2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Alert!
Thursday, May 21, 2009 posted at 23:51 ♥

This is going to be a LOOOOONG entry.

21th of May.
A significant date for Sufilara.Blogspot.Com.

Saya seorang pelajar Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Sains Kaunseling di tahun yang kedua. Merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Saya seorang gadis berbangsa Dusun yang berkampung halaman di sebuah desa yang nyaman dan aman. Hidup secara bersederhana. Ayah saya seorang pegawai kerajaan dan Mama bekerja sendiri. Saya mula menulis tentang diri sendiri bermula sekolah rendah lagi. Baca sini. Setiap masa terluang, saya akan menulis beberapa perenggan tentang kehidupan sendiri di atas kertas. Menulis tentang kehidupan sendiri merupakan salah satu hobi saya sejak kecil. Sehinggalah saya kenal Friendster pada September 2006, saya mula berblog. Berblog dan terus berblog sampailah ke hari ini.

Tempoh saya mengenali Blogger hampir sama dengan tempoh saya mengenali seorang rakan. Seorang rakan yang bersemangat tinggi, sangat suka buat gathering. Dulu saya cuma berblog di blog friendster saya dan selepas mengenali beliau, dia dengan baik hatinya telah mengajak saya membuka blog di Blogger pula. Terima kasih, happy 23th birthday today, dear.. (DEAR? Nak kena neh. Haha). Dan pada 21 Mei 2007, maka terpublishlah Sufilara.Blogspot.Com dengan satu entri bertajuk Window Shopping yang sebenarnya lebih bertujuan membawa kanak-kanak bersiar-siar. Pada saat entri ini dipublish, sebelum 21 Mei 2007 pun sudah ada entri lain tapi itu sebenarnya hasil transfer sebahagian entri dari blog friendster.

Awal-awal menapak di Blogger, cuma letak gambar. Kalau bukan gambar, lirik lagu. Kalau bukan lirik lagu, gambar. Kalau bukan gambar, lirik lagu. Kalau bukan lirik lagu, gambar. Tak pun, dua-dua sekali. Lepas tu sudah pandai jawab kuiz yang bersepah-sepah di internet ni tapi yang paling disukai ialah Blogthings.Com seperti di entri INI. Kemudian pada 25 June 2007, telah menghasilkan entri bertajuk La Familia yang menceritakan tentang keluarga sendiri. Ringkas sahaja. Dalam entri tu juga saya ceritakan tentang peristiwa gempar yang kini merupakan antara peristiwa yang menggelikan isi perut seisi keluarga. Wahaha. Ok Fina, tak baik ketawakan adik sendiri. Waktu itu saya memang jadi pemerhati dan pendengar sahaja. Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan waktu itu yang kononnya akan hantar rombongan waktu akhir tahun itu rupanya cara ayah untuk mengurangkan gelodak jiwa seorang lelaki yang sedang bercinta, yang juga adik aku. Kahkahkah. Zaman remaja sekarang dah lain, jaga adik korang masing-masing. Hehe. Selepas tu, barulah bermurah hati bercerita tentang keluarga sendiri. Ohya, dan.. err, kenyataan "...mak n ayah nak sanding balik akhir bulan 12 ni utk ulangtahun perkahwinan mereka" ini dalam entri tersebut merupakan gurauan semata-mata. Jangan percaya.

Kemudian, pada entri INI, saya telah secara rasminya mengumumkan penglibatan saya dalam Bidasari, kumpulan penari Universiti Utara Malaysia. Orang yang bertanggungjawab dalam penglibatan saya adalah Encik Henry (Encik. Tak tahan! Haha) yang sangat flirty orangnya. Ceh. Dan juga terima kasih pada Wan Suraya or Wancu or Chu yang dulu merupakan teman paling rapat di UUM tapi sekarang tak. Tak tau sebab apa, jadi jangan tanya. Tapi maybe juga sebab pertukaran kos (dulu satu kos dengan Chu. Termasuklah Fiza dan Niza) dan penglibatan dalam JPMDPP menjarakkan. Takpa, we still friend forever right? Miss the OLD US. Really miss it. Pergi kuliah sama-sama, outing sama-sama, bergaduh sama-sama, berbaik sama-sama.. tapi belajar tak pernah nak sama-sama sebab kalau kami sama-sama mesti idea yang keluar adalah 'Mari melepak tengok lelaki hensem'. Err. Okay too flirty. Begini sebenarnya. 'Mari melepak kita belajar tentang kehidupan'. Haha. Eh, bukan nak bagi ucapan terima kasih ke kat Chu. Hehe. Chu, terima kasih sebab sangat banyak berjasa dan selalu jadi bodyguard sepanjang kita saling mengenali termasuklah waktu kita join Bidasari dulu tu T____T

Selepas itu, entri-entri macam biasa. Ringkas-ringkas sahaja. Biasanya yang tiada kualiti langsung. Namun blog ini telah menjadi saksi segalanya. Tentang siapa sebenarnya Hasnie Falina. Kejujuran yang saya tahu amat melampau batas tapi itulah saya. Saya tak bagus dalam menipu tetapi bagus dalam berahsia. Sangat mengelakkan penipuan walaupun pernahlah juga sekali dua. Kita manusia yang tidak sempurna. Kejujuran yang melampau juga merupakan satu ketidaksempurnaan.

Dalam entri INI dan beberapa entri lain yang berkaitan, saya telah mengimbau semula kenangan waktu bersama dengan seorang lelaki yang cukup istimewa di mata dan hati beberapa tahun sudah. Kehadiran lelaki itu merupakan salah satu fasa yang penting dalam hidup saya. Tidak sah jika anda mengenali saya tetapi tidak tahu tentang kewujudan lelaki ini dalam hidup saya. Sangat tidak sah okey? Hahaha. Serius. Sebab apa? Sebab dia cinta pertama. Sungguh nostalgik. Tak usah tipu diri. Mungkin juga sebab dalam hati ini ada parut luka yang sangat dalam, caused by him. Only him. Tiada luka lain seteruk luka yang ini.

Tarikh 1 Mei 2008 merupakan titik tolak perhubungan cinta yang kedua dengan seorang insan sederhana dengan permulaan yang sederhana dan sehingga kini masih sederhana.

My past, it kills me. The pain never goes away. My heart broken to pieces not a piece left to stay. Its HARD to let a new love in when you can't seem to forget the past. Its hard to have trust inside since nobody else could make it last but.. sometimes you have to try though no matter how hard your last fall. The right one could be just around the corner waiting for you to answer his call. I think maybe i found the one to at least make my heart once again whole. It's the way he can take away my past and unleash what i had hid in my soul. I want to show him how much i CAN REALLY CARE and i'm READY to give love another shot and if he's willing to give me the chance, I'll give him WHAT i never got.

You also may find these interesting :


Lagu dari Penjara merupakan entri yang telah meninggikan statistik pengunjung yang datang melawat ke blog ni. Tak sangka sungguh sebab niat saya hanya ingin mengulas, bukan sebab nak naikkan jumlah pengunjung atau gila trafik. Tak menyumbang apa-apa pun diorang nih. Baca then leave tak bagi salam. Tolong bersopan sikit lain kali. Readers saya jugaaak yang terbaik.

Better Untouched. Waktu menulis entri ini, saya amat touched.. Tak percaya, baca. Telah ditulis dalam bentuk kronologi. Armin is my bestest guyfriend ever. Sekarang ini sedang menuntut dalam bahagian medical di Kuching. This is my poem for you, Armin. Ingat semua pesan Fina.

Kami. Mereka kumpulan penari yang amat terkenal di kampung. Ditubuhkan pada tahun 2005. Entri ini merupakan gambar waktu persembahan mereka yang paling akhir.

My Mr Shan Jun Hou. Lupakan sekejap tentang my Mr Shan Jun Hou. Mari bincang tentang Shan Jun Hou itu sendiri. Atau juga dipanggil makhluk tuhan paling seksi bernama Ming Dao. Ohmygod Ming Dao sedang lalu. Ahhhh tidaaak.. Rupanya bayangan semata-mata. Oh hensemnya pojaan hatiku. Anda mesti sedang tertanya-tanya siapalah Ming Dao tu. Terkenal ke? Hensem sangat ke? He's Taiwanese actor. Seorang penyanyi dalam kumpulan 183 Club. Dah tengok lakonan dia dalam The Prince Who Turns Into A Frog (drama yang dapat rating tertinggi juga telah mengalahkan drama Meteor Garden di Taiwan pada tahun 2006. Hambik kau) dan Ying Ye 3+1 yang sekarang ni belum lagi habis di download dari youtube. Sekarang dah sampai episod ke-11 dah. Ada 5 episod lagi. Sebenarnya nak tengok Ming Dao dengan killer-smile dia je ni. Kenapa dia hensem sangat neh? Sampai terlupa pada orang yang sepatutnya. Hahaha.

Random Thoughts tu pun masuk jugak dalam list ke? Ya, sebab saya rasa entri ini menarik sebab bukan cuma saya saja, tapi semua orang ada random thoughts macam tu. Kadang-kadang yang lebih nonsense pun ada. Berfikir banyak benda dalam satu masa (mungkin dianggap remeh bagi sesetengah lelaki). Begitukah otak wanita beroperasi? Moral, teman wanita anda mungkin berfikir secara begitu. Sila alert. Haha. Berbalik pada soalan. 'Kenapa Random Thoughts tu boleh jugak masuk dalam list?'. Macamana dengan jawapan yang ini? 'Eh blog saya, suka hati saya lah.' Jawapan yang tak wajar diterima oleh manusia yang ada otak. Tapi boleh guna untuk goreng orang yang tak guna otak ke tahap maksimum. Hahaha lagi walaupun tak lawak.

Sepatutnya entri ini sesuai untuk new readers. Percayalah, masih banyak lagi sebenarnya yang tidak disebutkan. Red alert, red alert! (ceh, antara tagline Air Asia) Banyak entri yang agak mentwist minda jadi jangan baca sekaligus semua. Nanti function otak jadi tak betul. Hahaha. Gelak serius.

Cukup sampai sini dulu. Next entri adalah tentang keputusan undian PollDaddy :D

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish