Sunday, April 25, 2010

First Love.

Went through my first love's current pictures on a social networking site I've registered in. Still the same smile, the same everything. His eyes staring at the camera lens, rasa macam dia staring dekat saya. Oh hell I feel sick. Why. Kenapa masih tak boleh nak get over him?

I know there's someone out there for me. Still finding his way to get into my life, or maybe he's already there but I am just too blind to see. Too ignorant to realize. Or maybe, he's not around yet. He's not someone I know. Maybe he's somewhere out there, totally a stranger. Or maybe, he's someone I knew from the past. Who knows?

Oh Tuhanku. Berilah aku rasa redha.
Share:

Setiap cerita, ada rasa.

Banyak sebenarnya benda mahu diceritakan. Cerita waktu Niza dan Dayah datang UUM hantar report praktikal, termasuk Taufik lah juga. Mana boleh tinggal nama diorang ni. Hehe. Cerita waktu 'seseorang' yang datang UUM hantar report juga, right after the day Niza dan Dayah pulang ke pangkal jalan erk erk. Hehe. Cerita waktu ke Danok, Thailand. Cerita waktu saya pergi menderma darah. Dan cerita-cerita yang saya dengar dari sumber yang boleh dipercayai termasuk juga yang kurang boleh dipercayai (so you can see saya mendengar bukan percaya melulu), cerita tentang hati dan perasaan yang terguris. Cerita terbaru di rumah, cerita perkembangan saya yang terbaru, cerita hidup saya yang baru, dan bagaimana bahagianya saya waktu ini. Dan, mungkin juga, kisah cinta saya. Yang dah lama saya tak kisahkan dekat sini.

Banyak. Kalau boleh, mau cerita semua. Kalaulah boleh. Setiap cerita, ada rasa dia yang tersendiri, and I hope I won't miss to record it in here ; publicly, or privately. Sooner or later.
Share:

Saturday, April 24, 2010

Cheesecake Ranau dan Viva850

Only today I feel like updating.

The only food I'm craving for now is cheesecake dari kedai kek dekat Pekan Ranau yang Ya ALLAH SEDAP SANGAT-SANGAT.

Selain hal makanan, saya terhidu-hidu macam ada bau-bau kereta baru. HA HA HA. Viva 850 pun tidak apa. Nak perodua, sebab service charge tak tinggi. Nak manual, jimat minyak. Second hand pun tak apa :') Kalau dapat, senyum lebarlah sebulan. Muka bakal glowing siap ada glitter berterbangan macam dapat husband baru. Tak payah boyfriend, dapat kereta cukup :D

Viva850 Viva850 Viva850 Viva850 Viva850 Viva850 Viva850 Viva850 Viva850 Viva850 *mata bersinar-sinar*
Share:

Thursday, April 15, 2010

A sudden thought of HIM.

..was in the edge of breaking down and tears running down my cheek, when a thought of HIM came across my mind. And something whispered; telling me that, I still have HIM and will always have HIM. That I'm not alone and HE love me so much that HE will never leave me even if I ignore HIM in most of my every breath.

My tears stopped. Feeling stupid, for me to cry over things I can never change. Things beyond my reach. Over my limitations.

My mind turned another different way; something so hard to explain, especially when it all came in sudden, like this.

Berilah aku rasa redha terhadap keputusan-MU dan berkatilah segala apa yang KAU berikan kepadaku sehingga aku tidak suka mempercepatkan apa yang KAU lambatkan untuk aku dan memperlambatkan apa yang KAU percepatkan untuk aku.
Share:

Tuesday, April 13, 2010

Free to be yourself, and let me be myself :)

Saya tahu mungkin semua orang akan berpihak pada dia, dan bukan saya. Iyalah. Lebih loving, lebih sweet, lebih supportive. Mungkin akan ada cerita-cerita tidak sedap bakal timbul, mungkin. Saya sedia pada sebarang kemungkinan dan saya sedia untuk pertemuan face to face and to tell and hear the truth. Over-caring people can back off cuz they don't know the WHOLE situation sebab ada benda hanya dikongsi antara kami berdua saja tanpa penglibatan orang lain, and I want this to stay this way. What other people think adalah tidak merunsingkan sebab they don't know what I'm going through now. Saya lebih runsing tentang hal masa depan saya. Kehidupan yang bakal saya jalani kelak jauh lebih serius dari apa yang berlaku dalam previous entry. Saya tak buat protected entry for nothing. Bukan saya nak cakap ini hal yang tak ada prioriti, sebab saya boleh nampak how she take this seriously and I understand why. Still, saya percaya semua salah faham boleh diselesaikan dan compared to my life, perkara yang ini tidak serumit mana.

Kalau kamu still mahu cakap yang ini adalah perkara rumit, believe me, you are still right. As for myself, I've been through lots of kerumitan, cabaran, dan tragedi yang lebih melukakan dan lebih menuntut pengorbanan perasaan, harta benda, kasih sayang. Dari segala segi. Pengalaman kita yang berbeza membuatkan kita berfikir dengan cara yang berbeza. You are free to be yourself, and let me be myself :)

Betulkan jika saya salah.
Share:

Monday, April 12, 2010

Pardon my feelings.

Publish atau tak? Publish atau tak?

A sudden terrible feeling. Plan jog petang ni terbatal. Nanti kalau airmata tiba-tiba berjurai-jurai sebab tak boleh nak tahan sedih waktu jog, siapa nak jawap?

Tiba-tiba nak terasa hati dengan semua benda. Rasa tidak diperlukan bila para emtee dan beberapa AJK Bakti Siswa bekerja di office. I do have my own task sebenarnya. Everything yang need to be settled, dah settle. Everything yang kena dihantar, sudah dihantar. Semua perkara yang patut dibuat, sudah atau sedang dalam proses. Contoh macam follow-up perkembangan dari Datuk Masidi Manjun. I am, now. Resit-resit, balik Sabah nanti baru urus.

So sebenarnya tiada kerja sangat. Tapi hati digaru-garu untuk membantu mereka, but they don't seem want me to interfere with them. Or even have my name listed. Tengok ni.



Padahal I was there since lunch hour, hantar fax berkaitan Baksis Sabah dekat Puan Laura, PA kepada Setiausaha kepada Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Wah banyak kepada kepada.

Sebelum ke office, lepak makan dekat bilik JPM dan after office pun lepak balik bilik JPM. Then balik bilik jap kemudian orang minta hantar masuk kampus so I off to campus lah sekejap, then balik tu terus pergi bilik JPM sekejap dan kemudian pergi office have some talk with Abang Mizi, Yulie, dan Dayah tentang projek. They give me lists of receipt yang perlu saya uruskan balik Sabah nanti. And about catering tender waktu program di sekolah. Tentang penajaan dan some other thing. Lama. Kemudian Cuya pun datang. Jadi, dengan kehadiran saya turut sama berada dalam perbincangan urusan-urusan macam tu, how come saya boleh dilupakan? Tak pernah lepas meeting emtee dan considering myself as one of those important person, so, professionally, how come I'm deserve to be forgotten?

Even tidak diperlukan pun, saya tetap ada di situ selagi saya boleh. Saya sendiri yang pergi bertanya dekat Pengarah Projek tentang perkembangan projek. No one is telling me the progress. PARDON ME.

Not a big deal, but not a small deal juga. Ini tentang hal diperlukan atau tidak. Hal tentang, APA FUNGSI SAYA SEBAGAI EX OFICIO DUDUK TERCONGOK DEKAT BILIK JPM DAN OFFICE, DAN SEMUA ORANG YANG ADA MALAM TU ADA DISEBUT, TAPI SAYA TIDAK. Saya bukan nak nama saya ada dalam list (like what the hell i want my name is listed in it?), tapi kenapa saya tidak diingati. Itu persoalan saya sekarang. Even writing this pun, hati sebak. Sangat sebak. Harap faham. Childish atau tidak, ini datang dari hati saya. Everyone ada waktu-waktu bila hati mereka boleh tersentuh even for tiny-tiny matters, and this is my 'time'.

Lepas ni nak tag nama I dekat Facebook sebab saya bangkitkan hal ni, NO NEED NO NEED NO NEED. Bukan hal tag-tag nama tu yang nak diperjuangkan, but it's HOW it makes me feel. Kalau nak fix, nak explain everything, NO NEED NO NEED NO NEED (punyalah nak bagi orang faham sampai ulang 3 kali) sebab everything is so obvious that no one will ever have to explain. Saya dah faham status saya di mata orang. No explanation needed, so back off. Selama ini, saya belajar di dalam kelas tentang bagaimana untuk memahami orang dan mendengar bukan setakat apa yang diluahkan, tetapi mendengar apa yang TIDAK diluahkan, walaupun masih sekerat jalan. Sudah cukup memahami apa yang tersirat. Lagi explain, lagi menyakitkan. Yelah kalau TERLUPA itu yang jadi alasan (which is obvious), buat saya makin terasa tu adalah. So tak payah cakap :) Sambil senyum ni.

Saya faham, saya orang low profile tapi perangai keji sebab kadang-kadang ikut sedap hati je sembur orang. Memang deserve. Tapi at least, habis situ sampai situ saja. Tiada simpan dalam hati. Orang yang betul-betul kenal siapa saya, tahulah saya macamana. Maaf kerana perangai keji saya sangat menyerlah especially bila bekerja. I'm just a freaking perfectionist lepas tu tak suka orang berlagak pandai. Berlagak pandai dan memang pandai tu tidak apa. Tapi berlagak pandai tapi sebenarnya not very sure tu memang irritatinggg laa. Kadang-kadang saya suka pura-pura tak tahu (keji tak keji tak?) dan tanya orang something that I've already known ngeh ngeh. So memang hehehehehe dalam hatilah kalau jumpa orang macam ni. Tak tahu cakaplah tak tahu wei (- -") Tapi itulah, saya tak cenderung untuk campurkan hal kerja dengan peribadi. Dalam suasana kerja, saya masih tegur orang yang saya tak pernah tegur bila out of work range.

Menghargai kehadiran itu sama macam menghargai diri rakan. Kalau sampai boleh terlupa padahal berapa kerat sajalah orang yang ada, memanglah dia. Samalah macam kamu pergi makan berlima dengan kawan-kawan dekat Kuala Perlis, lepas tu salah seorang kawan tulis entry dekat blog cerita tentang seronoknya dinner sambil tengok matahari terbenam lepas tu mention satu-satu nama kawan tapi nama kamu tiada. Lepas tu alasan TERLUPA macam, iyalah memang sebab tak ingat tu yang buat kau tak tulis. Tapi tak ingat sebab apa? Sebab memang dia ignore ingatan dia terhadap kita tsk tsk tsk.

Moralnya, fikir sebelum buat.

Okey like what I've said in FB, Stop complaining about life, dan PERGI MAKAN KFC. Instead of using our mulut terus komplen-komplen, lebih baik guna mulut untuk makan. More satisfying dan mencomelkan. Saya stop complain bila saya dah puas complain and now saya memang dah selesai complain. Bukan membesar-besarkan perkara, tapi saya suka ekspress perasaan macam ni. Noktah di baris akhir, maka noktahlah. Bukan koma. Tiada apa tinggal dalam hati.

LEGA. Masa untuk cari makan.

Share:

Sunday, April 11, 2010

Saturday, April 10, 2010

Thursday, April 08, 2010

Last night.

Jom-jom tengok gambar yang saya recently favourited dalam hati. Hihi.

Malam semalam selepas makan dan update blog, turun ke bilik JPM bawa muka tak berapa siap untuk hadir meeting. Waktu tu dalam 5 minit lagi kot 11PM. Yulie dan Cuya dah ambil tempat dekat meja. Meeting sepatutnya start pukul 11PM tetapi 11.30PM baru start. Thinking, I supposed dah tidur dah waktu tu T_T But anyway, waktu-waktu kritikal macam ni, kena bagi sepenuh komitmen. Plus, saya tak kisah berjaga. I don't mind berjaga sampai lewat sejak bertahun-tahun lepas, untuk malam ini, why don't, right?


Ada satu isu berbangkit waktu meeting tu yang saya nak ulas di sini. Tentang isu sampan. SAMPAN? Begini, awal-awal program waktu masih dalam pencarian AJK program, banyaklah perkara yang disebut untuk pengenalan tentang destinasi dan cadangan tentatif waktu program. Para emtee mahu para AJK yang nak ikut sekali akan mendaftar dengan ikhlas dan bersedia menerima apa juga kemungkinan waktu dalam program. Saya sendiri tak mahu peristiwa waktu dekat BAKSIS Pahang berulang. Nama pun Bakti Siswa. Turun untuk menabur bakti. Untuk merasai pahit getir kehidupan yang sukar. Tapi sayang, niat banyak nak pergi jalan-jalan saja. Macam honeymoon. So, sebagai satu strategi kecil dan harap-harap berkesan T___T, saya mengaku saya sendiri berpakat dengan Yulie untuk memberi hint dekat para AJK untuk bersiap dengan kemungkinan waktu di situ. Masuk kampung tu naik sampan la, mandi pakai sabut kelapa lah, rumah atas pokok la. Yes I know agak keterlaluan. Agak keji bukan? Tapi bila ada yang tarik diri selepas tu, saya tak rasa itu satu kerugian, malah satu keuntungan.

Pada awal progression program sekitar bulan Januari, AJK dah diberitahu yang Kampung Kinapulidan tak jadi dan ditukar ke kampung yang kehidupan penduduknya sangat susah. Ini bukan keputusan saja-saja kami untuk tidak memberitahu mereka hal bahawa sebenarnya tiada perubahan atau pertukaran kampung yang berlaku. Tetap Kampung Kinapulidan. Tapi semata-mata untuk memastikan tiada masalah banyak berkaitan penerimaan para AJK pada perkampungan di Sabah, bagi saya, I am ready for the worst jika dicop penipu. It's for their own good, and I know, jika masing-masing mampu berfikir, tahulah mereka menilai. Bukan tidak percaya pada pertimbangan para AJK, but let's just say it's our lil suprise for them :)

Now, sebelum bergerak ke situ dalam masa sebulan lagi, saya setuju Yulie nak bagitahu hal sebenar. Sebabnya, untuk persediaan para AJK dari sini, takut diorang bawa macam-macamlah pula. Even sabun mandi pun tak mustahil diorang bawa dari sini (- -")

Anyway, sorry Yulie, but I don't really agree tentang term TIPU-MENIPU yang digunakan. It's kinda harsh dan of course the AJKs akan rasa offended dan tertipu. Saya rasa better guna term NOT TELLING THE TRUTH ; UNTUK KEBAIKAN. At least ayat ini menyampaikan maksud yang hampir sama tapi tidaklah kasar sangat jika dibandingkan dengan term TIPU MENIPU. I want to say this waktu meeting, but no body is really hearing me.

Dan yang paling saya rasa NONSENSE adalah, ada cadangan dari emtee lain about how to fix it. Cadangannya (nampak lebih kepada menyuruh), to fix it, cakap dekat semua AJK waktu meeting besar esok yang kampung yang kena bersampan tu tak jadi dan tukar balik ke kampung asal, Kampung Kinapulidan. Right after dengar habis cadangan itu, rasa macam OH GADDD so that's how you deal with penipuan? Tipu atas tipu?

"Macamana kalau kita cakap macam sekarang tu lepas tu sampai sana nanti ada AJK tanya family angkat masing-masing DI MANA KAMPUNG YANG KENA BERSAMPAN tu padahal tidak wujud? Bukanka tu jadi double penipuan?" Saya rasa saya orang paling marah waktu tu. Suara pun dah tinggi. Bila AJK tahu yang sebenarnya kampung bersampan tu tak wujud, agak-agak apa reaksi mereka? Bukankah jadi lagi complicated?

Seriously, pissed off. Tell the truth lah, sudah. Kalau tell the truth waktu ni, even if ada yang marah dan rasa tidak puas hati, at least rasa tak puas hati tu sampai sini je. Tak bawa sampai waktu program.

Marah sampai situ je. Saya marah atas hal professionalism. Tiada rasa marah secara peribadi pada orang yang mengutarakan termasuk yang menyokong perkara nonsense tu. Saya tak suka idea tu dan that's it. Penyelesaian yang sungguh politik dan bodoh.

.
.
.

Selepas selesai meeting pukul 12.30 AM tu, waktu tu juga keluar. Ha kau. Keluar minum di Changlun. Dekat Restoran Pokok Ceri. Restoran Mamak 24 jam tau. Now I know mana restoran yang buka tengah-tengah malam ngehehe. Trexx si Cik MPP belanja kami semua. Phewww nasib baik sebab tak bawa purse. Bhahaha.

Dari kiri ; Cik Ex-Oficio Baksis Sabah, Cik Setiausaha Baksis Sabah, Cik MPP UUM, dan Cik Pengarah Baksis Sabah. Kami pergi berlima. Seorang lagi?


Cik Bendahari Baksis Sabah.

Balik kena tahan dekat gate oleh Pakcik Unit Keselamatan. Nasib baik ada Cik MPP. Fuh.

Okey so today, going to Alor Setar untuk cari penajaan sebanyak mungkin untuk program T______T. Seriously, siapa yang nak syarikat dia dapat pelepasan cukai? Saya sedang mencari penajaan dan jika dapat kami boleh iklankan syarikat Tuan/Puan sepanjang program kami dan bakal diberikan pelepasan cukai. Sila hubungi saya secepat mungkin, tinggalkan nombor telefon di ruangan komen.
Share:

Wednesday, April 07, 2010

Not feeling well.

So saya turun pergi beli nasi dekat cafe. Mula-mula plan mau ambil mee or kuey tiow but I know I'm craving for nasi T____T



Sebelum dan selepas. Memang betul not feeling well lah ni sebab licin. Pukul 10 malam. Terlalu lewat untuk orang yang sedang menjaga pemakanan macam saya but peduli apa.



Dan wajib 100 plus untuk badan yang lemah.

Feeling better. Boleh survive untuk meeting malam ni pukul 11PM. Okey nak gi dah. Beboi.
Share:

Tuesday, April 06, 2010

First day jog selepas dah lama tak jog (- -")


Bangun awal pagi ini. Bersiap dengan pakaian sukan dan turun alihkan kereta ke parking belakang cafe, tapi masih dekat dengan bilik. Semalam parking dekat parking staf. Sebelum kena saman, baik pindahkan. Hihi. Lepas tu jog satu setengah round. Satu round berjalan, setengah round jog.

Kebetulan terserempak dengan Dayah waktu hirup udara segar pagi tu. Dengan kasut sukan dia tu confirmlah dia pun nak jog kan so kami jog sekali. Setengah round saja, lepas tu balik. I taknak bagi shock dekat badan I ni gak sebab dah lama tak jog sebab dulu ganti dengan aktiviti tarian. Now that my dance training had stopped, kenalah jog pula. Senaman takleh putus, nanti kalau putus mulalah berat naik. Haih (- -") All my friends yang dancer juga pun badan naik kalau tak dance. Kadang-kadang selain memuaskan minat, kami train tiap malam sebab semata-mata untuk senaman. Jaga badan. Haha. At least, dancing is much more fun than jogging.


Sunquick : Bes Minuman Buah Mandarin.

Sementara menunggu cafe buka sekitar 10AM nanti, mari tulis belog dan minum jus orange pekat slrppp slrpppp sambil layan Facebook lepas tu baca buku dan mandi. Hihi. Beboi.


Share:

Monday, April 05, 2010

Zetty, Lian dan Dolly.

Sedang berurusan di kampus waktu Zetty call, telling me yang malam ni dia, Lian dan Dolly pergi dinner kos diorang. Nak datang bilik nanti minta pendapat tentang baju yang sesuai untuk dinner tu dan lepas tu nak minta mekap sekali. And so yes, they came once I got back. Start our make-up session around 6 and wow kami siap 8.30PM. Agak cukup lama untuk 3 orang sebenarnya. Hahaaa. Well, they really look gorgeous tonight. Hope lepas ni diorang update photo album diorang dekat FB dengan gambar-gambar dinner, nak tengok nak tengok :')

Suka trio bertiga ini.
Share:

Termination

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

.
.
.


Ceria bukan isi belog sekarang? Memang ceria, dalam hati, banjir. Kilat sambung menyambung. Guruh berdentum-dentum. But then this is life, what do you expect? We have our own worst time. Smile. Laugh about it. Never forget to be strong in getting through of it.

Saya percaya apa yang sedang terjadi ini ada hikmahnya dan jika saya teruskan juga, mungkin ada perkara buruk yang Allah SWT tahu saya tak mampu untuk tangani. Saya cuma mengharapkan, pengertian dari orang-orang sekeliling saya atas keputusan saya. Respect me as a person no matter how bad I am, only then I'll respect you.

I'd never felt so right like this before. In a world of lies, this is the truth. For the first time, I am positively sure that, that's where I meant to be :)

Thanks for all the love.


Share:

Welcome back.


.. to my baby car.

Ada lebih kurang sebulan lagi berada di bumi Sintok semester ini. Habis semester ini, selamat tinggal baby car sob sob sob hingus meleleh-leleh. Ini kali pertama kau menyusahkan aku jadi tuan sementaramu ini memaafkan, tetapi we're almost come to the end anyway sob sob sob.

You're always be my baby. My first car :*)
Share:

Saturday, April 03, 2010

My Best Friends' Graduation Day.

Days before (maybe dah lebih seminggu), salah seorang rakan baik dekat UUM yang sedang glowing sebab baru konvo (semua orang yang baru konvo tengah glowing-glowing dekat hati sekarang ni), tag aku dekat salah satu video. Graduation (Friends Forever) by Vitamin C. Aku ignore je video tu sebelum ni sebab tak sanggup nak tengok sebab ada komen-komen kat video tu pun ala-ala sayu je.

Hari ni sebab banyak sangat masa free, lagipun internet tengah agak laju, bukalah konon-kononnya. Original MTV lagu Vitamin C tu. Sekarang ni aku nak cakap satu benda je ; sampai hati kau tag aku dekat video tu Dzul. Aku dah down gila-gila punya down ni.

Aku rindu sangat dekat kamu semua. You guys are the most understanding friends I'd ever had here. Chemistry kita, and the way we talked about life, of how we always argue about all issues, but somehow, we're comforable with each others' company. Someday kita jumpa balik okey. Janji tau janji tau janji tau T______T

P.s Tahniah!
Share:

Rancangan Do it Yourself bersama Model Mata Sepet anda Siri 1

Selamat mengikuti segmen Seni Kecantikan dalam rancangan Do It Yourself bersama model mata sepet anda, Fina Sophie.


Untuk segmen kita kali ini, saya tumpukan pada alat-alat yang diperlukan untuk mekap dan riasan penari. Saya ulangi, UNTUK PENARI. Maksudnya, stage make-up. Bukan untuk jalan-jalan dekat pasar malam atau untuk pergi main futsal. Berikut nanti adalah merupakan senarai barang-barang yang perlu ada untuk para penari saya atau bila saya dan rakan-rakan perform. Juga sesuai untuk stage, contoh macam bila bertugas jadi emcee majlis. Atau ke grand dinner. Barang-barang yang sesuai dengan riasan yang simple, kemas dan nampak cantik yang saya guna. Profesional make-up artists, back off. HAHAHA. Nak tips nak alat mekap free? Tips untuk dapatkan alat mekap free: Pinjam make-up jiran. Tips bodek jiran, cari sendiri.

Entri ini khas untuk Dana dan ahli Tari Kirana yang lain sebab pihak sekolah SK Kinapulidan Ranau minta tolong diorang latih budak-budak untuk hantar penyertaan ke pertandingan tarian. Yalah, dah agak pro lah kot budak-budak tu, siap ada undangan jadi jurulatih. Lepas tu gatal pula pergi ajar zapin. Lepas tu merungut-rungut. Cubalah ajar step yang senang sikittt..

Anyway, Dana dan kawan-kawan, take note.


Bagi orang yang dimekap:
  1. Ada muka lengkap dengan mata, hidung, bibir etc. Hidung tak ada lubang, dibolehkan. Tidak mengganggu tutorial.
Bagi orang yang memekap:
  1. Boleh melihat.
  2. Cukup tangan dan jari.
  3. Tiada parkinson desease.
Bagi orang yang bermekap sendiri:
  1. Semua yang di atas.


MEKAP WAJAH.
Barang-barang yang diperlukan;
  1. Brushes. Paling penting, brush untuk blusher, maskara, kening dan oh termasuk juga hair brush.
  2. Span basah untuk apply foundation.
  3. Bulu mata palsu dan gam bulu mata.
  4. Cermin. How you're going to apply all this without mirror, right :)
Alat-alat mekap;
  1. Toner
  2. Pelembab (pelembab muka bukan untuk bagi kau lembab)
  3. Foundation
  4. Bedak
  5. Warna putih untuk eyeshadow
  6. Eyeshadow (at least, two tone)
  7. Eyeliner hitam atau coklat (I prefer hitam and if coklat, coklat gelap)
  8. Pensel kening (eyebrow pencil) Hitam, coklat, kelabu. Warna kelabu is better.
  9. Maskara (tolonglah pilih warna hitam ikut warna asal bulu mata kita asian T___T bukan biru, coklat atau pink)
  10. Blusher (prefer two tone, gelap dan sedikit lebih cerah tapi satu tone je pun boleh je)
  11. Lipstick
  12. Nose shader

RIASAN RAMBUT
Barang-barang yang diperlukan;
  1. Aksesori rambut, paling kurang pun, dua tiga kuntum bunga ros kecil atau satu kuntum lili pun sudah cukup. Contoh. Yang penting kepala tak kosong.
  2. Pengikat rambut, sanggul rambut, styling hair spray, hair brush, dan sepit kecil hitam (untuk yang free hair)
  3. Pin atau peniti kecil, tudung/selendang hitam. Plain hitam (untuk yang bertudung)

Okey, I guess that's all for now. Rancangan akan kembali selepas ini pada siaran akan datang. Stay tuned! DO IT YOURSELF. Saya Fina Sophie, model mata sepet anda :')
Share:

Friday, April 02, 2010

Rancangan Do it Yourself bersama model mata sepet anda : Prelude.

Dana's rakan Tari Kirana and Dana herself, diminta untuk mengajar tarian dekat budak-budak sekolah rendah dekat kampung untuk jadi wakil sekolah tersebut ke pertandingan tarian 13 April ini. Dana asked me tentang semua keperluan-keperluan mekap dan cara nak mekap. So macam tak ada kerja lain, here I am. Dana (my sister. siapa yang tak tahu?) inspired me to write this entry.

Merungut juga dia. Dengan huruf besar dalam YM, dia cakap .."MENARI TIDAK CANTIK LEPAS TU BADAN KERAS. TAPI STEP HAFAL SUDA. GAYA MASIH BURUK. KAPANAS BETUL SAYA." Auhhh. Kejilah. Sangat mean ayat-ayat cinta tersebut. HAHAHA.



Traslate sikit kalau tak faham :

"Berapa lama kau latih?"
"4 hari sudah."
"Ala baru 4 hari. Ko ingat dulu kamu semua pandai terus ka?"
"Tapi kami bagus-bagus lagi tau dari diorang." Adeh. Jujur dan berterus terang tapi dia tak tahu berterus terang itu kadang-kadang melukakan; just like her sister.
"Kamu dari 2006 lagi. Memanglaa. Sekarang Sudah 4 tahun kamu menari. Bukan 4 hari."
"LOL."

Tari Kirana dah hampir 4 tahun. Maknanya saya juga sudah hampir genap 4 tahun dalam bidang tarian :')

Makanya, selain memberi list pada Dana, saya juga ingin berkongsi informasi sederhana saya ini bersama para wanita di luar sana. Yang lelaki pun boleh kalau nak. Nak? Okeylah later I'll come up with the basic list you should prepare before you're ready.

Next : Segmen Seni Kecantikan dalam rancangan Do it Yourself bersama model mata sepet anda, Fina Sophie.
Share:

My last performance as an Audirasarian tsk tsk.




Can't you see? Banyak gambar-gambar vain. Self-take pictures. Wajib ada dalam handset. LOL





So, here I am. Presenting you some of the pictures. Even I AM a dancer, tapi nak saya upload gambar waktu dalam costume tarian agak susah sebenarnya. Full costume lagilah susah. Hoho. But, well, since I was in the good mood, I think it won't hurt to let you cakap dalam hati .. eh eh penari tapi apsal tak kurus? Apsal pipi tembam? Apsal apsal? HAHAHA. Go. Cakaplah. Saya tahu saya tembam T_T But at least berat saya sedang menghampiri angka kepala 4 dengan ketinggian 5 kaki. Ah baiklah baiklah sebenarnya 4 kaki 9 inci T___________T Ada tak produk bagi tinggi badan? Naik 5 inci pun cukuplah BHAHAHAH so tak perlu susah payah fikir bila nak kurang lagi dua tiga kilogram sebab badan dah tinggi BHAHAHA okey baiklah. Orang bermimpi tidurkan, aku mimpi berjaga. Apa cerrr? Moving on.

Gambar berempat itu. Dari kiri, Hidayah. Yang Benar. Aina. Dan Ila. Kamilah yang berempat ni yang perform malam tu. Tarian Dia Datang (ingat tak lagu lirik dia macam ni : dia datang dengan lenggang lenggoknya dia datang dengan senyum simpulnya dia datang dengan senyum manisnya dia datang dengan lemah gemalainya ewah) dan Tarian Ulik Mayang. Siapa tak tahu lagu Ulik Mayang memanglah dia. Ulik Mayang; salah satu Malaysia folk dance yang unik dan mistik.

Okey kejap nak ambik mood sebab tadi orang ketuk pintu cari orang like, wtf you're unbelievable. Look at the time now. Dah lebih dua pagi, bukan dua petang.

.
.
.


Okey the foods. Tema tradisional jadi makanan dia pun makanan tempatan tradisional. Sotong kunyit (I syak), ayam masak kurma, daging kicap, sup tomyam, ikan masak merah dan sayur campur. Delicious and tasty. Oh taste saya dalam makanan agak wide so for me, anything will do. Tak kisah. But yeap, standard hotel. Dan rasa dia pula tak lebih tak kurang. Just nice. So, yeah.



Sepanjang perjalanan, I feel a kind of this weird excited feeling. As I arrived, walking in, climbing the stairs, ..my heart trembled. Flashbacks. I wish I could turn back the time. The day when I first arrived here, but somehow, it won't. It never will. The last time I got there, waktu grand dinner BIBM. So yeap, this is my second time to be there, actually. To Fiza, the only one kawan I yang ada waktu tu yang saya tahu dia baca blog ni; ingat tak hotel ni? Hotel Putra Palace? Ingat tangga itu? I miss us. Kita bertujuh waktu tu. Macam-macam hal dan akhirnya satu-satu pergi. Sigh. #7 had always been my lucky number but I realized now that in the end, it brings tears.

What a cry baby.

Well, our performance was great. We feel appreciated for the way we're treated, the attention we got, and personally I do think this is the best Grand Dinner I'd ever attended.

BRAVO!

P.s : Full folder of our pictures and videos tak dapat lagi. Yang ada ini saya download dari dalam handset dan tagged pictures dalam FB saja.
Share:

Thursday, April 01, 2010

Ulang Tag

Ini entri untuk Encik Hyuuga. Beliau men-tag saya dalam entri beliau yang INI dan bila tengok balik saya cakap dalam hati .. oh, saya dah jawab tag macam ni. So, Incik Hyuuga, jawapan-jawapan tag (telah diupdate) itu ada di SINI :D

That's all. Next entry update tentang Grand Dinner BDM dekat Putra Palace Hotel itu hari.
Share: