2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Happy 53th Birthday, Ayah.
Sunday, December 06, 2009 posted at 22:45 ♥

Talian Streamyx tak begitu bagus. Anyway, I think I’m going to draft this entry since today I am so tired that I might fallen asleep right in front of this camera (?) acdsbdfmkgufssbgd, eh I taip apa tadi err okey it’s laptop actually not camera. Huahhhh :O


Petang tadi pergi ke Pekan Ranau beli kek untuk Ayah. Mama tak benarkan saya bawa kereta seorang-seorang. Nak bawa Adi tapi rupanya dia masih sakit. Dem. Terpaksa naik bas. Bukan tak biasa, tapi takut tak sempat sampai rumah pukul dua petang. Saya bangun agak lewat. Pukul 9 T__T Ok move move move. Hahahaha. Tapi selamat pulang dari Pekan Ranau dalam 15 minit sebelum pukul dua without rushing. Phew. Pukul dua pula mula start latihan. The girls getting better. Cuma tak berapa nak sharp lagi tapi step dah tahu. Ada step yang saya ubah sebab the girls macam susah sikit nak dapat.

Budak ni tertidur atas bahu saya dalam bus. Penat kot. Comel betul :*)

Petang sebelum ayah pulang dari pejabat, buka kotak dan keluarkan kek. Fruit cake :*) Ayah pulang dan semua pun nyanyi lagu 'happy birthday!". It's 6th December. Happy 53th birthday, Ayah. Eh mana gambar? T_T Masih dekat handset, nanti saya update entri ini dengan gambar. Tengahari esok datang lagi.


Baru selesai kemas dapur dan bilik sendiri. Basuh pinggan segala. Rasanya dekat rumah ni aku paling banyak basuh pinggan. Bangun pagi ingat pinggan mangkuk sampailah ke petang basuh sikit-sikit. Kalau rajin, basuh pinggan malam. Kalau malas, kumpul semua sampai malam baru basuh semua sekaligus. Waktu tengah masak, sambil tu basuh pinggan mangkuk. Bersihkan yang patut. Sebab seronok kalau selepas habis je masak, dapur pun dah bersih dan kemas.

I guess I am a night person sebab saya telah mendapati bahawa (ceh) saya jenis rajin buat kerja malam-malam. Orang dah nak tidur, aku godek-godek barang-barang konon nak kemas. Eh bukan konon. Memang kemas :D

Tak tahu apa motif nak bagitahu semua ni nak berlagak kot hari ni agak rajin. Gahaha okey rileks. Bukan apa, dah tiga hari kot orang-orang perempuan dalam rumah sangat busy. Mama diberi tender menyediakan sarapan, minum pagi makan tengahari termasuklah minum petang untuk mesyuarat seramai 500 orang dekat Dewan Masyarakat Ranau. Satu hari saja tapi lintang pukang juga rumah jadinya. 500 orang. Bilangan boleh tahan ramai bukan? Dua hari juga mama sibuk. Saya dan Dana juga sibuk. Orang-orang perempuan rumah ini semua sibuk. Hoho. Yang tinggal Ayah, Pipie, dan Adi. Adi dah 4 hari rasanya start sakit. Demam.

Hari ini mama duduk rumah saja. Katanya nak rehat. Al-kisahnya hari inilah masa untuk mama berehat sebab esok ada lagi program dekat Dewan Masyarakat Ranau. Mama antara orang yang bertanggungjawab untuk Konsert Amal Nazry Raihan tu. Vokalis Kumpulan Raihan itu kan orang Ranau :*) Tujuannya, duit tiket akan digunakan untuk kumpul dana (lepas tu Dana perasan nama dia) membina Sekolah Tahfiz. Murninya impian :*) Bak kata iklan sabun kain. Lebih kurang macam ni bunyinya : “Kain boleh dibasuh, tetapi hati yang suci sukar dicari.” Lepas tu akan kerut muka. Sebab kenapa saya rasa ada something wrong dekat iklan dan phrase itu? Err.

You all tahukan my dancer (ceh my dancer) I mean the girls dapat offer buat persembahan untuk majlis sanding 12 haribulan ini. Dua pasangan pengantin, tahu? Tolong tak payah bayangkan suasana majlis kahwin tu adalah di dalam dewan yang tersergam indah dengan meja bulat with VIP seats etc. No. No such thing like that dalam budaya perkahwinan masyarakat di tempat saya. Kebanyakan rumah-rumah sini (rumah atas tanah sendiri) punya lawn yang besar jadi mereka akan pasang khemah beberapa biji dan buat pelamin dekat luar. Open air begitu :*) Tapi bagaimana dengan saya nanti? Lawn rumah saya tak cukup besar kalau nak tampung orang ramai T_T. Nak letak pelamin lagi? Okey nanti kita sama-sama fikir bila dah tiba waktunya okey? Hahaha.

20hb dapat offer lagi buat persembahan untuk satu lagi majlis kahwin dekat kampung. The girls really get excited. Semua diorang nak sapu. Kenapa saya cakap semua diorang nak sapu? Sebab, esok malam mereka akan perform nasyid waktu Konsert Amal (bukan Konsert cik Amal Meor :P) dan malam pula tarian sumazau oleh jurulatih lain. Tarian yang saya ajar budak-budak ni akan dipersembahkan pada waktu petang. Bukan tak boleh ajar Sumazau, tapi I think better orang lain yang lebih tahu yang ajar. Well, aktif kan mereka? Comel betul. Pagi latihan nasyid, petang jam dua sampai 4 atau 5 petang latihan dengan saya. Malam, latihan sumazau dengan orang lain.

Dah dapat offer untuk menari 20hb, mama pandai-pandai cakap terus dekat si pengantin perempuan, kalau tak ada orang yang tolong mekapkan, si Nana ini boleh tolong mekapkan. Aik? Mama neh. If the pengantin got the one yang lebih banyak pengalaman dari saya, tak apa. Kau tahulahkan mekap penari ni macamana? Mekap muka sendiri tu bolehlah sebab dah biasa pergi majlis-majlis formal dinner.

Ya Allah bosannya entri si Fina ni, kata anda. Eheheh. Saya pun bosan (nak jugak). Agenda esok? Tak ada. Duduk rumah saja. Tapi tadi saya merengek-rengek nak ikut mama ke Dewan masyarakat waktu Konsert Amal esok. Event-event macam tu, bagus kalau dapat bertemu jodoh. APAKAH? Datang cari jodoh ke apa? Bukan kalau boleh taknak jodohdengan orang Sabah ke? Hoho. Okeylah stop sampai di sini. Esok nantikan lagi entri Random Thoughts dari saya Hasnie Falina. Sekian terima kasih.

Harap maklum (tiba-tiba sangat). Ok dah tak mengantuk. Tapi lapar @_@

Labels:


2 Comments:

Anonymous amalmeor said...

hahahahahahaha...kalau Konsert Amal,sy yg nyanyi,alamatnya hujan lebat turun tanpa henti dan banjir la bumi Ranau tu ;p

09 December, 2009 10:51  
Anonymous Fina said...

amalmeor,
hahaha! tu amal tak pyh risau. susah kot nak banjir dekat sini sebab tanah tinggi. kalau banjir juga, tu kuasa Tuhan lah. hehe.

09 December, 2009 11:20  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish