2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




More updates about my dancing activity.
Saturday, January 30, 2010 posted at 04:14 ♥

Vitamin Malas berlanjutan sampai malam. 9.30 malam nak turun ni, tapi pukul 9.00 malam itu juga aku sempat pergi berbungkus dekat katil dan TIDO dengan sengaja. Haha. Ambil nap sekejap saja. Tidur dalam 15 minit lepas tu pergi toilet basuh muka bagi segar dan sikat-sikat rambut. Teh, Timbalan Exco Kesenian dan Kebudayaan call banyak kali dah rupanya waktu saya ke toilet asking for my help. Bila saya angkat call, Teh bagitahu, budak-budak tarian yang baru dah datang dah DAN SAYA TAK TAHU PULA SAYA YANG KENA AJAR DIORANG. A bit disappointed because no one told me anything. Semalam berkumpul ramai-ramai, kenapa tak cakap? Saya dah arrange masa saya untuk satu lagi training untuk event lain malam yang sama.

But takkanlah aku nak tunjuk muka tak puas hati depan mereka terutama yang tak tahu menahu apa-apa bukan. Not a big deal, actually. Mula dengan brief sikit, dan tengok perkembangan diorang setakat ni. Kemudian decide nak bagi diorang perform lagu apa nanti. Kemudian, ajar mereka step zapin yang basic. Antara yang basic sangat-sangat. Saya harap jika mereka betul-betul minat, do not ever give up. Awal-awal tu of course terasa sangat susah dia. Bila dah dapat yang basic, yang advance tu insyALLAH kacang saja.

After an hour, saya lepaskan diorang dan next training will be on next Monday. Saya pilih lagu tarian Endang (asal dari Negeri Sembilan) untuk mereka. Next group pula untuk kumpulan persembahan kebudayaan sempena BAKSIS Sabah pula. Inilah purpose sebenar saya malam ni sebenarnya. Ajar tarian Man Chang Fei sampai habis, kemudian pilih-pilih lagu untuk tarian melayu. Nama pun tema 1Malaysia bukan. Mesti tarian lengkap punya. Semua mesti ada @_@ Nasib baik ada 3 bulan masa untuk buat latihan. Berlatih dalam tempoh 3-4 hari itu tidak janggal sangat, tapi 3 bulan masa yang terlalu cukup untuk buat latihan. Kalau tak perfect juga, saya redha T_T

Ajar rakan-rakan yang tak tahu menahu tentang tarian itu biasa bagi saya. Teringat waktu ajar budak-budak Tari Kirana dekat kampung. Tahu tak, mula-mula dulu, saya ajar diorang macamana nak menari tarian joget. Dalam masa 1-2 jam tu, step yang sama berulang kali saya suruh diorang buat untuk bagi lembut badan dulu. Tak laju, tak strict. I let them having fun tapi dalam masa yang sama saya mahu mereka serius dengan apa yang sedang mereka buat. Menari adalah satu seni yang memberikan hiburan bukan, why the pressure? Jadi kau belajar menari dengan aku, kau takkan menangis terkapai-kapai punya.

Juga waktu mula-mula ajar the girls (Tari Kirana) menari tarian zapin. Dua jam tu saya kerah mereka buat step zapin paling basic. Dan kemudian beberapa step basic lagi. Ajar satu-satu. Bayangkan. Dari teori dan hukum hakam dalam tarian zapin (pergh), sampailah kepada postur badan dan lenggok. Aku penat badan buat demo, tekak pun haus je sebab buat kiraan step sambil melawan bunyi lagu. Masa tu ada 6 hari je masa untuk buat persembahan. Tapi berbaloi lah sebab pujian dapat banyak dan income pun dapat. Osorow po :*)

Menubuhkan kelab tarian yang dipimpin oleh saya sendiri merupakan salah satu impian saya, dan alhamdulillah, impian yang ini sudah tercapai :)

Berbalik pada yang tadi, untuk first training, fokus saya lebih kepada nak bagi pendedahan dulu. Bukan terus nak bagi mereka pandai. No, no. Bagi mereka biasa dulu dengan dunia saya :) Tengok tadi Lian done it quite well. Nampak sangat biasa menari orangnya. Oh yes, kenalkan, Ong Swee Lian, jika tak ada perubahan lain, dia akan tinggal dengan saya waktu Baksis Sabah nanti. She's a mix. Indian and Chinese. Unique, no? Mantan JPMDPP 2009. Dulu jawatan PKK. Perancang Kewangan Korporat. Nama jawatan dah hebat dah.

Lagu dan tarian cina dah confirm dah. The rest masih tak confirm lagi, tapi untuk tarian melayu dah ada beberapa choice. Ayam Didik, Ulik Mayang, Cinta Sayang .. Ada suggestion untuk perform tarian lagu Kurik Kundi tapiiii lagu itu taklah 1Malaysia sangat sebab tak ada unsur India dan Cina pun. Jangan jadi macam persepsi segelintir orang. Kata, Malaysia ada 3 race. Malay, Chinese, Indian. Habis kau letak mana suku kaum asli yang banyak dekat Pahang tu? Kau letak mana 33 bangsa yang ada dekat Sabah tu? At least ingatlah satu bangsa terbesar dekat Sabah : Kadazandusun. Dan banyak lagi suku kaum dekat Sarawak or at least ingatlah bangsa Iban. Maaflah penulis blog jenis particular sikit bab-bab integrasi kaum ni. Hehehe.

Next week : COLGIS Event (Endang)
11 Mei 2010 : Malam Kebudayaan Baksis Sabah

Okey GOOD NIGHT! :)

Labels: , ,


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish