Pages

Konsert Apresiasi Alumni UUM & Grand Dinner BDM.

Wednesday, March 31, 2010

Semalam buat first timenya menghadiri konsert. Konsert Apresiasi Alumni UUM. Wahaha perlukah bagitahu ini first time? LOL. Anyway, bukan jenis yang suka sangat ke konsert huhahuha ya ALLAH Bunkface tak boleh belah maka saya dan Dayah pun belah awal dari dewan. Awal-awal konsert, persembahan dari artis-artis Pusat Budaya dan Seni UUM termasuk kumpulan penari UUM, kumpulan Bidasari. Teringat kisah dahulu :') Maka rugi jika tidak menengok.

Kemudian Adibah Noor she's so gorgeous and funny in front of the audience. Belakang tak tahulah kan masing-masing punya cara sendiri untuk menjaga imej masing-masing. Lagu-lagu yang Adibah Noor nyanyi time tu semuanya best and she has a very wonderful vocal. Okey bukan Adibah Noor saja, tapi hampir semua orang yang buat persembahan malam tu memang suara sedap. Aku dahlah duduk seat keempat dari hadapan. Kat tengah-tengah pula. Puas hati menengoknya.

Giliran Bunkface, giliran terakhir. Sajalah tu letak paling akhir supaya orang tak balik awal. Ramai datang semata-mata nak tengok Bunkface kannn. Hah. Saya ingat nak tunggu sampai mereka nak nyanyi lagu Situasi, sebab suka dengar lagu tu, tapi dah malas nak tunggu after tiga lagu tapi tak nyanyi-nyanyi juga. Kepala dah sakit sebab sound kuat gila. Plus, you all tahu lah kan, lagu-lagu Bunkface macamana.

Okey ini cerita semalam. Hari ini pula. I mean, malam tadi. 30 Mac 2010.

Such a long day. Seperti yang saya cakap dekat sini, saya ke Hotel Putra Palace, Perlis. Walaupun sekarang saya rasa macam tak berapa nak sihat, tapi gagahkan juga menulis blog. Tapi tulis sajalah. Huruf saja. Gambar-gambar nanti saya upload dekat Facebook. Nah add saya di sini. Introduce yourself macam ni : ini rakan belog anda :') COMELNYA.

Haha promote? Tak, just in case you nak tengok.

As I promised (walaupun tak bunyi macam promise pun), kali ini saya tangkap gambar agaklah banyak. Videos, and pictures. Ada dekat handphone saya, ada dekat camera kawan Aina (Audirasarian), dan berhandphone-handphone dan berkamera-kamera yang lain. Kami berempat macam artis malam tadi, tak putus-putus orang nak bergambar bersama kami sehingga kadang-kadang ada timbul rasa riak bahawa aku dah jadi artis dah (statement boleh muntah) tapi segera sedarkan diri dan alhamdulillah masih berpijak di bumi nyata. Hahaha. We performed tarian Dia Datang (zzzzzzzzzz bosan) dan Ulik Mayang (zzzzz bosan juga), tapi nasib baik orang lain tak bosan macam kami T____T Especially tarian Dia Datang, dah berpuluh-puluh kali rasanya perform tarian tu. Syukur, it never fail to entertain people especially yang tak pernah nampak lagi tarian tu.

I love our costume combination. Thanks Aina! Sebab tolong pilihkan baju dekat PBS. Thank Dayah, Ila dan Aina, once again, for been such a good team-mates. To Nana, kawan Aina, for being a very very good job as our manager, juga Kilah yang mengundang kami untuk perform sempena majlis grand dinner tu. Well done, and it's such a pleasure to work with you guys. Bangga sebab berpeluang menjayakan program bersama.

Banyak lagi gambar-gambar dekat orang lain. Later upload bila dah dapat.

To myself, its time untuk rehat-rehat now.

Balik tadi, pissed off sekejap dengan kereta sebab kereta buat hal tak mahu on. Petang tadi, bila kereta tu buat hal, mengadu dekat seorang kawan tu, tapi dia boleh buat tak tahu je. Oh okey, tengoklah nanti eyh, minta tolong kat aku? Jangan haraplah. Bukan berdendam, tapi pernah dengar WHAT YOU GIVE YOU GET BACK? Percayalah quote itu.

Yang buat saya betul-betul pissed off, bila fikir yang time ni laaaaa jugak dia nak buat halllllllll. Tak boleh ke tunggu aku settlekan dulu hal aku kat kampus esok pagi baru dia nak rosakkkkkkkk? Esok aku memang dah nak pergi servis dah tapi hari niiiiiii la pulak dia carik pasallllllllll. Engkau memang nak kena tukar dah lahhh wahai Baby Kancilllll. Tak sayang kat kau lagi kalau esok kau masih tetap nak buat hal. Kalau esok tak nak on juga, habis sem ni, bye byeeee. Tapi eh, memang bye-bye pun.

Okey lupakan yang itu. Sampai bilik tadi terus tukar baju, buang mekap dekat toilet, mandi, basuh rambut semua lengkap. Bagi segar sikit nak tidur, biar cukup rehat untuk menghadapi hari esok. Aku harap aku survive the day esok. Kalau tak, maka kisah blog ini akan terhenti, sampai di sini. Saya serius. Tak main-main. Bukan gimik murahan. Saya betul serius.

Zzz.

Perform lagi.

Tuesday, March 30, 2010

Hari ini second performance dekat hotel tahun ni. Awal bulan dua dulu, dekat Hotel Bustani situated at Jitra Kedah. Hotel baru buka branch Seri Malaysia, as told. Kali ni dekat Perlis, Hotel Putra Palace. Setakat sampai bulan Mac ni dah 4-5 show, semuanya untuk Grand Dinner event, oh kecuali salah satunya, Annual Grand Meeting. Adalah juga masuk duit sikit.

Eh Fina diam-diam dah perform 4-5 show? Dah cakap kan, bukan semua benda saya cerita dekat blog. Ada rasa untuk berkongsi, adalah ceritanya. Kalau rahsia sangat, akan di-password protected-kan. Begitulah. Saya berblog bila kelapangan. Mengupload gambar juga macam tu. Bila lapang dan berkesempatan.

Bila nak perform, sebenarnya jarang sekali nak ambil gambar. Sebab tu jarang update dengan gmabar tarian. Aku tak berapa suka tengok muka sendiri bila bermekap tebal. Weird. Tapi macam tu lah mekap bila menari. Mekap kena tebal, bagi drastic finish. Especially bahagian mata, kena galak. Tulang pipi dan hidung kena nampak betul-betul. Tapi, I prefer natural look, mekap pun touch-up sikit ja especially bahagian mata sebab mata sepet kan nak buat macamana dah memang sepet itu seksi. Haha. Tapi tengoklah nanti. Berdoalah saya dapat petunjuk untuk snap gambar barang sebijik dua.

Nanti bergerak agak awal, 2.30PM. Gerak sekali dengan AJK dinner. Sepanjang hari di luar, how fun.

Password Protected : Aggravation.

Monday, March 29, 2010



This entry had been locked by the blog owner.

.. Updated on 29th March 2010, 6.25 PM.

Password Protected : Merah Bling Bling

Beautiful Blogger Award : Seven Things About Me.

Saturday, March 27, 2010

Goes to ... Miss Fina Sophie, the owner of the blog Sufilara.Com!

Layankan sajalah. Hehe. Ini award dari Miss Independant dan Cik Pia. Thanks babes, for this thoughtful reward :')

Untuk terima award ni, saya perlu :
  1. Thank and link the person who game me this award
  2. Pass this award to 15 bloggers I've recently discovered and think are fantastic.
  3. Contact the bloggers and let them know they've won the award.
  4. State 7 things about myself.
Seven things about myself that made me beautiful.

For those yang baru mengikuti perkembangan blog ini, mungkin ini boleh bagitahu saya ni apa dan siapa.
  1. Saya anak sulung dari 5 orang adik beradik. Mama dan ayah yang tak pernah bergaduh raya ni nak balik kampung mana.
  2. Lahir bulan Disember, bintang Sagittarius, tahun Harimau dalam kalendar cina, suka pada nombor satu.
  3. Sedang berusaha menghabiskan degree dalam bidang Sains Kaunseling di Universiti Utara Malaysia. Setahun tambahan berbanding rakan-rakan lain bukan semudah yang kalian lihat dalam diri saya. I was just remaining positive and struggling to stay contented and so together. It never been easy, tears dropped more than you can ever imagined ..trust me :)
  4. Bergiat aktif dalam bidang tarian. Tarian tradisional melayu. Ahli Bidasari : Penari Universiti Utara Malaysia (sekarang tak aktif Bidasari dah), the head of Audirasari bawah DPP SME Bank UUM : after Bidasari (now nak serahkan tampuk pemerintahan dekat orang lain dah wahaha tampuk pemerintahan) dan founder, jurulatih dan pengurus bagi kumpulan Tari Kirana di Ranau.
  5. Kurang gemar bila orang cakap saya suka pink tapi ironiknya, barang saya agak banyaklah juga warna pink. Yang pasti, I love my bedroom nampak pink. Dah kawen ke bujang ke, I want my bedroom to be PINK. Kira blog ini pink macam bedroom saya sebab memang pun sebelum ada blog, tulis diari tiap-tiap malam dalam bedroom pastu letak diari bawah bantal hahaha =D Oh saya paling tak suka warna biru.
  6. Serious type of person who loves to hear jokes and blurt out laughing at it. But I'd never love the Raja Lawak reality show or any lawak-lawak like that. That's plain stupid but not that I hate it :)
  7. Over all, a very very realistic person, kelam kabut macam comel saja when something goes wrong dan perlu take immediate decision which I hate so much (haha), sensitif (why orang selalu kaitkan sensitif tu berkaitan emosional saja tsk tsk), suka sharing, mudah rasa annoyed tapi mudah diambil hatinya, tapi hati dia keras eh macamanalah tu? Hihi.
  8. Yang lainnya sila ke SINI.
Suka tau terlebih-lebih. Obses pada diri sendiri ke apa? Ahaha =D

Okey time for tagging, which sometimes hate it lah. Kalau lah award ni buat 7 things about the award giver, not the award taker, KAN BEST? Asyik cakap tentang diri sendiri saja, sometimes mau juga orang cakap tentang diri kita. Kutuk boleh, puji pun boleh. Yang penting? Kerjasama. Apa entah.

Okey you 15 people. Para perempuan yang saya follow blog dia. Kalau dah buat versi 7 things about myself, so kali ni buat 7 things about the award taker okey. No worries, takda paksaan. Cukupkan syarat je. Any tag yang best, tolong tag saya okey. Zuppp! Habis.

.
.
.

Lapar. Sekarang 4.13 AM. Mari bersahur.

Apa hebat sangat loghat KL bagi kau, kakak?

Wednesday, March 24, 2010

Saya pergi ke kaunter. Tuntut free gift. Haha. Free, memanglah pergi.

"Eh tebal lah kening adik ni." Kata salah seorang kakak dekat kaunter. Dengar loghat macam dari Sabah, but I don't know. Saya syak saja. Laju saya pergi jeling kening dia. Oh .. Kening cukur. Kaler coklat. Tapi rambut hitam. Eh? Oh lukis rupanya. Baiklah.

As I talk with another kakak at the same counter, bersoal jawab segala, kakak tadi memintas perbualan.

Oh sebut kening tebal tadi sebagai mukadimah perbualan rupanya. Apa salah kau, keningku. By the way, kening aku bukan tebal sangat pun. Jauh sangat dari istilah kening tebal. Pelik aku.

"Adik dah bertahun dekat Semenanjung masih tak dapat ikut loghat KL lagi?" Dia berpaling sekejap menerangkan sesuatu pada rakan sekaunter beliau, juga orang yang berbual dengan saya tadi. "Ah adik ni masih agak pekat lagi loghat Sabah dia."

Aku dah pelik. So what with my accent? Saya tak tahu pula loghat saya bawa masalah pada dia. Memang saya speak dalam loghat Semenanjung, dan saya mengaku even speak loghat Semenanjung yang entah loghat area mana entah aku ikut, accent Sabahan tu masih ada. Sebutan Sabahan, sebutan yang jelas. Kami di Semenanjung, kalau menyebut perkataan ada sebagai ade, kadang-kadang kami akan tersebut juga ada sebagai ada, just like the way it should be. Sebutan huruf-huruf konsonan kami jelas dan mengikut apa yang digariskan dalam silibus STPM subjek Bahasa Melayu dan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka juga. Sebutan vokal kami apatah lagi mestilah betul sentiasa.

Kau Malay ke, kau Sabahan ke Sarawakian ke, kau memang nampak seperti mengagungkan loghat KL lah kakak. Apa hebatnya? Maaf, itu hakikat. Bukan against it, but apa perlukah berpegang pada loghat KL saja? Eh eh terhairan-hairan. Aku ingat lagi aku dah hampir meluap-luap kat dalam. Tapi sabar, sabar.

Rupanya sejak tadi dia perhati saya atas bawah. Muka dan cara bercakap.

"Kawan akak ade seorang dari Sabah bertahun dah keje dekat Semenanjung dah pandai tau cakap loghat KL. Dia bla-bla-bla akak bla-bla-bla ..~"

Aku jawap simple je. Tapi jelas dan bersuluh. Aku harap, sinis. Muka aku jangan cakap lah. Mata dah pandang tempat lain dah. Nada pun dah lain.

"PERLU KAH?" Hahaha.
"Fikiran tu tak payah nak cetek sangat kat aku. Alergik." Okey ayat yang tak bold tu aku telan je. Tak cakap.

Diorang diam.

Ah tahu pun diam. Nasib baik tak bukak mulut lagi, kalau tak aku tarbiyah dia di situ juga. Jangan main-main. I am good at jadi biadab whenever I'm pissed off.

My original hair with kening tebal.

Ignorance or Stupidity?

Tuesday, March 23, 2010

Situasi 1

Senyum jadi Tenyum
Sorry jadi Sowi
Lebih jadi Lebey
.. and lots more.


Situasi 2

Untuk Malam Kebudayaan waktu program Bakti Siswa Ranau Sabah 7hb-13Mei, kumpulan saya tujuh orang akan perform tarian. Group lain ada yang perform Dikir Barat dan Teater Muzikal. Tema Satu Malaysia jadi kami pilih lagu Citrawarna untuk ditarikan. Lagu meriah. Sudah 3 hari praktis. Ini hari keempat.

Jadi tadi, pasang lagu Citrawarna untuk kenalpasti lirik. Lirik dah ada cuma nak pastikan lirik Citrawarna yang saya dapat melalui google itu betul. Lagu memang best. But end up a bit angry (oh emosional) sebab the singer menyanyi tak jelas. How come in the first rangkap, perkataan budaya dia sebut daya saja ....? Like !@#$%^& ????? Dan ADA lagi sebutan yang tak jelas dalam lagu tu. At some words, saya tak tahu the singer sebut bahasa apa. Lagu ini lagu Satu Malaysia. Lagu patriotik yang pasti semua orang akan dengar. At the first place, kenapa publish rakaman cincai? Oh saya marah.

.
.
.

Sense of ignorance. Or stupidity? Annoyed. Annoyed.

I have nothing to lose but KGs.

Saturday, March 20, 2010


{ picture have been removed by fina sophie due to 'aurat' - 11/9/13 }




Muka nampak kurus tanpa extra baggage (HAHA) dekat tengkuk sebab teknik kamera. Teknik angle to be specific hehehe. Saya nak kontur muka saya jadi kurus macam ni. Saya nak kurus, saya nak kurus. Not that I hate my current size. Its still perfect and ideal for me. Yet, I wanna look good in pictures and videos, you know.

Sekarang ni, saya kembali pada penyakit lama. Tak ada selera makan. I don't know. Everytime pandang perempuan kurus dan skinny dan ramping, saya terus berazam nak jaga makan. Maybe cuz I used to be the very skinny one so depresi untuk kembalikan badan ala model (over kau) adalah lebih kuat berbanding rakan-rakan lain.

With 34'28'38, saya nak turun ke paling kurang pun 34'24'34. Dari berat 50KG saya nak turun ke paling kurang pun 45KG. Paling berat 48KG. Cuma ketinggian tu agak tak boleh dibantulah. Once 4'9, always 4'9 no matter how I always tend to add 0'1 extra inch untuk bagi dia cukup 5'0. Ha-ha.

Okey, now I'm taking a kind of slimming product to use when bathing. And a lotion to apply after shower. And daily training (well, almost). If Carlo in The Biggest Loser can have 9KG weight lost in just 1 week, why couldn't I in 1 month??

Not that I hate it. But, if I succeeded, it's kinda perfect :)

Urgh. Okey. Lenguh jari menaip, updating using SE.

PROTECTED ENTRY : Yes I've Changed.

Dalam keadaan gundah gulana macam ni, dengan segala kekalutannya, mood untuk berbelog dengan lebih dari 250 patah perkataan sangat-sangat tak ada. No more sehari satu entri. No more, no more. Sekarang ni kalau free, kalau ada perkara yang mahu, sedia dan sudi dikongsi, adalah. Kalau tak ada, tak mahu kongsi, tak sedia kongsi, tak sudi dikongsi, maka terdiamlah belog ini ewah.

Bukan sebab kenalan rapat dan keluarga sendiri membaca belog ini maka saya merasa terbatasnya perasaan untuk berkongsi. Bukan, bukan. Saya tidak lokek berkongsi apa yang saya rasa sebab saya selesa dengan diri saya yang sangat expressive. Expressive, sebab itu blog ini wujud. I almost don't have any emotion to hide. But tidak perlu rasanya saya besarkan-besarkan cerita yang bukanlah seberapa. Ia bukannya mengganggu lebih dari 5% kehidupan saya sekarang pun. Ia cuma satu kekecewaan kecil dari begitu banyak pecahan-pecahan besar tentang hidup saya. This is nothing. Yet, I still want to talk about it. For the records. Records of how I am feeling. 10 years from now, this will remind me of how I used to be.

Kita hidup dikelilingi oleh orang-orang yang suka perbesar-besarkan cerita, you know. Saya ada banyak contoh-contoh dekat ;)

Okey maaf, tulisan seterusnya adalah protected writing.

.
.
.


Buat sesiapa yang mahu cuba memahami, ini ada penjelasan bagi setiap tindak tanduk saya.
  1. Bila tiba-tiba saya menjadi a bit lantang dan tegas, itu adalah kerana saya cuba stand up for my own self and my own belief. To speak my own thoughts. Lebih tegas dan lantang berbanding biasa kerana saya mahu dianggap serius bukan main-main. Saya tidak bercakap untuk tidak didengar. In fact, tiada siapa yang bercakap tapi tidak mahu didengar.
  2. Bila tiba-tiba saya membuat perkara-perkara yang mungkin kau tak dapat terima atau mungkin kau anggap bodoh atau tunjuk pandai atau anything (you name it), it just mean that I live my life MY way. Stop treating me like I know nothing and you know everything. Kalau tak dapat nak terima, then something is wrong with you LOL.
  3. When I act a little selfish, it's just because I want to take time for myself. To allow myself to be who I truly am and won't become anyone else's idea of what they think I "should" be. I wanna be selfish, if being selfish is the only way to keep me out dari orang-orang yang bersikap tidak berkepentingan.
Yes, I live my life MY way.

Good night

Friday, March 19, 2010


You deserve a good night smile :p

3 for RM5


Me, being a big appetiter dan juga seorang penggemar jualan murah. But, in whole, BLAME THE PRICE hehehehe.

Brought to you by SE C905

Thursday, March 18, 2010


Picture taken by me using my C905. DPP SME Bank's cafe. This is my first post directly from my Sony Ericsson C905. More to come, more to update! :D

Come naturally to you. LOL



Bad News

Wednesday, March 17, 2010

Bad news. Anak Baby tinggal seekor T____T

The First Babies of My First Hamsters.

Monday, March 15, 2010

15 Mac 2010, kelahiran babies dari hamster jagaan saya yang pertama.

Petang tadi saya perasan bentuk perut Baby dah makin membesar dan macam yang saya dah cakap, perut semakin mengembang dan nampak sangat ada sesuatu dekat dalam. Panik sebab tak beli rumah baru lagi @_@

Finally berjaya tangkap gambar dia.

Her name is Baby and now she got babies.

Sangkar hamster ada atas meja study saja. Meja study besar, boleh letak macam-macam :P Tiap hari, kalau bukan saya jeling Lala dan Baby tu tengah buat apa, mereka yang akan jeling saya tengah buat apa. Bila saya siapkan makanan mereka, mereka excited dekat dalam sangkar. Dan bila saya letak makanan dekat sangkar, mereka dah siap berdiri macam kangkaroo macam dekat gambar atas ni. Cute no? :D

Jadi, tadi saya terdengarlah bunyi kecik mencicit-cicit dari dalam rumah. Baby bersembunyi dalam rumah dan Lala asyik menjenguk-jenguk dari pintu masuk rumah. Baby siap nak serang Lala tiap kali Lala try nak melangkah masuk. Gasp. Time tu saya fikir, oh no don't tell me Baby dah melahirkan @_@

Pasti ke tak pasti, saya terus buka bumbung sangkar lepas tu masukkan Lala dalam baldi yang dah siap saya letak bedding dan makanan hamster. Buat petang tadi, untuk alternatif just in case Baby melahirkan sebelum saya sempat beli rumah baru. Mula-mula tu dia excited lah ada makanan dekat dalam but then bila dia bosan dia mula nak panjat keluar dari baldi, which, tak pernah berjaya. Kesian Lala.

Lepas tu jenguk dekat sangkar guna cahaya lampu handset sebab gelap. Sah lah dah terberanak. Setakat ni nampak dua ekor. Bogel habis la those babies. Bulu tak ada lagi. Haha. Now, Baby sedang mengeram anak dia ke ape entah.

Baby tiba-tiba jadi so protective. Even satu apa pun Baby tak benarkan mendekati sangkar lagi-lagi jari tangan saya sebab dia tahu jari tangan manusia adalah harmful. Okey you should know, if you touch the babies, bau jari kita akan melekat dekat kulit those babies. The mom takkan sentuh the babies lepas tu so jangan memandai. Hehe.

Okey sekian laporan hari ini.

Worrying my Baby Hamster.

Sunday, March 14, 2010

Entah berapa kali dah aku cakap ayat yang sama berulang kali dekat Baby, my female baby hamster.

"I'm so worried about you, Baby.."

Sekarang ni perut Baby dah obvious sangat besar dia. Dah nampak yang she's actually pregnant. By the time she has to deliver, saya sepatutnya dah belikan Baby rumah baru but I haven't yet. Kena tunggu Selasa ni, itupun kalau jadi T____T Kenapa rumah baru? Sebab kalau hamster, if the female one pregnant dan kemudian melahirkan, kita perlu asingkan bapa dia dari sangkar tu untuk satu jangka waktu. Mungkin minggu, mungkin bulan. Kalau tak, ibu akan rasa anak-anak dia terancam dan akan cuba melindungi anak-anak dia dengan menyimpan mereka dalam kantung tengkuk (biasanya untuk simpan stok makanan) tapi maybe akan end up she might swallow her own babies to save them. Kesian bukan. Jadi saya agak risaulah juga.

Sorry I cannot get you the picture of Baby sebab tiap kali nak try angkat untuk gambar perut dia, she'll try to bite my finger wth T____T

Tag dari Fiza & Hyuuga : SEPULUH

Thursday, March 11, 2010

Tag dari Fiza & Hyuuga :)

Cara-cara:
Copy Tajuk entry "sepuluh" dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Sila jawab dengan jujur.

Amboi demanding kau nak yang Bahasa Melayu saja. Hahahaha. Ah blog saya peraturan saya.

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Jawapan: 1. Seorang kakak sulung yang agaklah kelakian T_T | 2. Kalau balik cuti, selalu kena masak sebab mama dah bosan memasak, nasib baik family jenis makan je tak banyak soal T_T | 3. Tak puas hati kalau saya seorang je buat kerja kat rumah HAHA kalau masuk dapur, aku pastikan juga ada orang teman dekat dapur kalau tak, siap. Cukup keji. | 4. Jarang tengok TV | 5. Suka cakap kuat-kuat, latihan vokal tau? Haha.

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Jawapan: Tak tahulah. Kena tanya empunya badan. Tapi first thing diorang akan cakap adalah, saya seorang yang lembut :')

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Jawapan: 1. Ijazah, of course. | 2. Nak suami yang baik hati, yang akan kata, "Sayang, mari jemaah". | 3. Aset sendiri, macam kereta sendiri rumah sendiri bisnes sendiri kubur sendiri. | 4. Nak kehidupan yang stabil dari segala segi. Sederhana tapi yang sempurna :') | 5. Mengelilingi dunia. Wah.

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Jawapan: Null. LOL. Seriously tak ada lagi tapi tidak apa saya percaya pada JODOH.

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda (disebabkan saya masih tak ada lagi, saya senaraikan ikut apa yang saya suka :P)
Jawapan: 1. Tidak kisah dan tidak bosan melayan saya bercakap 24 jam sehari | 2. Matang dan boleh handle saya, sensitif tapi tidak emosional | 3. Romantik dan sweet talker dekat saya saja. COMPULSORY! | 4. Boleh menyanyi, boleh main alat muzik, athletic | 5. Ada hobi macam saya, contoh macam suka travel dll. Paling utama, ada agama untuk membimbing saya dan hormat ibu bapa saya :) Wah engkau. List ada 5 point tapi kenapa rasa macam lebih dari 5 point je? :P

[#6] Bila tarikh anda couple?
Jawapan: Mula couple setelah ada ikatan pertunangan. Sweet as it is :')

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Jawapan: Betapa hati saya banyak terluka sebelum dipertemukan dengan orang yang sebenarnya .. :)

[#8] Lagu tema cinta anda?
Jawapan: When You Tell Me That You Love Me by Whitney Houston featuring Westlife perghh minat dekat lagu ni.

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Jawapan: Datang cepat sikit boleh takkkkkkk??

[#10] Tag 10 rakan anda yang lainSaya nak tag orang-orang yang berikut :
  1. Yang baca blog ni selepas baru balik dari kelas
  2. Yang baca blog ni selepas solat
  3. Yang baca blog ni selepas keluar dari tandas
  4. Yang baca blog ni selepas keluar jalan-jalan
  5. Yang baca blog ni selepas makan
  6. Yang baca blog ni selepas selesai buat assignment
  7. Yang baca blog ni selepas bangun tidur
  8. Yang baca blog ni selepas study
  9. Yang baca blog ni sebab tak buat apa-apa
  10. Yang baca blog ni selepas main Facebook
Sekian :D

.. Updated on 1 April 2010 (Tagged by Hyuuga)

Pernah tak kamu cuba untuk sibukkan diri sebab nak lupakan sesuatu yang hurtful?

Saya rasa dah banyak kali saya buka ruang Blogger New Post untuk mengarang, tetapi end up tutup window atau beralih ke website lain atau pergi buat kerja lain. Ataupun, buka ruang New Post dari awal sampai ke sudahnya tak tulis apa-apa lagi. I don't even know if this entry akan finally published.

Anyway. Just wanna update something here.

Kemas bilik
Macam biasa kalau sibuk, bilik akan jadi macam tongkang pecah serius macam tongkang pecah. Tak percaya tanya roomate. Sampai dah naik benci kot orang tengok tapi alhamdulillah ua hari lepas saya telah berjaya menyelesaikan semua yay I did it! Dan amazingly everything is in control sampai hari ni. Puas hati dan ringan sikit otak yang dah sedia berat dengan macam-macam perkara ni.

Baby Hamsters
I am extra worried about Baby, the female one. She seems need some space of herself. A nice bedding, I guess, for her babies, well I think she's pregnant but actually I'm hoping she's not =/ Oh Baby, I am so sorry. I have so many things to finish, a new home could wait a lil more late okey dear? Lagi dua hari. Kalau lagi dua hari itu tak boleh, maksudnya lagi lima hari @_@

Berterus terang
I REALLY hate it when people talking BEHIND MY BACK sebab bagi saya, when they talk behind my back sedangkan boleh saja cakap berdepan, that shows that they doesn't respect me as a person. Why I have to respect those who doesn't respect me? Please heh. Maybe it will hurt, tapi lebih melukakan kalau kawan sendiri tidak berterus terang.

Okeylah macam tak guna cakap macam ni. Buat kerja lain lagi bagus macam tidur. Okey. Tapi saya dah dapat cari satu idea yang baik jadi tak payah tidur lagi. Buehehe. Now saya eat eat dan terus eat. Dulu ada satu masa saya tak lalu nak makan, tapi sekarang rajin gila makan. Adakah kerana saya depress? Hehehe.

.
.
.


Esok agenda saya agak penuh. Tapi kira hari inilah sebab dah pukul 3 pagi dah. 3 pagi? @_@

Pagi nanti tak boleh bangun dan tidur balik lagi macam biasa sebab pukul 8 pagi appointment dengan owner my baby Kancil untuk settle hal rent payment.

Teringat malam tadi mama cakap benda comel macam ni :

"Nana, nanti jangan lupa bayar BABY kau."
Saya paused, and then I was like, .. 'Ahhh okey fine, mama kan baca blog saya sekarang ni .. Tsk.' Sebab dalam blog saja saya bagi nama my car sebagai Baby. Baby Kancil. Hamster. Baby Hamster.
"Ahahaha .. Okey."

Lepas tu tak balik DPP dah sebab nak pergi Pusat Kesihatan Universiti (PKU UUM) untuk buat medical check-up. Which, I don't know ambil berapa banyak masa .. and I don't know if they can do it by tomorrow juga.

Pukul 2 petang appointment dengan Kak Kirim pula untuk sesi kaunseling. Yes saya ambil sesi kaunseling untuk diri saya, because I think I need it. There's a time of anger, tiba-tiba sedih. Bila tiba-tiba rasa I don't have anyone to turn to. Have no one that I can count on to. Bila orang kata saya telah berubah sedangkan saya tak tahu saya telah berubah dari segi apa. (must be berubah ke arah yang negatif bukan, kalau tak tiada yang menjauhi). Bila saya tidak tahu memilih antara dua jalan. or even, if I just need someone to talk to. To LISTEN to me. Bukan setakat tadah telinga lepas tu cakap : "Aku tak puas hatilah David menang The Biggest Loser Asia, kurus macam skeleton dah. Tak sihat aku tengok." T___T. Yang, at least, kalau tak faham pun, dia akan cuba sedaya upaya to understand me.

Lepas tu dalam pukul 4 PM akan ke PBS dengan Aina dan Dayah (Audirasari members) untuk settle hal baju dekat Pusat Budaya dan Seni UUM. Oh lupa nak umumkan (wah UMUMKAN tak boleh belah), Sabtu ni 13 Mac ada performance dekat Dewan Kachi untuk Grand Dinner Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAQ) UUM. Saya tak involved sebagai performer, turun untuk sama-sama training saja. Dancing adalah sesuatu yang fun :)

After that, balik bilik and will try to keep myself busy, kalau tak, akan tidur petang lagi. Tapi memang tak bolehlah ada dekat bilik. Haha. Tengoklah. Maybe grab nota kuliah dan pergi kedai basuh kereta so sementara menunggu tu boleh baca nota sikit-sikit. Okey, apsal ayat tadi turned out to be idea yang sangat baik dari seorang manusia yang waktu ini sedang tersengguk-sengguk nak tidur? Ingatkan nak bagi idea yang ridiculous tadi. HAHAHAHAHA.

Selamat malam wahai hati-hati yang berduka. Tidurlah, usah dikenang lara hati. Everything gonna be okey.

Wallpaper Desktop.

Tuesday, March 09, 2010

Menjawab tag Miss Independent kita :)

Well, saya pergi google macamana nak guna PrtSc SysRq semata-mata sebab nak jawab tag ni sebenarnya. Hehehe.



Ya I know besar gedabak punya kalendar tapi saya selesa macam tu sebab since saya jenis akan selalu menghadap laptop, so the best location adalah di desktop saya ehehe.

Okey the background picture itself.

I love merah combined hitam. Lepas tu gambar search google saja dengan keyword enakei. Saya suka imej perempuan ala-ala macam ni. Background picture Sufilara.Com pun ada gambar perempuan-perempuan stylish sedang duduk relax, nampak tak? Suka imej macam ni. Haha. Simply that.

AH KANTOI MAIN IMVU. AH KANTOI SEGALA-GALANYA HAHAHA.

3 entries in a row. Program Salam Kasih Dari Borneo 4-6 Mac 2010, Tutorial PrtSc SysRq, dan Wallpaper Desktop. Hebat aku hari ni. Okey off pergi buat assignment.

Tutorial PrtSc SysRq

Untuk yang tak tahu saja.

Nampak tak button PrtSc SysRq (Print Screen System Request) yang usually located on top of the other buttons of your keyboard? I've been trying to figure out how does the PrtSc SysRq really works, like eh takkan simply tekan butang tu? After tekan, gambar itu pergi ke folder mana?

Obviously, now I know, memang takkan jumpalah sebab ada satu lagi step supaya gambar tu appear. Hahah. You'll need a paint program for this. For me, I used Paint that usually available in windows. You can use Photoshop or Pain Shop Pro if you have one.

Once you opened the program, go directly to edit then click on the paste button and then it's allllllll yours HEHE.

So, let's recap.
  1. Open the window you want to print, cuz the PrtSc SysRq will print what ever you have on your screen.
  2. Simply press PrtSc SysRq button.
  3. Open paint program, and click paste.
  4. Save.
It should work ;)

Program Salam Kasih Dari Borneo 4-6 Mac 2010

Program “Salam Kasih Dari Borneo” merupakan program berkonsepkan khidmat sosial yang dianjurkan oleh Biro Informasi dan Penerbitan dan Biro Kesenian dan Kebudayaan. Program ini merupakan cetusan idea daripada mahasiswa mahasiswi yang berasal dari negeri Sabah dan Sarawak. Idea ini selaras dengan matlamat mereka untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan disamping menyebarkan sedikit pengetahuan berkenaan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak secara lebih menyeluruh. Menerusi program ini, peserta akan tinggal selama tiga hari dua malam di rumah anak yatim tersebut bagi menjayakan beberapa aktiviti yang telah diatur. Secara tidak langsung, program ini akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para peserta merasai suasana kehidupan di rumah anak yatim tersebut. Selain cuba mewujudkan komunikasi yang baik terhadap pihak pengurusan rumah anak yatim, program ini juga dijangka mampu mewujudkan satu integrasi yang kukuh diantara pelajar Sabah dan Sarawak dengan anak-anak yatim sebagai satu masyarakat serumpun dan bersatu padu tanpa mengira identiti bangsa dan suku kaum.

Rushed all the way from UUM ke Rumah Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia something like that, di Daerah Kulim Kedah. Jadi one of the tetamu jemputan yang actually sepatutnya ikut sekali sebab dalam program ni sebab saya pegang jawatan Ex-Oficio but kebetulan I got exam back on 5th of March, so cannot cannot.

4 Mac :
Yulie called around 6.30 PM like that dan cakap she need my help urgently sebab van yang diorang sewa untuk program rupanya tak cukup untuk mereka 13 orang. Muat-muat 10 saja van itu jadi she really need my help untuk angkut lagi 3 orang. Hal kolej, dan kebetulan I'm free, so saya okey. Saya minta mereka tunggu 10 minit bagi saya bersiap dan lepas tu bergegas keluar dan call Dayah ajak sekali. Niat nak ajak Amy juga but since ruang tak cukup, so tak dapatlah. Luckily Dayah is available, my unofficial co-driver :D

Konvoi dengan van yang Lendie bawa (Lendie salah seorang AJK). Perjalanan yang supposed kurang dari 3 jam itu jadi 4 jam sebab beberapa kali silap jalan. Saya drive tahulah, jalan tak hengat punya kecuali kalau dah lalu beberapa kali. Sebab tu I need co-driver. Fungsi, more to jadi GPS saya. Haha. Okey kemudian, bila dah nak sampai, my car broke down dekat tepi jalan sebab oh I forgot, every two hours kena bagi rehat kereta eyh? LOL I didn't know that. Tapi sekarang dah tahu. Waktu kereta broke down tu, datanglah seorang hamba Allah bermotor berhenti tepi jalan tanya kenapa. He remind me to someone I kinda missed. Terpaku sekejap gitu bila dia buka helmet sebab memang serupa. Ohhhh why! Kawan-kawan lagi 4 orang tu kerumun that abang untuk tengok apa yang wrong dekat enjin kereta. Rupanya panas sangat, and air habis. Kawan-kawan I memang prihatin tau. Hehehe. Saya back off sikit ke belakang. Saya letih sebenarnya. 4 hours driving not stop, what do you expect. Lagipun masih baru dalam dunia driving ni. Ceh ceh ceh. So, dengar dan tengok saja. Soon, abang tu cuba on enjin and wala!

Sebelum berlalu, saya tenung lagi muka lelaki tu. Okey I know this sounds crazy but I was about to ask his phone number, tapi kawan halang. Like WTH tapi okey. You know I won't bother orang nak cakap apa kan, lainlah kalau those people will hurt me. Tapi bila fikir balik, dah cukup-cukuplah dengan dilema sekarang ni so .. berlalu macam tu saja. Saya tak minta his phone number.

Sampai saja, had a late dinner, lepas tu bertolak balik. Waktu tu dah pukul 12 lebih. Jalan dah agak lengang sikit so stop half-way bagi Dayah drive. A bit scary but it reminds me of how I used to be. HAHAHAHA. But I made such a quick progression so thanks to all of my unofficial JPJ officer HEHEHE. And I know how it feels bila orang tiba-tiba pissed off dengan kita dalam kereta sebab bawa kereta dengan agak tak selamat padahal dia tahu kita perlu masa untuk sesuaikan diri. Memang down gila macam nak turunkan je dia tepi jalan lepas tu blah tak pandang belakang lagi dah. Eh tu bukan down, itu geram HAHAHA. Tegur tu tegur je la. Why tinggikan suara, bukan? :) Alhamdulillah tak pernah hilang kawalan sampai naik atas divider ke apa dekat UUM ni. Tapi dekat kampung pernah @_@ Mama was beside me, back then. That's one of the reason why mama nervous kalau saya drive. HAHA. Mama mesti terkejut melihat betapa cekapnya saya sekarang bawa Kancil saya (means, tak tahu cekap ke tak bawa Van Toyota mama atau Avanza ayah or Off-Road ayah @_@).

5 Mac :
Exam. After exam, pergi makan dekat Kuala Perlis :)

6 Mac :
Satu lagi hari yang kalut. Bangun agak terlewat, mandi dan terus dengan muka tak siap, pergi pakai baju kurung yang tak perlu iron dan touch-up sikit, tapi later on, CAIR sebab kepanasan. AH! Okey fine tak lawa pun takpelah janji sampai pukul dua.

And we did it. Sampai tepat-tepat pukul dua, itupun kerana memecut dengan selamatnya. Teringat, time singgah ATM CIMB dekat Pusat Keselamatan UUM, terserempak dengan Puan Mala (wakil perasmi program merangkap felo untuk Biro Kesenian dan Kebudayaan DPP SME Bank merangkap felo penasihat program ini) yang nak pergi ke Kulim juga. Puan Mala dah siap cucuk ATM, saya baru terhegeh-hegeh datang. Puan Mala gerak dulu. Terkejut beliau tengok kami sampai lebih awal padahal kami ikut Lebuhraya dan Puan Mala dan suami ikut jalan short-cut. Saya sengih saja. Wonder why we arrived earlier? Heh. Mati aku kalau ayah tahu.

We talked about the program (sort of) and talked about the journey, so now we're going to talk about the rumah anak-anak yatim itself.

Rumah itu dinamakan sebagai Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit. Dalam beberapa jam di situ, sempatlah juga duduk berborak dengan beberapa orang makcik di situ. Juga dengan beberapa orang-orang tua yang memperuntukkan hidup mereka secara sukarela di rumah itu. Kesemua anak-anak (paling muda tahun 3, paling tua tingkatan 6 atas, if I'm not mistaken) adalah anak yatim yang dah kehilangan ayah dan ibu mereka pula tak mampu untuk menampung hidup anak-anak. Ada yang sebab terlalu nakal, maka dihantar ke situ. Ada yang sejak masih tahun satu lagi dah mula menetap di situ.

I've talked with this little guy, named Naim. Nampak sangat obedient dan malu-malu saja. One of my weakness, adalah bila tengok kanak-kanak yang hidup susah when they are supposed to explore as mush as everything in their beautiful world. Mereka menerima kasih sayang dan keprihatinan dari ramai orang, as much as the inferiority and emptiness they hold inside just because they aren't like any other kids at their age. That hurt me.

Adoption.
Kerana rasa tanggungjawab, it's always one of my biggest dream, to at least have an adopted child under my own protection and care. Well, OUR own protection and care. BOTH OF US. It's never about sebelah pihak sajakan. So I want my future husband also have the same vision .. well at least he's not against it jadi tak adalah percanggahan pendapat nanti. Yalah, walaupun perkara baik, bukan semua orang rasa ia idea yang baik sebab macam-macam risiko perlu dihadapi pada masa akan datang nanti.

.
.
.

InsyaALLAH.

Balik ke UUM dari rumah anak yatin itu pun rushed juga. Sebab ada event untuk malam. Spring Festival di Dewan Kachi but at the second thought, saya decide untuk tak pergi sebab terlalu keletihan. Sangat-sangat letih. Saya kalau letih biasa, masih boleh lagi bergerak aktif. Tapi kalau saya kata saya betul-betul letih, saya memang cukup letih.

Sekian saja laporan untuk 4, 5 dan 6 Mac HAHA

Heart matters.

Friday, March 05, 2010

For now, what I really want to do is, I want to focus on practical matters rather than emotional ones. To focus on my own life rather than looking for others' life. To forgive, rather than asking for forgiveness. I really need to be careful on how I handle heart matters.

He started doing things he'd never done, for me. He slowly started moving to the other higher stage of our relationship. It do scares me. He's so sweet I can't help. All the things he do, they were just perfect but .. I'm missing something I can't tell. Heaviness and control should never be a part of a good love relationship. So how. How should I..

Sooner or later, I need to put all of my doubtful verbal skills (HAHAHA) to use, as difficult conversation is gonna take place @_@

Okey, got to go. Just got back from Kulim. Urusan kolej. Tired. Very tired.

Tagged by Fatin

Thursday, March 04, 2010

First of all, thanks Fatin! =)

Instructions
Bold the statements that ARE true to you. Italicize the statements that you WISH were true. Leave the fibs alone. Then, tag 5 people to do the same test.

•170cm tall.
•I don’t know what I want at the moment.
•I’m not happy neither sad.
•I hate my friends.
•I hate my life sometimes.
•I hate my grades.
•I can drive.
•I’m bored of driving. Haha.
•I have a white handbag.
•I love dancing.
•I go clubbing every week.
•Shopping is bullshit.
•I have a tattoo of a star.
•I got my navel pierced.
•I have friends that take drugs.
•90% of my friends smoke.
•I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
•I’m studying fashion.
•I have a business running.
•I hate cartoons
•I hate someone from my past :)
•I have 10 Lollipops handbags.
•I buy CLEO every month.
•My parents don’t know about my blog.
•I have an iPod.
•I don’t have faith in the current “one”.
•My school mates know about my blog.
•I wanted to be a fashion designer.
•I love rock emo bands.
•I hate it when people cancel last minute meet ups.
•I’m a rebel.
•I don’t believe in love.
•High school's filled with drama.
•My parents have faith in me.
•I’ve bought shoes this month.
•A blogger bitched about me before.
•I hate sports.
•I heart Italian food.
•I hate meeting new people.
•I hate nail polish.
•The mother bear gives me hugs.
•People should start appreciating me.
•High school was the worst time of my life.
•I have red hair.
•One Utama is my second home.
•I’m a guy.
•I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday tomorrow.
•I hate vacations.
•We’ll last :)
•I believe in long distance relationships.
•I’m going to get high and smoke weed one day soon.
•I’ve robbed an old lady.
•I’m starting to like applying make-up.
•I was a tomboy.
•At times I think I still am a tomboy.
•I love bitching about people behind their backs
•I still have a best friend.
•I have a cat.
•I hate surprise parties.
•I hate planning parties.
•I’m hot. :P..
•I’m a sinner.
•I’ve got a DS light.
•I have a Wii.
•I cant live without music.
•Video games are a waste of time.
•I miss the father bear.
•I love being in love.
•I know how to cook.
•I have 100% freedom.
•Boys are assholes.
•I hate Math.
•I’m happy with what I have.
•I love horror films.
•I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
•My old friends keep in touch with me.
•I don’t read newspapers.
•The news is such a waste of time.
•Blogging is a waste of time.
•I hate animals.
•I can’t live without make-up.
•I curse like a pirate.
•I’m happy with my 11 years old car. It's actually 14 years old bhahaha!
•I hate people that are smart.
•I love Orange juice.
•I can’t drink for nuts.
•I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
•I’ve got a new phone.
•I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
•I love swimming.
•I haven’t worked out since March.
•I think I’m fat
•I love my friends and family

It's been a while since I don't do tagging, so I wanna tag these bloggers :)
Maaf kalau ada yang tercicir, yang tiada dalam senarai pun boleh jawap. Tak ada paksaan, tak ada suruhan. I just wanna know if maybe we have something in common. Bagitahu saya kalau dah jawab, okey? I'll come visit yours =)

Biarlah Rahsia

Wednesday, March 03, 2010

Biarlah Rahsia
Siti Nurhaliza

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlalu
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku.

Hi. This is Fina's life talking now.

Reading my friend's, Fiza's entry in her blog, inspired me to write this entry. To tell you what really happen in my life now. Well, at least, this will explain why I do not blog as much as before. I don't know.

I've lost my appetite. Sejak petang tadi hinggalah ke tengah malam, saya tak habis berfikir apa saya nak makan untuk dinner. Fikir nasi, tapi I don't feel like eating rice. Or be it mee, or bihun or kueyteow. Or burgers. Or anything else but still I need something untuk dijamah sebelum tidur. Pukul 12.30 malam baru buat keputusan nak beli air soya. Air soya okey. Semata-mata air soya. Dan puas malah kenyang. Padahal sebelum tu punyalah timbang-timbang nak makan apa. Nasi lah, mee la bihun lah, buah-buahan lah, burger lah. Macam biasalah, makan adalah hobiku. I might say that I've run out of money but still I got some income of renting my car to those who might need it. Problem occurs when I need to pay extra charges on .. anything, but the point is, I've lost my appetite. Aneh. Hey people, it me lah, Fina. Lost appetite??? Heh. Jarang lost appetite even walaupun sakit kuat macamana pun. Ya Allah aku kalau demam kuat, makin kuat makan @_@ Kecuali waktu food poisoned hari tu, trauma sekejap nak makan makanan yang tak panas. Nak makan masakan panas saja.

I don't do jog anymore since I've started my dance training. But now, since my dance training periodically stopped, I need to bring back my jogging routine @_@ But when oh when...

Good news is, I've lost my weight to 50KG! But hell I don't want to believe it. Saya nak cek weight kat setiap weight checker kat Kedah ni nanti untuk dapat result yang diyakini. Susah nak percaya sebab saya rasa CM saya masih sama T____T

I'll not be around for this week or maybe more weeks to come, to focus on my quizzes, my exams, presentations, and my assignments. This semester is going to be a short semester. I have like everything to catch up and no more playing girl, no more playing. No more playing? Eh apasal macam dull je bunyik? Heh don't worry, of course ada play-play tapi I should be in control and I need somebody to keep remind me as a KAKAK or ABANG, not as friend (sebab susah sikit nak respect) dan not parental guide please cuz I have enough of it, thanks to mama dan ayah. So, HELP @_@ Okey macam childish je ayat kat belakang perenggan ni T_T

I am sick now. Macam yang Dayah gurau-gurau. Fina sakit. Sakit hati. Yeah right funny lah tu. Hati memang sakit. Tapi bukan sakit yang sakit hati dekat orang lain. Itu simpulan bahasa, ok simpulan bahasa. Saya memang sakit. Sakit di hati =)

Plus, I better stop talking cuz I might broke some others' heart. Lagi dan lagi dan lagi.

Don't miss me. Seriously don't.
Cuz missing me might broke your heart if I'd never come again.

To all people that I truly care about.

Monday, March 01, 2010

These days have been some tough days for me. As tough as I feel it is, yet I believe I can still always can get through of it. Well it will never as hard as mending a broken heart, I supposed.

Anyway .. my dearest,
I tried not to talk behind your back, and never really talked about it. I'm not judging about how and what are you feeling, I'm not trying to tell you about what you should feel. Cuz I do have respect for you as a person, and I hope YOU do, too. I'm letting the flow, and let time explain it all. I'm not worried just because I can't see anything I might have done that might hurt someone's feeling. I am worried about WHY I do not actually understand what had just happened. For God sake, JUST TELL ME WHAT HAPPENED??

Do not take me wrong. Maybe you mistaken someone else, to yourself. Always remember, I love you. I just doesn't have the guts to show it to you.


Sorority Life

Love her shades! =D

Satu-satunya game Facebook yang saya main secara konsisten dan sebetulnya merupakan satu-satunya game Facebook yang saya main. Farm dan Cafe saya tak main, sorry. Being me, takut addicted. Thank god now that The Sims 3 tiada dalam laptop saya sekarang, kalau tak? Hehe.

Kartun dekat atas tu adalah watak yang saya jaga (or pegang? i don't know). Saya dah sampai level 104 dah. Anyone can beat me? Haha of course lah ramai yang boleh beat my level >_>

Okey, that's me in Sorority Life! :P
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS