2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Bila mati karan.
Saturday, October 03, 2009 posted at 20:17 ♥

Sebenarnya semalam waktu saya, Dayah dan Amy hampir complete satu pusingan bawa tanglung keliling DPP kitorang, Dayah timbulkan cerita-cerita bila black-out kat rumah dia. Gara-gara kedua-dua api lilin kat tanglung dia dah padam kot. Hehe.

Bila mati karan
(black-out) je, :
  • Kalau Dana, dia akan jerit "Nana!!! Mana kauuuuu!" sebab gelap sangat tak nampak apa-apa.
  • Akan sibuk cari torchlight atau emergency lamp atau lilin. Tangan sibuk mencari, mulut sibuk bercakap jugak. Haha. Kalau Emergency Lamp tu lupa nak di caj sebelumnya, mulalah mama membebelllll. Waktu ni mulalah orang yang guna handset nokia yang ada torchlight tu show-off henset dia (- -").
  • Waktu kat rumah kedua, kerja kitorang ialah buat imej binatang melalui tangan. Caranya, letak tangan kat depan cahaya lilin atau torchlight then lihat imej kat dinding. Siapa tak tahu memanglah dia.
  • Masing-masing ada buku kat tangan. Buat kipas (- -")
  • Biasanya akan berkumpul adik beradik cukup 5 orang. Ajaib jugak tuh. Sebab jarang cukup 5 even semua ada kat rumah. Mulalah aku dan Kili ni jadi penglipurlara cerita kenakalan kami waktu kecil-kecil dulu. Mengembara masuk dalam hutan padahal? Kawasan rumah saja (- -") Kawasan rumah bersemak samun sikit. Siap bawa bekal segala. Siap pergi menebas. Siap terrrbakar pokok pisang belakang rumah lepas tu kena kejar oleh ayah. Aku ingat lagi aku marah gile dekat Kili waktu tu sebab aku sembunyi belakang sofa, nak juga dia menyelit sekali. Padahal sebenarnya belakang sofa tu tempat bersembunyi paling tak berkesan sebab ayah dah tahu itu port kitorang. Haha. Dua-dua kena rotan kat kaki. Dan banyak lagilah cerita lain.
  • Ada seorang dari adik saya yang muka susah sangat nak nampak kalau kat rumah sebab asyik duduk diam bilik je doing his music stuffff. Nampak time makan je. Tiba-tiba bila mati karan? Muncul pula putera raja neh. Laju je. Muka giler garang tapi apa yang ado?? Takut gelap! Haha.
  • Waktu ni lah jugak Kili suka buat latihan vokal. Saya dengan Dana akan buat muka protes. Masing-masing buat-buat histeria tapi Kili, ko macam biasalah kan, menyanyi ja macam tiada apa-apa. Dia ni kalau tiba-tiba rasa macam nak buat latihan vokal, kami tahu je. Kalau bukan waktu black out, dia, kalau bukan berdiri depan pintu dia, dia akan pergi berdiri depan pintu kami yang biasanya terbuka luas sebab KAN LAMPU BILIK SAYA TAK ADA T____T (bilik kami berhadapan). Aku dan Dana kalau tengah jahat, kami terus tutup pintu (jahat gila T__T) tapi waktu baik hati, kami buat-buat bodoh je padahal kami kat dalam bilik tensi saja. Kalau bukan depan pintu, dekat dengan tangga rumah, sebab gema di situ best. Rasa macam tengah menyanyi dalam studio pun ada juga.
  • Waktu mati karan memang cukup-cukup panassss. Lepas tu nyamuk banyak. Waktu kecil-kecil time masih tinggal di rumah kedua, selalu sangat black-out. Dalam seminggu confirm ada sekali. Kami selalu tertipu oleh ayah, kononnya kami kena kira sampai sepuluh dulu baru karan ada balik. Ramai-ramailah kira sampai 10 lepas tu muka tercengang-cengang sebab karan tak hidup-hidup lagi. Comel betul. Lepas tu ayah cakap, kami kena kira lagi saaaampai 20. Begitulah seterusnya. Hasilnya sekarang saya pandai mengira sampai 100 (- -") Tiada orang sebaik saya. Ceh.
Korang pula macamana?

Labels:


2 Comments:

Anonymous Fatt Chin Choy said...

hahaha... lawak gak peristiwa mati karan ko tu

err... KILI bukan ker lain maknanya kat sabah

04 October, 2009 19:27  
Anonymous Fina said...

Fatt Chin Choy,
ha'a. ada makna lain rasanya. his name is fikrie. biasalah lidah org kampung.. azizah jadi ajijah. fikrie jadi pikiri pastu tiba2 jadi kili. :)

06 October, 2009 11:34  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish