Sunday, June 28, 2009

Ibu bapa sentiasa mahu yang terbaik untuk kita.

Bangun agak lewat.Well, what do you expect kalau tidur cuma beberapa jam saja (mengcover rasa bersalah). Haha. Rushed to the bathroom then bersiap dan mekap ala kadar kemudian terus ke tapak jualan. Everything is on time alhamdulillah.

Para ibu bapa semakin ramai dan makin sibuklah kami melayan kehendak ibu bapa, yang pelbagai dan kadang-kadang menjadi Information Centre pulak. Haha. Kemudian bertekak cara baik dengan abang-abang kat kiosk sebelah sebab mulut sedap je mengenakan orang. Aih sengal gile. Apesal muka suci murni macam ni diorang nak kacau jugak? Tapi nasib baik mereka sangat baik membenarkan kami tukar duit pecah kalau kami kekurangan duit penukar.

Perasaan mula bercampur baur. Membentuk satu rasa yang sukar dimengertikan bila :
  • Melihat seorang ayah yang datang dari jauh membawa anaknya ke U membuatkan saya terkenang pada ayah.. :(
  • Suka giler pegang duit. Lepas tu kira-kira barang dan sebut jumlah harga barang pada orang. Kerja yang menyeronokkan =D
  • Lebih suka berkawan dengan lelaki (- -") Kenapaaaa
  • Waktu freshie-freshie naik bas untuk ke Dewan MAS, ada seorang bapa yang setia menunggu kat bawah dan melilau mata mencari kelibat anak perempuannya. Mungkin dalam fikirannya, 'Dimanalah anak aku duduk dalam bas ni', atau 'sudah ada kawankah dia', atau 'kena cari cepat ni sebelum bas gerak' sebab takut akan merindui sebab tak sempat nak lambai. Melihat raut wajah bapa tersebut yang telah dimamah usia, rasa sebak lagi dada ini. Takde maknanya aku sedih budak-budak ni nak berpisah dengan keluarga. Saya tertanya-tanya, apakah gerangan budi balasan bagi insan yang membanting tulang 4 kerat mereka untuk anak-anak. Macam lirik lagu kan? Jangan senyum. Saya serius.
  • Kenapa tak cerita tentang mak? Sebab saya agak kurang tersentuh dengan perhubungan ibu-anak. Tak tahu kenapa, tapi mungkin sebab diri saya sendiri yang lebih menganggap mama sebagai kawan. Tak berapa nak emosi teriak-teriak tensen la konon. Lebih guna otak dan sentiasa memahami malah sentiasa ada di saat diperlukan. Itu cara saya berkawan.
Bye for now.
Share:

5 comments:

  1. teringat plak masa zaman aku jd AJKS dlu..

    ReplyDelete
  2. kalau anak perempuan, memang sangat dirisaukan. kalau anak lelaki, "biarlah.. die tu lelaki. pepandai la die" ;p

    ReplyDelete
  3. AuraFIza,

    fenat :(

    ف wildchild ۞

    betul kot ;)

    ReplyDelete
  4. erm..tingat masa muda2 dulu plak waktu first time carik blok sdri kt gut3. =p

    ReplyDelete
  5. da stat rupenyer minggu orientasi kat uum... huhuhuhu..

    ReplyDelete

Thanks for simply being here! *love*