Speaking about AMANAH.

January 30, 2010

I am bored to death. Hidup dah tak rupa manusia dah. Bangun lewat bila matahari hampir meninggi. Jadual jog di mana? Jadual untuk sarapan di mana? (Aku spesis tak sarapan pagi tapi sedang belajar bersarapan) Jadual study juga hilang ke mana??? Saya lost hari ini. Oh. Bukan hari ini saja. Saya lost dua hari ini. Semua rasa jadi lintang pukang.

Tidur petang bukan kebiasaan saya tapi dua hari ini, ia telah menjadi rutin. Tidak boleh jadi ni @_@. Tidur 15 minit boleh diterima tapi tidur Kata ayah, tidur terlalu lama melemahkan otak. Cukuplah sebelum ini saya tersasar dari landasan. I've learnt my lesson!

Saya takut. Takut memegang tanggungjawab menjadi Presiden kelab tarian Audirasari, sebenarnya. Saya melaungkan perkataan KOMITMEN pada mereka tapi di dalam hati, saya sendiri sebenarnya mempersoalkan sejauh mana komitmen yang saya boleh beri pada kelab ini? It's good to have the sense of responsibility towards our DPP. I was just scared. Perkataan tanggungjawab sekarang ini amat merunsingkan saya. Bagaimana jika saya tak dapat melaksanakannya dengan baik?

Tipu jika saya tidak merasakan tekanan. Saya sangka, dengan berakhirnya kontrak menjadi JPMDPP SME Bank selama setahun pada 31 Disember 2009, maka lepaslah tanggungjawab rasmi saya pada DPP. Sejak dicadangkan menjadi Presiden Kelab Audirasari pada Rabu baru-baru ini lagi saya macam berfikir banyak. Ini pun masih teragak untuk menyatakan persetujuan. Saya masih belum mengatakan persetujuan, sebenarnya. Saya turun padang beberapa hari ini pun sebab niat untuk membantu. Bukan kerana apa-apa. Tekanan dalam hal akademik. Tekanan psikologi bakal ditinggalkan. Tekanan dalam bersahabat. Tekanan menguruskan kewangan. Ditambah lagi tekanan diminta memegang jawatan besar, sekali lagi. Bukan mengeluh. Bukan merasakan tidak mampu. Bila saya menyuarakan kebimbangan, seperti yang Dayah kata, selagi kita tinggal di DPP ini, selagi itu tidak lepas tanggungjawab untuk berbakti pada DPP. Kadang-kadang saya terfikir, kenapa kita hidup untuk sentiasa melihat tekanan?

And so I forgot, bahawa kita ini memang dicipta untuk memikul beribu-ribu tanggungjawab dan amanah. Sebab itu kita yang ada akal ni, sepatutnya berupaya mengawal dan menebat tekanan dalam diri. Tekanan itu hanya faktor luaran, saya baca di buku.

Oh iya. Bagaimana dengan amanah mama untuk tidak mahu saya terlibat aktif dengan aktiviti-aktiviti berpersatuan lagi?

I have no answer. I cannot make up my mind right now.

You Might Also Like

5 comments

  1. mari kerja Amanah Raya..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. [z@ck],
    dan dan! HAHA. baiklah zack :P

    ReplyDelete
  3. wit power come big responsibility..... :P

    ReplyDelete
  4. ala mcm unty spiderman ckp dgn spiderman dlm movie tu.....try belive in ur self, ppl put trust on u, u must hv trust for ur self that u can do it.this is a chalange and u must face it,do ur best,dont give up so easy.ok...:P...

    ReplyDelete