Wednesday, September 30, 2009

Saya nak pergi padang UUM malam ni.

No topic. Cuz I will just update my life with what had already happen today.

Today, bangun pukul 10 pagi. Lapar sangat then pergi tibai makanan yang dibeli lebih dari 12 jam yang lalu. Memandangkan saya selesema, saya tak dapat nak hidu sama makanan tu dah basi atau belum.. Lapar punya pasal, makanan-makanan itu telah selamat masuk ke dalam perut.

Tak sampai dua jam lepas tu, tekak mula rasa lain macam. Dalam hati terdetik : omaigod takkan nak jadi macam hari tu lagi??

Ambil used plastic bag kat atas meja, then "bluwekkkk!!". Muntah??!

Dan menjalani beberapa sesi penyingkiran makanan berjaya dari perut dan kemudian dibawa ke PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Thanks Ika, sebab tolong hantar. I vomitted in her car , of course muntah kat dalam plastik lahhh (- -") But still I feel sorrrrry. Your friends mesti geli je especially yang sorang tu. Haha. Padan muka. I tak berapa suka one of your friends yang ada time tu. Very the gedik. "Ahhhh !! (dengan nada terkejut).. Comelnye I.. Jerawat is sexxxxxxieyyy.." : Quoting her. Ewwwww..! :P

Malas nak cerita keadaan waktu di PKU. Even my case boleh consider sebagai emergency case, nakkkk juga tunggu pukul 2 petang waktu pejabat sebab kena register dulu WTH. Fine. My bad sebab cari penyakit waktu kat UUM. Aku yang tidak berdaya.

Injection satu kat punggung. Hahah.

Dayah datang waktu semua dah selesai. Amal datang amik dan hantar balik ke DPP. Rehat kat kerusi batu jap sambil tunggu Dayah belikan 100plus then lepas tu naik bilik, minum 100plus, kemudian pergi tidur, tak sedar apa-apa. That time, badan sangat-sangat lemah. Tak bangun-bangun sampai Amy kejutkan sebab dia belikan bubur. Terharu sangat-sangat.

Lepas makan, I update lah blog maka terhasillah entri ini.

Sepatutnya, malam ini semua JPM diwajibkan menyertai perarakan sempena perasmian EKUUM (Ekspo Konvokesyen UUM). Dan termasuk hampir 200 orang yang lain sebab pihak Universiti nak at least 200 penyertaan setiap DPP. Wow.. Mesti meriah kan? Termasuklah integrasi untuk budak-budak Ko-K, ramai tuuu.. Sayangnya tak dapat pergi T________T Yang buat saya sangat excited adalah, konsepnya adalah tahun 50-an. Maka haruslah tradisional melayu kan? Boleh tak korang bayangkan saya dalam Malay tradisional wear? Rambut sanggul, kebaya, kain batik? Ada je all that stuff dalam simpanan saya sekarang.

You know that I love tradisional wear especially Malay, kan? Bukan murtad Sabahan or apa, tapi i just love it.

Sigh. Badan masih lemah (- -") Nanti kalau pergi, kalau jadi apa-apa, siapa nak tolong? Tak mau menyusahkan orang lain.

Sampai sekarang saya tak bagitau mak and ayah lagi, especially mak. Malas kena bebel. Heh.

Saya nak pergi padang malam niiiii.. T____T


Update : Saya dah bagitau mama. Mama cakap mula hari ini kena jaga makan dah. Jangan makan macam-macam macam selalu (- -")

Share:

Tuesday, September 29, 2009

Hujan Turun Bagaikan Mutiara, Lagi.

Saya baru sampai UUM. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan tadi. Pakcik teksi yang hantar balik ke UUM tadi ikut laluan shortcut. Sawah bendang di kiri dan kanan. Damai rasanya :)

Sampai saja terus order makan. Dah makan dah. Janji perut kenyang. Lepas ni nak mandi dan nak tidur. Kepala berat saja.

Saya rasa sedikit tenang, tapi juga sedih sedikit. Saya balik ke UUM kali ini kerana ada perkara ingin diselesaikan. Ada hajat besar yang takut tak tercapaikan. Ada rasa sayu di dada tiap kali terfikirkan sesuatu. Bakal ada yang hilang, saat ada hasrat yang tercapai. Saya bimbang, akan perubahan. Tapi perubahan ini perlu.

Selepas ni, nak mandi. Kemas barang. Kemudian nak tidur. Kepala peninggggggg sangat-sangat.







Erk.
Ada pengumuman. JPMDPP dan ketua-ketua blok meeting malam ini. Argh. Give me a break!

Share:

Monday, September 28, 2009

Cam-Whoring.

Cam-whoring? Gambar-gambar waktu menyambut Aidilfitri ke? Err.. Bukan-bukan. Sorry I didn't take much of it. Tak sampai 10 gambar pun rasanya gambar raya. Sebab saya makin berisi sekian terima kasih.

Gambar berikut adalah gambar tanpa edit kecuali crop, dari web camera saya (patutnya letak tajuk webcam-whoring) dalam suasana bilik yang gelap gulita tiap kali malam menjelma sebab lampu rosak sejak dua tahun lepas tapi sampai sekarang tak dibaiki atau diganti sebab sayang dengan suasana romantik kat bilik (wth padahal tak pergi buat kertas kerja minta peruntukkan pembaikan lampu bilik kat ayah haha ok gurau). Harapkan lampu laptop sajalah heh heh.

Amaran : Saya tidak bertanggungjawab atas apa jua bentuk perasaan yang mungkin bakal timbul setelah anda melihat gambar-gambar dibawah. Perasaan anda, tanggungjawab anda. Sila skip entri ini jika anda tidak berminat. Terima kasih.

Entri ini saya letak gambar-gambar di bawah album : Anak Cina

anak cina 1


anak cina 2


anak cina 3


anak cina 4
kesengalan menjelma


anak cina 5


anak cina 6


anak cina 7


anak cina 8
bersandar pula


anak cina 9
simbol tangan yang ayah saya paling tidak gemari (- -") tapi kadang-kadang akan TERBUAT.


anak cina 10


anak cina 11
dah busan buat muka angelic


anak cina 12


anak cina 13


anak cina 14
kononnya nak buat pouting tapi confirm tak jadi (sampai terkerut-kerut kening) heh.


Laugh.Laugh.Laugh.
How come tiba-tiba ada gambar budak ni kat dalam picture archieve (- -")

Presenting Mr Bean Jr.

Haha :P
He's my youngest brother, Pipie.
INI adalah peristiwa kenapa saya gemar panggil dia Mr Bean Jr :D
More story about him, please browse the Family category at the sidebar :)





Okeylah. Seriously saya tak berapa pandai buat photo caption. Ada sape-sape nak tolong?

Share:

How To Say It To Make It Less Awkward?

Hey you guys..

Err..
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Ermm..






Uhhh..





Aaa..





Mmmm..





Ah.. Lack of words :(

Lets see some pictures. Malas sangat nak edit, so gambar macam blur je. Maklumlah, guna hanpon pun yang cap ayam. Tak mampulah nak beli mahal-mahalll.

With Dana


Tak payah diperkenalkan lagi.


Pada pukul 2 pagi selepas hari raya ke-tiga telah dikejarkan ke hospital sebab keracunan makanan wth (- -") Ok ok, releks, saya dah sihat.

Gambar di atas adalah balutan kesan jaruman. Muntah-muntah sampai berpeluh-peluh. Sampai dah takda isi dalam perut. Sampai air banyak hilang. Sampai muntah angin je. Rambut sampai basah separuh. Badan waktu tu cukup lemah dan saya tahu saya sudah hilang banyak air dalam badan. Untuk elakkan saya mengalami hidrasi (kehilangan air dalam badan yang melampau boleh menyebabkan kematian) doktor masukkan air ke dalam badan using botol yang disangkut atas stand tu melalui tiub yang dicucuk menggunakan jarum kat tangan (dalam gambar). Sorry, I don't know what you people call it.

Waktu tu teringat pada arwah Tati (cousin sebaya) dan macamana cara arwah meninggal dulu.. :(

Doktor suruh bermalam di wad malam itu tapi saya berkeras nak balik malam tu juga dan rehat saja di bilik sendiri. Doktor tu macam bengang je. Heh. Sorry doc, and thanks so much :)

Urmm.. Malam tu ada mangsa accident. Dari perbualan, mangsa tu kemalangan sebab tengah mabuk waktu pandu motosikal. He's non-muslim. Haih. Thank God he's okey.


Waktu ke rumah Ziela :)
Gambar ini akan jadi bukti bila SAYA dah kurus nanti. Heh.


Bye.
Share:

Tuesday, September 22, 2009

Wishing you a late Aidilfitri wish.


Saya, Hasnie Falina atau yang lebih kalian kenali sebagai Fina, pemilik blog Sufilara.Blogspot.Com, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Dengan ikhlas dan penuh rasa rendah hati, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala keterlanjuran kata, tersilap bicara, tingkahlaku yang tidak kalian senangi, mahupun sebarang kekurangan yang ada sepanjang berurusan dengan saya. Sesungguhnya saya manusia yang tidak sempurna, yang pasti sekali punya banyak kepincangan dalam diri jadi saya sekali lagi ingin memohon kemaafan kepada ahli keluarga saya sendiri, rakan-rakan baru atau lama, rakan-rakan Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa-Mahasiswi Dewan Penginapan Pelajar SME Bank, rakan-rakan course-mate (B.Couns.Hons), rakan-rakan blog, dan rakan-rakan yang pernah mengenali diri ini.

There's so much thing I wish I didn't do (macam lirik lagu pula), and I am truly sorry, if my weakness caused you to pain or what ever it caused you, I am deeply sorry.
Share:

Saturday, September 19, 2009

Terlepas Penerbangan (Part Two)

Petikan entri sebelumnya :

Laju je kaki berjalan lepas tu. I dah rasa macam bau-bau akan terlepas flight, tapi nak jugak jalan cepat-cepat. And omg nak kena tunggu bagasi lagiiii. I saw kat skrin yang my flight ke Kota Kinabalu dah closed dah. Akak kat kaunter pertanyaan suruh pergi ke kaunter R67 (ingat sampai bila-bila) dan asked the staff there. Di kaunter R67, they said that they can't help dah sebab system already closed wtf. Closed ke kau malas? They said memang tak boleh bantu dah. FINE FINE. Sorong troli ke tepi (ni bukan troli macam yang kat supermarket k tapi ni troli beg) dan duduk atas troli tu jap nak bagi tenang fikiran. Air mata memang dah turun dah. Marah, kecewa, tapi still rasa macam perasaan bebas dari sesuatu but what is it??


Hi my name is trolley .. and this black bag is Fina's bag *wth am i talking.

A blessing in disguise.
The perfect phrase regarding my situation right now.

Kali ni rasanya tak perlu lah kot explain panjang-panjang kan (- -") Orang semua dalam mood raya, ada ke masa nak baca blog entri panjang-panjang? Ada? Ok I tulis panjang-panjang.

Selepas berjaya tenangkan fikiran, saya call ayah dan explain everything. Ayah terkejut dan kemudian was really worried sebab saya seorang je, perempuan pulak tuh. Lawa pulak tuh. Heh okey okey. Heh. Heh.

I am not worried about being all alone, sebab airport sentiasa je ada orang, terutama kat kawasan makan-makan yang ada plug dan wi-fi macam kat McD. But I am worried about the ticket.

The second thing I do after called ayah was, sorong troli pergi cari kaunter tiket Air Asia. I asked ayah to bank-in some cash sebab nak beli tiket last minute macam ni confirm mahal punya T__T Then, bila sampai giliran, staf kat kaunter bagitahu ALL FLIGHT samada yang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ke, atau yang transit before sampai Kota Kinabalu adalah semuanya not available dah sampailah 20 September. The same goes to MAS. Even extra seat pun dah full. Well, musim perayaan kan. What do you expect.

The second person I called was him. I told him everything too, then I cried. I wasn't expecting this to be happen.. And, jujur, saya tak pernah nampak dia sebimbang ni. He texted me every 10 minutes, and called me whenever he's free (sebab dia pun flight petang tu pukul 3.30 petang dari Alor Setar) tapi dia guna MAS. Dia pesan macam-macam. Suruh duduk kat tempat yang ada plug lah, jangan duduk seorang-seorang ; duduk tempat yang ramai orang, and sometimes he seems trying to tell me what to do next.

Mahu tak mahu, I terpaksa beli tiket balik for RM680 wth. Tiba-tiba rasa macam kawan-kawan semenanjung ni beruntung sangat sebab naik bas dari Kedah ke Johor pun taklah sampai RM300. Err.. betul ke? Hehe. Tapi takdalah pula otak keji ni cakap nak tukar kewarganegerian eh ada ke kewarganegerian.. I mean, tukar negeri sekejap. Nasib baik. HAHA.

Sekarang bolehlah aku gelak. Hari tu siap meleleh air mata lagi (- -") Ellehhhhh..

Selepas beli tiket tu, cari tempat duduk kat McD. Orang makan kiri-kanan-belakang-depan but I don't even care. At first, I thought I will be spending those 3 nights kat airport sampailah 20 September tu. I got cousins yang tinggal kat KL dan tak balik but I don't feel like seeing them. Macam angkuh gila tapi bukan. Bukan sombong ke apa but I nak rasa thrill dia. What are you, Fina? T___T Sorry, Saya pun tak tahu nak terangkan macamana.

Contact Niza (UUM mate), contact Din (UUM mate), contact sist Seri Lyana (blogmate) : dapat her number dari Hyuuga, contact this pemilik blog bvlgarigirl aka Arianna (blogmate) through her blog, dan lastly Izzam (MySpace mate). I wrote about him on May 2008 HERE. Orang yang bernombor 8. Check it out :)

Sebab rasa sesak sangat kat airport, saya mengambil keputusan jalan jauh sikit ke food-court (i rasa bangunan baru) sebelah LCCT tu. Waktu tu around 3pm. Thank God my favourite fast-food is available there! KFC nyummy! Sorry I am a no McD (except for the BigMac and McFlurry HAHA) and a big no to Pizza. Guess what I do to spend my long hours sepanjang tunggu waktu berbuka? Tengok cerita katun Detektif Conan (i love Detektif Conan!). Err.. ok apesal macam banyak je tanda seru kat perenggan neh. I feel like something wrong (- -")

Mama call buat kali yang keberapa entah, saya pun tak kira. She was too worried, SORRY MAMA. She asked if I want to stay sekejap kat rumah cousin. Each time she call, she'll ask that. But again, I said no. Alasan, tak mahu menyusahkan. She was like 'ok'. So okey. Around 5.30 petang, I pergi beli makanan. Yakin sangat yang Q panjang nanti so selagi tak sesak, better beli awal.

Ayah called. Pujuk I ikut cousin balik rumah juga. I paused. Tarik nafas, hela panjang. Terdengar suara mama di belakang ayah. Ok faham. Mama know I will ikut cakap ayah so she asked ayah to help her. At that time, saya rasa macam 'kau ni kenapa Fina?'.

Me : "Ok.. Saya ikut Helmi".

After berbuka puasa, around pukul 9 malam, cousin datang. Yes, my cousin's name is Helmi. 26 years old. His wife, Fiza. I call her as Fiza je sebab kami sebaya. And I call my cousin Helmi je sebab dah terbiasa dari kecil panggil nama saja even lebih tua. They have been married for two years now and Fiza sekarang sedang pregnant. Dalam scanner, tunjuk anak lelaki dan due date bulan depan.

Helmi : "Mau jadi ayah sudah saya kan?" Kata dia dalam kereta, waktu on the way dari airport ke Tesco. Fiza dan family ada dekat Tesco.

I laughed. Happy, actually. Sebab Helmi is going to be ayah. This is his first child. Saya boleh dengar getaran dan aura kebahagiaan seorang bakal ayah dari nada suara dia tadi. I can feel it :)

Kami berborak-borak dan he asked about the guy I met kat KFC tadi hahahahaih T___T pastu siap usik-usik cinta pandang pertamalah apalahhh.. Oh, Saya tak mention lagi kan about that guy? His name is Izzam. If you all perasan, saya ada sebut nama dia tadi. Anyway, I'll tell you about him later :)

At Tesco, met Fiza and her parents and her adorable young brother. Baru 7 tahun tapi petah sangat-sangat. Ikut the family shopping sekejap then balik rumah. Home was so warm, very neat, well decorated dan teratur walaupun rumah flat saja. For 3 nights, I'll be sleeping in Hafiz's room. Seorang lagi adik Fiza. Fiza anak sulung dengan dua orang adik lelaki ; Hafiz 19 tahun dan Amirul 7 tahun, for your info :)

We've met two years ago, waktu majlis resepsi pihak lelaki dekat kampung. Dah sedia kenal.

For a while, I was totally forgot about the thing that cause me to be like THIS and THIS. My life macam tengah twisting. Tiba-tiba, haluan dan fokus saya berubah. Peristiwa terlewat sampai ke airport menyebabkan saya terkandas di Kuala Lumpur was very heartbreaking before, but bila teringat kata-kata seorang teman bahawa kadang-kadang, akan berlaku waktu di mana kita terlalu fokus dan letih berhadapan dengan sesuatu dan kemudian tiba-tiba things macam take another way dan buat kita lupa sebentar. As I said before, it is a blessing in disguise. Kuasa Allah, I must say.

Tomorrow, Helmi will send me to airport at 2.30am. Perfect timing I guess sebab I nak makan McFlurry (kalau sempat gahaha). I'll be spending my hari raya pertama dalam kapal terbang. A new experience. Could be the first and last :)

A blessing in disguise, I still believe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari saya.

Share:

Friday, September 18, 2009

Terlepas Penerbangan (Part One)

I have to tell you this. Ahaha.

Looking back at all the things yang berlaku yesterday, make me realize that .. hmm, how to put this into words ek? Ok macam ni. To be simple, I was too busy with tears lately (I can't help it). Tapi apa yang berlaku semalam menyedarkan saya tentang sesuatu. Tentang kekuasaan ALLAH. Tentang bahawa ALLAH menyayangiku, hamba-Nya, walaupun diri ini seringkali melupakan-Nya.

Kronologi.

16 September. Masih sangat down. Spent all night until 3am (17 sept) buat assignment untuk submit subuh nanti. Lepas tu pergi print out assignment kat bilik JPM (THANK GOD kat situ ada printer siap dengan ink sekali) dan balik around pukul 4am. Terus masak lauk sardin untuk sahur nanti. Lepas tu, kemas barang sebab time tu barang baru siap kemas separuh. Selalu macam ni, packing lambat. Lepas kemas, baring sekejap rehat-rehat. Time tu, 15 minit lagi pukul 5am. Yulie dan Amy waktu tu dah tidur dah.

Pukul 5 pagi 17 september, ingat nak bangunkan diorang tapi kesian, macam tak sampai hati pula sebab diorang lewat tidur tadi sebab tengok cerita thrill The Orphan. Sampai Amy jerit-jerit dan Yulie pula asyik berkepit dengan bantal. I kalau boleh nak join tapi assignment Finaaaa. Dahlah buat last minute. Hahaha. Eh gelak kenapa. Tak lawak.

5.10 pagi, kejutkan diorang. Bangun-bangun sahur. "Amy, bangun sahur Amy, esok jalan jauh, nanti lapar." Haha inilah antara dialognya. Sebab Amy kadang-kadang taknak bangun sahur. Aku tak nak lambat-lambat. I got flight on 8.35 pagi dan pukul 6 pagi karang dah kena gerak dah. Aku siapkan makanan untuk dihidang. Dengan piring, sudu, senduk nasi dll. Amy buat air. Inilah rutin tiap kali bangun sahur. And this is our last time together bersahur.. Kecuali Dayah je takde, sebab dah balik rumah dah.

Lepas makan, aku terus bangun angkat pinggan sendiri nak basuh (ceh ni pun nak kena bagitau ok T___T haha), capai tuala dan alat mandi pergi bilik mandi. Lepas tu mandi. Takkanlah nak explain juga? :P

Sampai bilik je, handset bunyi. Him calling. Jam hampir 5.30 pagi. Kitorang janji nak gerak pukul 6 pagi. Lepas angkat telefon, buat suara orang baru lepas bangun padahal tengah segar bugar. I think he nak marah ke apa tapi suara lembut je suruh pergi mandi T__T I suka buat dia marah sebenarnya. Tapi jangan bagitau dia. Haha. Move on.

Lepas dah make-up dan beg pun dah letak kat luar pintu, bersalamanlah sekejap dengan Amy dan Yulie. Thanks guys, selama ni you all dengan Kak Dayah korang selalu cheer me up. Tengok korang gelak pun make me feel better dah. At least I have one reason to smile. And, thank you gak sebab habiskan lauk saya masak walaupun sardin je. Licin. Tak mubazir.

Keluar dari bilik dan sambil tarik bagasi turun tangga dan bergerak membelakangi diorang, my face secara tiba-tiba berubah muram. I think so, sebab mood memang tengah muram dari tadi tapi taknak tunjuk wajah muram kat diorang. Rasa macam takda hati je nak balik, membawa pelbagai beban dengan wajah macam ni dan perasaan yang kusut masai. Macamana nak berdepan dengan keluarga dengan keadaan macam ni?

Abang sampai setelah beberapa minit menunggu. Terus bertolak, dan singgah sebentar kat kampus untuk hantar assignment. I pusing tingkat 3 bangunan FPSM tu sampai 360 darjah, baru jumpa bilik lecturer. Rupanya bilik Encik Zam dekat je dengan tangga waktu I mula-mula naik tadi (- -") Never mind.

Lepas dah hantar, terus ke airport Alor Setar.

Sampai je, terus check-in, dan lepak sekejap dengan abang sebelum sampai waktu nak boarding. Lambai dan masuk. Thanks so much hantar ke airport..

Everything went so well. I ambil tempat duduk dekat dengan cermin. I am the second passenger yang sampai ke perut kapal, yang first tu seorang budak perempuan Malaysian Chinese. Dapat je seat, terus pakai seatbelt dan tidur. I tak sedar apa-apa lagi kecuali bila dah kat atas time sekejap lagi nak turun. I can see clouds everywhere .. that means, cuaca kat atas ni tak elok. Kapal pun lenggang kangkung semacam je, tapi I tidur balik. Tapi taklah nyenyak sangat. Terutama waktu kapal nak mendarat, terasa juga kelajuan dan sedikit hentakan waktu kapal dah mendarat.

Tunggu bila line dah clear, saya buka seatbelt dan capai beg laptop tunggu q ikut pintu keluar belakang kapal. I saw 6 messages and beberapa missed calls from ayah, mama, fattah.. tersirap jap darah bila baca mesej. They thought I masih kat UUM sebab taknak balik Sabah wth. I've told mama I was at airport waktu I masih kat lapangan terbang Alor Setar tu lagi. .. And then I saw Dana is calling. I angkat.

"Ko di mana???!"
"Saya dalam kapal tadi la bodoh. Kenapa semua orang fikir saya tidak balik. Tadi saya ada bagitau mama saya di airport, kenapa marah-marah pulak??" I was so sorry after that sebab tertinggi sedikit suara kat Dana. Tak tinggi sangat actually (she know kemampuan vokal saya kalau betul-betul marah), but high enough lah untuk tarik perhatian orang sekeliling. Semua orang tengok waktu tu. Ah aku peduli ape. Waktu tu lah.
"Ok-ok".

Tengok jam dah 9.54am. I was like 'HAHHHH??' sebab my next flight adalah 10.20 lah WTH!

Laju je kaki berjalan lepas tu. I dah rasa macam bau-bau akan terlepas flight, tapi nak jugak jalan cepat-cepat. And omg nak kena tunggu bagasi lagiiii. I saw kat skrin yang my flight ke Kota Kinabalu dah closed dah. Akak kat kaunter pertanyaan suruh pergi ke kaunter R67 (ingat sampai bila-bila) dan asked the staff there. Di kaunseter R67, they said that they can't help dah sebab system already closed wtf. Closed ke kau malas? They said memang tak boleh bantu dah. FINE FINE. Sorong troli ke tepi (ni bukan troli macam yang kat supermarket k tapi ni troli beg) dan duduk atas troli tu jap nak bagi tenang fikiran. Air mata memang dah turun dah. Marah, kecewa, tapi still rasa macam perasaan bebas dari sesuatu but what is it??

Heh. Okeylah next entry.

P.s He told me muka I macam Scha. Peeewwwitttt! If betul pun, maybe you silap. Bukan muka I yang macam Scha, Scha yang muka macam I. Ngeee..
Share:

Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Dear blog.

credit to google


Dear blog,
for tomorrow or another days to come, I promise you I will fill you with joy and laughter.

Do wait.

P.s Keep reminding myself : 'Hasnie Falina, do not make any stupid decision. You have made lots of mistakes in your life before.'

P.p.s The life I am living now is one of my biggest mistake, anyway.
Share:

Tuesday, September 15, 2009

Is it true that the easy decisions are the wrong decisions?


Situasi satu : The Goodbye
Me : "I need you.."

A single tear rolls down my cheek and I wipe it away before it reaches my chin. I told myself, don't start Fina. DON'T YOU DARE START NOW.

But no reply. I knew it.

Me again : "Mana hilang abang yang cakap abang sayang ayang sangat-sangat tu? Abang sayang waktu happy je ke?"

He does not reply.

Bisa sungguh luka ini walau tak berdarah.

Me again : "So this is your real feeling to me kan.."

By this time I feel like I am such a piece of @#$%^&. Hantar mesej berkali-kali even tak ada balasan. Macam desperate. Macam?

Him : "Nak ape?"

'Nak ape'. That is so rude sayang.

Me : "To be by my side."

You know my situation kan? You know I am sad kan?

Him : "OK, but not now. I'm sleepy."

Semudah itu? No more questions, no more trying to understand me. He seems no longer cares.

Me : ''Why you will always trying to avoid me each time I really need you??"

No reply.

Me again : "Goodbye."

Each time I hung up the phone, I felt that my weak goodbye wasn't really a goodbye. It was more to a 'see you around'. I knew that he'd be around for a little while longer so there will always a chance to back out, to recover all the DONE things, starting it all over again without being afraid that maybe someday we will lose each other. Often, our words weren't really a final.

Saya tension awak pun nak tension jugak. Haih.

He promised to send me to the airport this Thursday.

Heh.

We have been together since more than a year ago. Okeylah memang tak sampai pun bertahun-tahun lagi but dah macam-macam perkara kami lalui bersama-sama. So, didn't it deserve more than a few days of goodbye? Should I really say goodbye to him, anyway?

Aku cakap apa neh. SORRY.

Situasi dua : Which Path?

Right now, I am very fragile inside.. I am scared of everything. I can't bear the pain. For moments like this, he should be here with me. But I guess, the one I should turn to is Allah and my family indeed. They are the best thing I have, and will always be.

I want to be home, but, tak tahu nanti macamana nak berdepan dengan keluarga. Tak tahu nanti macamana nak berdepan dengan begitu banyak soalan bertanya kenapa, kenapa, dan kenapa. How I will answer those all questions without feeling so miserable (heh, who would not?)? How could I bear breaking my loved ones' hope when actually I do not want this to happen? How, how and how?

I can't go on with it. I can't stay here any longer.

P.s I don't understand how people that deeply in love with her/his fiance would STILL enjoy having scandals and went out freely like wt... are you? Percintaan Jarak Jauh cannot be the reason!

P.p.s Inggeris tunggang-langgang. Pardon me.
Share:

I'll cry sebanyak mana yang boleh.

It's almost 1 AM.

Hari ini saya rasa helpless. Saya tak boleh call him sebab dia tengah kelas. Hari ini saya tiada kelas tapi sepatutnya saya ada di tempat lain, tapi saya tak pergi. I cannot control my emotion. And it's hurting.

I texted mama selepas post entri lepas.

Me : "Ma, saya tidak mau balikla.."

And she called me on the phone, tapi saya tak angkat. Banyak kali.

Me again : "Tidak payahlah call Ma. Saya tak mau sambut.. Tak dapat bercakap.."

Mama : "Tidak payahlah cakap. Dengar saja mama cakap. Tolong angkat telefon, Na."

Then mom call. Took several seconds for me to pick up the phone. And once I hear my mom's voice, I cried.

She wants me to be home first. Apa-apa hal, bincang di rumah. Tapi balik dulu.

Saya tak bercakap tapi I cried like hell. Told you, I cannot control myself. Mama pujuk. And, she cried too.. Ohh I made her cry..

Bermula petang tadi semasa saya post entri lepas, saya menangis atas katil sampai tertidur. Bahu terhenjut-henjut menahan tangis. Meniarap dan muka menghadap dinding. Sebab I know bukan saya seorang je dalam bilik tu. I don't want people to see my tears. Bangun dari tidur mata rasa bengkak. But still, I cry lagi. Oh macam ni lah rasanya hati yang bagai ditusuk sembilu. Pedih. Kalau saya berpuasa, dah batal agaknya sebab tertelan banyak air mata sendiri. Lama juga.

Bila selesai, pergi on laptop, online tapi fikiran entah ke mana. Then it's time to bersungkai. Even saya tak boleh puasa, tapi sejak sahur tadi saya tak makan apa-apa lagi. Minum pun tidak. Macam orang berpuasa. Tapi tak join sekali diorang bersungkai sebab not in the mood. Pukul 10 malam tadi baru makan. Itupun just makan megi tapi tak apalah, maggi kan sedap. Lama tak makan maggi.

Dear him, why you always make things more difficult for me?

:(

Share:

Monday, September 14, 2009

I need someone to hold me; even in silence.

I saw three missed calls. And a message :

Hi come on Fina.. Nape pula terus taknak kawan dengan I.. I treat you like a friend k..

Let's call him Mohd.

I've been trying to avoid him for some weeks over someone's request (i know ada yang tidak setuju dengan tindakan saya but move on dulu with the story, will we?)

I replied. Yes, this time, I replied him.

Me : Why degil? (cuz I've told him my reason weeks ago)

Mohd : Salah ape pula.. Dulu Fina couple gak and Mohd still boleh kawan dengan Fina. Why degil cuz I like to talk with you as a friend.

Me : Time tu dia tak kisah. Sekarang dia dah tak bagi..

Mohd : Huh. Tell him Mohd tahu yang Fina terlalu sayang kat dia. And takkan rampas dari dia. Pelik, still ada orang yang tetapkan siapa dia patut kawan.

Me : Are you angry at me??

Mohd : Tak marah.. tapi kecewa dulu Fina lebih pentingkan friendship even Fina still dengan dia. Tapi sekarang, hilang macam tu je. Are you really gonna forget me as your friend?

Me : I'll do whatever that is good for me.

Mohd : Okey thanks for the answer. Just believe me, life is a circle. Awak gak akan bertemu dengan orang yang pentingkan diri. Tak sangka jawapan tu dari awak.

Me : Why you have to blame me?

Mohd : Nope, saya tak kisah dengan sape awak nak. Tapi pelik, hilang macam tu je. Tapi percayalah, kalau awak nak orang baik dengan kita dan fikir tentang kita, betulkan diri kita dulu dan try fikir pasal orang lain juga. Jawapan awak tu agak selfish.

Me : I am selfish. Tak tahu ke? Beginilah. We can still be friends if that's what you want. No problem at all.

Mohd : I think I can't. Macam ni lah. Kalau awak buat semua ni sebab nak saya sakit hati, saya takde rasa apa pun. Tapi sebagai kawan, saya nasihat, perangai macam yang awak buat ni ramai orang tak suka. Kalau awak heboh satu dunia yang awak happy tapi diri awak sebenarnya tak, or awak buat benda yang awak rasa bagus tapi sejuta orang rasa tak bagus.. Hmm tak patut kot.

Me : Thanks. (for reminding me that actually, i am not happy)

Mohd : You're welcome.

Mohd : Hmm tapi bagi Mohd you still have the right to make friends with people.. Just opinion.

Me : Thanks.

Mohd : You know what, lagu yang Fina bagi tu ajar Mohd something about Fina. So don't worry Mohd faham. We are friends right?

Me : What song and learn what?

Mohd : After all this time, have you ever really loved a woman. Learn what, I think it's a secret for me. Fina yang suruh Mohd baca lirik tu so Mohd baca. Mohd rasa Fina faham.

We stopped at this point.
I am writing this, dalam keadaan macam tak ada perasaan. I don't know what am I feeling right now. I can't feel my heart.

To Mohd.
I know you do read my blog. Choosy, selfish whatsoever. You are not in my situation and saya tak minta awak untuk faham keadaan saya. Just stop all these craps cuz I HAVE some other things to be settled. I do mean I HAVE. I need to settle down dulu, baru fikir perkara-perkara macam ni. We are still friends, but for now, I am in my hard time that I don't feel like I have time to befriends with anybody except myself. Call me selfish.

I just don't want anybody to know what pain I have inside and how deep it is killing me now.

You just don't see tears running down my face right now. No body will see. Yes, I am not happy. I am sad. Not just today, but hari-hari sebelum ni pun my heart cries a lot. Tiap hari bangun pagi dalam keadaan jantung berdegup kencang thinking what will happen today and days after. Tiap hari I am thinking of running away. Tiap hari I break down. Puas hati?

Share:

Sunday, September 13, 2009

If I were pretty, I feel like everything in my life would fall into place.





  • Yes I wear contact-lens (- -") That's not my original eye colour.
  • Yes gigi saya tak tersusun rapi macam gigi anda semua.
  • Yes these pictures takda di edit langsung, if you click the picture untuk gambar yang lebih besar, you can see parut jerawat di sana-sini.
  • Yes you are lucky today I took so much pictures and put it in here. Lama tak berFOTOGENIK. Eh bukan fotogedik kah? Ehhh SIAPA GEDIK? Siapa? HAHAHA. Kalau tak faham, diam-diam. This is a cruel joke.
  • Kredit to Hubby for the jersey I'm wearing. It really suits me :)
Ini adalah gambar sebelum keluar sampai ke Alor Setar petang semalam. Which :

I don't buy any heels, or even baju. Heh. I can't find any baju yang match my taste. I am a very selective person, what to do? How I wish I had much more time than two hours; for shopping purpose T___T After that, kena rush pergi buka puasa pula. Tadi keluar pun after dzuhur, lagipun kereta rosak sikit jadi hantar bengkel sekejap. Haih. Jadi I guess baju raya tahun ni baju kurung biasa saja. Heels pula? I've found sepasang kasut yang very lovely dovey. Warna putih suci. But, sayang seribu kali sayang, saiz 36 dah habis. Selalu macam ni.

Bila jumpa kasut yang berkenan gila-gila, the size pula unavailable atau habis. Saiz kaki terlebih kecil, susah. Saiz kaki terlebih besar, juga susah. Saiz kaki terlalu common punnn susah juga. This is to much. Mesti ke kau kena habis tiap kali aku datang looking for perfect heels huhhhh? Mesti ke aku kena datang kat tauke kedai tanya like this "Kakak manis, bila stok baru deliver yea?". Dan kakak manis akan menjawab "Ini keluaran terhad dik" atau "Akhir bulan depan stok baru sampai" which dalam hati aku akan cakap, bila masa la aku ada masa nak datang lagik wth? T____T.

I won't buy anything that do not please my demand. I won't buy anything that do not fit perfectly my size. Sudahnya, pulang je dengan tangan kosong. Again. And again.

And again. Over and over again. And over and over again juga I will always stop by at any kedai kasut (- -"). Be it kat lorong-lorong gelap (hah?), blok-blok kedai, butik ke, shopping mall ke semua I will terjah. I hope kat Sabah nanti sempat singgah di mana-mana shopping mall kat Kota Kinabalu sebab that time tak perlu guna my own money. Tu pun kalau family ada masa nak singgahlah kann..

Berbuka puasa kat Changlun. Old country restaurant yang ada kat tingkat atas Cmart. Maybe rakan-rakan can try there. A bit mahal, but the taste is not bad at all. Sedikit ekslusif sebab biasanya tak ramai yang makan kat situ. Mungkin sebab lokasi yang terlindung. If you are already late for berbuka puasa dan takmahu berbaris panjang atau tunggu lama atau tak mahu terpaksa bersesak dengan ramai orang, dan mahu tempat yang dekat dengan UUM, maybe you can try this place. I love it's western foods :)

Currently, really can't wait to be home.

P.s Baru perasan yang my blog have reached 10,000 hits since more than 3 months ago. Counter widget tu starts on 30th May. Heh. Hi my silent readers, how are you? Berdasarkan statistik blog ni, tiap hari dapat around 100 visit from you all. And not forgetting my followers yang ada kat sidebar ni. Thanks so much :)

P.p.s If I were a 37 in size, I feel like every gorgeous heels in the shop would fits my leg perfectly.
Share:

Saturday, September 12, 2009

It is raining when I am publishing this entry.


Which is better? Entri panjang (sampai 3-4 kali scroll down atau lebih), atau entri pendek (tak perlu scroll down banyak sangat)? Err faham tak ni? (- -")

I want high heels. Wedges style. I hope keluar petang nanti akan jumpa yang sesuai sebab dah takda masa untuk shopping lagi lepas ni. I am a kind of lady yang jarang beli heels tapi sangat suka tengok-tengok kedai kasut. Just to find yang betul-betul berkenan di hati but, jarang sangat boleh berkenan.

I want to buy baju siap, kalau duit cukuplah. Even this could be my first time beli baju raya without Mama, Mama usually don't have to worry about my taste. Hehe. Do you know raya tahun ni buat baju simple saja iaitu baju kurung biasa dua pasang? Tak kisah lah, but actually I do think it's denda from ayah sebab raya tahun-tahun lepas buat baju lawa sangat tapi pakai sekali tu je which is, for ayah, very wasteful. FINE.. I guess, I have to reconsider that baju raya tahun lepas dan tahun lepas itu untuk jadi baju tunang nanti I KNOW I KNOWWW.. Pasrah. I HOPE SAIZ BADAN I WAKTU ITU MASIH SAMA ATAU LEBIH KURUS I'M SERIOUS (- -"). Or else, it will be such a waste. So, baju tunang SIAP! But, kalau nak jadikan persalinan untuk kahwin, that would be too much T___T

For him.
thank you so much.

Elelehhh.. Sebut je pasal tunang, dan-dan sebut tentang him.

For him, hey.. I know you have been putting so much courage dan korbankan masa untuk keluar juga makan berbuka puasa. With my friends pulak tu. Kalau tak, I dah siap nak ajak Shan Jun Hou. Heh. Hehehe. Heh. Heh. T__T gelak apa macam ni. Anyway, I don't know how to put this into words, but .. Yesterday was beautiful. As he laugh and smile over my friends' jokes, sometimes I found myself LEKA looking at him. The warmth and the scent of his body, .. It makes my heart macam nak jatuh.. errrrrrr.. I am 23 years old. Eh motif kena sebut umur? HAHAHA. Move on.

Yulie offered something to Audirasarians. Need to set up a meeting on that, later. Within this week, I supposed.

Glanced at the time now on at the bottom corner of my laptop screen. ohmygod it's 3.57am?? Sleep sleep! Saya tak perlu sahur sebab saya _____ (sila isi tempat kosong). Haha :P Salam semua.
Share:

Friday, September 11, 2009

If you can hear me now.

 
This is my first entry writing using this latest feature of new post section on blogger. Click HERE for more. Saya jakun sekejap untuk entri ini. Ya sedang jakun. Haha apa salahnya being jakun? Jakun is a kind of excitement beb. Rugi kalau tak pandai nak excited dalam hidop.

I am among the last person to know about this updated editor, actually T__T. As a blogger fan (mengaku blogger fan HAHA eh memang minat okey) rasa macam ketinggalan sekejap. I should be more alert on blogger buzz under my reading list on the dashboard. Blogger buzz under my reading list on the dashboard. Memberi maklumat secara lengkap sebab anda juga perlu mengetahuinya, sebenarnya.

Currently, addicted to this song by Bunga Citra Lestari. Presenting, CINTA PERTAMA (SUNNY) (:

Sunny sunny
Jantungku berdebar tiap kuingat padamu
Sunny Sunny
Mengapa ada yang kurang saat kau tak ada
Sunny Sunny
Melihatmu menyentuhmu itu yang kumau
Kau tak sempat tanyakan aku
Cintakah aku padamu
Tiap kali aku berlutut aku berdoa
Suatu saat kau bisa cinta padaku
Tiap kali aku memanggil di dalam hati
Mana Sunny mana Sunnyku mana Sunnyku
Sunny Sunny
Apa kabarmu kabarku baik baik saja
Sunny Sunny
Begitu banyak cerita tak habis tentangmu
Sunny Sunny
Salamku untukmu dari hati yang terdalam
Kau tak sempat tanyakan aku
Cintakah aku padamu
Tiap kali aku berlutut aku berdoa
Suatu saat kau bisa cinta padaku
Tiap kali aku memanggil di dalam hati
Mana Sunny mana Sunnyku mana Sunnyku

Reminds me to a special friend named Sonny. One of my sweet childhood memories. And, he'd married several years ago (: By the way, here's the link to download this song [LINK].
 
How was your first love?
 
Saya sebenarnya baru balik dari Changlun berbuka puasa dengan Abang (bukan Jun Hou :P), Dayah, dan Trexx. Terus ke bilik JPM for meeting then ni baru sampai bilik. Ngantuk dan kepala berattt.



Dadadididudu.
Share:

Thursday, September 10, 2009

A step closer to you.

Betullah, bulan Ramadhan merupakan bulan penuh cobaan. Bulan ini saja ada beberapa entri emo yang sepatutnya diprivatekan. Ceh dah pandai cakap nak privatekan entri dah sekarang ni. Haha yang tak faham sila ke SINI.

Updates :
  • Saya sedang senggugut. Jadi bolehlah kau buat kesimpulan mood saya swinging selama ni sebab PMS (- -")
  • Kelajuan internet di UUM sekarang ni amat @%^&* menyebabkan kesukaran untuk surf internet termasuklah untuk menjenguk blog rakan-rakan. Nak tunggu loading sikit punya lembab tak sabar aku.
  • 17hb pada pukul 8.35 pagi flight ke KL, kemudian pukul 10 pagi pula flight ke KK Sabah. I miss home! I miss pakai tempurung kelapa tutup buah dada dan pakai daun-daun kelapa as my skirt. I miss naik atas pokok using lift pastu online kat situ siap wireles laju satu gbps gitu. Kahkahkah. Ok tak faham lawak ini sila ke SINI.
  • Siapa nak kad raya dari pemilik blog sufilara.bs.com? I am so generous today so anyone of my readers can just send me your address NOT email address to sufilara[at]gmail[dot]com. To all of my new readers, old readers, new follower, old follower or even my silent readers (kalau ada). Will be last until kad raya habis, sangat banyak dalam simpanan T__T Dun worry la, blog ni tak ramai readers, peluang nak dapat kad raya amat tinggi (:
Updated : Saya benar-benar bermaksud nak bagi kad raya yang betul-betul kad.
NOW. Before I went back to Sabah sebab I decide nak kad tu all the way flying to you from Sabah :)

p.s klik sini.
Share:

Rambling.

Tersebutlah kisah, sepasang kekasih yang dah hampir dua bulan tidak bertemu walaupun berada di lingkungan kampus yang sama. Maka bertanyalah salah seorang kekasih tersebut kepada yang seorang lagi.

"Abang jom berbuka makan westernfood esok? Dah 17 hari berpuasa, hari-hari makan sardin je bosanlah."

"Tengoklah esok"

"Kenapa?"

"Esok abang ada interview untuk project paper. Kena study untuk kuiz nanti bla bla bla."

OK FINNNNE.
muka ketat. macam dia seorang je sebok.


Jom Jun Hou abang manisssss kita dating esok teman I buka pose.



Share:

Monday, September 07, 2009

Can you keep my secrets?

I am sorry if you heard/read something you didn’t like.
  1. Macam mama cakap, aku degil lain macam. Ada orang bangga menjadi degil sebab degil dikaitkan dengan hati yang tetap (ketepikan sebentar both positive and negative side). But mama mention, degil saya adalah degil yang saya tahu benda tu akan menyakitkan saya tapi buaaat juga sampaikan sendiri juga (sebab sesuatu yang tak mampu dikenalpasti) yang akhirnya sendiriiii juga yang akhirnya bersedih-sedih TAPI tetaaaaap juga buat. Degil yang mengkesiankan. Maybe I was born with it, maybe it's Maybelline. Salahkan Maybelline tiba-tiba kenapa?
  2. Aku, kalau dah tak suka, mati hidup balik pun aku takkan buat. Bukan tak mahu buat tapi sah memang tak boleh. Tak boleh tak boleh tak bolehhhhh T___T You can go ask my family and my closest friend tentang siapa Hasnie Falina. I have my own issue agaknya sebab saya kadang-kadang rasa cara saya berfikir dan tingkahlaku saya lain dari orang lain .. cakap macamlah ada orang sama cara berfikir (- -"). Pernah lah beberapa kali mencuba untuk membuat perkara yang tidak boleh nak buat contoh macam bermanis-manis muka depan orang yang cukop tak boleh nak masuk T____T tapi memaksa diri untuk pergiiii jugak THEN things turn out to be so horrible wtf. Lain kali aku kalau taknak, kau jangan paksa boleh?
  3. I hate to admit this but this is true. I hate myself sometimes, for I don't have the ability untuk bersikap hipokrit dari segi kelakuan WELL HIPOKRIT SEKALI-SEKALA WAKTU MENULIS TU BIASALAH MACAM LAH KAU TAK PERNAH BUAT. Okey bukan KAU. Tapi AKU. Macamlah aku tak pernah buat. Contoh : I hope I berjaya bore anybody with this entry. Sebenarnya I hope takda yang bored. TAPI, what ever it is, keikhlasan dan kejujuran itu akan terserlah jua. Jadi kau boleh hidu sendiri samada seseorang itu jujur atau tidak. Hidulah sekarang. Hidu, hiduuuuuuu.. Ok cukop. Over kau.
  4. Do you know I am a bit boyish? Of course I know all the make-up thing itu pun lepas masuk Bidasari (Bidasari = Kumpulan Penari UUM). Lepas tu kenal pula dengan kawan yang suka shopping, mulalah pandai nak pilih-pilih baju kemudian di rumah ada Dana yang citarasa dia dalam memilih baju cukup bagus lebih-lebih sekarang dah sumandak (naik jadi anak dara) dahh.. Yes, a bit boyish terutama dekat rumah terserlahlah segalanya tak payah nak menipu-nipu T__T Nak sebut segan. Betul segan. I hope balik ni I've change tak cakap secara lantang lagi T__T Hehe tapi always ladies okey. My mom always make sure anak-anak dibesarkan dengan cara yang betul (: Kadang-kadang rasa kagum juga dekat kawan-kawan melayu yang cukop kewanita-melayuan dia.
  5. Aku, kalau tengah marah, kalau menggelabah, kalau sakit hati, kalau gembira, kalau bersedih, SEMUANYA I can't hide it. Muka ni jujur sungguh. Tak boleh nak menipu-nipu. Tapi tak tahulah kan kalau sebenarnya ada bakat juga. Yang aku pasti, aku tak pandai nak bereaksi secara spontan. Kalau bercakap pun, selagi tak menggugat, aku tiada nafsu mahu melawan. Lainlah kalau kau api-apikan aku jugak, memang carik nahaslah kan lagi-lagi waktu mood tengah swinging macam ni :)
  6. I really want the old me. Perkara-perkara yang dulunya amat membuat saya teruja kini hanya dipandang kosong. Aku turun padang, I mean turun buat kerja, pun atas dasar tanggungjawab semata-mata. Jika anda perasan, semester ini aku tak pernah lagi training tarian. I hope not. Lepas raya ni aktif balik, hopefully. Aktiviti tak islamik macam tu wajar diberhentikan sementara untuk menghormati bulan Ramadhan.
Ini adalah sesi I-know-myself-better-like-heaven. Masa untuk pesanan penaja.

I hope ada yang menyampah dengan entri ini.


p.s : I hope, you guys are doing well out there :)
p.p.s : It scares me to know how much I’ve fallen for you. I love you.
Share:

Sunday, September 06, 2009

Life's Chapter.

Dana, Pipie (but he prefer his name to be spelled as Fify), ayah ayah ayah, dan Adi.

Yang dua orang lagi dalam gambar tu adalah adik-adik saya.

SAYA AKAN BALIK KE RUMAH PADA MINGGU KE-TIGA BULAN INI YEAHUUU MAKA LIHATLAH GAMBAR DI ATAS WAKTU SAYA DI TAMAN RAMA-RAMA, PORING RANAU. Annoying betul sikit-sikit nak pakai uppercase siap buat ayat macam takda kaitan antara satu sama lain pastu kat gambar buat muka minta kena penampar. Over kau. Well terima je la penulis blog yang kadang-kadang tak betul neh.

Minggu ini minggu perit buat saya. Muka jangan cakaplah, I guess semua nampak muka tak friendly ni jadi macam lebih menakutkan. Semua takut nak tegur. Certain waktu je I can smile - termasuk waktu bergambar IF I kena masuk bergambar. I know how annoying my face kalau tak senyum.

I've been crying for several days. Crying on the bed diiringi lagu-lagu sedih macam hidop dalam drama lepas tu cepat-cepat seka airmata yang berjurai-jurai jatuh macam taknak berhenti takut orang perasan (I hope they don't tapi alamak, dah tercakap dalam blog T___T). It's not because I miss my family (of course I do miss them but not that bad), but the tension I am facing here made me want to be home so bad like hell err.. like heaven.

I am truly sorry.

I don't update for 2 days now. For those two days, I wish I can be a little hypocrite and write something that could entertain you, my readers, but I can't and I choose to remain silent. Can you please be a darling and layan je my rambling for .. I don't know but temporarily, for sure. And I promise I will be just fine .. I hope. Don't worry. Ceh macamlah diorang risau T__T

Saya tak perlukan kata-kata semangat, saya cuma perlukan pengertian.

So long.

note 1 : I always misspelled [judgment] as [judgement]. Well thanks to this site : 100 Most Often Mispelled Misspelled Words in English.

note 2 : I don't feel like socializing right now, so aktiviti berbalas komen dan jenguk blog orang diberhentikan buat seketika. Please note that ALL COMMENTS ARE NOTED AND I WILL REPLY IT SOONER OR LATER. Semua komen tetap akan berbalas cuma mungkin lambat sikit.

Share:

Thursday, September 03, 2009

Wednesday, September 02, 2009

Depression.

time sangkut bendera keliling padang/kawasan jalan raya. saya baru lepas menangis berbaldi-baldi dalam bilik for some reason lepastu baru keluar ambil angin petang dan bantu diorang.. ada sape-sape kesian dekat saya takkkk?


Entri ini sekadar entri untuk update you my latest life. Well, kalau ada yang in case, takda apa yang nak dibaca sangat, boleh la baca entri tak-penting-tapi-ditulis-dari-hati ini. Disebabkan entri lepas, sikit lagi blog yang dicanang-canang blog personal ini akan menjadi blog macam belajar sejarah padahal sejarah adalah subjek yang saya lemah waktu STPM (- -")

Emotionally, I am not okay. And the only thing that is good in my life now is, my health. Where do I start?

Akhir-akhir ini, saya macam mula mencari rakan-rakan yang macam dah lama tak hang-out sama-sama. I was too busy menjadi seorang anti-sosial dengan semua orang dan hanya bergaul dengan orang yang dekat dengan saya. Saya sangat kurang menambah rakan-rakan dan bergaul dengan mereka yang kurang rapat sebab I prefer for less friends. Pardon me for that. I am just not in the mood of huhahuhaing.

Ziela, Moy, Tia : my bestest girlfriends ever, I ALWAYS MISS YOU GUYS. Life isn't so perfect lately, and for the time being, I would like to keep it only by myself. I hope you all doing great there. To Niza, Fiza, Wancu, and not forgetting Beatrice. I MISS YOU ALL TOO. And to seven of you, actually, I feel really relieved to see or have you guys around. I REALLY missed the time we were really close and to have you guys, that was among the best chapter of my life.

Even if I can't stay in touch with them, doesn't mean they are all forgotten. I still remember them, hoping, and looking forward for THE DAY I will have the chance to have some talk, maybe shares laughters and sheds tears together as we use to be.. But things never be the same again heh?

Tiap hari bersahur makan nasi panas nasi panas (motif kena ulang dua kali?) kecuali those 3 nights kitorang tak terbangun sahur, bangun pun masa dah lepas dah. Bak kata Amy, banggalah parents kalau tahu anak dia bangun sahur tiap pagi pukul 5am siap makan nasi lengkap berlauk dan bersayur.

Terserempak dengan seorang rakan penari semalam. Dia kata, eh Nana ke apsal lain? Makin kurus!. Nak kena makan banyak-banyak neh. Mana best kurus. Hihihihihipokrit. Nana (ok tolonglah jangan sebut 'Nana in the housssse!!' itu T___T) tu panggilan dekat rumah tapi some of my friends prefer to call me with that name.

Akhir-akhir ni saya selalu didatangi mimpi padahal saya seorang yang sangat jarang bermimpi.

I lose my appetite of working even for things I love the most : dancing.

Oklah, I hope I berjaya bored anybody with this entry. Ha Ha Ha. Bye.

updated : Lupa nak mention. Yang duk pasang bendera Malaysia kat pagar tu adalah JPMDPP sisters yang semuanya sempoi belaka. Yang datang membantu ada dalam 8 orang out of 22.. Yang lain ada hal. Inilah kerja kami dekat kolej. Selain buat program dan projek untuk kolej dan student, kami juga membuat kerja-kerja kebajikan macam ni.. contoh pasang bendera, orang perantara dengan orang atasan dalam berurusan dengan pelajar berkenaan masalah-masalah dalam kolej (contoh : hilang kunci bilik), menyebarkan maklumat kepada pelajar melalui pengumuman (contoh : pemberitahuan tentang cuti mengejut UUM berkaitan H1N1), memastikan pelajar dapat yang terbaik contoh macam television dan astro di setiap blok. Itu semua adalah atas usaha JPMDPP memohon kat orang atasan tapi macam biasalah ramai juga yang tak puas hati tentang itu dan ini padahal duduk goyang kaki je selama ni. Kata yang JPMDPP tak buat kerja padahal dia tak nampak kerja yang kami buat dan kesukaran yang kami lalui wtf. Kan dah emo.
Share:

Tuesday, September 01, 2009

Terima Kasih, Malaysia.

Sebab semua blogger macam dah buat satu entri berkaitan KEMERDEKAAN jadi macam biasalah manusia tu mana pernah mahu ketinggalan kecuali dia malas. Entri ini ditulis pada 01 September, bukan 31 Ogos tapi tumpang lalu yaaa.. Saya nak publish entri ini untuk 31 Ogos HAHA. Alamak jujur gila. Ok fine publish pada hari ini 1 September saja okey T___T

I just finished watching Talentime. Simple, yet very meaningful. It reminds me to jurang-jurang terpencil/sengaja dipencilkan yang tidak nampak .. yang ada dalam masyarakat kita, pada 'SATU MALAYSIA', dan pada kehidupan kita sehari-harian.

Speaking about MERDEKA, teringat waktu sekolah rendah dulu pernah menjadi juara menulis esei berkenaan KEMERDEKAAN. Ecehh.. No no. That's not the point. The point is, zaman telah berubah dan akan sentiasa berubah. Generasi pasca-merdeka akan semakin meningkat tua, dan generasi pra-merdeka satu persatu akan pergi. Anak-anak kita, generasi baru, mungkin tidak akan memahami perjuangan mencapai KEMERDEKAAN itu selain terpaksa mempelajarinya untuk lulus peperiksaan. Sebagai pengantara antara dua generasi ini, apakah tanggungjawab kita? Masih ada lagikah signifikan tarikh 31 Ogos 1957 itu pada generasi akan datang atau hanya akan cuma tinggal pada nama sahaja? Tepuk dada, tanyalah kisahnya. Pandai je ubah peribahasa.

I am one of a Malaysian citizen yang tersangat menyokong gagasan Satu Malaysia kerana .. Do you know that :
  1. Tarikh 31 Ogos tidak begitu mempunyai sebarang nilai signifikan kepada Malaysia Timur yang hanya dimerdekakan pada 16 September 1963. Samada integrasi sejarah, mahupun perkongsian sosio-budaya.
  2. Kita tahu Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tapi tidak ramai yang tahu bahawa Tun Fuad Donald Stephen adalah orang yang mempengerusikan pembentukan gagasan Malaysia.
  3. Rata-rata penduduk di Sabah dan Sarawak tahu bahawa di Semenanjung Malaysia ada empat suku utama – Melayu, Orang Asli, Cina dan India. Kita belajar itu dalam silibus pendidikan dan geografi secara berulang-ulang. Tapi masih banyak penduduk Semenanjung Malaysia yang keliru antara bangsa Iban, Melanau, Dusun dan Bajau (antara empat etnik tempatan terbesar di Borneo). Ada yang tidak tahu langsung. Ada pula yang masih menyangka Dusun itu di Sarawak, dan Iban itu di Sabah.
  4. Do you know perkataan 'Sabah Bah' untuk merujuk rakan-rakan Sabah anda IS HURTING? Gurau-gurau mengajuk percakapan, kemudian tiba-tiba cakap bahasa Indonesia pula. I am not against Indonesian, I am just hoping some people can see how annoying it is when some people tend to compare these two different Asian :) Bukan Sabah saja. Tapi memperlekeh cara percakapan atau loghat contohnya dari Kelantan, Terengganu, Kedah dll. Pergi balik belajar sejarah dan geografi dulu.
  5. Do you know perbuatan sesetengah manusia berperangai jelak memperlekeh dan meremehkan orang atau bangsa lain dan budaya mereka walaupun dengan nada bergurau adalah sesuatu yang bagi saya sangat tidak matang dan amat saya kesali apalagi jika berlaku di kalangan educated ones? Remember, everyone as an individual, have their own dignity. Bangsa adalah macam darah yang mengalir dalam badan kita. Ia adalah siapa diri kita. But never judge a person by his race sebab masing-masing ada maruah masing-masing sama macam kau tak mahu orang pijak maruah kau. Tapi kadang-kadang bukan salah anda, tapi salah media massa sebenarnya.
  6. Do you know masih ada lagi yang menganggap orang-orang Sabah dan Sarawak ni tinggal atas pokok pakai tempurung kelapa tutup buah dada dan guna daun pokok untuk lindung alat sulit like .. whatthehellllll. Kau buat lawak ke? Thanks to the wide publicity dalam siaran tv konon-konon kitorang kat rumah pakai cawat, main sumpit main bambu segala padahal kegiatan macam tu sekarang kita sendiri banyak jumpa waktu orang buat persembahan kebudayaan sahaja. Tsk tsk.
  7. And oh. There is NO such word as Indon. Don't use "indon" sebab even orang Indonesia sendiri tak pernah bahasakan diri mereka orang indon. Please note this :) lari sikit dari topik Satu Malaysia. Hehee..
  8. Peace!
Gagasan satu Malaysia umpamanya adalah merupakan satu konsep yang dikonsepsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya. sumber

Jujur, I prefer 16 September. Bukan tidak belajar sejarah dan bukan juga sebab patriotism issues. Tapi jujur, if you want me to feel about kemerdekaan Tanah Melayu waktu itu, I can't really feel it. 31 ogos adalah hari MERDEKA bagi tanah melayu, tapi bukan Borneo. I want to feel the same feeling as my Semenanjung friends yang begitu bersemangat menyambut KEMERDEKAAN but honestly, feels like that isn't for me. If you ask me now why I sambut MERDEKA 31 Ogos selama ni, that isn't because it IS 31 Ogos waktu peristiwa bendera turun dan naik bendera lain lambang MERDEKA; It is because Malaysia yang tercinta. Pembentukan Malaysia telah mempercepatkan KEMERDEKAAN Sabah dan Sarawak, so, from the bottom of my heart, Terima Kasih Malaysia.

Jangan persoalkan, kalau patriotik sangat kenapa cakap inggeris dan Bahasa Melayu err okey Bahasa Malaysia campur-campur sebab this is my writing preference PARDON ME.

UPDATED : If you think that this entry is offensive, please TELL ME.

2009 : Tahun ke-lima puluh dua merdeka.


SELAMAT MENGHAYATI PERJUANGAN DAN USAHA-USAHA TOKOH-TOKOH DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN.

Fina


Share: