2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Terima Kasih, Malaysia.
Tuesday, September 01, 2009 posted at 08:15 ♥

Sebab semua blogger macam dah buat satu entri berkaitan KEMERDEKAAN jadi macam biasalah manusia tu mana pernah mahu ketinggalan kecuali dia malas. Entri ini ditulis pada 01 September, bukan 31 Ogos tapi tumpang lalu yaaa.. Saya nak publish entri ini untuk 31 Ogos HAHA. Alamak jujur gila. Ok fine publish pada hari ini 1 September saja okey T___T

I just finished watching Talentime. Simple, yet very meaningful. It reminds me to jurang-jurang terpencil/sengaja dipencilkan yang tidak nampak .. yang ada dalam masyarakat kita, pada 'SATU MALAYSIA', dan pada kehidupan kita sehari-harian.

Speaking about MERDEKA, teringat waktu sekolah rendah dulu pernah menjadi juara menulis esei berkenaan KEMERDEKAAN. Ecehh.. No no. That's not the point. The point is, zaman telah berubah dan akan sentiasa berubah. Generasi pasca-merdeka akan semakin meningkat tua, dan generasi pra-merdeka satu persatu akan pergi. Anak-anak kita, generasi baru, mungkin tidak akan memahami perjuangan mencapai KEMERDEKAAN itu selain terpaksa mempelajarinya untuk lulus peperiksaan. Sebagai pengantara antara dua generasi ini, apakah tanggungjawab kita? Masih ada lagikah signifikan tarikh 31 Ogos 1957 itu pada generasi akan datang atau hanya akan cuma tinggal pada nama sahaja? Tepuk dada, tanyalah kisahnya. Pandai je ubah peribahasa.

I am one of a Malaysian citizen yang tersangat menyokong gagasan Satu Malaysia kerana .. Do you know that :
  1. Tarikh 31 Ogos tidak begitu mempunyai sebarang nilai signifikan kepada Malaysia Timur yang hanya dimerdekakan pada 16 September 1963. Samada integrasi sejarah, mahupun perkongsian sosio-budaya.
  2. Kita tahu Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tapi tidak ramai yang tahu bahawa Tun Fuad Donald Stephen adalah orang yang mempengerusikan pembentukan gagasan Malaysia.
  3. Rata-rata penduduk di Sabah dan Sarawak tahu bahawa di Semenanjung Malaysia ada empat suku utama – Melayu, Orang Asli, Cina dan India. Kita belajar itu dalam silibus pendidikan dan geografi secara berulang-ulang. Tapi masih banyak penduduk Semenanjung Malaysia yang keliru antara bangsa Iban, Melanau, Dusun dan Bajau (antara empat etnik tempatan terbesar di Borneo). Ada yang tidak tahu langsung. Ada pula yang masih menyangka Dusun itu di Sarawak, dan Iban itu di Sabah.
  4. Do you know perkataan 'Sabah Bah' untuk merujuk rakan-rakan Sabah anda IS HURTING? Gurau-gurau mengajuk percakapan, kemudian tiba-tiba cakap bahasa Indonesia pula. I am not against Indonesian, I am just hoping some people can see how annoying it is when some people tend to compare these two different Asian :) Bukan Sabah saja. Tapi memperlekeh cara percakapan atau loghat contohnya dari Kelantan, Terengganu, Kedah dll. Pergi balik belajar sejarah dan geografi dulu.
  5. Do you know perbuatan sesetengah manusia berperangai jelak memperlekeh dan meremehkan orang atau bangsa lain dan budaya mereka walaupun dengan nada bergurau adalah sesuatu yang bagi saya sangat tidak matang dan amat saya kesali apalagi jika berlaku di kalangan educated ones? Remember, everyone as an individual, have their own dignity. Bangsa adalah macam darah yang mengalir dalam badan kita. Ia adalah siapa diri kita. But never judge a person by his race sebab masing-masing ada maruah masing-masing sama macam kau tak mahu orang pijak maruah kau. Tapi kadang-kadang bukan salah anda, tapi salah media massa sebenarnya.
  6. Do you know masih ada lagi yang menganggap orang-orang Sabah dan Sarawak ni tinggal atas pokok pakai tempurung kelapa tutup buah dada dan guna daun pokok untuk lindung alat sulit like .. whatthehellllll. Kau buat lawak ke? Thanks to the wide publicity dalam siaran tv konon-konon kitorang kat rumah pakai cawat, main sumpit main bambu segala padahal kegiatan macam tu sekarang kita sendiri banyak jumpa waktu orang buat persembahan kebudayaan sahaja. Tsk tsk.
  7. And oh. There is NO such word as Indon. Don't use "indon" sebab even orang Indonesia sendiri tak pernah bahasakan diri mereka orang indon. Please note this :) lari sikit dari topik Satu Malaysia. Hehee..
  8. Peace!
Gagasan satu Malaysia umpamanya adalah merupakan satu konsep yang dikonsepsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya. sumber

Jujur, I prefer 16 September. Bukan tidak belajar sejarah dan bukan juga sebab patriotism issues. Tapi jujur, if you want me to feel about kemerdekaan Tanah Melayu waktu itu, I can't really feel it. 31 ogos adalah hari MERDEKA bagi tanah melayu, tapi bukan Borneo. I want to feel the same feeling as my Semenanjung friends yang begitu bersemangat menyambut KEMERDEKAAN but honestly, feels like that isn't for me. If you ask me now why I sambut MERDEKA 31 Ogos selama ni, that isn't because it IS 31 Ogos waktu peristiwa bendera turun dan naik bendera lain lambang MERDEKA; It is because Malaysia yang tercinta. Pembentukan Malaysia telah mempercepatkan KEMERDEKAAN Sabah dan Sarawak, so, from the bottom of my heart, Terima Kasih Malaysia.

Jangan persoalkan, kalau patriotik sangat kenapa cakap inggeris dan Bahasa Melayu err okey Bahasa Malaysia campur-campur sebab this is my writing preference PARDON ME.

UPDATED : If you think that this entry is offensive, please TELL ME.

2009 : Tahun ke-lima puluh dua merdeka.


SELAMAT MENGHAYATI PERJUANGAN DAN USAHA-USAHA TOKOH-TOKOH DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN.

Fina



10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hi...selamat hari merdeka.. leh x sy bg kate2 kat cni... hmmm sy ad prob.. leh ke kita just buang erti persahabatan...hmmm xpham...dari(anda)

02 September, 2009 04:24  
Anonymous Jard The Great said...

dah lama ku carik muvi talentime.. tp tak jumpa2.. huhu..

salam singgah dari ku... chumel ar blog neh.. ;p

02 September, 2009 10:53  
Anonymous Fina said...

Anonymous,
maybe it's not about 'buang erti persahabatan' macam yg awak fikir :)

02 September, 2009 11:20  
Anonymous Fina said...

Jard The Great,
tq... :) baru jap tadi singgah blog akak jugak. glemer gila. hoho

02 September, 2009 11:22  
Anonymous HEMY said...

byk gak benda aku tau baca entri ni..tp aku salah sorg yg tak suka sangat amek tahu pasal sejarah..entah lah...

02 September, 2009 15:10  
Anonymous Fina said...

HEMY,
tahu sikit lebih baik dari tak tahu langsung ;)

02 September, 2009 17:29  
Anonymous CHEDEM said...

Nice touch elaboration regarding the spirit of merdeka and 1Malaysia.Suggested that Hari Merdeka we should change it to Hari Kebangsaan(National Day).Peace...

03 September, 2009 09:10  
Anonymous Fina said...

CHEDEM,
Yup! Hapuskan terus istilah Hari Kemerdekaan dan stick with Hari Kebangsaan.

05 September, 2009 14:28  
Anonymous ف wildchild ۞ said...

yang no 4 tu tak tau. thanks for the info.. sori ler kalo ada geng Sabahan yang terasa.

IMHO, dulu seingat sy, memang nak gabungkan Sabah dan Serawak dengan Tanah Melayu pada 31 Ogos. tapi disebabkan 'perkara tertentu', tarikhnya dilanjutkan.

10 September, 2009 07:09  
Anonymous Fina said...

ف wildchild ۞,
we had never introduce ourselves as 'sabah bah'. we, had never use perkataan 'sabah bah' among us. i'd never heard it sampailah saya keluar dari sabah.

well, it's more to tanggungjawab media massa utk bagi maklumat yg betul. mcmna org nak fhm kan kalau bila kuarkan cerita ttg negeri sabah or sarawak je, asyik2 tunjuk duduk atas pokoklah, main sumpitlah, masih pakai daun lah.. haih.

i hope, konsep 1 malaysia, even if bukan dlm jangka masa terdekat ni, akan mampu menutup sbyk mgkin flaw yg ada dlm masyarakat kita skrg :) i hope.

10 September, 2009 07:59  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish