2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




First step of many steps later :)
Monday, February 08, 2010 posted at 11:32 ♥

Macam biasalah kan kalau ada event je mesti bilik macam tongkang pecah punya. Hish bakal isteri siapalah ni. HAHAHAHAHA Tabiat yang kurang elok.

Okey. As you can see in my calendar dekat sidebar, ada tertulis "6 Feb '10: Show for COLGIS event at Jitra" bukan? Iaitu semalam. COLGIS event yang saya katakan itu adalah Grand Dinner untuk lecturer-lecturer untuk student COLGIS UUM yang ambil master, if I'm not mistaken.

Kronologinya, selepas dapat request dari Encik Raz untuk buat show dekat hotel (maaf tak ingat nama hotel) yang baru saja dibuka baru-baru ni, 28hb Januari Mai dan timbalannya, Teh, buat audition untuk pencarian bakat baru lah kan. So okey dah jumpa dalam 8 orang. Ahli Audirasari lama tolong train joget untuk bagi lembut badan diorang malam tu.

Esoknya 29hb Januari, second training. Ajar diorang basic zapin dan other dance, pilih-pilih lagu dan rilek-rilek saja.

Two days after, 31 Januari, ada lagi penambahan dalam beberapa orang dan siap sekali dengan pembahagian penari dan pilihan lagu. Dan aik step pun dah ada. Walaupun simple, tapi masih nice saja. I was told that Encik Raz nak tarian Melayu, Cina, India dan satu lagi tarian dari etnik lain, dan mereka pilih tarian Jawa.

Malam-malam seterusnya diteruskan dengan aktiviti-aktiviti menari dan training. Biasanya, saya peruntukkan masa saya untuk mengupdate blog setiap malam, tapi since tiap malam balik lewat dan balik pun dalam keadaan penat, saya buka saja Blogger, Twitter, Facebook, dan lain-lain. Tapi update tak.

3hb Februari, pelan A. Saya dan Teh janji jumpa selepas kelas saya habis 11AM dan terus ke PBS hantar surat untuk permohonan penyewaan baju. Sepatutnya melalui Encik Huzaidy, Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM, tapi sebab Encik Huzaidy tak ada, terus approach Encik Jamil. Salah seorang staf merangkap trainer dekat PBS. Jurulatih khas Bidasari. Juga yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar yang tak akan saya lupakan kerana keputusan saya dulu untuk menyertai Bidasari-lah yang telah menjadikan saya seorang Fina yang sekarang. Yang you guys kenal sebagai orang yang pakar bahagian persembahan dan menjadi salah seorang trainer (salah seorang trainer sebab, I don't want to take all the credit) untuk penari-penari kolej dan apa-apalah berkaitan persembahan. Itulah Encik Jamil atau kami panggil Encik Mil. Peramah, mudah mesra dan baik hati. Tapi sayang, PBS tak boleh nak sewakan baju-baju penari Bidasari sebab pada hari yang sama, Bidasari juga memerlukan banyak baju-baju tersebut sebab ada 60 orang penari yang terlibat untuk event lain. Cuak cuak.

So saya dan Teh sit down and think. Waktu tu juga minta Teh call Encik Raz untuk set appointment dengan beliau dan bincang semua yang patut. Lepas tu balik DPP hantar Teh dan saya terus makan. Petangnya, Teh bawa khabar gembira yang Encik Raz dah luluskan belanjawan yang kami buat, dan bagi contact number rakan dia di Wisma Darul Aman dekat Jabatan Kesenian untuk kami berurusan terus, tanpa prosedur-prosedur rasmi yang mungkin melecehkan. Alhamdulillah.

4hb Januari tu, saya drive ke Alor Setar dengan Dayah dan Teh. Dengan tak tahu jalan nak ke Wisma Darul Aman, kami redah je dan akhirnya jumpa!

Malam tu Malam Gemalai Tradisional. Audirasarians menang juara! Tahniah you guys, and sorry I can't be with you this time.

There were some minor things happen, actually. Tapi tak state dekat sini pun tidak apa. Contoh macam tersesatlah, kami datang terlalu awal so kena tunggu lagi sejam lah, harga peminjaman baju dah naik la, baju tak cukuplah, perubahan saat akhir, .. Banyak lagilah. Ingat hari yang kami tempuhi 4 Januari itu sesuatu yang senang? Heh.

5hb Januari, praktis praktis praktis.

6hb Januari, hari kemuncak. Dengan 16 orang penari yang perlu dimekapkan dan disiapkan baju dan setting kepala, 3 jam itu sebenarnya tidak cukup. 16 penari tu tak termasuk lagi penari India tapi diorang mekap dan urus group mereka sendiri so saya tak count mereka sekali dalam list yang perlu dimekap dan semualah. Nasib baik Dayah, Cuya, Mai, Teh dan Amy turun sekali jadi pegawai pengiring. Dayah dan Cuya dah tolong pakaikan foundation dekat budak-budak tu, dan tolong mekap sekali termasuk Mai. Amy tolong urus bahagian teknikal, dan Teh urus bahagian logistik eceh cehh.

Gerak dalam pukul 6 lebih juga. Sejam lewat dari perancangan asal. Sampai saja, keadaan sedikit tensed sebab dah nampak dah tahap performance budak-budak ni at the actual setting. Encik Raz sampai risau-risau dah sebab beliau boleh nampak the girls tak ready lagi. Waktu tu juga semua tiba-tiba jadi fokus, buat latihan. Sampaikan gara-gara terlalu nakkan perfection, ada yang menangis. Ada yang tarik diri. Huhhh. First time performance eh girls? It's okey. More to come after this. You'll improve yourself as this is your first step of many steps later ..

Satu-satu persembahan bermula dengan lagu Cinta Sayang sebagai lagu overture (pembukaan) keluar. Kemudia lagu joget, kemudian lagu cina, lepas tu lagu India, dan akhir sekali lagu Jawa. Keluar saja semua dengan muka lega campur teruja campur ceria. All emotions blended randomly and it was such a feeling, right guys?

And actually, they did it quite well. For a beginner :)

SELESAI. Dah boleh tidur. Gambar-gambar saya update later kalau rajinlahkann.

Labels:


2 Comments:

Anonymous ABdi said...

wish u avery good luck, may the gurl do they best performance as the sifu want...:P

08 February, 2010 21:00  
Anonymous Fina said...

ABdi,
may apenye. dah perform dahhhh.. hehe.

09 February, 2010 11:48  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish