2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Penjaga Kedai Yang Baru.
Wednesday, May 13, 2009 posted at 19:03 ♥

I'm going to tell you what I do today in one paragraph.

Pagi-pagi mengurus diri. Buka freezer ambik ayam nak direndam. Kemudian jaga kedai sekejap sampai pukul 11. Lepas tu tutup kedai jap pergi masak pula. Ayam goreng dengan sayur. No pictures of it for today, sorry. Macam biasa, I was alone. Ahh.. Sangat tidak suka buat kerja dalam dapur berseorangan. Alangkah baiknya kalau ada teman berbual. Miss one of my bestfriend, Amoy. She used to be here, sitting there talking nonsense and silly thoughts and jokes of her but always get me laughing while doing all the cooking. Kemudian kemas dapur dan makan dan sambung jaga kedai. mama balik rumah dan terus ke pekan beli stok barang-barang runcit yang dah nak habis. Pipie balik dari sekolah dan macam biasa, kena bagi makan ubat for his asthma. Lepas tu pergi sekolah agama pula. Kemudian Dana pulang dan teman jaga kedai sambil main game. Err, saya yang main. The Sims 2. Hahaha. Jam 6 petang, tutup kedai.

In between, ada-ada je yang berlaku. Tapi meh nak habaq sat. Nak teruskan pembacaan, boleh, tapi nak kasitau awal-awal baca tak dapat apa, tak baca tak rugi apa-apa. Kalau masih nak dengar saya melalut, saya tak kisah. Hehe.

Tadi, entah ayam jantan sape dengan muka mintak penampar masuk melalui pintu kedai. Agaknya nak rembat makanan kucing aku lah tu. Elok-elok piring kucing tu kat tepi pintu, sempat dia patuk beberapa bijik. Ih. Ayam sape nih tak tau jaga? Rasa macam nak sepak je laju-laju. Dah berapa kali jerit-jerit halau (oi ayam, janganlah seksa, aku malas nak angkat punggung dari meja kaunter ni T______T) tapi tergedik-gedik jugak datang balik. Sakit hati punya pasal, aku pun bangunlah dengan penuh samseng tanpa lenggok keayuan lepas tu tendang pintu kedai. GEDEGANG! Lari tergedik-gedik ayam itewww. Aku ingat kau sampai bila-bila AYAM HUDUH! Memang lepas tu tak datang-datang lagi tapi yang sadisnya, selepas menendang pintu kedai itu rupanya ada 3 anak teruna sudah berdiri di depan mata. Selalunya ada juga yang phewwitt phewwitt macam shiyal tapi kali ni takda sorang pun bersuara. Haha. Sedikit malu sebab ada orang tertengok perangai hodoh saya. Kalaulah boyfriend saya nampak saya halau ayam macam tu... Eh? So what? He knows me well. Ok ok. Macamana kalau ayah saya yang nampak, wah, takutnye. Ayah saya tak suka anak-anak perempuannya berkasar macam lelaki.

Lepas tu.

"Aik, tukar penjaga lagi?" Datang pula sorang tauke roti. Lori dia berhenti betul-betul depan rumah. Fact, penjaga kedai ni tahun ni dah bertukar 3 kali. Ni dah nak masuk yang keempat dah ni.
"Iya, saya penjaga baru di sini. Yang sebelum ni ada problem sikit."
"Oh.. Tauke mana?"
"Tauke takda. Pi pekan." Jawabku sambil diiyakan oleh Dana.
"Mama kau (merujuk kepada tauke) ka tu?"
"Eh, bukanlah. Saya kerja sini ja." Saya senyum manis macamlah tak buat salah menipu mamat yang agak hensem nih. Haha. Dana tampar kuat-kuat kat peha.
"Adik beradik kah?"
"Bukan-bukan, tapi dulu waktu dia kecil saya yang jaga dia," balas saya sambil tepuk dan usap-usap rambut Dana. Kali ni sengih-sengih. Nampak sangat pura-pura. Okey stop it Fina. Mesti mamat tu kepala pusing dah dengan perangai entah apa-apa entah ni.

Kemudian kisah kucing pula. Saya mengajuk-ajuk perlakuan kucing-kucing itu siap dengan perkataan sampai riuh kedai runcit tu dengan gelak ketawa saya dan Dana. Semua gara-gara salah seekor anak kucing kami yang teramatlah penakut (kami cakap kucing pemalu).

Ah. It's 7:03pm. Gelap dah. Later dears. Bye :)

0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish