2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Tanglung 2009
Saturday, October 03, 2009 posted at 03:35 ♥

Selepas keluar bersama Dayah, Yong, Amy, Trexx, dan Yulie melepak dengan pengetua kami Encik Mus di warung dekat roundabout pintu masuk UUM dan dapat duit raya RM5 seorang (hehehe) waktu sampai kolej je kami ternampak sekumpulan pelajar cina malaysia melintas sambil membawa tanglung yang colourful.

Sebab rasa semangat 1 Malaysia (sebenarnya iri hati) yang menebal, Dayah, Amy dan saya berhempas pulas korek almari bilik JPM cari lebihan tanglung dari projek-projek lepas dan terjumpalah beberapa keping. Gigih tuuuh potong lilin, cari mancis dan nyalakan api hati-hati then tarik elok-elok tanglung tu bagi nampak jadi macam tanglung (eh?). Tak faham tak apalah. Haha. Saya ambil tanglung warna kuning.

Then kami ikut macam rakan-rakan cina tadi buat. Jalan keliling kolej. Actually, I rasa they are the same group yang I nampak tiap tahun rajin sangat bawa tanglung keliling DPP. Dulu bilik saya menghadap jalan raya so nampaklah semuanya. Orang joging (barang siapa yang ada gf atau crush dekat DPP SME Bank yang semuanya perempuan ni akan rajinnnnnlah dia tiap petang duk jogingggg kat tempat yang sama), pakwe ajak dating datang amik berhenti tepi jalan (pengalaman sendiri ahaha), family datang melawat, atau juga menikmati suasana hujan lebat dan kedengaran bunyi macam kat tepi air terjun padahal air longkang je yang mengalir laju-laju (- -").

Itu dululah. Sekarang ni bilik menghadap cafe pula. Laaagi sibuk.

Hampir pukul 1 pagi tsk tsk semangat. Alamak gambar Amy takda pula.

Waktu lalu kat kawasan blog G, terdengar jeritan seorang rakan cina lepastu macam heboh-heboh je cakap something kat kawan dia. Dengar tuuh even dia kat bilik tingkat 3 (- -"). Nampak dari bilik tu ada orang duk tengok kitorang pastu lambai-lambai. Ehhh.. Terlambai balik. Bangga siotttt. Kahkahkah.


jadi artis kau hari ni ye tanglung?

Itu saja. Untuk info tentang Pesta Tanglung, you can go here :)

P.s Sedih bila terfikir yang mungkin inilah tahun terakhir kami semua bersama.. tsk.

Labels: ,


4 Comments:

Anonymous [z@ck] said...

pesta tanglung kat tmpt sy pun best gak..thun ni lg best coz sy terlibat skali dgn persembahan musical drama cina..hehehe

03 October, 2009 11:25  
Anonymous Fatt Chin Choy said...

ada rupanya bahagian komen... penat aku cari dowh

salam perkenalan dari senior UUM kamooo

03 October, 2009 13:11  
Anonymous Fina said...

[z@ck],
hebat tuh. what do u do? dance? hehe

03 October, 2009 13:40  
Anonymous Fina said...

Fatt Chin Choy,
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. betul x? haha :P

salam kenal :)

03 October, 2009 13:42  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish