2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Updates.
Tuesday, November 17, 2009 posted at 22:27 ♥

Lately telah mengambil banyak gambar. Sekali-sekala datang mood untuk cam-whoring termasuklah webcam-whoring. Okey webcamwhoring. Anda tahulah apa jadi kalau aku dah mula webcam-whoring macam hari tu. Haha.

And yes, hari tu webcam-whoring dengan Dana sambil-sambil jaga kedai. Well, actually I yang over :P Gambar ala-ala gothic kata Amy. Because gambar edit, mestilah macam lawa sikit. Boleh buat wallpaper dekat desktop laptop LOL. Lot-of-Laugh. Sebenarnya wallpaper desktop laptop saya masih lagi Vista default theme T_T Macam tak sampai lagi hajat tu nak tukar pergi gambar yang fancy-fancy sejak dapat laptop ni. Saya tak kisah pun. Adakah ini tandanya zaman keremajaan saya hampir berakhir? Tetap tak nak sebut zaman remaja SUDAH berakhir T___T

Siang tadi saya ikut mama ke kursus memasak oleh chef. Pagi sampailah petang. Ni kursus masak-memasak kedua yang saya pergi. Dua-dua lauk-pauk katering. But yang istimewanya kursus kali ni, saya dapat banyak tips rahsia memasak dari chef tu. Plus, the class is very fun, chef tu tak habis-habis buat lawak (- -") memang tak kering gusi. Esok pun ada lagi. Praktikal dan penutup majlis. Mama lah yang heret saya ke sana ke mari ikut kursus-kursus macam ni. Kursus kahwin dulu pun mama yang beriya suruh pergi. I was only 21, harap maklum. Kekok bila semua yang datang adalah bersama tunang, sedangkan saya datang bawa muka saya-datang-saja-saja dan ustaz ustazah buat muka aku-ragu-budak-ni-dah-sedia-ke-nak-kahwin.

Malam tadi pula, sambut birthday Dana pergi keluar ke Pekan Ranau. Pergi KFC dan pergi FunFair juga tapi tak meriah sebab tak ramai sangat orang. Aku dah bertekad nak naik atas pentas dah nak cek senarai lagu dan nak karaoke lagu dekat atas tu tapi that birthday girl taknakkkkk la pulakkk. Ish geram. TAK APALAH BOLEH JE KAROKE DEKAT RUMAH. Haha. Teringat dulu pernah secara tak berapa dirancang dua kali naik atas pentas perform lagu. Waktu first time tu, ikut pertandingan. Menyanyi lagu Wajah-Wajah Kekasih nyanyian asal oleh Siti Nurhaliza. Got second place, dan waktu tu lah macam glemer sekejap jadi artis dekat kampung. Hehehehehe. Ok lupakan yang itu. Selepas jalan-jalan sekejap dekat FunFair, bawa those children (Dana dan Pipie) shopping dekat G-Mart. Mama dan Ayah tunggu dekat kereta. Dalam dekat sejam juga kami dekat dalam tu. Dana tu biasalah, shopping sama style macam kakak dia. Beli aksesori. Dan pakaian. Memandangkan hari ni her birthday so let her buy whatever she want kan. Lagipun shirt yang dia pilih tadi murah saja. Lepas tu dia beli dua gelang tangan tadi. Sama macam saya, bila tengah shopping tu tiba-tiba terjumpa dua benda yang sama tapi lain warna or maybe design. Kalau betul-betul tengah confuse, instead of beli salah satu, I'll buy both. Kalau bukan beli dua-dua, I takkan beli langsung. Sama saja dengan Dana rupanya. Beli dua-dua (- -"). Saya tak beli apa, just headband warna putih. Sejak dua menjak ni favourite colour telah beralih kepada warna putih I wonder why.

Okey, hari ini letih. Sorry kalau rasa ayat dan susunan cerita tak berapa tersusun. Bye.

Labels:


6 Comments:

Anonymous Fatt Chin Choy said...

warna putih?
sebab blog aku putih kot

ko pernah dapat tempat ke2 menyanyi rupanya...

18 November, 2009 02:40  
Anonymous Fina said...

Fatt Chin Choy,
lama dah. org pun dah lupa kottt.. hehe.

18 November, 2009 07:13  
Anonymous Ms.Independant said...

Untongnye ur sis dpt bli ape saja sempena besday die!
I really envy her! I do!
:P

18 November, 2009 12:19  
Anonymous Arief Arf said...

so u mean u pergi kursus kahwin tu saje2 je ke?
haha

19 November, 2009 20:05  
Anonymous Fina said...

Ms.Independant,
hehe. i pun. how i envy her sbb ada kakak yang sporting. sy takda kakak! :P

21 November, 2009 16:17  
Anonymous Fina said...

Arief Arf,
ye betol (- -")

21 November, 2009 16:30  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish