Pages

Bye-bye Home.

Saturday, June 20, 2009

Entri ini ditaip menggunakan Compaq Presario V1030AU yang saya refuse nak jual balik kat siapa-siapa pun. Gahahaha.

Oklah mari main random thoughts bercirikan perenggan. Dalam otak ni banyak benda bersarang-sarang. Nak lepas kat blog ah sedap sikit. Saya tak dapat nak tidur. Jangan riuh-riuh. Ini sindrom biasa kalau esok saya nak jalan jauh. Mata nak lelap tapi I don't wanna miss my last hours being at home. I don't wanna miss a thing T_____T Masalahnya, apesal kalau saat-saat akhir keberangkatan saya dari kampus nak balik rumah pun tak dapat nak lelap? Aih. Tak dapat nak jawap.

Tadi explore rumah Siti Nurfazila aka Lucia Lo aka Mimie. Haha kenapa sekejap nama tipikal Malay Malaysian sekejap nama Cina ni? Eh tu bukan nama gelaran okey. Memang nama dia. Habislah lepas ni kalau dia terbaca entri ni mengamuk kat FB sebab telah kantoi nama Melayu dia. Haha. Ohya. Rumah. Luas gile rumah. Berbelit-belit siap banyak pintu. Perfect kalau tiba-tiba terasa nak main sembunyi-sembunyi.

Teringat hari tu. Waktu dah nak gerak hantar Amoy ke stesen. My mom tengah dukung anak Amoy. Kebetulan parking kereta dekat dengan rumah Mimie. Saya tengah dalam kereta bila tiba-tiba..

"Nana anak siapa mama ko pegang tuh??!" Menjeritlah si Mimie dari jauh.

Saya blur mencari bayang Mimie. Suara ada, badan tak nampak. Sudahnya bercakap dengan rumah dia je. "Anak Amoy!"

"Putihnya! Haha!" Gelak pulak. Sengal punya cousin. Tau la Amoy gelap sikit kulit. Tengok Amoy time tu muka dah pasrah dah. Haha.

Adeh. Takda kena mengena. Eh kan cakap tadi, RANDOM THOUGHTS? Haha.

Tadi masak buat terakhir kali (ya Allah beratnya rasa nak balik kampussssss). Sambal terung (my favourite!) taruk udang. Dan lauk ayam kunyit. Tadi tengok habis dan licin. Ayah cakap sudah boleh buka restoran. Sayang tak pergi snap picture pula tadi. I was up to something lepas masak tadi. Up to something buat apa? TIDUR!

Lepas tu Mimie datang entah tak pasti nak apa pastu borak-boraklah sambil gelak-gelak segala macam jenis cerita. Masuk zaman childhood la (membesar bersama. she's 1 year older and an athletic type of person), zaman mula-mula belajar kenal MiRC la, zaman pengaruh hindustan la. Rekemen penulis Inggeris yang dia minat la (she reads a lot of English novels). Saya baca juga buku Inggeris tapi selalu kalau kat bookstore, jadi tak tau nak beli mana sebab tak banyak pengalaman beli buku Inggeris. Tak jumpa lagi specific author yang bagus. She recommends Judith whosthefather so okay later waktu kat LCCT saya rembat novel penulis tu kalau jumpa. Kalau tak jumpa pun beli jugak yang lain. Haha. Dah bosan dengan novel Melayu. Dan ohya. Sebab gap penerbangan dari Sabah ke KL dan dari KL ke Kedah adalah agak panjang, mungkin akan mencuba untuk online sambil lepak kat McD. Soranglah takda teman. Tak kisah, sebab alone doesn't make me lonely pon. Ke, ada siapa nak teman? Hehe.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa saya balik awal kali ni? Terlibat dengan orientasi. Jadi AJKS. 'S' stands for suaikenal. Mesej Dayah (naib presiden JPMDPP) tadi. Ok she's already there with Fie (our college president) dan Shella (setiausaha agong) OK HAMBIK dah keluar dah perkataan JPMDPP. Balik ni haruslah tiba-tiba menjadi busy. Menjadi tertanya-tanya macamana diri sendiri boleh tersangkut kat JPMDPP. Haha. SEBAB, suka bekerja dan ada pengaruh yang orang lain tak ada. Ape kau gila kuasa Fina? Eh eh don't get me wrong okay? That's my trait. Harap anda faham. Haha. Soal sendiri jawap sendiri.

I guess malam ni tak tidur. Ala dalam perjalanan I got enough time to sleep.

Babai Compaq Presario V1030AU. Babai adik-adik yang sengal kecuali Pipie sebab Pipie sorang je yang baik tak banyak songeh dan suka buat lawak Mr Bean. Suka betul dia ni kat Mr Bean (- -"). Babai mama ayah most understanding parents I ever had (eh berapa banyak parents kau ni). Babai bilik, yang kini berada di tangan si Dana, manusia paling rajin di dunia.

1 comment:

  1. ko da nk blk eh?
    ke da grak blk skang?
    slamat mnjadi AJKS..
    slamat melalui hari2 yg penuh dgn kepenatan..(tp best sbb dpt roti byk!)hahah..
    kem salam kt all 'freshies' =)

    ReplyDelete

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS