2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Last night.
Thursday, April 08, 2010 posted at 12:59 ♥

Jom-jom tengok gambar yang saya recently favourited dalam hati. Hihi.

Malam semalam selepas makan dan update blog, turun ke bilik JPM bawa muka tak berapa siap untuk hadir meeting. Waktu tu dalam 5 minit lagi kot 11PM. Yulie dan Cuya dah ambil tempat dekat meja. Meeting sepatutnya start pukul 11PM tetapi 11.30PM baru start. Thinking, I supposed dah tidur dah waktu tu T_T But anyway, waktu-waktu kritikal macam ni, kena bagi sepenuh komitmen. Plus, saya tak kisah berjaga. I don't mind berjaga sampai lewat sejak bertahun-tahun lepas, untuk malam ini, why don't, right?


Ada satu isu berbangkit waktu meeting tu yang saya nak ulas di sini. Tentang isu sampan. SAMPAN? Begini, awal-awal program waktu masih dalam pencarian AJK program, banyaklah perkara yang disebut untuk pengenalan tentang destinasi dan cadangan tentatif waktu program. Para emtee mahu para AJK yang nak ikut sekali akan mendaftar dengan ikhlas dan bersedia menerima apa juga kemungkinan waktu dalam program. Saya sendiri tak mahu peristiwa waktu dekat BAKSIS Pahang berulang. Nama pun Bakti Siswa. Turun untuk menabur bakti. Untuk merasai pahit getir kehidupan yang sukar. Tapi sayang, niat banyak nak pergi jalan-jalan saja. Macam honeymoon. So, sebagai satu strategi kecil dan harap-harap berkesan T___T, saya mengaku saya sendiri berpakat dengan Yulie untuk memberi hint dekat para AJK untuk bersiap dengan kemungkinan waktu di situ. Masuk kampung tu naik sampan la, mandi pakai sabut kelapa lah, rumah atas pokok la. Yes I know agak keterlaluan. Agak keji bukan? Tapi bila ada yang tarik diri selepas tu, saya tak rasa itu satu kerugian, malah satu keuntungan.

Pada awal progression program sekitar bulan Januari, AJK dah diberitahu yang Kampung Kinapulidan tak jadi dan ditukar ke kampung yang kehidupan penduduknya sangat susah. Ini bukan keputusan saja-saja kami untuk tidak memberitahu mereka hal bahawa sebenarnya tiada perubahan atau pertukaran kampung yang berlaku. Tetap Kampung Kinapulidan. Tapi semata-mata untuk memastikan tiada masalah banyak berkaitan penerimaan para AJK pada perkampungan di Sabah, bagi saya, I am ready for the worst jika dicop penipu. It's for their own good, and I know, jika masing-masing mampu berfikir, tahulah mereka menilai. Bukan tidak percaya pada pertimbangan para AJK, but let's just say it's our lil suprise for them :)

Now, sebelum bergerak ke situ dalam masa sebulan lagi, saya setuju Yulie nak bagitahu hal sebenar. Sebabnya, untuk persediaan para AJK dari sini, takut diorang bawa macam-macamlah pula. Even sabun mandi pun tak mustahil diorang bawa dari sini (- -")

Anyway, sorry Yulie, but I don't really agree tentang term TIPU-MENIPU yang digunakan. It's kinda harsh dan of course the AJKs akan rasa offended dan tertipu. Saya rasa better guna term NOT TELLING THE TRUTH ; UNTUK KEBAIKAN. At least ayat ini menyampaikan maksud yang hampir sama tapi tidaklah kasar sangat jika dibandingkan dengan term TIPU MENIPU. I want to say this waktu meeting, but no body is really hearing me.

Dan yang paling saya rasa NONSENSE adalah, ada cadangan dari emtee lain about how to fix it. Cadangannya (nampak lebih kepada menyuruh), to fix it, cakap dekat semua AJK waktu meeting besar esok yang kampung yang kena bersampan tu tak jadi dan tukar balik ke kampung asal, Kampung Kinapulidan. Right after dengar habis cadangan itu, rasa macam OH GADDD so that's how you deal with penipuan? Tipu atas tipu?

"Macamana kalau kita cakap macam sekarang tu lepas tu sampai sana nanti ada AJK tanya family angkat masing-masing DI MANA KAMPUNG YANG KENA BERSAMPAN tu padahal tidak wujud? Bukanka tu jadi double penipuan?" Saya rasa saya orang paling marah waktu tu. Suara pun dah tinggi. Bila AJK tahu yang sebenarnya kampung bersampan tu tak wujud, agak-agak apa reaksi mereka? Bukankah jadi lagi complicated?

Seriously, pissed off. Tell the truth lah, sudah. Kalau tell the truth waktu ni, even if ada yang marah dan rasa tidak puas hati, at least rasa tak puas hati tu sampai sini je. Tak bawa sampai waktu program.

Marah sampai situ je. Saya marah atas hal professionalism. Tiada rasa marah secara peribadi pada orang yang mengutarakan termasuk yang menyokong perkara nonsense tu. Saya tak suka idea tu dan that's it. Penyelesaian yang sungguh politik dan bodoh.

.
.
.

Selepas selesai meeting pukul 12.30 AM tu, waktu tu juga keluar. Ha kau. Keluar minum di Changlun. Dekat Restoran Pokok Ceri. Restoran Mamak 24 jam tau. Now I know mana restoran yang buka tengah-tengah malam ngehehe. Trexx si Cik MPP belanja kami semua. Phewww nasib baik sebab tak bawa purse. Bhahaha.

Dari kiri ; Cik Ex-Oficio Baksis Sabah, Cik Setiausaha Baksis Sabah, Cik MPP UUM, dan Cik Pengarah Baksis Sabah. Kami pergi berlima. Seorang lagi?


Cik Bendahari Baksis Sabah.

Balik kena tahan dekat gate oleh Pakcik Unit Keselamatan. Nasib baik ada Cik MPP. Fuh.

Okey so today, going to Alor Setar untuk cari penajaan sebanyak mungkin untuk program T______T. Seriously, siapa yang nak syarikat dia dapat pelepasan cukai? Saya sedang mencari penajaan dan jika dapat kami boleh iklankan syarikat Tuan/Puan sepanjang program kami dan bakal diberikan pelepasan cukai. Sila hubungi saya secepat mungkin, tinggalkan nombor telefon di ruangan komen.

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish