2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




CountDown to 8th of May: Two More Days To Go
Wednesday, May 06, 2009 posted at 23:48 ♥

Laju je menulis tadi. Laju je otak ni bina ayat menggoreng lecturer. Habis menjawap kertas Etika & Akta Kaunselor dan keluar dari Dewan Peperiksaan 4 (1) Fakulti Teknologi Maklumat, perasaan selepas tu macam di awang-awangan. Balik dengan senang hati. HeavenHeavenHeaven ohHell. Kerja tak siap lagi. Ih.

Senarai kerja ikut prioriti :
  • Surat Penangguhan Projek FBTT (BKK) ..apesal balik 22 April buat kerja terbengkalai ni sayang. Tak bagitau akak pun surat tak buat lagi. Kalau tak dulu waktu akak banyak free akak boleh tolong. Ingat nak balik cepat je, keje tak siap lagi bla bla bla bla lepastu bla bla bla.. Anyway, DONE.
  • Paperwork DIJB (JPMDPP) in progress.
  • Laporan Projek MA.. done BUT fixing something about Mr Receipt.
  • Basuh baju
  • Pack barang
  • ...
  • ... tak habis-habis dengan list.
Nanti lagi ya. Ada hal sekejap.

.
.
.

Back.

Hi.
My name is Fina.
From Ranau Sabah.
I miss my home.

Ahaha. Fina mengada. Tapi memang semakin terasa tak sabar nak balik padahal siapa kata hari tu dia kurang excited nak balik? Siapa yang cakap? Siapa? T_______T

Rasa angin yang bertiup sepoi bahasa. Sedikit rasa dingin even waktu matahari terik. Rasa yang hanya boleh ada waktu di kampung. Waktu di rumah. Rumah saya di kawasan tanah tinggi itu memang dekat saja perjalanan kereta ke kaki Gunung Kinabalu. Kalau hari cerah, sah-sah pagi-pagi lagi depan rumah sudah tersergam indah seluruh puncak Gunung Kinabalu. Maaf, tiada kata seindah bahasa, eh silap, tiada kata seindah rasa. I am still amazed with the pleasant-cold yet refreshing and relieving breeze, eversince I was a kid. I love that feeling SO MUCH and that is one of the reason why I miss home so dearly.

Tadi hantar Juwita ke Universiti Inn sebab dia nak tunggu bas ke KL kat situ. Nak tahu cerita waktu hantar Juwi, sila baca sini.

Selepas tu, singgah makan kat gerai-gerai yang dekat dengan roundabout (tak ingat nama gerai, main serbu je tadi). Time tengah ambil parking, saya perasan macam riuh kat seberang jalan. Waktu kebetulan lalu kat situ, salah seorang dari longgokan (haha) lelaki-lelaki yang meriuh-riuh tu jerit my full name dari jauh. Kenal sangatlah suara tu, tak payah nak diperkenalkan lagi. Satu UUM ni kenal. Bob! Bob? Korang mesti terfikirkan yang gemuk-gemuk kan? Ada tak ada tak? Takda takpa. Kalau ada, meh nak habaq sat. Dia ni kurus namampos. Bukan setakat nama penuh ni disebutnya, tapi nama penuh blog ni sekali. Dan bukan setakat cakap, tapi jerit dari seberang jalan - Duh. Rasa nak baling je dengan selipar. Dia ni dah takda modal lain agaknya. Bayangkanlah, sejak mula dia kenal blog ni lah, tiap kali jumpa kat luar, itulah antara line-line pertama keluar dari mulut dia. Aih. You're lucky saya jenis malas nak melawan okey Bob.

Ada lagi cerita, kereta Ika remuk sikit kat bahagian depan sebab terlanggar kambing yang dah mati kat tengah jalan highway yang takda signboard 'AWAS, KAMBING' or whatever it is. Remuk sebab pandu laju, so momentum kuat, tu yang remuk tu. Pity her.

Goodnite all..

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish