macam, iyalah memang sebab tak ingat tu yang buat kau tak tulis. Tapi tak ingat sebab apa? Sebab memang dia ignore ingatan dia terhadap kita tsk tsk tsk.

Moralnya, fikir sebelum buat.

Okey like what I've said in FB, Stop complaining about life, dan PERGI MAKAN KFC. Instead of using our mulut terus komplen-komplen, lebih baik guna mulut untuk makan. More satisfying dan mencomelkan. Saya stop complain bila saya dah puas complain and now saya memang dah selesai complain. Bukan membesar-besarkan perkara, tapi saya suka ekspress perasaan macam ni. Noktah di baris akhir, maka noktahlah. Bukan koma. Tiada apa tinggal dalam hati.

LEGA. Masa untuk cari makan.

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish