Pages

Play safe and you will never get hurt. Is it true?

Thursday, December 31, 2009

Bermula dari hari ni hingga ke satu hari yang akan diberitahu kelak, saya tak dapat nak update blog ni dengan latest pictures sebab sistem bluetooth dekat laptop problem sikit.


Today I am happy. Sebenarnya not 100 percent happy tapi inilah topeng yang aku kena pakai dan samada ikhlas ke tak aku pakai topeng ni, aku kena belajar menerimanya sampai aku mampu menerima seikhlasnya. This is my life anyway, I don't have any other life or EVEN any chance to have another life. This is my life, full of anger yet I'm learning to love it (not that I don't, before) and I want to make it better. I need to get myself back in track and will never stray away from it again. Never.

Tadi ke Mall Kachi pergi makan dengan Dayah. As usual, it's easy to entertain me. Macam kalau kau bagi gula-gula sebiji pun dah boleh comfort sedikit hati I yang sedang berduka or even kau cakap 'hi' atau kau bercakap dengan aku macamlah aku ni kawan hingusan kau dulu-dulu padahal baru jumpa a second ago; pun boleh buat saya happy (- -")

Everything went well since morning. Sayu dan pilu meninggalkan rumah dan keluarga itu perkara biasa tapi makin tua ni hati makin sensitif (eh???). Berbulan-bulan tak pulang ke rumah nanti and I'm surely will miss my home badly. I miss the kids already T_____T

Okey Fina hocus pocas FOKUS! :P

Semua sibuk dengan azam baru .. Okey okey not everybody tapi ramai lah juga. Siap ada entri untuk hari terakhir 2009 dan azam baru untuk welcome the new year.

2009 have been a very tough year for me. My plan for New Year 2010? Nothing. Tidur kot. ?????. HAHAHAHA wth. Excuse me ini bukan kenyataan tak bermotivasi. Sebab I dah awal-awal berazam days and days ago, and now practicing it. Why wait the clock tunjuk 12.00 tengah malam tepat 1 Januari 2010 baru mahu mulakan semua. Not againts you all, tapi being me, saya tahu diri saya sendiri macamana. Lagi bertangguh, lagi takkan buat. Lagi berkobar-kobar, lagi tak konsisten. Baik bersederhana dan tidak bertangguh. It's now or never. Right?

Maybe this is another entri sampah. Learn something from this entri? Yes? No? Really a N0? Okey saya blah.

UUM, how's things without me? :)

Okey update cepat update cepat.

Arrived safely at UUM terchenta piwittt piwwittt except for some thing yang buat aku macam hate study dekat sini tapi nevermind, it is not more than mainan perasaan.

Omaigod so much to say but so little time, I got to go. Dah lama Dayah tunggu nak makan sama-sama. Got to go. Kita cerita-cerita nanti ;) Bye.

To know they are happy for the things you've done for them.

Tuesday, December 29, 2009

... I love this feeling.

Best vacation, I mean vacation-ISH ever. I promised myself untuk bawa the kids ke tempat-tempat yang diorang jarang ada peluang nak pergi dan sekarang I am glad that they are happy! :*) And now, I'm home. But for now I need to settle thing down now. Jumpa lagi esok. InsyALLAH. Pyu pyu pyu.

Away.

Monday, December 28, 2009

Waktu menulis entri ni sekejap lagi teksi datang. Thank God I dah siap make-up sekadar letak bedak, pakai eyeliner sikit. Bukan niat nak melawa tapi obvious lah sangat baru bangun kalau muka pucat je tak pakai apa-apa lagi-lagi muka macam I nih T___T nanti kena tuduh tak mandi lagi. Hehe.

Kenapa naik teksi? Sebab, ayah already dekat KK sebab semalam hantar Adi ke UiTM. Letih juga kalau nak pergi balik jadi ayah tunggu saja di sana. Decided tak nak bawa laptop sama, any update post melalui handphone saja, itu pun maybe dekat Facebook atau Twitter saja. Itu pun kalau terupdate lah. Tak janji. Dan takda yang cari punnnn T___T

Bye. Jaga blog I jap. Satu malam saja.

To Adi dan To Pipie. Dari Kakak Kecintaan Kamu.

Sunday, December 27, 2009

Tomorrow is the day yea yea yea! Tapi tak semua pergi. Adi dah confirm kot tak dapat ikut sekali sebab he's already at UiTM Sabah located at Kuala Menggatal. Don't ask me why tempat tu dinamakan Menggatal (- -"). Kili pun macam malas dah nak pergi ala tak bestlah macam ni tak aramai ti T________T Me? Are you silly, of course I'm going. Hahaha. Orang perempuan dalam rumah ni kalau bab jalan-jalan kamilah nombor satu.

So, Adi, how are you doing there? How's the new environment? Were your 3 roomates being nice to you? Worried about you sometimes. Rumah macam kehilangan satu ruang bila ko tiada *sigh*

Ini Adi

Setuju dengan Hanis Zalikha. Sama dengan apa yang keluarga saya alami. Bila hantar anak ke Sekolah Berasrama Penuh, nanti dia akan semakin renggang dengan keluarga lebih-lebih lagi lelaki. Dia akan ada life sendiri yang macam tak seirama dengan keluarga dan adik beradik yang lain walau bagaimana handsome pun dia. Tiba-tiba. And teori ini always make sense. Damn lah I am not againts SBP okey sebab saya pun bekas pelajar SBP. Kita sedang membincangkan kontra menjadi pelajar SBP. Every parents mestilah nak anak-anak dia masuk SBP. Kira pelajar cemerlang lah tu kan.

The same thing happen to my brother, Adi.

Now mama dan ayah going to send Pipie to the same SBP macam Adi. SMK Agama Ranau sebab Pipie dapat tawaran pergi situ. He got 3A's with 1A and 1C in UPSR baru-baru ni. B dia Bahasa Melayu tapi tak pasti BM Kefahaman atau Penulisan. C dia Bahasa Inggeris. Bahasa Arab sekarang adalah optional @_@ Ceh kenapa dulu waktu saya masuk SBP dekat SMKA Inanam, takda subjek optional?

Inilah Pipie

Mama : "Nanti bila sekolah buka, tinggal mama, ayah dan Dana lagi di rumah".
Saya : "Oh, Pipie masuk sekolah agama kan?" Saya alih pandangan dekat Pipie. Pipie selamba saja tiada reaksi. Kalau Dana yang kena suruh masuk asrama, I bet Dana meraung guling-guling atas lantai.
Mama : "Iya. Ada tiga orang diorang semua tu dapat masuk sana. Pipie, si Hakim, si Raihana." Tak payah soal mama dah gitau. Hehe.
Saya : "Eiikkkkk.. Pipie satu sekolah sama si Raihana..! Peeewittt peewwwit weeeetpiuuuu weeetttpiuu!" Mood I berubah excited.
Pipie sengih. Mama sengih lagi luas. HAHA.
Pipie : "Apa?" Masih sengih-sengih.

So, as you heard (ceh ceh heard). Mereka semua tiga orang wakil SK Kinapulidan yang dapat masuk SMK Agama Mohamad Ali Ranau. Pipie, Hakim, dan Raihana. Pipie dapat satu sekolah dengan Raihana?? @_@ Raihana was his crush yang macam dah tak crush sangat lagi dah tapi saya suka lah dekat Raihana tu. Remember her? She's one of the girls. Dan kawan rapat Pipie, Hakim, pun dapat masuk juga. Bagus juga Hakim ada. So they will have each other sepanjang dekat situ. I have to make sure Pipie and Hakim will look after Raihana dekat situ. HAHA.

And, most of all, I won't let the same thing happen to Pipie. Pipie ko jangan berubah banyak sangat tapi jangan tengok Cartoon Network banyak sangat lagi dah >_> Cartoon Network is way too crazy! Ilo no kololowong dika tu, asyik tengok yang bukan-bukan saja. Kalau nak tengok kartun, Disney Channel saja dibolehkan sebab kakak tengok hahaha.

So gonna miss Pipie's loyar beruk (beruk? kata anda, fina i thought broadband je dapat title beruk hehhhhhe) kalau semua tu hilang macam tu saja. Tak lama lagi sure suara dia akan berubah, lepas tu dah makin meninggi dan lepas tu I akan jadi makhluk tuhan paling pendek dekat rumah T_____T itu I tak kisah lagi dah. Tapi I kisah kalau adik I dah takda perangai comel Mr. Bean dan buat I selalu gelak kuat-kuat.

Kepada Adi, ko dah besar dan saya tau ko senang je nak sesuaikan diri dekat environment yang baru. Rajin-rajinlah senyum. Susah betul ko nak senyum. Simpan apa tah dalam mulut tu. Mesra banyak-banyak okey. Nanti lagi ramai yang tergila-gila dekat ko. Haha. Ceh ceh saya pun bukan pemesra sangat sebenarnya.

Sometimes I wonder why I am care enough to explain every single thing.

Got to go. See you later. Pack untuk esok :*)



The Parcels.

As I mentioned in my last entry.

Siapa gerangan pengirimnya? Okey. Orangnya comel, putih, ayu, suara merdu bak buluh perindu - buluh perindu pun kalah alamak terlebih sudah, langsing (macam .. PERLU KE CAKAP?) dan siang tadi jadi gadis pengandam dekat kenduri kahwin orang kampung. Hahaha. Propa je lebih. And yeap, the parcels are from me myself and I. Not 2 not 3 but 4 parcels @_@ Okey motif buat muka terkejut? Bukan ke hantar sendiri? Heh.

Begini. Bulan lepas waktu dah nak balik cuti, I decided to send 3/4 of my belongings home using Pos Laut. Dah tak sanggup nak punggah semua barang-barang tu ulang alik dari stor ke bilik tiap kali tutup dan buka semester T____T lagipun banyak barang-barang I yang better off dari campuslah sebab banyak barang tak guna sangat pun. I asked la agent Pos Malaysia tu, beliau kata kalau Pos Laut, parcel sampai dalam 1 hingga 3 bulan so I expect bila dah balik UUM barulah dia sampai BUT thank God parcel sampai just at this perfect timing. I mean, just before my flight to Kedah. I knew it, selain dapat pergi vacation hehehe, there's something else of what we call HIKMAH di sebalik tersilap tengok kalendar dan terpaksa (ceh ceh terpaksa?) balik 31hb instead of .... well, TODAY :P

Speaking about vacation, I am a bit sedih cuz my brother, Adi, tak dapat nak join sama sebab he's going to register in UiTM tomorrow. Anyway, congratulations Adi. We're all gonna truly miss you walaupun ko tak ketawa dan cakap banyak as much as we do. Vacation nanti mesti rasa kehilangan sebab tak cukup orang T_____T

Vacation ek kalau just pergi shopping malls? Haha =D

Back to the main topic as in the title.

Parcel tu ayah ambilkan siang tadi sebab kebetulan ayah ke Pekan Ranau. Ayah texted dan cakap 4 kotak semuanya dan semua besar-besar T_T Baiklah. Kili cakap banyaknya barang kau. Gosh. Tau tak yang itu baru sikit and excuse me kotak taklah besar sangat pun. Setakat kotak UUM harga RM3.90 tu, mana besar. But seriously, kotak-kotak tu semua dah lembik haishhh nasib baik kos agak murah. 1kg for only RM1. Nak jugak letak label 'agak murah' sebab lagi murah lagi bagus. Hihih. Anyway, terima kasih Pos Malaysia! :*)

Bongkar-bongkar dah tadi. Tapi masih tak terkemas lagi. Masih dekat ceruk tu bertimbun. 2 kotak pakaian dan hanger tak cukup. Right timing, mama beli lots of hangers. Gahaha saya ambil banyak sikit. Eh banyak. Eh sikit. Ehh. Banyak tapi tak banyak sangat. Eh actually tak tahu sebab tak kemas lagi. Bahaha. It's 2.42 AM (tiba-tiba je sebut masa).

Sorry no pics. Tak bermotivasi nak tangkap pictures of those boxes sebab dia bertimbun dengan hodoh sekali. Dan telah menghodohkan bilikku yang aku dah arrange elok-elok dah sempena birthday hari tu. Heh. Good night.

Countdown sebelum ke Sangkar Emas :P

Saturday, December 26, 2009

20 Disember 2 entri, 21hb 3 entri, 22hb okey fine 1 entri saja, tapi 23hb 3 entri, 24hb 6 entri okey ini pecah rekod @_@, dan semalam 25hb ada dua entri. Prodaktifnya aku akhir-akhir ni. Okey bai.

Eh datang balik.

Pagi tadi I got two notices untuk ambil parcel dekat pejabat pos nanti. And that will make it three parcels altogether. Received the other one earlier. Three parcels?? Banyaknya. Who sent it? Tapi rasanya saya tahu siapa :)

Nak ambil esok tapi I'm afraid that I can't make it tomorrow cuz I need to get up real early tomorrow dengan TAK TIDUR BALIK (haha) sebab masa saya dah ditempah siang nanti sampai malam untuk satu lagi upacara perkahwinan. Insyallah duit masyuk lagi. Bukan untuk persembahan tarian, tapi jadi tukang andam sekejap. Mak andam? Ouh sorry, tiada mak andam di sini. Gadis pengandam yang comel manis saja yang ada di sini. HAHAHA annoying. So ............. about the parcels, I'll need ayah's help or Kili. Itupun kalau mama tak guna kereta esok.

Then, for 28th until ... I don't know, maybe we'll have a little family vacation. We haven't have our family vacation since like 1-2 years ago. Or more. Because I barely can't remember the last time @_@. One night or two but I guess not three and more likely one night only. Ayah dan mama tak sanggup biar rumah tak berpenghuni lama-lama sebab budak-budak suka pecah masuk sini wth. Dulu macam-macam cara dibuat untuk protect rumah ni tapi the kids always manage to find their way. Tinggal tak pasang CCTV or pagar elektrik lagi. Sekarang dah jarang dah rumah kena ceroboh. Dah tak pernah lagi. But still, parents tak betah tinggal rumah lama sangat. Mama maybe already have a talk with ayah. Itupun kebetulan Pipie kena pergi ke Hospital Likas balik untuk review perkembangan pembedahan hari tu.

Sempena the coming so-called-vacation, dah tak boleh jamah nasi sampai habis dah (tiba-tiba teringat dekat Scha :D), or else, I'll not look good in camera bahaha! Okey sampai taknak sentuh nasi langsung? I'm not that extreme.

So yes, vacation dekat-dekat saja. Dekat Kota Kinabalu. It isn't really a vacation anyway, is it? Jalan-jalan saja. Hehe. They say Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2009 will going to be at Kota Kinabalu this time eh? :)

P.s How I wish Boxing Day exist in Malaysia :P
P.s.s I'll be at the campus on 31th December, supposed to be back few days earlier tapi hari tu silap tengok kalendar okey alasan macam lame tapi this is REAL @_@

Lirik dan Terjemahan Lagu ADAA oleh Clarice John Matha

Friday, December 25, 2009




*suara mesin*

I've removed this entry to Music Do Speak blog.

If ever you stumbled here and you can't find what you looking for in this entry, you may want to go here Lirik dan Terjemahan Lagu ADAA oleh Clarice John Matha.

Thank You & Come Again Later.

Tari Kirana : Majlis Persandingan 20 Disember 2009 Gambar Sahaja.

Waktu training




Sporting :*) kalau Hasif Rahman ada, I bet mesti dia suka take pictures budak-budak ni semua.





Gambar blur, muka penat. Tapi fresh balik lepas dapat tengok movie dekat Disney Channel ngehehe.

Tari Kirana : Majlis Persandingan 20 Disember 2009 Video YouTube.

Thursday, December 24, 2009



I need to do some explanation about this video.
  1. Stage. This isn't the stage we supposed to perform the dances as they told us before but it is okey. I have no problem with it anyway. Stage ni sebenarnya jalan raya yang terletak hampir dengan rumah dan pelamin.
  2. Lampu. Lampu tu datang dari lampu kereta. Dua buah kereta dari kedua-dua arah jalan. Cool! :*)
  3. Kalau ikut susunan, dari kiri depan adalah Dana makhluk tuhan paling seksi ye dekat situ, lepas tu Beten yang pakai tudung sorang saja, Beten lagi satu, lepas tu belakang dari kiri adalah Jimah, Ana, dan Jijah.
  4. Sebenarnya petang kami dah habis perform semua lagu kecuali lagu Oh Carol tapi atas permintaan, the girls kena bawa lagi sekali tarian Zapin untuk bagi panjang sikit masa. Jimah, Beten (bukan Beten yang pakai tudung), dan Jijah banyak tersilap. But it's okey, Zapin tu quite a fast-beat. They are not a pro. Saya pun bukan pro sangat. This is good enough sebab diorang kena hafal semua step ini termasuk step lagu Oh Carol, Sumazau, Magunatip, plus this fast-beat Zapin dalam masa tak sampai seminggu. 5 hari saja. And, they had done better than this waktu training. Maybe cuz during training, I was there giving instruction @_@ but this time I just can stand there, taking video dekat tepi diorang je. Dah tak boleh menghanjing budak-budak ni ala-ala Linda Jasmin tiap kali diorang silap. Hahaha. Oh sorry for the word menghanjing. Bukan cursing okey. But you know, training, lagu pasang kuat. Saya perlu lawan volume lagu, supaya the girls can hear me. Er ok where were we?
  5. Anyone here knows about dancing? Then I should mention yang MEMANG postur badan the girls ada lagi yang tak betul dan mungkin tak berapa kena. Dan ada juga tak serentak (okey yang tak serentak tu sebab tak cukup latihan) but give them a break anyway. Some part of the step, I tanya diorang sendiri mana yang lebih senang diorang nak tangkap then I biar diorang buat mana yang diorang lebih selesa.
  6. The line dalam video ni at 00:02:12 : "Jimah eh Jijah, JANGAN KACAU HEIH!" okey that was me. Pelik okey suara I. Kadang-kadang tak suka dengan suara sendiri. Waktu ni Pipie is staanding beside me. I handed him Jijah's handphone sebab tangan full. Time tu pakai dress dengan jeans, and OF COS I won't put that handset dekat poket jeans I sebab nanti punggung I nampak besar haha time hurry-hurry tu sempat lagi terfikir okey. Mula-mula Pipie bagi signal 'ini handset siapa?' then I said, "Jimah, eh Jijah." Then, Pipie pergi lambai-lambai pula Jijah. bertuah punya budak nak interupt orang pulekkkkk.. so I said "JANGAN KACAU HEIH!".
  7. At 00:04:28, okey again that was my voice. I said, "Pie, Pie, tengok si Dana". Memang gedik gila budak ni berbanding yang lain. Bukan nak ajar budak-budak ni menggedik, tapi ini caranya nak menari tarian macam ni. Itu namanya a good performance dan a good performer. Okey fine, I am the one yang suruh diorang ni gedik JUST FOR TWO MINUTES untuk lagu ni dengan kiraan "1 2 3 PAP! 1 2 3 GEDIK! 1 2 3 BENT!" Heh. Tapi bila yang lain tak berapa gediknya, dah tak serentak pula lenggok.

Well, I guess the pictures will come up later. Eh WHAT :P? Saya sengaja buat entri banyak-banyak dalam sehari. Hargailah waktu masih ada saya aktif di blog ini. Who knows later. Kerana waktu begitu pantas berlalu, bimbang akan tiba saat di mana jarang waktu untuk kita dapat bersama.

*winks*

Tari Kirana : 20 Disember 2009 Behind it all.

This entry is covering the another event. Majlis Persandingan Khalida dan suaminya, Mohd Adam.

Ada sedikit misunderstood waktu nak buat persembahan dekat majlis ni tapi alhamdulillah tak ada yang serius, cuma the dancers agak macam terkejut jadi I don't really know what to say plus waktu tu saya sendiri agak pissed off. You see, I was told that the performance will be at NIGHT. Saya dah tanya perlu ke perform untuk majlis petang juga but no answer. My bad, I should ask Khalida directly kotttt. Really pissed off okey. Bayangkan, baru setengah jam mula make up itupun baru letak foundatin dan bedak. Aku baru nak blend colour untuk eye shadow, baru habis mekap seorang, orang call suruh datang perform sebab dah sampai masa untuk kami perform WTH! Takkanlah nak conteng muka budak-budak tu macam tu je, they should look beautiful baru bermotivasi diorang perform. Dahlah kena mekap 11 orang semuanya. Hish. Why do me like that loh.

But later I told myself to relax. Itupun bila semua dah selesai dengan performance malam sekali. Siap saja, terus pergi ambil gambar kenanga-kenangan the girls dan tarik budak-budak tu semua pergi salam dan bergambar dengan pengantin then balik. Jalan kaki seorang saja, rumah dekat. Plus, saya kejar tayangan Wizards of the Waverly Hills The Movie nak tengok ending dia sebab hari tu dapat tengok ending sebab ayah nak tengok berita. Tak boleh lawan bos lah kan. Ahahaha. Aku hantu kartun Disney Channel okey. Kena ingat yang ni. Nikah nanti soalan ni akan keluar :P

Waktu ni tarian yang dipersembahkan : Tarian Sumazau (waktu petang : tak sempat rakam T____T), Tarian Magunatip (petang : malu nak tunjuk sebab Ya Allah budak-budak ni buat banyak silap terkejut punya pasal kot. I told them persembahan malam saja T__T sorry girls and it's okey, you guys masih dapat banyak pujian kan :*), Zapin (Petang dan malam : Sepatutnya petang saja but then on the spot the girls perform waktu malam juga padahal pakaian bukan pakaian tradisional. Video yang petang tak rakam pun sebab handphone tengah buat hal), dan lagu Oh Carol (Malam : I'll show you the video for the next entry)

Next entry is the video and pictures of the girls.

Not Your Princess.


We used to have so many dreams,
Happy endings, now I know.
My mistake, I didn't know to be in love,
I'm not your princess, this ain't a fairy tale,
Baby I'm not your princess.

Yang tinggal hanyalah perasaan.

Pertemuan yang jarang berlaku antara aku dan seorang teman lama dahulu. Petang itu, aku tak lepas dari bertanya tentang hubungan dia dan kekasih hatinya.

Mengingat kembali kisah-kisah mereka sepanjang zaman persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid, aku hanya tersenyum sendirian. They are such a cute couple. Cukup glemer sekali mereka. Cikgu-cikgu yang ajar kitorang pun sudah cukup maklum. Sudah sering jadi bahan usikan tapi pasangan ini hanya menjawab dengan senyuman seribu makna. Yang lelakinya adalah teman sejawatanku waktu itu. Pengawas Sekolah. Orangnya tinggi, berkulit cerah, berbadan athletic, punya side-burn.. he’s so cute. Cool saja orangnya. Waktu program realiti TV Akademi Fantasia 2, yang waktu itu menampilkan Kaer, semua orang berpendapat lelaki itu mirip Kaer AF2. Yang perempuannya pula memang cukup disenangi ramai. Perwatakannya yang sentiasa ceria, punya sense of humor yang tinggi, ditambah dengan hatinya yang jujur dan ikhlas menyebabkan ramai yang senang berteman dengan gadis itu.. termasuk aku. Both were my classmates.

Lamunan terhenti bila gadis itu membuka mulut. Aku agak terperanjat bila saja tahu yang hubungan mereka telah berakhir.

Hidup penuh kejutan.

Ku lihat dia hanya tersenyum. Ceria seperti biasa dengan senyuman nakalnya itu. Ya.. pasti dia ada alasan tersendiri. Cinta sudah mati, jelasnya perlahan. Hatinya sudah tawar. Tidak pula dia memberitahu perkara sebenar dan aku pula tak sempat bertanyakan yang lebih dalam kerana dia mula bertanyakan hal aku. Mungkin ingin mengelak. Aku mengerti sahaja.. mengikut rentaknya.

"Single sudah ni." Ujarku dalam senyuman. Tapi entah apa nama senyuman ini? Tak pasti ikhlaskah aku.

"Aik, sejak bila pandai single-single ni? Ndak pernah dengar kau single!” Tingkahnya dalam loghat Sabah yang pelat.

Benar juga, detik hatiku. Sejak bila aku betah memegang title single? Aku terdiam beberapa saat sambil spontan memandang wajah gadis itu. Cuba untuk memahami sesuatu yang aku sepatutnya sedar dari dulu lagi. Aku tersenyum sejurus selepas itu dan ketawa.. Dan gadis itu rupanya sudah ketawa, mendahului aku. Pastinya ketawa atas sebab yang berbeza.

Sebelum ini, sebelum berstatus single, semua diari-diari dan catatan-catatanku adalah atas nama cinta. Atas nama seorang insan yang aku sebenarnya masih tak pasti samada aku benar-benar sudah get over atau belum. Seperti juga gadis itu, kisah cinta saya juga cukup diketahui ramai ketika di sekolah tapi kami sama-sama lebih memilih untuk bersikap tertutup dalam hal personal. Usikan dari rakan-rakan itu perkara biasa. Anak Pengetua dengan Anak Pegawai. Sama padan sama taraf. Itulah usikan mereka selalu. Kadang-kadang naik meradang juga sebenarnya sebab sampai nak samakan status pekerjaan parents but itulah zaman sekolah menengah bukan?

Saya sangkakan saya dah get over dia. But why the memories keep haunting me now?

:'( :'( :'( :'( :'( :'(

Pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu Oh Bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu Oh Kekasih


Tinggal Kenangan

All I Really Need Is Time.
” I know I can be a little stubborn sometimes.. A little righteous and too proud.. but I do want to find a way to compromise Cos I believe that we can work things out.. “

Itulah tajuk dan tagline blog dekat Friendster yang saya mulakan 3 tahun 9 bulan lepas. How much time I'd took until I'm here, by the way.. :) It is too long. What took me this long? Setelah semuanya, aku sebenarnya masih di point yang sama waktu saya bermula. Go to the hell with the time yang kau perlukan itu, Fina.

Maaf ini masih berkisar tentang sebuah kisah cinta yang tidak pernah akan sampai. Maybe, Sufilara.Com is never really about my personal life, tapi merupakan satu perjalanan hidup seorang wanita yang sering dibayangi kekasih lama.

Demmit.

Pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu Oh Bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu Oh Kekasih..

Tari Kirana : Majlis Persandingan 12 Disember 2009 Video YouTube dan Gambar Sahaja.

Wednesday, December 23, 2009


Taken by Fina Sophie.














Pictures are taken using Sony Ericson C905 by mama, pipie and most of all, me.

Tari Kirana : Prelude

Nama Tari Kirana itu sebenarnya ilham ayah saya sendiri sekitar awal Disember 2009 (harus bagi kredit sebab ayah baca blog ni) :*)

Tari : Salah satu cabang seni
Kirana : Kinapulidan Ranau

Kalau orang tanya dari mana minat saya terhadap tarian bermula, hehehe. Mulanya dari cerita-cerita hindustan. Seriously. Saya seorang penonton filem Hindustan yang tegar dulu. Kalau nak cerita tentang macamana minatnya aku dekat filem dan lagu-lagu hindustan, kena buat entri yang baru. Tapi waktu tu minat tarian-tarian hindustan saja. Belum lagi timbul minat dengan mana-mana bentuk jenis tarian yang lain.

Hingga akhirnya pengetua yang baru berpindah ke sekolah tempat saya sedang belajar waktu itu (eh macam kenal je cerita) Okey okey T___T Ini bukan kisah cinta saya dan anak pengetua tu (first love) tapi kisah bagaimana saya mula didedahkan dengan genre tarian tradisional oleh kakak kepada anak pengetua itu. Sila bertenang :P

Her name is Yaya. Setahun lebih tua dari saya dan ya Allah waktu tu admire gila dekat kakak dia. Dahlah comel, peramah, dan eh eh .. tolong buatkan hadiah Valentine Day untuk saya bagi pihak adik dia lagi. Sweet betul :*)

Selalu, bila para penari buat latihan dekat dewan sekolah, aku duduk di ceruk dekat pintu sambil tengok padahal langsung tak tahu apa-apa tentang tarian okey, tapi duduk juga sebab tertarik. Adalah belajar sikit-sikit cara nak pusing, cara nak bagi condong badan sikit, postur yang betul sebagai penari.. Kadang-kadang pura-pura lalu (haha) sebab tu sekarang ni, setiap kali saya latih budak-budak menari atau saya sendiri yang training, saya tak kisah orang tengok (lainlah kalau lelaki yang tengok) sebab orang tak sanggup berdiri lama-lama tengok kalau tak tertarik bukan? ;)

Adalah juga dalam 3 tahun belajar menari dengan menengok saja orang berlatih. Hehe.

Akhirnya waktu dah pindah balik kampung selepas STPM, mama minta tolong saya ajar budak apa-apa saja bentuk persembahan untuk dipersembahkan sempena majlis Hari Ibu dekat kampung. Berbekalkan pengetahuan yang boleh tahan zeronya (haha) saya tubuhkan kumpulan tarian yang anggotanya tetap sama macam yang ada sekarang ni, cuma dah berkurangan. Terkejut gila mama sebab mama sendiri tak pernah nampak tanda-tanda yang saya minat malah tak pernah pun tengok dekat rumah. Hehe.

Awal-awal tu, banyak dugaan-dugaan yang walaupun tergugat sikit, tapi tak pernah patahkan semangat saya untuk membubarkan kumpulan ni. Dugaan macam ibu bapa tak kasi pergi latihan or tak kasi join kumpulan lagi tu perkara biasa sampai sekarang. Dugaan untuk saya dan dugaan untuk the girls juga. Kena umpat keji pun perkara biasa. Siapa kata semua ini amat senang saya kecapi? Tak. Tak mudah sebenarnya :)

I had never force them to join this group. Seriously, I had like almost 30 girls and boys yang pernah ikut sama, tapi bertahan sampai sekarang cuma 6 orang saja. Saya ambil budak-budak perempuan saja, jarang budak lelaki kecuali kalau benar-benar memerlukan. Saya tak berapa suka suruh budak-budak perempuan pretend menari sebagai lelaki. Ohmy haha kesian okey. Lebih rela I pergi ajar budak-budak lelaki yang susah bebenar nak lentur tu berbanding minta the girls to pretend. Heh.

Seriously, selama lebih tiga tahun menubuhkan kumpulan ni, ada dua nama yang kami pernah guna. Itupun main sebut saja sebab orang asyik bertanya. First, Badarsila. Haha. Pengaruh Siti Nurhaliza okey T___T Badarsila ada dua maksud. Pertama : Sejenis kain putih yang halus macam sutera atau Kedua : Budi pekerti yang indah seperti bulan purnama (badar = bulan, sila = perbuatan yg baik).

Second, Kumpulan Penari Kampung Kinapulidan. Waktu ni kumpulan ni aktif membuat persembahan (secara percuma saja) di dewan kampung setiap kali ada majlis.

Bermula dari membuat persembahan dalam majlis-majlis perasmian dekat dewan (tak berbayar), kami mula mendapat undangan dari cousin saya bernama Maria untuk membuat persembahan sempena majlis persandingan beliau (juga tak berbayar). Majlis persandingan Yantie, Majlis persandingan Ongo, Majlis Persandingan Helmi, .. Semuanya bermula dari family dulu.

Tentang pendapatan, we've made some agreement that every payment adalah milik kumpulan dan bukan ahli kumpulan. We're doing this sebab ini minat kami. Any payment akan digunakan untuk memastikan kumpulan ni terus berkembang. Bukan untuk kepentingan peribadi. Bayaran paling tinggi yang pernah kami dapat adalah RM120 dan paling rendah, dapat RM50. Alhamdulillah. Hasil titik peluh kami. Bagi saya ini merupakan sesuatu yang manis.

Ehem.

It's time to introduce the six girls! And oh yang tengah-tengah tu tak payah introduce :D

Dari kiri : Shaliza (Jijah), Hasnie Farhana (Dana), Raihana (Ana), Nor Azimah (Jimah), Norshafiza (Beten) dan Nor Widah (Beten). Two Betens. No typo :P

Bye.

Tak baca pun tak apa. Serius.

Saya dalam mood menghaplod gambar-gambar untuk event sebelum-sebelum ni.

Gambar segala macam gambar, cerita segala macam cerita. Makin ramai rakan-rakan yang mula semakin serius dalam perhubungan. Maksud aku, dah ramai yang mula mengikat dan saling terikat. OMG depresi aku dekat sini hahaha.

Anyway.

Gilak banyak okey aku kena hapdet. Habis tunggang terbalik rekod aku dalam blog ni asyik tangguuuuuhhh saja. Tapi bak kata orang kata, tak elok tangguh-tangguhkan bila dah berhajat. Saya sambung hapdet lepas ni. Bye.

Wind of Change.

Tuesday, December 22, 2009

Aku masih ingat kata-kata seseorang dulu. Dua tahun lepas selepas aku mendakwa mahu memadam entri-entri yang aku rasakan dah bertukar jadi macam habuk saja, he stopped me and said "ia tetap diri kamu yang dulu" .. or something like that. Tak ingat sangat. It's in the comment section tapi saya rasa entri yang ada komen tu dah lama saya delete sejak saya tukar template lagi. I guess he is still reading my blog, tapi jarang. Tak selalu macam dulu. I call him Pesilat UUM. Haha. Life had come to a new phase huh? Bukan setakat duduk belajar dan online dekat bilik silih berganti.

I remember the first time I met him, waktu Grand Dinner untuk pelajar-pelajar Pengajian Antarabangsa. Saya memberanikan diri menemui dia di hujung majlis dan memperkenalkan diri. Berani tak saya? Haha. Sure he know me. Lepas tu dalam blog dia cerita sikit tentang pertemuan dia dengan rakan-rakan friendster UUM and he mentioned me too. Dia kata saya comel :*) Haha. First time dia tegur dan mesej adalah dekat Friendster, dan mengatakan yang dia impressed dengan artikel yang saya tulis tentang hari kemerdekaan dekat Syok.Org. Tak mau ah bagi link. Ahaha.

He isn't my point here. Sorry sebab tersasar sikit.

Saya dah habis berfikir. Bahawa mungkin banyak entri yang akan saya delete. Samada separuh atau lebih dari separuh atau separa atau kurang dari separa. Tengoklah nanti. It's time for a change.

Dah back-up dah semua tu. Jadi bukannya hilang terus. Hehe. Bye. Very sleepy. Otak dah tak functioned well av jkd sdxcs ...esgravf.sfsvfg , @#$%^&. Bye bye bye bye avdffgjaa;.



.Isn't about number.

Monday, December 21, 2009

My blog have reached 592 entries published since 2006 (some of it imported from my friendster blog). Quite a big number huh? But heh juga. Sebab it isn't about number. It's about quality.

So.

Saya sedang berbuat sesuatu berkenaan blog ini dan bila dah selesai, I will let you know. I am just doing some rebrand, of what we call it : Hijrah.

Thanks for supporting me after all this time.

:)

Okey now. Where do I start? @_@

Lirik Lagu Jauh Kau Pergi

Jauh Kau Pergi (Tinggal Kenangan)

Currently addict dengar lagu Jauh Kau Pergi (Tinggal Kenangan) versi Caramel. Terdengar waktu orang karaoke dekat kenduri kahwin yang saya pergi semalam (tak update lagi tentang performance semalam). Tak tahu kenapa saya rasa best tiba-tiba padahal sebelum ni kadang-kadang ada juga dengar. Maybe sebab semalam lagu tu agak berbeza sebab dinyanyikan oleh orang lain.

Anyway, here's the mp3 (4shared) and this is the lyric:

pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih

Accidently read something about this song over the internet. They say that, pencipta sebenar lagu ni adalah seorang wanita bernama Gaby yang merindui kekasihnya yang telah meninggal dunia. I donno what happen but they said that Gaby is already dead by killing herself @_@.

Reminds me of lagu Perangkap Cinta aka Lagu Dari Penjara aka Cinta Tiga Segi aka Permintaan Terakhir aka etc etc etc. Lagu ini konon-kononnya dinyanyikan sebagai permintaan akhir seorang banduan yang menjadi seorang pembunuh kerana cinta.

Bila lagu yang agak best glemer tapi tak tahu siapa pencipta, mulalah macam-macam spekulasi bukan? Tapi rasanya kita semua dah tahu kebenaran lagu Perangkap Cinta ni. I've made an entry about it on March 2008 sebab jujur, lagu tu saya dengar like 100 times that week. Haha. Dan serius waktu tu rating blog ni naik sedangkan time tu saya tak amik kisah sangat tentang rating segala. You can read it HERE.

Anyway.

There's so many things I want to tell you but .. wait. Need to eat something. Lapar. I might publish more than one entry tonight. Hihi.

10 Petanda Yang Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita

Gunakan seluruh pancaindera. Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon (atau sedang mengawal pergerakannya). Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Sumber : Google
.. with keyword "10 Petanda Yang Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita"


P.s : A woman's heart should be so lost in ALLAH, that a man needs to seek HIM in order to find her.

Umpama Mimpi dalam Mimpi.

Sunday, December 20, 2009

Tengok tajuk dah tahukan. Ex-boyfriend ajak bertunang WHATTHEHELL hoho. Tapi mimpi sajalah. I dreamt of him last night. Bibie (Flovia), if you're reading this, atau siapa-siapa rakan lama yang turut sama baca blog ni (harap-harap tak ada lagi selain si Flovia ni hehehe), biarkan si luncai terjun dengan labu-labinya eh macam pelik je peribahasa ni saya tulis. Maaflah dah malam ni otak tak functioned well sangat. Tapi nak juga menaip makcik nih.

Well.

Sepanjang berbelog, saya dah banyak bercerita tentang dia. Even this blog pun wujud sebab dia, antaranyalah.

Saya dah tak boleh kot mention his name here. I am so afraid if he found out about this blog @_@ Bukankah macam crazy kalau dah bertahun-tahun hubungan terputus tapi ingatan masih tak lekang? Macam in-denial pun ada juga. Jujur, memang ada sikit. Kehadiran dia banyak bagi kesan dalam hidup saya, sila faham. Tapi saya tetap mampu menerima hakikat. Tetap mampu untuk mahu memandang ke hadapan. Membuka hati untuk insan lain yang lebih mencintai.

Hm.

In that dream, he had a fight with his girlfriend and with his tired eyes, he came back to me with his arms wide open. Proposing me. I paused dan saya tak cakap lagi saya terima atau tidak, but he said he had already set up the preparation for our engagement. I thought that was real T___T dan even dalam mimpi tu saya berkata dalam hati.. "I knew you'll be back someday". Then I woke up. Ya Allah sampai termimpi. Begini kronik ke? But didn't have time to think too much about it. It's almost 9am dan saya perlu get up sebab any time the girls akan datang untuk buat persiapan persembahan dekat dewan.

Baru petang tadi I deeply think about it. Bukan berfikir about the dream itself, tapi berfikir AKU KRONIK KE?

Here's some words for him. Eventhough I know maybe he'll never read this, but I still want to.

******,
We have turn 23, dear (sambil gelak dalam kepedihan, kerana mengingatkan yang how I'd never call him SAYANG. Never called him DEAR. Atau sebarang nama-nama yang menunjukkan kecintaan. Regrets, regrets. Sepatutnya kau paksa aku dengar lagu Ronan Keating If Tomorrow Never Come waktu itu). Remember when we're 8 years younger? We are in form 3 when the first year we met. Bukan nak ungkit semua kembali. Cuma terfikir, dalam 8 tahun itu begitu banyak yang telah terjadi. The kids have grown, Dear. Pipie, my youngest brother that shares the same nickname with you has grown too. My diaries during my teen years are full with your name and your memories, as I told you before. Remember? And you wished years ago that you'll have the chance to read it all, but now I guess you'll never know. At least, I know I'm your first love. And first love never die. We're still the same. We are just moving on to our different path as we didn't meant to share the same beautiful destiny.

Terima kasih sebab jumpa saya dalam mimpi last night. Renungan kamu, senyuman kamu, dan walaupun mimpi itu seperti sebuah tayangan sepi namun saya tetap begitu jelas dengan setiap kata-kata kamu yang sentiasa mendamaikan :)

Ok dah. Haha.

Someday, when the time is right, or when I am engaged to someone else, I'll left this blog. Moving this blog to another address and create a whole new Sufilara.Com. Dan juga tinggalkan nama Fina Sophie sebab nama-nama ini banyak sangat perkaitan dengan dia. Especially nama Fina I'm using now. Fina isn't my name, to be true. My real nickname is Nana. Fina Sophie adalah sekadar nama maya saya ketika melayari internet, yang saya cipta sendiri ilham dari nama penuh ex-BF. Tapi bila masuk belajar dekat Kedah, I introduced my self as Fina sebab terlalu ramai pemilik nama Nana neh. And never thoughtlah pula yang boleh melekat sampai sekarang. That's all.

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-ALLAH dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk.

10 Petanda Yang Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita

Something strange?

Been offline the whole day! @_@ Macam not me. Selalunya ada je masa nak get online. Fuh. Takpa, ini urusan duniawi saja.

Tadi called someone .. :) Been VERY busy lately and I have no time for him (aik?). Ada juga baiknya jarang contact, taklah terbosan-bosan bila habis modal nak cakap apa. This one is for him.
Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
(Chorus)
Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya mahnida
Bagaikan siang diselubung gerhana
Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga takdir menafikan nyawa
Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Kasih…
Waktu-waktu macam ni, terasa lagu ni begitu menusuk hati. I love the lyrics and it blends well with Fiq's voice and the musics.
Lepas ni nak kemas-kemas bilik dan sediakan kelengkapan esok, which I don't know bila siap. Kemudian baru sambung with the updates. Bye.

Berenam lebih baik.

Friday, December 18, 2009

Today I laughed a lot. The girls sangat menghiburkan hati ini walaupun kadang-kadang kepanas lah juga. Tapi syukur the girls dah tau, when I'm serious, I am serious. 3 years jadi anak murid cukup kot untuk betul-betul faham fiil cikgu diorang neh. Kemudian Dana pula merajuk eleh eleh. Itu lain cerita.

Di sebalik gelak tawa tersebut, hati ini sejak bangun pagi lagi dah benar-benar terusik. Nasib baik bangun pagi je terus mandi dan the girls datang. So saya takda left alone. Bersiap dan segalanya macam tertangguh. Sebak tu masih ada tapi hold, hold, hold. Biar semua ni habis dulu. Kalau tak, bangun pagi saja terus update blog secara live .. and tell you the sad story. Cewah. Sad lah sangat.

Mimpi hanya tinggal mimpi. Ibarat pasir di tepi pantai, sekali bah, hilanglah jejak. Aik apsal macam kenal je peribahasa ni? Well.

Kita fokus dulu untuk aktiviti kami hari ini. Baru petang semalam I got offer from my mother, untuk perform sempena majlis perasmian Kursus Masakan Restoran dan Katering dekat dewan serbaguna kampung. Malam semalam juga saya bawa the girls try spacing dekat stage.

Remember Chef Prada I mentioned him HERE? Tapi I mention sikit je lah. It's the same kursus and the same chef, tapi kali ni diadakan dekat kampung. They had been here 3 days dan hari ni hari terakhir. The girls dah perform petang tadi. Tapi berlima orang saja. Tolak satu sebab yang satu itu merajuk tak nak menari wth. I'd try pujuk but I guess my try isn't good enough. It's not me if nak paksa-paksa orang. Nasib baik boleh cover on the spot.

Told you right? When I am serious, I am damn serious. Seriously. Very serious. Saja ulang banyak kali nak bagi anda feel how serious I am. Lagi-lagi bila nak cepat bersiap sebab masa dah hampir suntuk, tapi ada yang masih duduk goyang kaki bertangguh-tangguh ya ALLAH buat saya geram saja. Telinga Dana ni agak tebal sikit. Tak lut kalau cakap sekali je. Kena ulang-ulang cakap. Used to it but, kadang-kadang kepanas lah juga. Heh.

Sebolehnya I want to see everything is PERFECT in my own way. Tiada gangguan dari orang lain. Kalau ada, mulalah macam-macam ketidakpuashatian.

Buat berlima pun okey juga, tapi the girls cakap .. "Nana, kami rasa macam kosong saja waktu menari tadi...".

Bila kerja berpasukan, sebagai seorang adult, kenalah rasional bukan? They are just kids, by the way. Okey my bad. I should control my anger. But hey, ayah dah marah saya. Dan marah Dana juga. Equal kan? Ahahaha.

Bumi mana tidak ditimpa hujan? I managed to pujuk her tadi, by the way, dan sempat ikut berlatih lagi beberapa kali :P

Tiada yang serius.

I need to update several entries. Several tu maksud dia saya tak tahu berapa entri yang akan saya hasilkan malam ni. Beberapa perkara masih bermain dalam minda. Masih fresh. Hati masih penuh dengan kata-kata. Masih penuh dengan rasa. Saya kan puitis orangnya. Puitis tapi bukan puitis berselindung. Puitis I puitis jenis berterus terang benderang eceh eceh.

Saya tak mahu buat random thoughts kali ni. Cuz every story have it's own STORY. Saya taknak campur. Nak asing-asingkan ikut kategori dan ikut mood. Err.. macam kedengaran seriuslah pula kan tapi WTH why care? It's real. This is my life. This is my blog and my own records! Every single thing is damn serious. Seriously. Very serious. Over kau. HAHA. I mean kalau I cakap I buat lawak, maksudnya I memang SERIUS yang I memang buat lawak. Itu maksud I. Bukan serious dari segi mimik muka. No. No. Kerana sebaliknya, gelak adalah salah satu kepakaran saya. Atau juga bukan SERIUS yang orang kata something serious is happening. No. No. There's nothing serious. Okey sekarang mari kita kira berapa perkataan SERIOUS dalam perenggan ini. Siapa orang pertama yang dapat jawab betul dapat RM3 topup Celcom atau Maxis (Digi tak dapat). Eh adakah aku tengah buat contest belog? Eh eh.

Anyway, tengah malam datang lagi :D


Zapin, Magunatip, Sumazau, dan Salsa.

This is just my update about my dancing activity.

Sumpah persembahan kali ni agaklah extreme T__T Dengan tarian Zapin yang ya ALLAH step dia rancak gila tapi it doubled the fun lah kan girls? Kemudian tarian bambu atau lebih dikenali di sini sebagai Magunatip. Tarian yang agak membahayakan kaki. Kaki I sendiri pun dah banyak kali tersepit. Sakit okey. Tapi dah ini request dari pihak pengantin. Semalam, kami berlatih dengan tiga batang buluh saja (supposed to be 4 batang T___T) jadi sementara nak cari satu lagi batang buluh, ada dua orang penari lagi yang terpaksa pretend yang konon the bamboo is there. Haha what to do. Then, awal-awal pagi tadi, ada orang hantar batang buluh yang baru untuk kami. Tak tahu siapa yang hantar, buka pintu rumah je dah ada 4 batang buluh panjang-panjang elok je letak dekat tempat di mana the girls buat latihan Magunatip. Tak tahu siapa yang hantar. Misteri betul tapi anda sangat baik hati terima kasih banyak-banyak :*)

Tarian Magunatip merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Perkataan Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya.

Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.

I got two videos today. The girls sedang berlatih Magunatip dan satu video lagi of me joining them Magunatiping (magunatiping? belah lah :P). Lebih baik dari video I yang bertajuk Misi Menghabiskan Satu Botol Berisi Air Bancuhan Jusmate5 and yes, mission accomplished! HAHAHA. Saya upload nanti kalau rajin. I mean, video Magunatip tersebut. HAHA.

Kemudian tarian Sumazau yang macam terkedek-kedek ala-ala Joget double step. So, perasan tak dalam setiap tarian, kaki mereka kena lebih agresif dari biasa. Sakit juga kaki budak-budak ni aku tengok. Kesian. Aku yang mengajar ni pun dah sengal-sengal dah kaki.

Wait. I don't understand you malays sebut Joget macam meaning Joget ialah menari sedangkan Joget ialah sejenis tarian. Get what I mean? @_@ Kalau orang cakap, "comellah Doraemon joget", saya macam akan terbayang yang Doraemon tu tengah berJoget. You know, Joget - Malay's dance yang wujud hasil pengaruh dari tarian Portugis yang pernah menjajah Tanah Melayu - but nevermind. By time, I'd learn about the Joget term. Jadi, setiap kali orang kata Joget, I'll bare in mind yang it's not the Joget lah. Hehe. .. And .. And .. Bangsa Portugis sendiri tak claim yang Joget itu tarian mereka but why sesetengah rakyat dari negara jiran hampir nak berperang besar dengan kita Malaysian padahal bukankah kita datang dari rumpun yang sama? Berjiran pula tu. Perkongsian budaya tu memang tak dapat dielakkan samada kita nak atau taknak. Full stop.

Tiba-tiba serius pula. Hehe. I AM serious. Kat mana kita tadi?

Tarian Zapin kemudian tarian Sumazau yang macam terkedek-kedek ala-ala joget double step. Dan juga Magunatip. Dan ada satu tarian masih dalam pertimbangan samada nak gugurkan atau kekalkan dalam senarai persembahan untuk 20hb ni. Salsa. The simple one. It's just 2 minutes but, .. Well, the girls are expected to perform all these dances (Zapin, Sumazau, Tarian Bambu, Tarian Salsa) during the night. Untuk acara malam. MALAM SAHAJA. Hm I am just trying to be realistic here, takut budak-budak ni letih. I'll decide it later.

Ingat perkataan hari ini : MAGUNATIP. SatuMalaysia bukan? (motif sebut 1Malaysia?)


Different races


Banyak lagi nak masukkan dalam belog, so just wait for my updates. More and MORE to come. Esok ada agenda lain so nanti kita jumpa lagi. Bye.

Always and will always be here.

Thursday, December 17, 2009

Macam romantis pula title hari ni.

Spent some time blogwalking ke blog jiran-jiran belog eceh eceh, saya terperasan yang semakin banyak blog contest yang diadakan oleh para blogger. Ke I je yang baru perasan, ke atau sebab I ada kawan blogger yang rajin join contest? Zack dan Farah, you guys okey yang pengaruh I. HAHA.

Contest-contest ni kebanyakkannya memang menarik perhatian dan banyak juga yang turut menarik perhatian saya TAPI buat masa ni macam belum lagi terbuka hati nak join. Plus, kerana masa yang agak terhad.

As you maybe know, I do not socialize too much in this blogosphere. Ada sesetengah blog yang saya betul-betul ikut updates diorang. It is all listed in my personal reading list contoh macam blog Queenlyana, Fiza, Hanis Zalikha, Trexx, Yulie, Pu3, Amal Meor, Johorean Journey, Arief Arf, Si Kachak, Sakinna, Shima, Model80an, Dandellion Geisha, Abdi, Dayah, Wanpok, Farah, Zack dan Waniey, to name a few. TO NAME A FEW okey. Ada beberapa lagi belog lain yang mungkin tak tersebut. Yang tak tersebut tu jangan terasa okey jap jap nah lollypop. Ahah. Tiba-tiba.

And if you all track those blogs, you can see kebanyakkan blog adalah jenis low-profile saja. Tidak keterlaluan dan senang cakap, worth my time. Doesn't mean yang lain tak worth my time. I baca je semua belog yang I singgah. Biasanya sampai berpage-page, tapi not everyday macam blog-blog yang ada dalam personal reading list saya. As long as your blog is in HERE lepas tu rajin update, confirm I singgah sebab I susun blog-blog tu mengikut recently updated.

Saya boleh nampak macamana contest yang blogger-blogger buat sebenarnya dah merapatkan lagi silaturrahim di kalangan blogger. Di sinilah kita menjadi nice to each other, lebih nice rasanya berbanding diri kita bila jumpa stranger di real life dan diri kita bila jumpa stranger di dunia blog. Malah bertegur sapa macam dah berkawan lama, gaduh pun macam bergaduh dengan kawan lama. Apakah?? Saya pernah gaduh dengan kawan lama dekat YM tapi itu lain cerita. Tiba-tiba rasa macam tak sukalah main YM. Hehe.

Joining contests juga antara cara paling bagus dan senang untuk trafik blog okey. Dan banyak lagi cara lain nak bagi trafik tinggi. Bersepah-sepah tips atau teknik naikkan trafik blog dekat google. Kalau nak saya bagi tips, kau mesti cakap dalam hati eleh eleh tengoklah belog dia macamana, pandai pula nak bagi teknik itu ini eleh. Bila fikir balik, macam rasa lawaklah pula kan sebab blog Sufilara.Com ni dah berusia lebih 2 tahun sejak Mei 2007 (tapi mula berblog di blog friendster sejak September 2006) tapi aik aik apsal blog orang lain baru 5 bulan dah beratus-ratus follower aik aik aik? Terhairan-hairan on the floor.



What ever it is, I am still here. Recording my own thinking and my own life, untuk hari-hari akan datang. And like I always say, ini rumah hati saya. Tempat saya berkongsi. The same version but the other side .. in me.

To YOU, keep on sharing!

Offer untuk majlis persandingan Khalida.

Wednesday, December 16, 2009

Kerja part-time saya waktu cuti jadi cikgu tarian memang menyeronokkan.

Saya sekarang ni busy lagi dengan training untuk majlis sanding kawan dekat kampung. Haih. Orang yang lebih kurang je umur sibuk nak kahwin, aku sibuk juga nak preparation. Belum ada jodoh nak wat camane kan. Jauh lagi benda tu sebab ___ isi tempat kosong ikut suka hati anda. Buat teman-teman lama yang dah lama tak bertukar khabar, saya masih available (tiba-tiba). Ingat aku ni comel jadi awallah kawen? No no. Aku rasa akulah orang paling lewat kahwin antara ko-ko semua. Aik Fina takda orang kata kau comel. HAHA.

We're going to perform tarian lagu Oh Carol (tarian non tradisional yang saya dah ubah banyak step dia) dan Zapin Kontemporari. Hai Audirasarians, pinjam sikit step Zapin Kontemporari okey. Malas nak ubah-ubah banyak sangat. Lepas tu request dari pihak pengantin, untuk perform juga tarian Sumazau. Panik.

Saya bukan Sumazau specialist tapi boleh menari sumazau. Cuma kalau nak ajar tu, need other's help juga. Tak sah orang Sabah kalau tak boleh menari Sumazau dan oh satu lagi, tak sah kalau tak tahu penggunaan perkataan BAH dalam konteks Bahasa Melayu Sabah ;)

So, being a non-sumazau specialist, buat saya panik sekejap. Saya ada penambahan 4 penari untuk sumazau (habislah peralatan mekap I haih), itupun mungkin akan ada tambah lagi 4 orang kalau jadi nak buat tarian bambu as known as tarian Magunatip. Ha-ha. Yang ini pun, kalau tak reti menari tarian Magunatip, hampir-hampir lagi kot termurtad dari kewarganegerian Sabah. Ehehe. Ya Allah budak-budak Sumazau saya baru panggil semalam, malam tadi juga mereka cari bambu 4 batang T_T

Okies dah pukul berapa ni Nana .. NOW MASAK!!

Menentang passion pada makanan.

Tuesday, December 15, 2009

Have I officially announced (ceh nak announce tu) that I am on my dieting program?

Segalanya bermula hari itu di entri INI, waktu mama perasan anak mama ni dah keterlaluan (?) incinya lebih dari biasa T____T. Minggu lepas start tapi terlanggar-langgar pantang. Baiklah macamana tak langgar kalau nampak sikit, ngap. Lepas tu suka mengunyah. Passion pada makanan itu melebihi segalanya. Ceh over.

Tapi sekarang, nak ke taknak, kena juga nak. Envy tengok orang lain pakai baju lawa-lawa I pula segan nak pakai tapi pakai juga HAHA. Tapi yang benar-benar mencabar kewarasan, kesabaran, maruah sekaligus harga diri adalah bila keluar berjalan, mata yang miang-miang pandang punggung I like what the heck? I pakai baju tutup punggung pun tembus jugak kah imaginasi tu? Badan montok sikit (terima kasih kepada aktiviti tarian saya) dah nak bernafsu serakah kahhhhhhh? @#$%^&. Kalau ye pun tak payah lah sampai obvious sangat mata tu tengok bahagian bawah lama sangat. Damn. I really mean DAMN!

Well. Lagipun nak bagi ringan sikit badan.

Mungkin macam agak remeh tapi yang di atas adalah antara reason yang buat saya berazam nak lebih kurus. Heh. Baiklah. Apa-apalah. For now, I dalam program diet bersama Jusmate5. I try dulu 1 kotak. Dalam dia ada 20 packet, 1 packet for each day. Hope this work. Dan harap saya kuat menghadapi cobaan. Kehkehkeh.

Omaigoddd waktu niiiii lah kepala memproses pelbagai jenis makanan. Lebih-lebih lagi bila dah balik UUM nanti confirmlah pergi melepaskan dendam dekat makanan-makanan yang jarang saya jumpa di sini wth @_@. Sekarang ni macam craving nak ayam KFC lah pulakkkkkk.. Lepas tu mengidam-idamkan cake yang di bawah ini seperti yang saya post dalam entri INI:



Kek? Ini bukan perkara biasa. Tak pernah terlalu menyukai kek. Tapi yang ini lain. Kecur air liur. Terasa-rasa lagi tekstur kek ni yang sangat moist, cheese yang tidak keterlaluan dan over all, perfectly delicious.

HELP @_@

Prelude : Tari Kirana

Monday, December 14, 2009

With the girls I keep talking about since last week.


With one of the dancers. Semua adalah favourite I tapi ini yang terpaling favourite. Nama dia Raihana and we call her Ana. She and the other one had never missed any of the group's performance. Yang lain dah pernah missed. And uh, she's the youngest. Yang lain dah sekolah menengah dah. Ketua Pengawas dekat sekolah dan UPSR baru-baru ni dia dapat among the best in school. Aktif bersukan. Satu kelas dengan Pipie. Kawan-kawan selalu kenen-kenenkan dia dengan Pipie. Kawan-kawan Pipie pun macam tu. Termasuk Dana and the gang. Suka tau kenakan Pipie dan Ana. Haha :P

Last but not least :

Muka selepas dah selesai perform malam. Haruslah ada picture yang pose macam ni. WAJIB.

More to come later!

Mari Karaoke Lagu Doraemon.

Masih dalam mood cuti #_#

Spent several hours saja-saja cari lagu-lagu karaoke. Sekarang ni dah lain. Karaoke depan laptop saja. Dah malas nak pasang dekat TV sebab utama : CD-CD karaoke tak terupdate. Tak apalah. Karaoke depan laptop pun okey juga. Lagipun Youtube banyak lagu karaoke. Free aje. Hoho. But of course kepuasan dia berlainan kan. Anyway, stumbled dekat akaun MariKaraoke, ternampak lagu karaoke OST Doraemon. Aww. Comel sekali. Mari berkaraoke lagu Doraemon ini dengan saya. Enjoy! ;)



Comel kan Doraemon menari macam tu :*)

Siri Doraemon adalah kartun bersiri kegemaran saya waktu zaman kanak-kanak dulu. Sampai sekarang rasa evergreen je. Masih lagi ada tayangan dekat TV. Sampai sekarang masih tengok @_@.

Dan dengan ini, saya mewujudkan satu lagi kategori yang baru : Kategori Karaoke. Sila lihat sidebar saya ;)


If chicken have lips, could it wistle?

Sunday, December 13, 2009

Dah selesai! Alhamdulillah.

Tapi maaf. Terlalu penat untuk memindahkan gambar atau mengupload gambar. Terlalu letih. Esok saya free. Saya bagi pelepasan dekat the girls esok. Sambung latihan lusa. Jadi esok masa untuk berehat.

Laptop saya buat hal. Software semua lintang pukang. Semua tak dapat buka. What The Heck Siapa punya kerja neh? Menangis tak berlagu lagi. Tapi untuk hari ini, saya nak bagi minda ni aman damai dan tenang. Mahu tidur. Esok sambung menangis tak berlagu.

Maaf entri tiada kaitan dengan tajuk. Salam.

How's the performance?

Saturday, December 12, 2009

I'm home. Happily. Dengan izin ALLAH, semuanya berjalan lancar. The girls are happy too, I am sure. They are very pretty today. Saya yang mekap, saya juga yang terpegun tengok bagaimana muka mereka transform menjadi begitu cantik. Haha.

Tapi tak sempat nak upload pictures sekarang sebab sekejap lagi nak bersiap untuk persembahan malam ni pula @_@. Actually, selepas perform tadi, the elders request untuk buat persembahan lagi malam nanti. Waktu tu lebih ramai orang datang. Bersungguh-sungguh minta sampai saya jadi tak sampai hati. The girls pun excited nak menari lagi. Sebenarnya memang rancang untuk dua tarian tapi kemudian decide buat satu tarian, iaitu Zapin saja. Sampai sekarang masih belum decide lagi, tengoklah nanti. InsyAllah malam ini perform lagi. Malam nanti bila dah nak tidur, saya akan upload, tapi mungkin bukan semua. The other mungkin saya akan letak di Facebook atau apa-apalah. We'll see.

Saya bagi budak-budak tu rehat dulu dekat rumah satu jam mula pukul 4.30 tadi. By 5.30pm they should be around here. Luckily, rumah masing-masing tak jauh. Dekat-dekat sini saja.

Baiklah. It's 5.15PM. Got to go.

Good Luck, Girls ♥

Dah pukul 3. Still tak tidur lagi @_@ No wonder lah. Petang tadi ada tidur. Tertidur atas sofa waktu baca buku cerita Pipie sambil tengok cerita Doraemon dekat TV. Buku bertajuk Kembar Terpilih. Nice book tapi mengarut sedikit. Terbosan-bosan sampai tersengguk-sengguk tapi berkeras nak habiskan juga sampai ke helaian terakhir, untuk kepuasan sendiri. Habis baca je terus lelap di tempat kejadian. Bukan sebab cerita Doraemon. Doraemon best.

Anyway.

This is the day.
Semester lepas saya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tarian jadi kali ini macam masa untuk balas dendam. Two events. Two performances. Excited! Well, the whole world knows about my passion in traditional dance. WHOLE WORLD. Ceh over kau. Umpama saja okey. Padahal anak murid yang akan perform nanti T___T.

Sepanjang beberapa hari training ni, saya hanya teringat nak ambil gambar waktu INI je. Yang lain dah tak teringat dah. Cuma waktu latihan terakhir semalam ada ambil video guna camera laptop and I got me inside that video so I won't upload it to the web. Bukankah sedang menuju ke arah memisterikan diri. Hoho. Plus, I am on my diet, so no full pictures or videos of me are allowed in here. Plus, takkan aku nak tunjuk badan tinggi 5 kaki 0 inci dengan berat 52 kilo ini dengan dikelilingi oleh the girls yang begitu tiny little thing. Nanti badan I kena compare dengan badan diorang. HELL NO. Dahlah ketinggian saya lebih kurang macam mereka saja. Of cos lah orang akan nampak badan I begitu debab padahal TAK. I am in denial wth. Let me be. Hahah.

Bila tengok balik video tadi, rasa macam nak curse diri sendiri saja. Kenapa saya tak terfikir nak ambil video guna laptop ni selama kami training ni? I like to see myself on the skrin doing things I love the most. Doing some training, teaching the girls how to dance this and that properly. Most of all, tengok reaction dan wajah budak-budak ni yang bersungguh-sungguh bila belajar. Mentalkah aku? Sempat juga aku tilik muka sendiri dalam video itu. Sambil mengingat kata-kata seorang teman rapat. Beriras Scha Alyahya kah aku? Shoot. Tak ada lah. *gelak gelak gelak*. Saya rasa jiran bilik dekat kolej, Siti Zulaikha yang ada iras Scha.

Actually, I am a bit worried sebab stage dah macam mengecil je berbanding the last time kami test that stage. Mengecil I mean bukan apa, tapi tadi ada perhiasan lain kena tambah so risaulah sikit nanti ada yang terlanggar atau saling berlanggar plak time tu. I don't want any of my dancer get hurt okey. Hehe. Tapi dah ingatkan the girls awal-awal, lagipun mereka biasa dah perform majlis kahwin kan so masalah pentas tu memang ada saja sebenarnya. Anyhow, tarian kali ni a bit different so ini kebimbangan berasas. Well, saya tahu the girls dah lakukan yang terbaik sepanjang latihan intensif kami as I've done my best. I am very proud of them cuz they manage to learn most of Zapin's basic steps in a very short period. Hari ini perform (berapa kali nak ulang?). Kami excited tapi saya buat muka biasa saja. Tend to remind them all my tips while performing. Bagaimana postur badan yang betul. Bagaimana nak angkat muka, buat muka yakin depan publik. Bagaimana nak cover kalau buat silap waktu perform. Every little thing, sampai cara nak genggam tangan pun kena tunjuk cara yang betul. You'll know if you're a dancer. Haha. So, of course I tak tunjuk I excited depan diorang :P

Selepas hari ini, ada lagi satu event. Haven't decide anything yet for that one but, for today, this is it :)

I won't have my time online until late evening. Kalau dekat rumah, free sikit bolehlah saya buka laptop cek-cek emel, cek FB, cek segalanya sebab line wireless available here. Tapi bila dah out of range, see you later lah kan. Hehe.

Paling awal, pukul 9 pagi dah start mekap the girls satu-satu. Pukul dua petang dah kena standby dekat rumah pengantin. I don't know lah bila slot the girls sebab menurut pihak pengantin, tunggu semua VIP datang dulu baru perform.

So, wish us luck. Us. Beten, Beten (this isn't typo. there's really two Betens @_@), Jijah, Raihanah, Dana, Jimah and yang benar Fina. Thanks.

Be good there. I'll take video and lots of pictures of them. Rush to bed. 123 tidur!

Menangis tak berlagu.

Friday, December 11, 2009

Patah T______T Dunia terang menjadi gulita cahaya indah tiada berguna. Lepas ni Sony Ericson saya ini dah tak ada skirt dia lagi dah.

Okey nak pergi kitchen membawa hati duka.

Open to be mysterious.

Remember I told you I've deleted my MySpace account? I am about to delete my any social networking account other than Facebook, YM and Twitter. Other than Sufilara.Com @_@, too. Tengah nak pertimbangkan nak padamkan akaun Friendster. Tapi macam sayang sebab ramai kawan-kawan lama masih dekat situ walaupun dah ramai yang pindah ke FB.

Oh. Baru teringat. Kenapa Friendster sekarang ni slow sangat? Sejak dua tiga bulan lepas lagi. Takkanlah sebab interface tukar tu yang buat dia jadi slow? Or is it just cuz of the wifi? Heck. Malas dah nak buka Friendster kalau macam ni.

Hari itu, barulah saya nampak dengan mata kepala sendiri bahawasanya bersepah-sepah okey my information dekat internet. Lepas tu kalau ada yang pandai cari, handphone number pun ada. Tinggal google saja WTH. It's not me yang masukkan informasi macam tu, semua tu sebab waktu jadi Pengarah Projek untuk program kolej, kena sertakan sekali nombor handphone untuk masukkan dalam sistem SIRA UUM. I did not know that, data dalam sistem SIRA pelajar UUM available dalam enjin carian.

.. and these scared me @_@

Sekarang ini saya berfikir untuk mengambil inisiatif mengurangkan informasi-informasi personal macam tu secara berperingkat. Hingga mungkin selepas itu, saya akan menulis di blog ini sebagai seorang yang mysterious. Dari seorang yang open to reveal herself kepada seorang gadis misteri. Aww.. Which sounds more interesting? Ehem.

P.s : I cannot sleep.

Things that may piss us off.

Saya tak ingat apa yang buat saya macam menyampah saja tapi rasanya ada two or more things yang boleh buat saya pissed off dekat orang. Ada dua je benda yang akan saya buat kalau dah pissed off. Diam, atau melawan.
  1. Bila dibagi cadangan tanpa diminta.
  2. Bila diperlakukan perkara yang sama berulang kali.
  3. Bila janji dimungkiri.
Bagi cadangan tanpa diminta. Saya bukan jenis orang yang anda boleh perintah sesuka hati anda. A BIG NO, BABE. Kalau saya buat, saya buatlah. Kalau tak, tak. Of course most of the thing we do in this life isn't all about what we wish to do or what we wish we won't do, right? BUT, when it comes to THIS (bagi cadangan tanpa diminta), I always lost my patience. Depends juga dengan SIAPA saya bercakap sebenarnya. Saya jenis mudah mendengar kata orang-orang yang saya hormat, saya segani, dan saya TAHU beliau berhak memberikan nasihat atau cadangan kepada saya walaupun tanpa saya minta. But there is still some time yang saya takkan dengar kata sesiapa kecuali diri sendiri. Even maybe it will hurt in the end. I know I sound egoistic but let us not put it that way, okey. Kadang-kadang I juga tak dapat nak cari perkataan yang boleh rationalize setiap perasaan yang tiba-tiba muncul sendiri tak bagi salam. Contoh perasaan : Pissed Off.

Diperlakukan perkara yang sama berulang kali. Contoh : Asyik ditanya soalan yang sama. There are some exceptions, of course. I always gets irritated bila orang yang sama juga bertanya soalan yang sama pada waktu yang berbeza setiap kali bertemu. Buat masa sekarang macam tak annoyed lagilah dengan soalan "bila nak kahwin?" tapi barang siapa lepas ni bertanya dekat aku "bila nak habis belajar?" siap kau. Well, saya bukan berniat sengaja nak kurang ajar tapi biasanya yang rajin tanya-tanya "bila habis belajar?" tiap kali aku balik cuti tu adalah golongan makcik-makcik. Jadi kadang-kadang ada juga rasa nak ikut cadangan Sa, eh .. cadangan kawan Sa, untuk tanya balik macam ni "Bila nak mati?". Kalau tak fikir air muka parents, aku rasa aku memang nak cakap je dan secara langsungnya, rasa macam nak mengkurang-ajarkan diri walaupun dah cukup diajar. Heh. Aku tak fikir lagi nak habis belajar la weh. Pasni nak sambung master plak. Claro?? (Ceh tiba-tiba cakap spanish). Tak pun, aku amik ijazah lagi tapi untuk course lain. Ngehngeh. Tekalah course apa kalau korang dapat agak.. Move.

Bila janji dimungkiri. For me, JANJI adalah bila kau kata "Saya akan .." atau "Insyallah". Insyallah is JANJI. Jika diizinkan ALLAH is janji. Jika kau kata insyallah tapi sebenarnya kau tak kotakan sebab kau malas maka kau mungkir janji. Lainlah jika kau kata insyallah tapi waktu nak tunaikan janji kau ditimpa musibah yang pastinya bukan di bawah kawalan kau maknanya janji kamu belum diizinkan oleh ALLAH untuk ditunaikan. Jadi nampak tak bagaimana Insyallah itu berfungsi? Terkilan juga bila kadang-kadang tengok orang sesuka hati saja guna perkataan Insyallah tapi tak menghayati maksud sebenar. Macam tu juga jika kau kata "Saya akan .." atau simply mengangguk tanpa sepatah kata. That's a promise. Lainlah kalau kau mengangguk lepas tu kau bagitahu, " ..Tapi saya tak janji." atau terus terang je "Nanti saya pergilah, tapi saya tak janji. Mana tahu tiba-tiba malas pulak". Paling-paling kena hempuk sekejap, berbanding kau sakitkan hati orang bila kau janji tapi kau tak tunaikan. Tak baik tak baik. For me, every promise I made I akan buat macam bookmark dekat minda dan menunggu masa untuk dikotakan. Kalau I cakap I nak pakaikan you girls extension lashes, I akan buat. Aik?? Tiba-tiba who's the father. Move. ..Kalau I cakap I akan kirim you all birthday cards, I akan buat cuma tak tahulah tahun mana punya birthday kan. Miahaha. Gelak pun gelak juga. I am serious.

The same goes with .. :
  1. Waktu tengah makan, tiba-tiba kawan yang makan satu meja dengan kita capai apa-apa dalam pinggan kita tanpa kebenaran ataupun ambil dan masuk mulut dulu baru minta kebenaran like WHAT THE HECK?
  2. Langgar bahu atau jatuhkan barang orang without a simple 'sorry' mahupun menoleh sekejap (if tengah rushing) just to make sure orang yang you langgar tu tak cedera.
  3. Guna barang orang tanpa kebenaran like WHAT THE HECK??
  4. Purse konon tertinggal dekat rumah dan berjanji nak bayar balik tapi selepas tu takda pula tanda-tanda nak bayar balik sebab kira burn lah sebab dia yang tolong drive kereta like WHAT THE HECK??
  5. .. And the list goes on and on as we meet new peeps everyday.
Everyone have their own bad habit or they may do that for reasons. Who knows, right? I have no offense in that matter. But, be sensitive sometimes to other people. A little sense of being sensitive is strictly required for a better living wth. Dah macam duta apa dah. Hahaha.

Anyhow, if you are a good sibling/parents (hi parents. wah hebat kalau ada parents baca belog remaja ini)/ friend or even a chenta hati to siapa-siapalah, that care enough to change him/her, let us not put the word "I want to change him/her" into mind. No. Changing isn't the word. But give them the chances. Give them a way. Never give up on them. Siram elok-elok. Cakap elok-elok. Give reasoning. Kaji dari akar umbi. Ubati dari mana ia berakar. Mereka pasti mengubahnya. Not the word, "I want to change you". Ouch. No body truly likes that.

Suka tau akhir-akhir entri bagi tips.

Sharing isn't just caring. It's about spreading the LOVE (terlalu tiba-tiba).
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS