2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com







Oh so random.
Friday, July 31, 2009 posted at 05:47 ♥

I know I've been SO productive lately with two entries for a day (- -") Gila produktif. And I want you to know that this is all because I'm in 1 week UUM sudden break from 27th July until 2nd August. And peaceful. Dan sihat tubuh badan dan minda alhamdulillah. But from now on, just one entry for a day. Or two days.

I've bloghopped and hopped and hopped to few blogs around and realised (or realized?) there are many interesting people out there.

It's 31th. Two more days and.. perhaps I'll not updating this often and hopefully you guys will still visiting me here for my updates. Saya kurang berminat dengan scheduled entry tak tahu kenapa dan macam tak berapa berminat baca belog yang semua entri dia adalah scheduled tak tahu kenapa T___T Jadi tengoklah nanti saya akan buat macamana. Life is not all about blogging pon.

Actually, hari ini, kalau bukan sebab cuti mengejut ini, saya mungkin sedang berada di KL.

Banyak perkara sedang bermain-main di minda sekarang ini.. about everything. Adakah sebab sekarang ini saya sedang di awal something-something period? (Hehehe!) A bit twisting sebab, saya sedang merisaukan perkara yang sepatutnya merisaukan saya awal-awal lagi tapi BARU SEKARANG terisau-risau. Demmit. Feel a bit tensed.

Or is it because I need my sleep? It's 5.48 am and I haven't sleep yet. Caffein, this is my last time with you.

p/s imej background sudah tukar. BYE to enakei's (i still love you don't worry) and say HI to daisy! And, please vote in my poll because it is for your own future bak kata Hanis Zalikha HEHEHE

Labels: ,

4 comments








Tagal Sungai Luanti.
Thursday, July 30, 2009 posted at 18:00 ♥

Pada 14 Jun lepas (Jun okey, lama gila baru nak hasilkan entri tentang ni) saya masih di kampung. I know it's a bit boring to read my explanation urm but maybe you can start HERE. Dalam entri bertajuk 3 Candid Pictures itu, saya ada sebut sedikit sahaja tentang tempat ini. Sungai Luanti ini terletak di Kampung Luanti, Ranau iaitu dengan kata lain jika anda ke rumah saya, saya boleh bawa anda berjalan-jalan sampai ke sini. Hehehe.

Pernahkah anda terbayang pada satu hari yang indah, anda pergi bermandi-manda sambil berendam di sebatang sungai bersama rakan-rakan dan tidak lama kemudian datanglah kawanan ikan-ikan jinak berkerumun rapat di sekeliling badan anda seolah-olah ingin bersahabat? Malah anda sendiri boleh mengelus-elus dan bermain dengan ikan tersebut?

I have been there. Erm actually not exactly been there (sebab saya tak berendam dalam air) but I've saw those kind of fish. And I think I've made friends with them. Haha. Jom tengok gambar.

Pagi yang indah.


Rest house, mungkin.


Selamat Datang Ke (Welcome To)
'Tagal' Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau
Winner Malaysia River Care Award 2006

Notes : 'Tagal' in Bahasa Dusun is a system means 'No Fishing' in English.


Mencuba kocak-kocak air untuk tarik perhatian ikan-ikan tersebut tapi tak berjaya kuangkuangkuang


Ayah orang pertama turun ke sungai. Sangat teruja menengok tapi waktu ni masih takut-takut nak turun sebab takut kaki kena gigit ikan dan lagi satu tak tahan geli (- -")


Ayah telah berjaya menjalin persahabatan dengan ikan-ikan Kelah tersebut.


Ayah dibekalkan dengan sejenis makanan ikan di dalam genggamannya, jadi itu yang menarik perhatian ikan-ikan tersebut. Tengoklah kelakuan mereka yang gelojoh (- -")


Mama


Mama lagi. Beg tak boleh tinggal tu (- -')


Ini tak pasti tangan siapa tapi yang bercahaya keimanan tu nampak macam lawa je must be my hand HAHAHA


Peace NO WAR
Ayah, Nana (eh kembar Fina ye? apsal nama lain?), Pipie si Mr Bean Jr., dan Mama.


Kaki Nana dan kaki Mr Bean Jr.


Layan kawan baru. Pic kami paling banyak (- -")

Candid picture : Kegelian sampai nak terkentut! Sebab jari kena hisap-hisap macam vakum oleh ikan tu.


Si sulung dan bongsu ni dari tadi tertunduk-tunduk (- -")

Datang si orongit. Dana mana? Ok Dana tak ada. She's the last person to jump in eh bukan jump tapi masuk dalam air. Itu pun sebab saya tarik dia datang tengah-tengah HAHAHA. Lepas tu terjerit-jerit dan memeluk saya kuat-kuat sebab kegelian (atau sebab ada budak lelaki berhampiran yang good looking) Sangat minta puja lah kau. Habis ikan-ikan bertempiaran berenang ok bukan bertempiaran berlari macam yang kita selalu sebut. HEHEHE. Sayang takda gambar bukti T___T manatau nanti boleh jadi modal ugut untuk kurangkan sikit kedegilan budak neh. Jahat gila kakak.



Besar-besar. Aku rasa kenyang ni kalau di makan bakar lepas tu perah dengan air limau.


Spa session for leg dengan harapan parut jatuh tangga dulu akan hilang sekelip mata. Haha AS IF.


Aik tiba-tiba gambar restoran. Dah habis makan pulak tu. Hehehe. Maaf tadi adalah gambar terakhir di Sungai Luanti. Tak banyak take picture.
Oh iya. Nama dia Fattah, seorang part-time Music Engineer berumur 18 tahun. HAHA.


Mr Mr Bean Jr. Pipie yang obedient pada saya seorang sahaja. Hehehehe perasan.


Mama in yellow.


Dana, tolong jaga kulit muka anda T__T
Ayah cakap, yang tadi tu sebenarnya bagus untuk kulit. Kira macam terapi lah. Saya pun mencadangkan Dana agar cuba merendamkan muka dia di dalam sungai tengok berkesan ke tidak terapi itu pada kulit muka dia yang banyak parut jerawat. Terjerit Dana mendengarnya. WHAT? Oh ok takut dekat ikan ye? Hahaha. Eh bukan Dana ke yang suka pada ikan tu? Ya dia lah, tapi dia suka ikan mati saja T__T


Lastly, my Ayah =)

Buat masa ni, saya tengok selain ikan-ikan ni, takda tarikan lain untuk ke sungai ini sebenarnya. Habis tengok dan bermain dengan ikan, maka habislah. Pergi tempat lain yang menarik di sekitar ranau pula.. Contoh? Dan tak lupa of course lah Gunung Kinabalu atau sekurang-kurangnya ke kaki gunung dia di Taman Kinabalu. Atau ke Taman Ros, atau Poring dan sebagainya.

Habis.

Labels: , ,

6 comments








Pardon me for this entry.
posted at 03:12 ♥

Ini adalah sebab utama kenapa saya amat suka pada lelaki yang pandai bermain gitar T___T

menghitung hari detik demi detik
menunggu itu kan menjemukan
tapi ku sabar menanti jawabmu
jawab cintamu
jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yang aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura
jangan pergi dari cintaku
biar saja tetap denganku
biar semua tahu adanya
dirimu memang punyaku
jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yang aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura
belum pernah aku jatuh cinta
sekeras ini seperti padamu
jangan sebut aku lelaki
bila tak bisa dapatkan engkau
jangan sebut aku lelaki

Tapi eh.. Saya pernah terjumpa beberapa orang lelaki yang tahu bermain gitar tapi perangai macam hampeh tak sesuai dibuat laki (sampai nak cakap begini kat dia - EH have I told you your lukisan sebenarnya sangat hodoh? lalalala~). Ok Fina fokus. Eh apesal aku nak hilang fokus sebab itu pula? Saya dengan niat memang nak beritahu anda. Back to topic. Pandai bermain gitar itu adalah satu bonus yang sumpah menarik perhatian saya, dan saya tidak bermaksud saya suka semua lelaki yang pandai main gitar tak payah kenal hati budi terus terima jadi suami. Itu adalah tahi seladang bebeh (That's bullshit bebeh) Semangat gila mengexplain kepada anda takut anda silap faham T____T

Okay anda. Yes you. I mean, him. Tolong jangan membuai-buai perasaan saya. Tolong. Jangan. Anda begitu manis. Tapi saya tahu bumi mana saya berpijak, dan langit mana saya kini berbumbung. Kehadiran anda menyanyikan lagu-lagu indah, kesungguhan anda dan keyakinan anda, sebenarnya sedang membuat saya kekagetan. Saya tidak pernah menyangka akan semua ini dan berharap sangat agar anda berhenti sekejap dan bagi ruang untuk saya bernafas sebab.. kehadiran anda mengetuk pintu hati saya berkali-kali ini begitu annoying (Annoying : Saya nak cari perkataan lain yang hampir sama maksud tapi lebih lembut didengar tapi tak jumpa SORRY..).

You're just too good to be true.

Labels:

8 comments








Bowling, The Movie and Seafoods.
Wednesday, July 29, 2009 posted at 21:58 ♥

I just got back from Jitra.

Bowling.
Went with someone. His treat (his??). It's my first time play bowling. Ok people anda boleh ketawa. And my records? 1x strike and 5x dapat telur busuk iaitu bola masuk longkangkuangkuang. Dan he clap-clap even bola yang saya baling masuk longkang. Terima kasih atas layanan baik anda T___T. Tapi, main bowling lebih best dari main golf hari itu. Maaf kepada peminat-peminat sukan golf. Hihi. But the good thing is, saya sudah ada pengalaman dan dah ada basic macamana nak main golf. Who says main golf tu senang? Adeh sakit pinggang mak.

Watching Movie.
This ain't my first time watching movie. Tapi feels like I wanna update something about it. Hihi. This time I watched Land Of The Lost. Oh Skrip 707 and Harry Potter is on the list too but first, I don't know anything about Harry Potter other than playing it's game in my brother's PS2. Jadi akan menjadi macam tupai tengok maskara saya. God knows what's in it's mind HAHAHA. Second, I don't watch horror movies or yang sewaktu dengannya. Why? For me, horror movies :
  1. Melemahkan iman. Among my friends, they know saya jenis kuat semangat. But rahsia/tips di sebaliknya adalah, jangan tengok cerita hantu. I'm serious.
  2. Melemahkan jiwa. Saya masih seorang pelajar.
  3. Membuatkan imaginasi saya menjadi liar. I just can't sebab blok tempat saya tinggal sekarang ada cerita tersendiri iaitu kes bunuh diri seorang pelajar cina. I know it's a bit lame dan sangat tak boleh diterima tetapi kejadian tu berlaku waktu saya sudah menjadi pelajar UUM jadi semua itu berlaku depan mata. Saya sendiri sudah pernah diusik-usik jadi.. malas nak tengok cerita hantu.
Please take note so next time I don't have to explain why I don't watch horror movies.

Seafood.
Have to mention it again?? I love seafood. Actually, seafood with western style, but nevermind I still love seafood. Yummyyyy!

Balik DPP, lepak bilik JPMDPP.. Have some little talk with Yulie, and now updating my blog using JPM's computer.

My back is aching.

Labels:

0 comments








Tidurlah Permaisuri.
posted at 03:45 ♥

Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata ahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Ku berjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

Tidurlah Permaisuri
.. oleh P.Ramlee

It's 3:35 AM. Sedang mendengar lagu di atas.

Since I was a kid, my beloved ayah akan mendodoikan saya eh kami adik beradik dengan lagu ini. Do you know this song? I can only sing "..tidurlah wahai permaisuri, tidurlah..". Sumpah sangat soothing especially jika ayah saya yang menyanyikannya to send me to sleep. Tapi bila yang bongsu pun sudah hendak masuk sekolah menengah, saya sudah jarang terdengar ayah menyanyikan lagu ini. How I miss it. I miss it, really. And I miss you ayah. I miss my family T____T I wanna go home so bad now. I miss mum too. I miss Dana. I miss Udung.. My cat yang sudah mati. Eh tiba-tiba. Tapi ini serius.

Saya adalah anak sulung dalam keluarga. Saya melihat adik-adik saya seramai 4 orang dibesarkan terutama Dana (14 tahun) dan Pipie (12 tahun). Dan saya masih ingat, apabila ayah mahu mendodoikan yang lelaki, he will simply tukar perkataan permaisuri itu kepada perkataan permaisura. Ah manisnya kenangan.

Air mata sedikit tergenang dalam mata. Now that I don't have my ayah beside me untuk menyanyikan lagu ini lagipun sudah besar jadi malu lah sikit, biarlah saya nyanyi untuk diri sendiri saja. Next time when I am married, I am sure I will force (sila ambil perhatian perkataan force HAHA) my future hubby untuk menyanyikan lagu ini untuk saya tiap malam dan menyanyikan lagu ini untuk mendodoikan anak kami.

Jadi kualiti suara yang baik adalah satu bonus untuk menjadi suami saya, terima kasih.

Ayah, Mak, I love you.. T__T

Speaking about mama, teringat mama ada cakap salah satu Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu Sabah (bekas sekolah Dana - Dana pindah sekolah baru beberapa bulan) telah ditutup sebab ada beberapa orang pelajar telah positif H1N1 dan ramai pelajar disyaki dan dengar-dengar sekali dengan pengetua sekolah pun kena H1N1 dan beberapa orang guru disyaki. Ohmygod those are kids! Apa perasaan ibu bapa masing-masing memikirkan anak telah dijangkiti di mana rawatan untuk mengubati masih belum ada, sambil mendengar di berita sudah 4 kematian dilaporkan akibat H1N1?

Hati mereka pasti hancur =(

Labels: , ,

3 comments








Knowing him, reminds me to my first love.
Tuesday, July 28, 2009 posted at 17:30 ♥

Ah Fina dah mula dah buka cerita lama. Cerita yang sudah bertahun-tahun berlalu.

There was this guy. I don't know him much but all that I know is that : He sings. He plays guitar. He's a bit shy person. He's good looking. A nice tough body perghhhh (HAHAHA). He plays soccer too - Just like my unforgettable first love.

Feels like it's all coming back to me now (This is not a song lyric, trust me). On 24th of July (bulan ini banyak peristiwa bersejarah T__T) That guy come to me dan berterus terang he liked me, and proposing me to be his NOT girlfriend but teman hidup. What the? Hey lelaki zaman sekarang gelojoh kenapa? Ops sory. Not gelojoh. Tapi takut kehilangan KOT.

I don't know why but Allah knows how I long to hear my unforgettable first love say those kind of thing to me. Then, sure, selagi diizinkan, by this time, I am still with him. Full of LOVE. Hah. Dream on, Fina.

Anyway, about that guy. Selepas teman hidup itu saya terkena sedikit kejutan. A bit tergugat. Kalau ye pun serius, jangan guna perkataan macam tu sebarangan, boleh? Hehe, tergoda I. For your information, sebelum ni this guy cakap dia ada girlfriend (tapi always refuse to talk about her) but right before he told me about his feeling to me, he confessed he lied about the girlfriend and explained that he actually doesn't have one. He apologized for pretending he never liked me and thought that these thing will make me mad at him. He's a bit shocked to himself sebab tak sangka dia ada courage nak cakap semua ni dan sekarang, dia sedang berharap untuk sebuah peluang. OMG. Sekarang ini, he's waiting for my answer (which i donno sampai bila laaa dia sanggup tunggu). Dia kata dia sanggup tunggu sampai saya ada jawapan. I didn't ask him to wait for me okey. Saya tak minta pun. Dia sendiri nak so fine but I've warn him takut nanti dia rasa tak berbaloi kalau when the time comes, my answer will make him disappointed. Seriously I can't promise him a YES for some unknown reasons but yet, to be known..

Well, he's a down-to-earth person. You know me, I am a kind of individualistic. For me what's important is me me and me. No body else except for my family. I was born with it what to do? Maybe it's Maybellinne. HAHA. Saja promote product Maybellinne sebab saya guna Maybellinne padahal ejaan Maybellinne tak pasti sangat - ok ketawa lah. Sambung balik. I experienced the more you trust people, the risk is much more wide open. You have only you in this world so trust yourself more. I believe in that. Still, I am just like you guys. I trust people, but once they break it, it's hard to gain my trust again. Jadi sekarang mari kita kira perkataan trust dalam perenggan ini pula (- -")

"Why me?"
"Mungkin jodoh. Saya suka dengan cara Fina yang tegas dan nak yang terbaik. And I trust you, I like you the way you are. Just be Fina that I know and you already make me choose you."

Ok you know you can't compare him to Shakespears. But I know he's being realistic. Tiada melankolik-melankolik.

But again, nah. Maybe you do remind me to my unforgettable first love (why perlu letak kaler fancy macam ni, saya pun tak tahu) but it is still a long way to win my heart. Will or never will, itu awak yang mahu kan. I jadi takut kalau TERbagi any hope sebab saya tak mahu persahabatan kita tercemar sebenarnya. For now, I am still okay. We're still okay, but sayang jika persahabatan putus bila kelak things don't go the way you want (mungkin).

How did I know him? Like this. Dia ni blog reader. Kawan kepada dua orang blogger UUM lelaki. that happen to be my friends. Dalam list blogger dua orang ni, dia terjumpa la blog saya sebab dalam list diorang cuma ada saya sebagai blogger UUM perempuan. Klik-klik dan baca-baca sebagai silent reader, dia pun tegur kat YM. Mula-mula borak macam tu je kemudian dia bagitau la dia pelajar UUM juga dan yang lain sorry tak boleh dedahkan T__T Tapi kitorang dekat je sebenarnya, kenal je yang tak pernah dan dia pun tak pernah nampak. Pelik juga but takpelah sekarang kan sedang berkawan biasa. Kadang-kadang (kadang-kadang heh?) dia akan mesej tanya khabar, mengingatkan untuk jangan kerja kuat sangat dan jaga kesihatan. Thanks for that. But sorry, no answer for now. I already explained it all to you so I know you understand.

Cuz I think I might broke his heart. Or might not. Or might YES.

He's now on his way back to Kuala Lumpur. Have a safe journey okey. I know by the time you read this, you are already at home ;)

Labels:

10 comments








26 Julai itu.
posted at 12:28 ♥

Takda kerja lain. Jadi mari berblog.

Gara-gara cuti mengejut, segala-galanya hancur punah. UUM bagai dilanda todak eh apa todak kat tengah hutan. Silap-silap. Yang betulnya UUM bagai dilanda garuda. Rakyat berpusu-pusu keluar dari sempadan negara mencari tempat selamat dari serangan khinziiiir. Kahkahkah. Ceh to be dramatic tapi tak jadi.

Kita imbas balik 26 Julai hari itu. Saya balik awal sikit dari kampus (sekitar pukul 5.30 petang) sebab kelas terakhir dibatalkan. Dalam bas, everyone seems tak sabar sampai kolej. Diorang nak packing barang lepas tu terus balik kampung. Apa yang meracun fikiran you guys sampai tak menyempat-nyempat tunggu esok??

Nak gelak ada. Blur kat kepala ni pun ada.

  • 1st, saya difahamkan kenyataan rasmi tak keluar lagi, tapi rumours dah merebak. Rasanya kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan keesokkannya di portal tapi disebabkan ada pihak-pihak tertentu (saya taknak sebut apa dan siapa) yang konon bertanggungjawab, jadilah macam ni. Student semua shocked sebab tu tak fikir panjang terus nak balik. Ada yang fikir takut tak dapat bas lah apa lah. Sampai Abang Apai tutup kiosk dia (malam dia bukak balik. lawak T___T) dan peniaga-peniaga kat mall semua pakat tutup premis padahal sepatutnya tak perlu. Lepas tu bila ditanya, diorang jawap tutup sebab terkejut. Bayangkan. Apa agaknya mahasiswa kita cerita pada peniaga-peniaga ni sampai semua terkejut macam tu sekali.
  • 2nd, dalam masa 6 jam, seluruh kampus bersih dari manusia. Wah. You guys kalau tengok apa yang berlaku, mesti teruja dan mungkin bagi merasakan ini adalah perkara yang melucukan. Sangat patut dibuat liputan meluas. Sayangnya, balik dari kelas 26 Julai itu, saya duduk di bilik saja.
  • 3rd, oh please tolong jangan buat pengumuman cuti mengejut macam ni. Mahasiswa-mahasiswi kita mudah sawan dengan perkataan CUTI! Kesian kat diorang. Yang rasa-rasa taknak balik pun akhirnya balik juga gara-gara terpengaruh. As for me, of course saya tak begitu hairan dengan perkataan cuti sebab rumah dekat oversea (aik?), lebih baik buat percutian dalam negara (hahahahaha statement tak boleh blah). Lagi murah.
  • 4th, pihak JPMDPP SME Bank tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa semua pelajar dikehendaki mengosongkan bilik sebelum pukul 8.00 malam 26 Julai. Tiada. Diulangi, TIADA. Khabar angin itu ada tapi bukan datang dari pihak kami dan pihak kami hanya membuat penafian sebab ramai yang bertanya. Itu saja.
Tepat 12.00 tengah malam, Dayah call Amy ajak Amy dan saya keluar makan (makan lagi??) dengan Encik Khairi, felo DPP SME Bank. Kami apa lagi terus bersiap seminit dan turun. Kat bawah, masih ada lagi yang sedang menunggu bas balik. Pukul 12 tengah malam okay. Dalam hati I cakap, eh nevermind la. Di roundabout laaaaagi ramai orang. But still I say, nevermindlah. Walaupun mula terasa sedikit annoyed dengan spirit orang balik kampung ni. Apa dah takda hari esok kah?

Dayah, Yulie, Amy dan saya. Ajak encik Khairi try makan kat gerai tepi jalan betul-betul depan kedai A-Wang. Delicious, i tell you guys. Orang-orang kat gerai tu memang dah kenal kitorang sebab since semester lepas time kak Faddy ada lagi (serius macam dah kurang best sem ni sebab kak Faddy dah takda, dia tengah praktikal kat oversea) Ini oversea betul-betul bukan main-main. Hehehe.

Kemudian, balik UUM tapi tak balik DPP lagi. Encik Khairi drive kereta round satu UUM tengok-tengok semua DPP. Waktu dah hampir pukul dua, dan every station kat DPP masih lagi ada orang sedang menunggu bas dengan penuh harapan. Masing-masing bawa beg dan ada lagi yang masih dengan baju kuliah. Perghh..

Sampai DPP dalam pukul dua pagi, masih adaaa lagi yang sedang menunggu bas di perkarangan. Amal dan Jue sedang menginterview orang yang nak balik malam tu jugak. What the. Hehe. Kemudian kitorang terus lepak kat bilik JPM sekali dengan Encik Khairi, felo yang paling rajin lepak kat bilik JPM. Hari tu dapat jadi penjaga checkpoint untuk UUM Mountain Bike pun melalui Encik Khairi. Anyway. We're lucky ada felo macam Encik Khairi ni yang sangat sporting. Hehe.

Ekoran dari perkara yang menyebabkan peristiwa ini berlaku, saya tak dibenarkan oleh mama untuk pergi ke mana-mana samada ke Langkawi, ke Penang, ke KL atau ke mana-mana yang memerlukan saya berkumpul dengan ramai orang. Mama risau sebab I don't have strong antibody. As you know, H1N1 sekarang ni belum lagi ada cure. Yang paling selamat sekarang ni kena ada antibodi yang kuat.

Baek mak.

Labels:

5 comments








Shocking News!
Sunday, July 26, 2009 posted at 22:44 ♥

Pergi ke kelas tadi dengan ponggong yang rasa amat berat sekali nak dibawa. Pagi-pagi bangun dengan ringan tapi bila sampai waktu nak ke kelas, ya Allah rasa sangat berat. Inilah kerja syaiton yang direjam. Sampai kena marah oleh diri sendiri sebab berlagak pemalas namampos T__T tolong sikit Fina buang perasaan malas tu.

I hate to iron my baju kurung that's why malas nak pergi kelas. Sangat lame isn't it? Padahal bukan susah pon. But that's my loathe.

I was in front of DKG 5/8 waiting for my next class, Psikologi Bilazim. Wearing kebaya corak hitam putih bertudung hitam, chatting with Khaliq. And at some distance, there's my two classmates sitting and chattering with their friends. Khaliq told me he heard some rumours about UUM is closing starting tomorrow until 1st August due to H1N1 case in UUM. Then when he told me my another ex (another? berapa banyak ex la si Fina ada kat UUM neh, kata anda) that happen to be his friend was heading to us, as much as I know he won't lie, I feels like something in my kerongkong as if nak muntah. Ohmygod don't tell me he's here. Saya tak boleh langsung pandang muka dia okek. And thank God he turned another way. Khaliq yang cakap. I don't have to tell you how much I really hate him. Biarlah aku seorang yang menanggung sendiri segala dosa kerana membencinya.

Salah seorang dari dua orang classmate tadi : "Fina, kelas batal. Kelas malam ni pun batal"

Aw. What happen. Kata saya dalam hati. Takpa, balik dulu. Di DPP nanti pasti ada penjelasan. But, like I care?. Haha. Cuti atau tidak, saya tetap ada di UUM. Cuti atau tidak, saya tetap ada assignment untuk dihantar Khamis ini. Sikit pun tiadalah kehairanan.

Sampai bilik pada pukul 5.20 petang if I'm not mistaken. And, everything seems normal. But, by around 6pm, perkarangan stesen bas penuh dengan pelajar yang berduyun-duyun nak balik. Inilah yang berlaku setiap kali. Pantang cuti, akan balik. Seronok seronok (dengan muka jeles) argh. Dush dush dush tension seorang diri dalam bilik sambil karate bantal kuat-kuat dengan harapan bantal akan patah (- -") so annoying. Korang balik diam-diam tak payah tunjuk muka H1N1.

Later, Amy call. Ajak makan. Saya tolak sebab dah makan dah. Tak lama lepas tu, Dayah pula yang call, nak sangat makan ramai-ramai. Adeh okey-okey. I know lately I've been so senyap dan duduk di bilik saja. It is because I need some rest. I don't know why but I know my ginawo (heart in english) craving for it. My body wants it too. Everything on me want to have rest. Rest over what? Don't ask. I don't know.

Bersama dengan Dayah, Amy, Zetty, Yulie, Dolly, Lian, and others. Bertindak like such a guardian for DPP SME Bank, yes we are. Ada pula rumours mengatakan JPMDPP sebar rumours yang menyebabkan kami menerima panggilan dari atasan termasuk MPP. Okey, that is fitnah. Well what do you expect kan? Waktu kalut-kalut macam ni masing-masing menuding jari. Masing-masing tak mengaku kalah. Adoi.

UUMCOB : "Semua aktiviti termasuk kuliah dibatalkan mulai 27/7-1/8. Pelajar jangan panik dan dibenarkan pulang tapi mesti dengar brief dari pengetua masing-masing dulu."

UUMCOB : "Sila tanya pengetua masing-masing. Selepas pulang, jika masih batuk, flu, dan demam, jangan mai UUM"

UUMCOB : "Semua pelajar UUM diminta tenang. Tiada arahan balik segera. Tiada gate yang ditutup. Pelajar yang tak mahu balik tidak apa., tapi minta jangan berkumpul sahaja."


Ini mesej-mesej yang saya terima. Untuk mesej yang kedua, saya bantai gelak sebentar sebab when I was reading it dengan serius (as I was thinking it IS serious), tiba-tiba ada perkataan mai. Mana tak terbatuk sekejap. Adehlahh.

Death of Yasmin Ahmad is another shocking new.. Al-Fatihah.

Malas dah nak menaip. Hehe.

Labels:

6 comments








Some Good News.
Friday, July 24, 2009 posted at 22:33 ♥

Hello guys! Eh. Assalamualaikum. Ehehe.

Here's some good news.

  1. I've fully recovered. Thank God it doesn't last longer or I'll think I got H1N1 (- -") Dekat kolej saya sudah ada beberapa orang disyaki dijangkiti H1N1. Nauzubillah. May Allah be with them.
  2. Insyallah, for this coming raya, I'll be back homeeeeee.. weeee!
  3. Next week on 30th July until 1st August, I'll be at KL for a delegation. Other JPMDPP macam Dayah, Trexx, Amy dan taktau siapa lagi will also be SOOOO THERE. Kami kan kaki jalan. But not kaki jalan for nothing, mind you.
So I guess this is it =)

Labels:

2 comments








Kondisi badan tidak begitu baik.
Tuesday, July 21, 2009 posted at 23:18 ♥

Sangat berbangga hari ini kerana pergi kelas malam (- -")

Tunggu jap. Bukan selama ini asyik memonteng tapi sebab hari ini kesihatan tidak begitu stabil. Hell lah kepala berat badan rasa terhuyung-hayang namun syukur mampu lagi dikawal. Kalau tidak, pitam di tempat kejadian.

Sangat berterima kasih pada Pak Abu sebab bagi balik awal malam ini (mungkin sebab air-cond kat kelas rosak(?) jadi persekitaran pembelajaran kurang kondusif). Kelas sepatutnya habis pukul 11 tapi diawalkan sejam. Diulangi, diawalkan sejam. Heaven. Saya melangkah dengan lajunye tapi dengan berhati-hati (sebab kondisi badan yang kurang baik) meredah kepekatan malam dan hujan lebat (ok hujan renyai saja dan malam taklah pekat sangat pon sebab lampu tepi jalan pasang kahkah). Dalam bas, mata ditutup rapat-rapat tapi otak berjalan ligat. Ok saya TENSION. Help.

Bila fikir balik, bukan buat apa sangat hari ni. Believe me. Duduk dalam bilik dan keluar sekejap pergi makan. That's all. Oh mungkin sebab hari ini tidak cukup minum air (air masak please) dan campur dengan t.e.n.s.i.o.n.

Sampai kolej terus ke kiosk Abang Apai tapi 100plus sudah habis. Terliur melihat air mineral yang bersusun dalam rak. Tapi panjang pula barisan kat kaunter. Niat batal. Plan B, ke bilik JPM. Pergi minum air dalam gelen milik saya tak tahu air masak ke tak bersih ke tak (lepas minum baru fikir tapi diyakini bersih) kemudian balik bilik, tukar baju dan basuh muka. serta err.. online. Menyesal sekejap sebab tak bawa gelen tu naik je tadi.

Tak cukup air. Ini mungkin adalah penyebab berlakunya kejadian pening-pening lalat. Sila take note. Jangan buat kesilapan macam yang saya buat.

Sekarang ni, ahamdulillah kalau duduk, agak ok la juga.. But I still need rest.

Nak tidur. Tolong doakan saya nyenyak malam ini dan sihat kemudian hari.
Terima kasih..

Labels:

3 comments








What was I possibly thinking..
posted at 19:13 ♥

I am... Unhappy.

I don't know whether I am making excuses over silly reasons. Or some kind of helah bela diri atas perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Or simply because I am not in the mood of blogging and replying comments, messages, wall-post on facebook. Ok stop or this entry could come out with a long list really (- -").

Oyeah.
I don't do I follow you, you follow me policy in my blog, harap maklum. You follow my blog because you are interested in reading my blog. I take it that simple. If somebody clicked to follow my blog just because he/she wants me to follow his/her blog, you don't have to dears. I feel a lot more appreciated if you follow me because you willing to share it all with me =)

I got some new followers here. Thanks Yulie, thanks Amal, thanks Cikgu Nureha, thanks SueAnne, dan owh.. yang baru membuat blog baru, my roomate Amy. Hehe.

If you asked me "How's your life Fina?"
Maybe I'll sighed. A deep breath. And says, "It's beautiful. But its empty."
A part of me will says like this.. "I hate it really."
Maybe.. "I wanna go home now."
Or.. "HELP ME."
Or.. "Could things get more worse?"
Or.. "BKK's project is in your hand now, Zetty. Do whatever you want."
Or.. else.

So now, what was I possibly thinking?

Labels: ,

0 comments








UUM-Mountain Bike XC-R '09
posted at 05:04 ♥

Banyaknyaaa entri tertangguh. Lamanyaaaaa tak menjenguk blog dan entri orang. Adeh. Pelan-pelan Fina. Update blog dulu. Maaf jika entri yang bakal menyusul ini agak membosankan. Petang hingga malam tadi penuh dengan agenda spent with Dayah, Amy, Yulie dan Trexx. Sangat penat tapi semangat dikuatkan juga untuk mengupdate blog sebab tak tau bila lagi laaa masa lain nak update kannnn...

Seperti yang kalian semua tahu, Ahad lepas, saya, Dayah, Erna dan dua orang coursemate Dayah pergi menjaga checkpoint ke5 untuk UUM Mountain Bike XC-Race 2009. Kalau nak cerita kronologinya, anda baca lah dulu entri kat blog Dayah nih.. http://rianve86.blogspot.com/2009/07/mtb-uum-2209-xc-r.html. Tengoklah gambar saya sedang terbongkang tidur tu ha dengan bontot besar and how much I look fat on those pictures T__________________________T Sudah naik sampai 54 kilo waktu timbang badan kat Jitra Mall tadi padahal sebenarnya MASIH KURUS sila percaya. Ahahahaha perasan. Sungguh menyedihkan.

Tugas kami adalah, lekat sticker kat bike-plat setiap biker dan memberikan mereka air. Check-point kami adalah checkpoint yang terakhir.

  1. One of the bikers yang sampai checkpoint kami yang ke-5 memberitahu kami bahawa air kat checkpoint ke-4 dah habis. Patutlah kat tempat kitorang diorang pulun habis. Sampai 3-4 botol. Tahu je, kitorang dah mula risau sebab air mineral yang ada kat kitorang pun dah nak habis. Tinggal beberapa kotak lagi. Dayah terus call orang untuk hantar air. Time botol dah tinggal 4-5 botol, bantuan pun datang. Fuh.
  2. Sebelum pergi ke program ni, saya adalah juga surf sikit-sikit tentang jamboree+open race ni. Disebutkan ada 55km total distance semuanya but rupanya cuma around 40km (betulkan jika salah).
  3. Ramai merungut : Trek ok, organizer tak ok. No comment.

Mereka datang with full of selut. Muka dah penat sangat-sangat especially yang datang untuk open race sebab kejar masa (the first winner in both men and women category will won RM1k) Gambar trek di SINI. Dan ini lagu yang terngiang-ngiang (do I spell this right?) sepanjang race berlangsung :

"The Climb"

I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith, woah

I'm listening to it now =)

Labels: ,

3 comments








UUM Mountain Bike XCR 2009 : Prelude.
Sunday, July 19, 2009 posted at 00:30 ♥

Salam. Petang semalam sampai UUM dari Pokok Sena pada sekitar pukul 4 petang. Harap maaf. Akan online pada 20hb lagi. Hari ini 19 Julai mengikuti acara tahunan UUM Mountain Bike XCR 2009. Program yang akan disertai oleh bikers dari seluruh Malaysia. Siapa yang ikut sekali? Selepas program (jika larat) akan terus ke kelas petang dan seterusnya kelas malam. Jumpa saya di check-point terakhir, check-point yang ke-5 okek. Kami berlima semua. Saya adalah yang paling fair and lovely dan berwajah paling innocent. Sekian.

Labels:

0 comments








With Love.
Thursday, July 16, 2009 posted at 15:30 ♥

Pada waktu entri ini terpublish, saya bersama rakan-rakan telah selamat berada di dalam perut bas menuju ke Pokok Sena. Bagi program seperti ini, saya tahu setiap langkah adalah ibadah dan saya akan cuba memberi yang terbaik dari mula sehingga program berakhir. Janganlah dikutuk kalau terdapat kesilapan di mana-mana, saya bukan manusia yang sempurna T___T saya juga masih dalam proses pembelajaran. Dan jujur, saya juga mengejar sijil penyertaan, namun, yang penting, saya amat berharap ada sesuatu yang dapat saya sumbangkan di situ dan ada sesuatu yang saya pelajari dari situ. Jumpa hari Sabtu nanti.

Sekian. Love, Fina.

Labels: ,

0 comments








SMK Jabi, Here I Come.
posted at 10:02 ♥

Mengulang phrase or tajuk yang sama je dengan selang entri-entri yang lepas (- -")

Sayangs semua apa khabar? Macam lama tak tinggalkan komen-komen or melepak-lepak kat blog semua T__T

Today, pada pukul 4 petang ini, saya dan rombongan akan bertolak ke SMK Jabi untuk program Nawaiti Palestin 2: Kau Permataku sebuah rancangan motivasi eh bukan rancangan tapi programlah. Ahaha perasan. Ok tentatif program sudah ada di tangan. Kalau minggu lepas adalah beraktiviti dengan lasaknya, minggu ni pula menghandle student form 1,2,4 yang dijangka adalah dipilih di kalangan yang nakal-nakal. Faham-fahamlah kan nakal macamana kita sendiri pernah masuk sekolah menengah. Ohya, penulis blog ini akan bertindak sebagai fasilitator sepanjang program itu.

Nawaiti Palestin. Baca pun dah tahu kannn.. Program ni akan memberi banyak penekanan dan kesedaran kepada para pelajar tentang kesusahan dan keperitan hidup di bumi Palestin. Mengajar untuk bersyukur dengan apa yang ada dengan pendekatan secara islamik. Mampukah aku membimbing mereka sebaik mungkin? (bertanya pada diri. Anda tak payah jawap. Hehe) InsyALLAH boleh.

Ok cukup tentang hal sendiri. Anda bagaimanakah? Apa khabar kah? Mengapa begitu lama tidak mendengar khabar? (ceh padahal tak menyempat jenguk blog asyik jenguk blog sendiri T___T) Sunyikah anda dan blog anda tanpa komen dari saya? (haha fina, anda boleh blah.), statistik pengunjung blog anda dah naik tak? (takpenting.. takpenting..) Jangan malas-malas komen dan balas komen orang lain okey? Show your appreciation to them walau siapa pun mereka (mengingatkan anda dan mengingatkan diri sendiri). Sudah makankah anda hari ini? Sihatkah? dan kahkahkah?

And now I'm thinking about nak buat autopublish entry.. Hm.

Labels: , ,

0 comments








This Is Real.
Wednesday, July 15, 2009 posted at 10:04 ♥

Updating life.

Next program will be the Nawaiti Palestin 2: Kau Permataku at Pokok Sena (Pokok Sena adalah nama tempat di Kedah okek) 16, 17, & 18 Julai. As you see in my schedule above, this is my last (but not least, as you know kann) program for this month. A bit tiring, yet I've learned so much. Sejak 20hb Jun sehingga 18 Julai nanti, jadual agak penuh. Not mentioning hari-hari kuliah lagi. Bersyukurlah jugak sebab I got only Sunday, Tuesday and Wednesday untuk kuliah.

Lepas tu banyak lah entri-entri tertangguh.. (- -")

And so sorry guys, tak banyak blog yang saya sempat singgah sejak akhir-akhir ni. Sekarang dah jarang kat bilik JPM (di situ akan duduk depan laptop sambil online saja) ohhh waktu final exam mungkin akan jadi penghuni tetap kat bilik tu lagik. Hahaha. Ok tak lawak. Duduk kat bilik means, ada katil, ada bilik dan barang-barang untuk diuruskan (bila nak keluar lagi niii nak beli rak kasuttt, nak beli heels baruuuu, nak beli tikar getahhhh, ok tu je) OH. Lagi satu. Nak beli beras sebab nasik kat cafe tak lawa, kurang wangi, dan tak panjang-panjang. Nak yang panjang-panjanggg T_____T (aik?) Dayah, bila kita nak keluar untuk release tension?

Wishlist.
  • Wireless yang semakin laju dan laju lagi dari bilik. Celcom Broadband BOLEH BLAH. Bagi balik duit ayah aku 68 hengget untuk bulan ni kalau tak siap. Garang tak? (- -")
  • Dapat duduk bersantai-santai sambil main game macam semalam. Semalam tak update bukan apa.. sebenarnya boleh je online, tapi malas. Nak main game =P (lepuk si fina sekarang!)
  • Next week kena buat meeting biro. Selain tu kena cepat-cepat buat paperwork untuk program biro. Everything is urgent wtf. Tak mau busy-busy boleh tak? =( Nak naikkan pointerlah sem niiii.. Sem lepas jatuhhhhhhhhhhhh..
Oklah you all. Tak boleh lama-lama macam dulu. Ini pun saya sedang fikirkan untuk buat satu entri sahaja untuk 2-3 hari, or mungkin seminggu sekali.

I have to go. Nak mandi, nak kemas meja, nak study kejap. Dua jam lagi kelas start.

This is real. Tak tahu nak letak tajuk apa dah. Bye.

Labels:

4 comments








The Rafting.
Monday, July 13, 2009 posted at 20:07 ♥

Kita lupakan sekejap tentang entri bertajuk Takpayahlah. Tiada jodoh antara kita. itu. Kalau ada mood saya akan explain, kalau tak ada maknanya takkan wujudlah entri tersebut. Siapa saya nak bajet macam artis. Hahaha.

Ini adalah update tentang Kem Modal Insan di Sedim tempoh hari. I will be update it separately, starting from the Rafting. Tapi entri-entri yang bakal menyusul adalah entri tanpa gambar. Bukan takda gambar tapi gambar akan di-upload kemudian sebab gambar-gambar tak dapat lagi. Harap maklum.

Satu lagi, program ini adalah program Dayah (as I mentioned before) for the JPMDPP, sebab tu most of us adalah JPM. Tapi disebabkan banyak kekosongan so tambah lagi student DPP yang lain sebagai peserta. Jadilah 21 orang. Actually 23 tapi dua orang lagi sampai lewat sikit.

9hb Julai.

Bangun pukul 7.30 pagi padahal pukul 7.00 pagi sepatutnya dah kena kumpul kat depan office DPP SME Bank dan 7.30 pagi sepatutnya masa bertolak. Alamakk.. so sorry guys. Tapi bila dah siap dan sampai kat depan pejabat, dapat tau ada lagi yang tak datang. Buat kalut je tadi. Ok sabar. Kemudian baru teringat nak cek beg Adidas. Saya tertinggal purse! Ok sabar lagi. Memandangkan ada lagi tak datang, so rasanya sempat lagi nak ambil purse kat bilik. Lagipun bilik tak jauh dari office. Kemudian seluk tangan nak amik kunci bilik dalam poket beg Adidas tu jugak tapi rasa diri ni teruk sekejap sebab tadi rupanya tersilap masukkan kunci. WTH dengan sopan dan santun.

Tak lama lepas tu bas pun gerak. Kami ada 21 orang semuanya. Motivasi down sekejap sebab purse takda. Means, DUIT TAKDA. Demmittttttt. Terasa macam pergi sehelai sepinggang walaupun sebenarnya bawak beg sarat dan penuh. Lepas tu memberitahu diri sendiri "Sedim tu hutan lah takda mall tak ada sale 80%". Barulah mampu terima hakikat sikit-sikit.

Tidur, singgah brunch kat Gurun (pinjam duit okek jangan gelak), dan tidur balik. 3 jam perjalanan dan kemudian pada jam tak-hengat-pukul-berapa, kami pun sampai di Sedim. Jalan kaki sampai ke tapak perkhemahan, terus briefing dan berkenalan dengan encik Ramly, instructor kitorang untuk sepanjang program. Pastu pasang khemah, kemudian berkumpul untuk aktiviti pertama : Water Confidence.

As I know nothing about sukan air, Dayah cakap, team fasilitator tak akan benarkan peserta proceed dengan sukan air lain kalau tak buat lagi Water Confidence. True. Water Confidence helps us to gain confidence in the water before taking any adventurous challenge in it. Saya tak tahu berenang jadi kurang pengalaman berada dalam air yang dalam. And, to be frank, I was among the last person to jump. Sure I wont be the first la kan, salute la kat Trexx sebab dia orang first terjun. Encik Nasir (one of the fasi team) baru cakap sekali nak seorang jadi beginner, trexx terus tampil. But then anyway, I jumped dan sempat lagi dituduh menari makyong or what ever you people call it haih. Sampai sekarang jadi bahan bualan.



Stop it guys haha adeh. Anyway, again, it (it merujuk kepada Water Confidence, bukan tarian Makyong ye) helps me a lot sebab selepas tu ada Rafting dan next day buat Tubing.

The best part is the rafting ohmygod really breathtaking! Right after kesemua 21 orang tu dah selesai buat Water Confidence, kami terus bergerak dalam kumpulan. Ada 4 kumpulan semua. My team : Dayah, Ika, Yulie, and Trexx. Masuk dalam rafting boat, lengkap dengan life jacket, helmet, dan paddle. Kami semua 6 orang termasuk Encik Nasir sebagai skipper aka guide kami. Selepas tu kami diberi briefing, thought by the skipper on how to raft correctly sambil go around and practicing the forward!, backward! and boom! (common command lines for Rafting) and we need to listen every commands made by the skipper.









Boom! means it’s time to slip ourselves inside the raft and hold on the raft tightly. Bukan mudah ok, sebab kena lawan tenaga air.

Forward-backward-boom berulang-ulangkali, having fun dan shouted for joy allll the way (- -") walaupun sebenarnya sedang in danger kalau lalai dan kemudian sampai ke main stream. Orang kat situ panggil Elbow Fall.

Bring it on!


But as we are all in high spirit, we were like "BRING IT ONNNNN!!" dan serbu masuk bot. Haha sampai terkejut Encik Ramly dan Encik Nasir. They seems wasn't expecting us to be that brave because we are all girls (yeap DPP SME Bank semua perempuan) without boys. Inipun tau sebab diorang sendiri bagitahu selepas selesai rafting. Kami semua pun bangga sekejap lepas tu. Hahahaha.


Selesai sudah pengembaraan..



Sandal saya (- -")

Now we have covered :
  • Perjalanan ke Hutan Lipur Sedim
  • Pertama kali sampai
  • Water Confidence
  • The Rafting
And I've learned (or learnt?) or experienced :
  1. Double-check your important thingy such as your purse before went for a long journey.
  2. Cara-cara pasang khemah (- -")
  3. How to raft.
  4. To be more emotionally strong.
  5. Most of all adalah, menghadapi real danger menyedarkan kita bahawa perkara-perkara harian yang kecil yang buat kita merasa terancam selama ini sebenarnya adalah nothing sebab perkara paling utama adalah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.
Next will be : The Survival

Labels: ,

1 comments







layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish