Pages

Have I Told You Lately?

Saturday, May 23, 2009




Saya sendiri tak faham kenapa sudah kurang menyidai muka ala-ala suci dalam blog? Hampir semua yang kurang senonoh malah macam muka minta penampar. Lawa sangat ke bibir tu? (Tak siapa sanggup nak jawap) Haha. To tell you, I took those pictures today.


Ini adah curser saya yang terbaru.

Tengok kiri. Tengok Kanan. Pandang belakang ada katil, pandang depan ada laptop. Cuba mengupdate blog walaupun taktau nak cerita apa sebab telah kena sindrom otak-tak-jalan. Kenapa? Sebab mengantuk. Baru pukul 10 dah terkebil-kebil menahan mata yang sedang mengantuk sambil memandang ke depan sisi dagu 45 darjah.

Kejap.. Nak minum sekejap.

.
.

Have I told you lately that I love you..? Cewah. Hehe. Since saya tak tahu nak bebelkan apa, mari tengok apa yang sedang berlaku dalam hidup saya :
  1. Saya sedang sihat alhamdulillah. Terima kasih =)
  2. Sedang mengamalkan senaman harian secara konsisten selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
  3. Sedang menjaga pemakanan.
  4. Sedang menjalani rutin harian yang sama setiap hari. Bangun pagi, sarapan, senaman pagi, basuh kain, mandi, pakai baju, jemur kain, basuh pinggan, masak, jaga kedai sambil online sampai lewat petang, angkat kain, lipat kain, mandi, dinner, dan malam pula merupakan waktu free.
  5. Tidur awal, dan bangun awal.
  6. Sudah potong rambut sampai paras bahu. Dulu dah sampai pinggang.
Ada dalam sebulan lagi masa untuk saya bercuti. 20 Jun ini kena balik semula ke UUM menjadi AJKS untuk program suaikenal freshie-freshie. Saya diberitahu tiket kapal terbang boleh claim balik dari pihak kolej sebab kami balik awal atas urusan kolej. Kalau hari tu tahu yang tiket kapal terbang kami boleh claim balik, beli aje tiket kapal terbang dari MAS. Bla bla bla bla bla.. Membebel macam mak nenek dah. Jom tidur.

2 comments:

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS