Saturday, August 29, 2009

Ubat Paling Mujarab,

Pernah tak? Kadang-kadang, bila bersendirian, bermulalah flashback perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang lepas. Semakin jauh berlari, semakin dekat ia menghampiri. Samada perkara-perkara yang berlaku sepanjang ingatan, atau yang baru berlaku semalam. Sudah banyak kelukaan, kesusahan, keperitan, kepedihan, dan banyak kali juga kita mengalami patah semangat tetapi tiap kali itu, hati kita berbisik.. "Hidup mesti diteruskan, tidak kira teruk macamana pun, kau tiada pilihan lain selain tabah menghadapi semua ini".

Life must go on lah, banyakkan bersabar lah, dan macam-macam lagi nasihat yang pernah kita dengar. Tapi mudah ke untuk merealisasikan? NO. A BIG NO. Kau pasti ada masa untuk break down and cry. Menangis air mata atau banjir dalam hati saja. Kecuali kalau kau ada hati yang cukup besi.

Untuk memulakan satu proses penyembuhan pun banyak air mata yang tumpah. Tidak dihitung lagi air mata yang tumpah atau betapa sukarnya untuk sekeping hati yang telah calar balar untuk berlari teguh di sepanjang perjalanan proses penyembuhan. Semua itu bukan mudah. Hati yang cekal dan berani sahaja mampu melepasi.

Some of us born very lucky. Some are not. Some of us live their life perfectly as they want it to be, some are not. Some of us loves and loved back, some ended up with nothing.

Why?
We have to look within ourselves. Mungkin sebab hati tidak bersih. Atau sikap kita sendiri atau atas apa yang pernah kita lakukan. Allah menyayangi kita maka dihantarkan bala atau kesusahan untuk menghapuskan dosa-dosa lepas. Ia juga sebagai menguji keimanan kita dan menguat iman. Biasalah manusia selalu terlupa. Tak payah asyik sebut Melayu mudah lupa. Manusia itu sendiri juga mudah lupa.

Ubat paling mujarab : MASA.
Share:

6 comments:

  1. sy anggap setiap kelukaan yg lalu sbg ujian dariNya. dan utk hilangkan dari kenangan, itu mustahil sebab memang pernah berlaku dalam hidup. apepun. dari kelukaan itu lah datangnya semangat utk terus ke depan. jadikan ia sbg pemacu benteng hidup.kalau ujian itu datang lg insyaAllah dah boleh hadapi dgn tenang.mcm pakar la..eceh..

    ReplyDelete
  2. nur.sa,
    betul tu sa. lagipun, ALLAH tak turunkan musibah yg tak mampu kita tanggung :)

    ReplyDelete
  3. kelukaan itu adalah pengalaman atau pengajaran yang akan membuat kita lebih matang.

    ReplyDelete
  4. sy sgt rindu utk berkata kata.
    tp tiada masa.
    and, hmm-tiada-masa. *sigh*

    ReplyDelete
  5. shima,
    I asked for courage and God gave me dangers to overcome
    I asked for patience God placed me in situations where I was forced to wait.

    remember? :)

    ReplyDelete

Thanks for simply being here! *love*