Pages

Menulis Dengan Hati.

Sunday, May 17, 2009

T________________________________T

Buruknya wajah. Muka sedih tapi dalam hati sebenarnya agak seronok Hafiz pujaan hatiku yang COMEL tu menang AF7 kali ini. Bersorak sorang-sorang depan TV macam apa sambil ulang-ulang perkataan I Love You Too padahal Hafiz tak cakap I Love You pun pada saya T____T Hafiz sangat comel.

Dear readers,

Saya singgah sebentar di sini dalam keadaan katil sedang melambai-lambai ajak tidur. Saya singgah di sini kerana ada pemberitahuan (ada ke readers. bajet macam ada je padahal mungkin tiada. haha) bahawa saya akan berhenti berblog untuk satu jangka masa yang mungkin panjang. Mungkin cukup panjang untuk anda bosan menunggu. Sekali lagi, ada ke pembaca?

Ok sebenarnya memang ada. Dua tiga orang mungkin. Atau seorang. Saya juga tahu saya ada followers (takkanlah taktau ada tertera besar-besar di sidebar kan). Dan baru-baru ini bertambah beberapa followers baru dan ucapan saya, selamat datang ke sini. Maaf tiada apa sangat yang mampu saya hidangkan pada kalian. Saya hanya punya hidup saya. Entri saya memang tak sah kalau takda unsur lupa diri, macam budak-budak, tak tahu malu, dan suka mendedahkan kekurangan diri. Tidak kurang juga bijak berkata-kata dan pandai buat-buat sombong (memang sombong). Memang jarang meninggalkan atau membalas komen. Memang sangat jarang. Haih. Kalau itu salah satu peraturan dalam berblog, saya blogger yang fail. Sah blogger perasan cantik. Juga syok sendiri. Tapi do I care? I don't even care anyway. Tapi (lagi) bukankah lebih baik memprivatekan blog kalau tidak kisah dengan readers? Sudah. Perang dalaman sudah.

Sebelum apa-apa, terima kasih tidak terhingga telah mengvote di ruang PollDaddy itu. Terharu. Bukan senang nak move cursor klik sambil berfikir samada blog ini comel atau tidak. Berfikir samada boleh ke dia suka pada blog ini. Dan berpinar-pinar mata tengok option yang berderet-deret tu. Maaf, that's my first try. Sangat excited waktu tu. Boleh pakai tak alasan? Haha.

Balik kepada yang tadi.
Takda apa yang nak dihairankan sangat dengan dunia blog pun. Siapa nak denda kalau tak update 3 hari. Siapa? Mana ada undang-undang seorang blogger tidak boleh bercuti panjang? Kesannya sah-sah terkena lebih kepada si penulis blog.

Pasti sangat merindui blog yang menjadi sasaran luahan rasa saya sejak 2006 ini. For the time being, berpuashatilah dulu dengan mana entri yang ada. Tak suka boleh blah. Kalau suka, tunggulah. Satu hari nanti pasti diupdate (rupanya akan bercuti dua hari sahaja mungkin. haha) Saya berehat seketika kerana banyak perkara di luar kawalan saya yang sungguh memilukan hati saya. Cewah. Pasti hidup kita akan ada merasa sebuah kehilangan dan saat tiba-tiba merasa tidak diperlukan. Bukan membawa rajuk di hati namun hati ini cuma menuntut mahukan sebuah ketenangan. Ruang untuk tertawa. Senyum pun jadilah. Hati yang walang jangan ditunjuk pada publik, nanti hilang macho. Menulislah dengan hati, tapi bukan hanyut.

Ok, Fina sedang lupa diri. Bukan pernah ke buat tunjuk perasaan dalam blog? Haha. Macamlah taktau, Fina MEMANG suka buat-buat lupa diri.

This isn't goodbye. I'll always be around.

No comments:

Post a Comment

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS