2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Just another day.
Saturday, November 21, 2009 posted at 08:15 ♥

It's 7.14 in the morning. Hehesssss. Maaigoat sekarang dah jarang update @_@ Ok let me tell you what's going on lately.
  • Pergi kursus masak
  • Sambut birthday Dana
  • Whole day dekat rumah T_T
Tolong mama basuh dan jemur kain, basuh pinggan mangkuk, masak, kemaskan dapur, kemaskan meja makan, taking care of Dana dan Pipie and the list going on and on as everyone is busy. Adi with his music lagipun jangan haraplah dia nak jaga budak-budak tu. Kili dekat Sarawak with his own project tak tahu apa. Mama with her business and project. Ayah terikat dengan kerja, balik saja bergelumang dengan kertas-kertas I don't know what it is tapi mestilah kerja-kerja pejabat yang ayah bawa balik rumah or anything. I am the one yang free.

Hal memasak pun, mama serah pada saya dah T__T For lunch and dinner. Breakfast mama yang masak sebab? Anda jawab sendiri hihihi. Nak kata pandai masak tu bukannya reti sangat HAHAHA tapi semalam ayah kata sedap dah boleh buat katering tau. Blushing I :*) Buat muka selamba je padahal dalam hati dah kembang beberapa inci dah. Ayah bukan jenis yang mudah nak bagi pujian. Mama juga. Mama bukan boleh tengok cara saya kerja dekat dapur, ada je yang silap. Ayah pula tak boleh tengok saya drive. Mesti ada je yang silap. So now you know what it really mean to me kan? ;)

Yang bagusnya orang-orang kat rumah ni, kalau tak sedap pun, selagi boleh diterima tekak, diorang tetap makan jugak. Tak memilih sangat. Kau hidanglah apa pun, selagi boleh dimakan, kau takda dengar bunyi pun. Senang kerja aku. Kahkahkah. Kecuali mama lah kadang-kadang. Mama ni banyak pantang.

Now I am 52KG. Lagi 3-4KG aku akan overweight. Phew. Like I used to say, perempuan ni nak cantik saja tapi ironinya diorang suka makan. Despite of suka berjalan-jalan, suka membeli belah dan lain-lain, sebenarnya duit saya banyak habis sebab makanan. Saya suka nasi, tak gemar sangat pada bread. Saya suka lauk pauk, sayuran. Western food, nasi kandar, sea food.. It's all my favourite instead of those burgers, kentang, keropok, jeruk and all list of junkfood. You name it. Suka dekat makanan berat, not junkfood. Sampaikan my perfect date with my future husband adalah romantic DINNER. Makan jugak. Haha.

Tapi tak lama lagi aku pun berpantang juga rasanya. Minggu lepas mama perhati betul-betul lengan saya dan kata "Nana ko tembam sudah nih!" sambil sedikit teriak sebab terkejut. Lepas tu mama terus setuju belikan produk melangsingkan badan .. Jusmate5. Pernah dengar? I know, I know. Produk tu designed untuk orang yang betul-betul overweight. Kalau ikut ketinggian saya sekarang, maybe untuk yang 70KG ke atas. Kalau nak diikutkan, badan saya bukannya gemuk. Jauh dari istilah gemuk. Ramai orang kata dah okey dah ni walaupun adalah juga lemak berlebihan but it is just fine. Okey-okey. Bukannya nak kurus sangat, just nak hilangkan yang berlebihan ini. Tu saja.

I dekat bilik now. Tengok Dana masih atas katil. Tidur. When I look back, macamana Dana sekarang, macam tu lah saya dulu. Sampaikan I can see me in her now. Sampaikan pada satu saat saya perasan bahawa tahun depan dia akan masuk tingkatan tiga - the same age when the first time I met S. Saja cakap.
Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi
Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara
Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini putarannya tersendiri
Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia ..
Oh pastikan kau ketemu.
Still alive? Checked!

Haha.

Labels:


4 Comments:

Anonymous Fatt Chin Choy said...

aku pun suka makan nasik
x cerewet gak
(mcm promot diri sendiri plak aku)

haha

21 November, 2009 21:49  
Anonymous ف wildchild ۞ said...

saya suke roti. nasi suka kalo kena lauknya. yang pedas pedas dan rangup, baru boleh layan. hehe

22 November, 2009 19:04  
Anonymous Fina said...

Fatt Chin Choy,
oh tengah mempromot ye? tak perasan pulak...

22 November, 2009 19:46  
Anonymous Fina said...

ف wildchild ۞,
yang pedas n rangup? suke jugekkkk! hahaha :P

22 November, 2009 19:47  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish