2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




What do I do?
Tuesday, May 12, 2009 posted at 16:26 ♥


Hari ni makan tengahari dengan salad, beberapa hiris tomato, telur goreng dengan sosej. Macam American Breakfast lak tapi bawa pergi lunch sebab pagi tadi dah sarapan nasi lemak.

Bangun pagi terus turun ke ruang bawah dan terus ke meja makan dan sarapan. Huduh betul perangai minah ni. Tak berus gigi, tak cuci muka pun. Terus tibai nasi lemak. Haha. Well, nanti mandi kejap lagi berus gigi juga. Kan? Hahahaha. Bijaknya aku. Bukan ape, kisah di sebaliknya adalah, itu dah memang kebiasaan. Ceh. Buruk perangai sungguh.

Sebelum mandi, jemur kain. Lepas mandi, turun pula ke dapur. Hari ini tidak ke kantin sebab pekerja Mama tak datang lah hari ni. So, stay whole day kat rumah. Tengahari masak untuk makan tengahari. Lepas tu makan sendiri-sendiri depan TV tengok Disney Channel. Asyik-asyik tengok kartun Disney macam tiada siaran lain. Haha. Alamak bosannya.. Macam hidup sorang je. Memang sorang-sorang je waktu tu. Nobody was at home that time, I was alone. Ayah kerja. Mama ke kantin. Pipie dan Dana ke sekolah. Adi macam biasalah, kalau bukan terperuk dalam bilik macam anak dara yang tak lawa, akan keluar menyelinap diam-diam tak tau ke mana. Tau-tau saja petang tadi, dapat tengok je dia melintas kat depan dengan pakaian ala-ala smart. Memang keluarlah tadi tu. Selepas makan, makan aiskrim perisa durian. Sangat tak sedap.

Waktu tengok TV teringat-ingat semalam perbincangan hati ke hati saya dengan si dia. Entahlah. He is really a good man. Calon suami yang sungguh baik, patuh T____T, setia, walaupun of course there are maybe some flaws, but he is still the best. Kenapa kamu sangat penyabar Sayang T____T Sangat tersentuh hati ini.

Sambil-sambil itu, membaca semula diari lama. Diari tahun 2003 dan diari tahun 2005 sahaja yang tinggal. Waktu itu saya masih di sekolah menengah lagi. Form 5 dan Form Upper 6. Some things have changed, while some things remain. Masih seorang gadis biasa (biasa yang agak something), yang punya perangai yang agak aneh tapi manis. Hahaha. What do you say if (IF) I publish all those writings to this blog? Ah. Gila mempublish pulak dah.

Checked my weight. As expected T_______T, I'm gaining my weight. Salahkan mulut dan perut saya okey. Mereka berdua sangat suka makan. Kesian my body. Berat sebelum ini cuma antara 47kg dan 48kg cuma. Lepas beberapa bulan tak cek weight, dan sebulan menternak macam-macam dalam badan, akhirnya tambah sampai 51kg. Bayangkan, cuma sebulan. Memang penternakan berjaya. Padan sangatlah. Jadi kamu fahamkan, kenapa saya makan tengahari dengan juadah simple-simple.

Enough bubbling. Da :)

Time now : 2032 Updating for 7th, 8th, 9th, 10th, & 11th.

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish