2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Entry For 5th of July.
Monday, July 06, 2009 posted at 03:26 ♥

Hari ni first day for kuliah. Bosan lah jugak tiap sem asyik pandang muka yang sama T__T A bit awkward jugak sebenarnya, but never mind I'll keep it by myself.

Semalam tidur bilik JPMDPP gara-gara mengantuk sangat dan tak larat nak berjalan balik bilik. Sekejap je dah tertidur. Bangun pagi tadi kena halau balik bilik oleh Dayah tsk tsk tsk tsk sebab dia nak pergi kelas dan nak bawa sekali kunci bilik JPM (sejak kunci hilang hari tu, terpaksalah lebih berhati-hati).

Then pergi kelas untuk 12.30 - 6.30. Berderet 4 kelas okey. Ada satu kelas tu lecturer tak datang so keluar awal pergi makan. Hasilnya, next class saya telah mengantuk. Setakat ni lecturer okey la. Assignment semua tu boleh buat (Insyallah) tapi untuk kelas Encik Mie kat part tugasan pertama tu tak berapa nak faham. Malamnya ada kelas lagi. Bla bla bla bla si Fina membebel sebenarnya takda sapa nak baca jadi saya cut (sebenarnya malas nak menaip, maafkan saya. Haha =D)

Balik dari kelas malam terus ke cafe mencari nasi, tapi end up membeli Chicken Chop sebab masakan panas dah habis. Lepas tu pergi ambil laptop dan bawa ke MIMRINA Enterprise (kedai komputer kat DPP SME Bank) siap ada blog lagi. Dapat tau dari blog Fiza.

Tadi singgah nak carik abang Iqbal sebab dah give-up dan menerima hakikat yang CD installer Microsoft Office milik saya ni yang rosak sebenarnya. Lepas tu nak minta abang Iqbal cek what's wrong with my laptop sampai takleh connect internet guna broadband padahal kalau cucuk kat komputer lain, leh je guna. About abang Iqbal, dah kenal dia since mula sampai UUM ni sebab abang Iqbal bukak kedai kat DPP ni. Mula-mula dulu RM30 dia mintak untuk format laptop. Biasalah, waktu tu tak tahu apa-apa lagi. Sekarang ni bila dah tahu format laptop sendiri, sebenarnya nak format laptop ni doesn't cost a thing pun sebenarnya, selain masa.

Waktu dah sampai pintu masuk kedai tu, terjumpa Niza sedang menjaga kaunter sorang-sorang. Kau memang gigih la Niza. Lepas ni memang kedai abang Iqbal ni la port lepak aku malam-malam menyembang hal duniawi. Haha. Then abang Iqbal datang dan saya keluar kejap ambil laptop dan datang balik mintak tolong install (Lupa pula tadi nak minta tolong install SPSS kalau ada). Lepas tu, aik, datang Chu dan Fiza. Ewah, lama kita tak kumpul macam tadi kan kawan-kawan. Ehehe. Masih macam dulu. Chu melawak secara garang (jangan marah :P), Fiza melawak secara flirty, Niza sibuk-sibuk buat kerja lain tapi masih mendengar perbualan, dan saya tukang memerhati, tukang ketawa dan menyampuk kadang-kadang. Dan abang Iqbal? Mangsa Chu dan Fiza. Haha.

Tapi saya orang pertama keluar sebab dah siap install, dan laptop dah boleh online. Lagipun dah lapar nak makan Chicken Chop. Ok jangan tanya about my diet. Haha. Ohya, plan nak beli perfume untuk lelaki. Perfume dalam kotak tu. Abang Iqbal jual bagi pihak student die. Mahal sikitlah. Tapi looks agak exclusive. Tak exclusive sangat tapi bolehlaaa.. Kebetulan sedang cari hadiah untuk Abang. Yang senang nak dapat, budget around RM50. Esok kot nak beli sebab hoping to see Abang selasa ni :)

And I already have a long to-buy list.

Labels: ,


3 Comments:

Anonymous sHaH said...

macam best dok sme bank..
hehehehe...

06 July, 2009 06:45  
Anonymous nur.sa said...

siap ada port lepak yg baru..canggih2..

06 July, 2009 13:30  
Anonymous Fina said...

sHaH,
best gile, meh datang sini try. bahagia hidup anda dikelilingi wanita. hahaha

nur.sa,
tu pun kalo ada masa sa (--")

07 July, 2009 03:29  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish