2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Salam Ramadhan. Cuti ni saya banyak berjalan.
Sunday, August 23, 2009 posted at 11:49 ♥

Assalamualaikum.

Erk okey. Tak tahu nak cakap apa. Err.. hai blog apa khabar? Lama sangat dah ditinggalkan.. Since 14 Ogos lalu sampai hari ni, 23 Ogos. Pergh. Tq semua yang tolong sapu sawang. Ehehehe. mood nak update blog sebenarnya kurang, sebab dah bercuti blogging terlalu lama kot. Sampai 10 hari. 10 hari dianggap sebagai tempoh yang lama. Kepada Abdi yang suka panggil saya Cik Penunggu Blog (CPB terima kasih kerana menganugerahkan saya gelaran ini hihi), bukan takmau update blog tapi tak dapat nak update. Approve komen hari tu pun melalui handset je. Tak pandai nak update blog melalui handset SORRY. Haha.

14hb-17hb pergi ke Pahang untuk program Bakti Siswa Ilmu Ditabur Bakti Disemai di kampung Acheh Pekan Pahang. 14hb, 16hb, 17hb untuk Bakti Siswa, dan 15hb untuk program motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 4. Nanti kita borak tentang program tu bila dah dapat gambar. But don't expect my pic la kan, I don't take much picture. Boleh dibilang dengan jari tangan je padahal yang lain dah berpuluh-puluh take pic. Well, that's me. Kalau kerja tak selesai or kalau takda permintaan, takda nafsu nak tadah-tadah muka ke hulu ke hilir.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, Fina ni cikgu ke? Hehe bukanlah. Okey ni nak bagi clear status jap. Saya masih seorang pelajar, seorang dalam jurusan kaunseling tahun ke-tiga di Universiti Utara Malaysia. Sebut je kaunseling, kebanyakan reaksi orang akan macam 'wow'. Atau 'boleh baca orang la ni?'. Atau 'takutlah dengan kaunselor'. Ever heard this quote? 'Belajarlah untuk pembangunan diri anda, bukan setakat untuk lulus peperiksaan" Okay ini quote saya tapi my lecturer pernah sebut tentang perkara ini. Oh takut kaunselor ye? Pergh. Patutnya I yang takut nak handle case kalau diri sendiri tak cukup terbimbing lagi. Anda jangan takutlah pada kaunselor, ini profesion yang ada etikanya dan kaunselor semuanya baik-baik belaka (macam saya hahaha). And no no. Profesion akan datang saya bukan sebagai guru. Saya takda cita-cita jadi cikgu pun walaupun saya datang dari keluarga pendidik. Pst, saya berhajat membantu bisnes mama nanti.

Rasa macam masih jauh perjalanan. Pada sesiapa yang mengenali dan mengikuti blog saya sejak awal, pasti tahu perjalanan hidup saya yang penuh liku tsk tsk.. OK MOVE ON.

Program habis 17hb. 18hb pagi around 4am sampai Kedah dan ikut Dayah balik rumah dia dekat Baling Kedah. Berkenalan dengan her parents, Kak Long, Kak Ngah (hujung tahun ni akan berkahwin), Wanie dan Haikal. Happening betul. Masing-masing dengan perangai masing-masing. Hehe. Berada dengan diorang sampailah waktu bersahur tadi. Means, 18-23hb.

Oh I almost forgot. You know, I have a new hair cut. Semalam waktu hari pertama puasa. Dan itulah aktiviti untuk hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Pergi saloon buat treatment. Astaghfirullahaladzim bertuah betul budak ni. Tak islamik langsung. Anyway. hehe. Aunty tu buat rambut memang puas hati la. I like. Sangat teliti dan untuk dapatkan servis Aunty ni pun, kitorang kena buat appointment. A nice first experience. Okey-okey mengaku sekarang : Selama ni saya tak pernah guna khidmat salun. Tak pernah walau sekali. Sebab tu Aunty tu tak habis-habis puji tekstur rambut I sebab dia kata sangat sihat dan sangat hitam. Selepas tu rasanya seluar pun dah tak muat dah sebab inci badan meningkat secara drastik. Wahaha tipu. Dalam hati je kembang pon. Sumpah Dayah menyampah kalau baca part yang ditebalkan tu. Hehe. Semalam pun pergi dengan Dayah dan adiknya, Wanie. Wanie ni, pakar salun rambut. Sebut je semua salun kat Pekan Baling, semua dia dah pergi dah. Kalau boleh semua salun pun dia nak try. It's good to have at least somebody to refer about certain things kan? I think, lepas ni kalau nak tau anything about rambut or salun, call je Wanie.

Selain tu, sempatlah diorang bawa jalan ke Sungai Angkat dan pasar malam kat Baling tu. Juga tengok astro kat rumah Kak Long. Hehehehe. Pagi tadi lepas sahur kitorang gerak tak pasti pukul berapa tapi waktu gerak tu still gelap lagi. Sepanjang perjalanan, tidur je. Sampai dalam pukul 9. Dan cuba teka apa benda pertama yang saya keluarkan? Ya anda betul, laptop. HAHA. pasang broadband je terus zupzapzupzap pergi baca SEMUA entri baru my favourite bloggers. Hambik kau lepas gian tak online 10 hari.

Anyway. Tq mama Dayah, tq ayah Dayah, tq Kak Long, tq kak Ngah, tq Wanie, tq Haikal and to my friend tq Dayah sebab jaga kebajikan dan makan minum sepanjang kat rumah. It's been a nice experience being with you all.

Cuti ni saya banyak berjalan ke rumah orang dan of course, belajar banyak perkara ^^.

Salam Ramadhan semua.
Semoga Ramdhan ini dilalui dengan penuh keimanan dan kesabaran. Semoga kita semua mampu mengecapi manisnya berpuasa.
Amin.




Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish