Sunday, May 31, 2009

Selamat Malam.

Disebabkan kursus masakan tu telah ditangguhkan, maka entri untuk kursus itu juga nampaknya kenalah ditangguhkan jugak. Maaf buat janji palsu yang belum palsu lagi (apakah?).

Petang tadi di Dewan Serbaguna kampung saya telah diadakan majlis sambutan Hari Ibu. No pictures, sorry. I had not taken any. Sibuk makan. Gahaha!

It's 11:09 PM now. Kepala ni berat je. Dah terbiasa tidur awal kot. That's all for now. Malas ah membebel malam ni. Mood okay. Cuma mengantuk tahap sederhana tapi nak tidur gak. Haha :D

Jumpa esok. Salam.

Share:

Saturday, May 30, 2009

Off to Pekan Ranau




Kursus masak-masak ditangguhkan ke tarikh lain. Bila? Kurang periksa. Jadi agenda hari ini adalah menemani ayah membawa kanak-kanak bersuka ria yang taktau suka ke tak. Dana dan Pipie. Dana dah form two tapi pedulik apa dia masih budak-budak. Wakaka. Kalau bukan Kolam Air Panas Poring, jangan harap nak tengok budak-budak Ranau yang bercitarasa tinggi dapat ultimate excitement mereka. Kalau dah pergi selalu pun boleh busan jugak. Untuk dewasa? Gunung Kinabalu of course :) Selain dari keindahan alam semulajadi dan hawa dingin (sekarang tak berapa nak dingin dah), Ranau have not much to offer you. Juga sama sekali bukan syorga membeli belah. Ranau ialah sebuah pekan, yet a big pekan. What more can you expect. Bukan bandar pun. But, what i like the most is, ketenangan dan keamanan di sini. Mungkin juga sebab ini tanah tempat saya dilahirkan.. :D The people is so nice and very berterus terang pardon me tak ingat apa berterus terang dalam inggeris oh baru teringat - very straight forward hahaha (as most of sabahan ARE) and for me, that makes a better living. Okay back to story. Menemani ayah membawa kanak-kanak bersuka ria yang taktau suka ke tak. Dana dan Pipie. Mama pergi kursus (maklumlah orang busy..) jadi tak dapat join. Adi macam biasalah, mengeram telur kat sarang (bilik) dia. Hahahaha!

Damn hot. Cuaca panas. Selepas pembangunan demi pembangunan, sedikit sebanyak telah wujud perbezaan cuaca berbanding tahun-tahun dulu. Ranau dah tak macam dulu. *Sigh*

Guess who? Kapten Dr Faiz Khaleed, Malaysian Second Astronaut
Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Lingkudou

Ini adik bongsu saya, Pipie. Among my favorite picture even sekali lagi saya telah didapati membuat muka macam mintak kena tampar (jangan tampaaar T____T) which I found very interesting. Gahaha. Cakap gambar sendiri interesting (bukan muka sendiri okay - GAMBAR sendiri). Sebab? Susah sangat (i do mean SANGAT) nak ambil gambar bersama Pipie. Mungkin lebih senang ambil gambar dia seorang diri which is PUN SUSAH JUGA. Maybe that's why Pipie is my favourite young brother when Dana happen to be my closest sibling since kami berdua je perempuan dan banyak persamaan. EXCEPT for that girly-girly part okay. Euwww! Oh baru teringat. Ada dua jenis gambar keluarga yang confirm susah nak dapat sekarang ni. Gambar Kili (my parents suka tulis nama Kili as Kelly) dan Adi, dan gambar Dana dan Pipie. Why ar? Diorang ni memang. Adik beradik pon taknak gambar sama-sama or even duduk dekat. Haha.


Nak introduce lagi? Hehe, this is Dana AKA girly-girly. Kahkah. Okay okay, as everyone cakap, mata dia memang besar.
Share:

Friday, May 29, 2009

Mood : Neutral

There was a calling. From mom.

"Na, mau ikut kursus masakan?"

Urghh.. Malas ah mak. Kata saya dalam hati. Kali terakhir saya mengikuti kursus masakan adalah masakan dari Pantai Timur. Ya Allah kenapa susah sangat, pening sampai tertidur dalam kelas masakan. Gahaha. "Masak apa?"

"Macam-macam. Ala-ala hotel 5 bintang. 10 jenis semuanya. Besok. Mau ka tidak?"

"Emh. Yalah." Plan nak pergi rumah Amoy tergendala lagik. Membebel la minah tu kat aku.

.
.
.
.


Hari ni jugak try drive guna kereta auto-gear. Okay such a lame. Orang lain dah berzaman-zaman tau bawa kereta auto-gear sebab lebih senang bawak berbanding yang manual eventhough ada kawan cakap, lebih selesa pakai yang manual. Best la jugak bawak. Seperti biasa, bermasalah kat part nak amik parking. Haha gelakkan dia. Sape suruh tak selalu praktik drive.

Esok going to kursus. With mom. Ala sehari je. Malam dah kat umah. Sabarlah semua k! Sehari jer (bajet ada peminat. hahahahahahaahaahahahahah) Anyway. Ape aku nak jadi ni.. Kaunselor ke tukang masak/chef? Hahahaha. Macam more to cooking je. Untung future husband aku nanti. Makan sedap-sedap. Aih, takleh jadik neh. Aik, tak suke future husband makan sedap-sedap? Pelik kau ni Fina.

Untuk entri INI, my decision is, for now I think I'll just make it all flow. To where it shall end, OR, for a new beginning. Mari ikuti pengembaraan kisah cinta Fina di alam remaja. Ceh. Remaja lagi ke bila dah 22 nih??

Next entry :
  • Cats
  • Kursus Masak
Anyway, will be come back later for those updates =)
Da.
Share:

Thursday, May 28, 2009

Updates.

Hari ni kepala pening banyak.. nanti saya update balik. Jap.

.
.
.
.

Ape nak cakap eyh... Ah sudah. Kena sindrom-otak-beku pulak dah.

.
.
.
.

Sakit perot. Jap. (Cet! Tu pun nak gitau. Sengal ah Fina)

.
.
.
.

Okay dah.

Seperti yang kalian dah baca kat ruang atas bertajuk "✿ n o t e s f r o m t h e a u t h o r ✿" itu, saya ingin mengumumkan bahawa saya dah buka satu lagi blog tempat letak links dan lalinks bernama Blog For Friends yang juga sebuah Blog Of List yang kebanyakannya adalah terdiri dari blog kalangan rakan-rakan blogger yang pernah saya singgah. Selagi link anda ada di situ dan TERUPDATE, selagi tu saya akan singgah kat situ. Jadi, jika mendapati blog anda tiada dalam senarai dan kalau nak exchange link, just contact me melalui komen entri atau lebih senang lagi, tulis kat cbox. Buat masa ni saya masih akan menggunakan cbox yang sama dengan cbox di blog utama saya ni. Jika ada apa-apa soalan, jangan ragu jangan segan, saya tak makan orang. Hahahahaha. Err.. Ok tak lawak.

Saya juga telah berkenalan secara ringkas dengan this one famous guy (walaupun tak pasti pernah ke dengar nama dia) but I saw his performance on TV - yang kata saya funny dan interesting girl. He's a blogger too so you can see his blog in my list. Bila saya sedih, dia cakap saya terlalu ceria untuk simply bersedih. Wow. Simple words. But I looikkkeee.. HAHA. See, it's so easy to entertain me. Sangat senang di ambil hatinya hanya dengan sepotong ayat gula-gula. Guys out there, ITULAH WANITA, if you know what I mean. To that guy, hey, if you're reading this, just wanna tell you, you had made my day =)

Hari ini juga sangat teruja bermain permainan atas talian melalui FB. Adik saya yang yang 12 tahun itu cakap "Macam budak-budak" T___________T Buli kakak. Walaupun sebenarnya tak kisah pun. Haha.

Gara-gara Dana suka sangat buat gaya macam maknyah (no offence), saya telah menggelarnya 'Girly-girly' yang kedengaran seperti 'Geli-geli'. Berulangkali menyebutnya sampai ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia. Ok saya kuat ketawa. Dan ketawa sangatlah kuat lebih-lebih lagi bila berpadu tenaga dengan gelak orang lain :D

That's all for now, see you tomorrow =)

Share:

Wednesday, May 27, 2009

Detik-detik yang blues.

If you're not the one
then WHY does my soul feel glad today?
If you're not the one
then WHY does my hand fit yours this way?
If you are not mine
then WHY does your heart return my call?
If you are not mine would I have
the strength to stand at all?
I NEVER know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through
And I hope YOU are the one
I share my life with
I don't wanna run away but I can't take it,
I don't understand
If I'm not made for you
then WHY does my heart tell me that I AM?
Is there any way
that I can stay in your arms?
If I don't need you
then WHY am I crying on my bed?
If I don't need you
then WHY does your name resound in my head?
If you're not for me
then WHY does this distance maim my life?
If you're not for me then WHY do
I DREAM OF YOU as my wife husband?
I don't know why you're so far away
But I know that this much is TRUE
We'll make it through
And I hope YOU are the one
I share my life with
And I wish that YOU could be
the one I die with
And I'm praying YOU're the one
I build my home with
I hope I love YOU all my life
'Cause I MISS YOU, body and soul
so strong that it takes my breath away
And I breathe YOU into my heart and
PRAY FOR THE STRENGTH
TO STAND TODAY
'Cause I LOVE YOU,
whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side
I don't wanna run away but I can't take it,
I don't understand
If I'm not made for you
then why does my heart tell me that I am?
Is there any way
that I can stay in your arms?

Tiada ucapan, tiada tulisan. Yang ada hanyalah perasaan.
T______________T

Share:

Tuesday, May 26, 2009

Two girls miming on 'Dan Sebenarnya'





Aren't they're cute?
Will be updated.

Yang baju biru tu namanya Widha, yang baju orange rambut macam hantu tu bernama Dana. Sama-sama berumur 13 tahun. Dua-dua suka menyanyi, dua-dua suka menari, dua-dua berperangai artis SIKIT. Biasanya si Widha ni lagi menyerlah dari Si Dana ni tapi dalam video ni macam tak but again, takpalah. Haha.

Updated: Lagi satu home-vidoe ni diorang buat tanpa ada buat training atau perancangan pun. Terus rakam.

Kenapa saya letak video ini kat sini?

  1. Video ini sangat comel.
  2. Lenggok mereka sangat comel.
  3. Nak hiburkan hati sendiri.
  4. Show-off.
Haha. K ah. Just making it as simple as I can. Tengok je video tu, tak baca pun takpe sebenarnya.. :D

Nice day!
Share:

Messages.


Pewwwwittt.


Selepas berhempas pulas mengecek (ke menCEK?) kod layout untuk page saya ni, dengan bantuan DIRI SENDIRI dan sufilarawidgettester.blogspot.com (hahaha, mesti ada yang menyampah nih), akhirnya ruang komen dah perfectly fixed! KREDIT KEPADA Teratak Muncet yang banyak provide tip-tip yang sangat berguna, link-link yang berguna untuk blog, dan termasuklah tip untuk favicon yang saya tengah guna sekarang ni.

Nampak tak ikon bunga matahari kat sebelah website address saya? Testing sahaja, mula-mula ingatkan tak work rupanya kena tunggu beberapa jam baru dia show-up. Err.. yang ini :

Rasanya lebih lawa letak warna putih instead of hitam, kan?
(Sekejap je berhasil, sekarang ni dah balik asal dah. Cis)


Ini contoh ruangan komen yang saya maksudkan. OH such a relieve. Since first time guna layout She's Got Style link ni (dah ubah suai sikit : sikit je, tak reti sangat main css kang berterabur blog), ruang komen memang tak show-up. Sangat pening dan mentensionkan tapi lepas tu biar je sebab malas nak fikir dah. Buruk perangai. Jadi, mana-mana komen untuk entri, saya cuma monitor di emel saya saja. Dalam keadaan macam tu pun, masih ada yang sudi nak hantar komen dan bagi nasihat yang memberangsangkan. Sekarang dah takda sebab sist. Shima yang baik hati tu dah memulakan kerjaya kat Kementerian Pertahanan Malaysia. Dia lama tak update blog, sibuk agaknya. I miss you sist T___T. Hope to hear from you very soon.

Sambung cerita. Bila sampai satu tahap, saya sedar yang mungkin kesukaran meninggalkan komen ini akan menyusahkan pembaca atau sesiapa sahaja yang mungkin mengunjungi dan mahu meninggalkan komen dan pendapat (thanks to Kak Seri), jadi cuba jugalah memperbaiki setakat yang termampu walaupun sebelum ni pun dah banyak kali cuba sebenarnya tapi tak pernah berjaya (see? i do care about it). Yang penting sekarang dah selesai. Harap-harap lepas ni jangan pula ada masalah lain. I'd put so much effort on you, dear blog. Jangan menyusahkan tuan sendiri lagi k. Hehe. Aku bercakap dengan blog ke ni? Sedih betul aku, teringat dekat orang tersayang yang makin jauh dan menjauh (tiba-tiba). Anyway, inilah hasilnya :



Lagi satu, pada yang suka tempek-tempek banner lawa-lawa dalam blog, sila ambil kod banner di ruang sidebar saya. Simpel saja, taknaklah yang serabut. Sakit mata tengok. Terletak di antara Facebook Badge saya dan Followers. Ini contoh dia kalau taktau yang mana satu (hehe):

Abaikan ikon spanar dan skru driver itu.

My next entry is about : ME. Weeeehehehe!..
Share:

Monday, May 25, 2009

Need some guidance (UPDATED).


"Jangan sampai anjing dan kucing mula menyanyi".

Teringat pada kata-kata Dolly kepada kami. Semua terdiam sekejap, berfikir. Dolly terus memperdengarkan kami mp3 bunyi anjing sedang menyanyi bersama bunyi kucing. Ceh. Ada-ada saja si Dolly neh. Pandai betul dia ni meredakan suasana tegang. Haha.

Itu baru intro.

Tuan/Puan sekalian (ceh),
Saya sekarang sedang berada di peringkat/fasa di mana sedang gatal nak kahwin. Tahu tak sebab apa? Jangan fikir bukan-bukan nanti Tuhan marah kang. Ngehehe. Begini sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, saya terperasan yang saya cenderung mencari GADUH dengan Sweetheart saya. Hanya untuk sebuah perhatian, sepotong ayat-ayat cinta, sebuah kemesraan, secebis senyum keramahan,.. Yah. Hanya untuk tidak merasa dibiarkan. Tapi Ya ALLAH, sukar sungguh untuk mendapatkan semua itu. Terasa bergegar dunia ini. Sudah puas memprovok dan buat-buat merajuk sehingga merasa diri begitu pathetic. Bukankah seronok kalau sudah berkahwin? Waktu itu syarak dah mengizinkan, boleh tengok hari-hari pulak tu.


Where Is Your Heart? Where? Di mana? Arghhh.."
kata Kelly Clarkson.
Bila saya mula membebel, dia akan menyanyi lagu yang saya tak tahu. Contoh semalam. Lagu Situasi oleh Bunkface. Eh menyanyi pulak dia. Aku tengah berapi-api kat sini boleh pula dia bersenang hati. Dia menyanyi dan telah menekankan suara kat part 'Engkaulah Destinasiku'.. Sumpah terdiam. Dalam hati ada getar yang macam lebih hebat dari dunia yang sedang bergegar. Ada sesuatu yang meresap-resap dan menular-nular masuk ke dalam hati.. Pedih tapi indah. Teka-teki: Apa itu? Saya tak tahu.

Dia sangat manis. Dengan cara yang tersendiri.

Entri ini semata-mata sebuah luahan hati.

I don't believe in the smile that you leave when you walk away
And say goodbye
Well, I don't expect the world to move underneath me
But for God's sake, could you try?
I know that you're true to me.
You're always there, you say you care
I know that you want to be mine






Where is your heart? Because I don't really feel you
Where is your heart? When what I really want is to believe you
Is it so hard? To give me what I need?
I want your heart to bleed, that's all I'm asking for
Oh, where is your heart?







I don't understand
Your love is so cold, it's always me that's reaching out for your hand
And I've always dreamed that love would be effortless
Like a petal falling to the ground
Like a dreamer following his dream







It seems so much is left unsaid
But you can say anything
Oh, anytime you need







Baby, it's just you and me..




Razzi Rahman said,

“Choose the one that you really like NOT love.”

Why?

…because when you like everything about him, you like the way he talk, walk, sit, stand, eat, you like his friends, family, cloths, skin… everything, you like EVERYTHING ABOUT HIM! Then the LOVE will rise up from the inner you.


I am so sorry Sayang. We turn out to be like this. If ever I could be much more understanding and if you could put a little bit more affection and attention.. kita tak akan jadi macam ni. Sayang, it’s easy to say 'I Love You' but do you have what it takes to implement it?

I know men are like elastic rubber band. Dia sendiri ada cakap yang "semakin kurang contact, makin bertambah-tambah sayang dia". Wutttaaa? So straight forward and it hurt me T_______T Memang ada ke lelaki macam tu? Yang tak pandai nak pilih ayat apa untuk diucapkan pada kekasih?

Berdiam diri seharian, dan see if dia cari kita. Saya sendiri dah buat dah macam tu sebenarnya. Still didn't work. Still no affection. Mungkin juga sebab saya have no patience (my bad) atau cara saya yang salah? Well, dalam sehari dia pasti akan mesej. Dia tak pernah nak call sebab.. taktau. Adakah sebab suara saya ni tak merdu? Pelik betul. Saya juga yang selalu call. Just to hear his voice. Yup memang saya too much showing my feeling. Actually, I have been through this kind of love-hurt before di mana saya terlalu kaku untuk menyatakan perasaan sayang (sebenarnya sayang sangat-sangat, sebab first love) saya pada this one guy dan menyebabkan macam-macam konflik berlaku dan akhirnya selepas 6 tahun, kami break dalam keadaan separuh rela. ITU buat saya berazam bahawa untuk my next love (which is NOW), I wanna give him everything I had never do to show how much I care and want to get what I'd never had, but I guess I'd over-do it. Heh.

What should I do? Need some guidance. I want to be loved - with more attention and affection. As for me, true love - kita cari sendiri. Kalau rasa tak sesuai, move on. We can always learn how to love.

Men are from Mars, women are from Venus. I guess that is why kalau tak cukup ilmu, we as women susah nak faham lelaki. Haihhhhh...

Just want to share this :

To men - give MORE attention to your girl.

To women - give MORE acknowledgment to you man.

Terima kasih sudi membaca.


Share:

Saturday, May 23, 2009

Have I Told You Lately?




Saya sendiri tak faham kenapa sudah kurang menyidai muka ala-ala suci dalam blog? Hampir semua yang kurang senonoh malah macam muka minta penampar. Lawa sangat ke bibir tu? (Tak siapa sanggup nak jawap) Haha. To tell you, I took those pictures today.


Ini adah curser saya yang terbaru.

Tengok kiri. Tengok Kanan. Pandang belakang ada katil, pandang depan ada laptop. Cuba mengupdate blog walaupun taktau nak cerita apa sebab telah kena sindrom otak-tak-jalan. Kenapa? Sebab mengantuk. Baru pukul 10 dah terkebil-kebil menahan mata yang sedang mengantuk sambil memandang ke depan sisi dagu 45 darjah.

Kejap.. Nak minum sekejap.

.
.

Have I told you lately that I love you..? Cewah. Hehe. Since saya tak tahu nak bebelkan apa, mari tengok apa yang sedang berlaku dalam hidup saya :
  1. Saya sedang sihat alhamdulillah. Terima kasih =)
  2. Sedang mengamalkan senaman harian secara konsisten selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
  3. Sedang menjaga pemakanan.
  4. Sedang menjalani rutin harian yang sama setiap hari. Bangun pagi, sarapan, senaman pagi, basuh kain, mandi, pakai baju, jemur kain, basuh pinggan, masak, jaga kedai sambil online sampai lewat petang, angkat kain, lipat kain, mandi, dinner, dan malam pula merupakan waktu free.
  5. Tidur awal, dan bangun awal.
  6. Sudah potong rambut sampai paras bahu. Dulu dah sampai pinggang.
Ada dalam sebulan lagi masa untuk saya bercuti. 20 Jun ini kena balik semula ke UUM menjadi AJKS untuk program suaikenal freshie-freshie. Saya diberitahu tiket kapal terbang boleh claim balik dari pihak kolej sebab kami balik awal atas urusan kolej. Kalau hari tu tahu yang tiket kapal terbang kami boleh claim balik, beli aje tiket kapal terbang dari MAS. Bla bla bla bla bla.. Membebel macam mak nenek dah. Jom tidur.

Share:

Friday, May 22, 2009

Girl's Blog


  1. Girl's Blog 12% (7 votes)
  2. I love it's colour scheme 9% (5 votes) Creative 9% (5 votes) I love the picture of those three girls 9% (5 votes) I love her blogging/writing 9% (5 votes)
  3. Sweet 7% (4 votes) Loving 7% (4 votes) Full of Attitude 7% (4 votes)
  4. Funny 5% (3 votes) Adorable 5% (3 votes) I'm a New Visitor 5% (3 votes) Inspiring 5% (3 votes)
  5. Interesting 3% (2 votes) Emotional 3% (2 votes) It's Pink Theme 3% (2 votes)
  6. Other 2% (1 votes)
POLL DITUTUP pada 21 Mei 2009 setelah dibuka 6 Mei yang lepas. Mengumumkan keputusan bahawa.. : Blog Sufilara.Blogspot.Com adalah blog milik seorang perempuan. 7 undian dari 58 hasil undi. Yeay, korang sungguh bijak mengagak bahawa penulis adalah seorang perempuan. Hahaha. Apakah.

Ranking yang kedua pula jatuh kepada skema warna blog, kreativiti, gambar kartun ala-ala wanita sedang bergosip itu, dan cara penulisan si penulis wanita itu tadi. Masing-masing dengan 5 vote setiap satu. 20 undian dari 58 undian. Percayalah, saya juga seperti anda. Dan anda yang sedang membaca mungkin. Sangat cinta pada skema warna blog sendiri. Kreativiti? Kreatif mengubahsuai template orang lain adalah. Hehe. Gambar kartun tu memang lawa. Takda motif lain, just letak sebab lawa. Sebagai seorang WANITA yang sedang berblog, memang suka pada pemandangan-pemandangan yang lawa dan sebagai motivator untuk lebih kurus. Kuangkuang kantoi. Saya percaya para pengundi untuk pilihan yang ini terdiri daripada golongan wanita.

Lagi satu yang dapat vote sampai 5 peratus itu adalah my writing or blogging skill. Semua ini adalah hasil inspirasi dan rujukan dari beberapa blog yang saya baca dan mengubahnya sebanyak mungkin dan masih mengekalkan mana-mana yang patut dicontohi agar nanti tak kena cop meniru skill orang lain walaupun tak berniat begitu. Apa kau ingat blog yang kau baca sebagai contoh itu tak olah hasil tulisan dari blog lain ke? Sebenarnya, semua bergantung kepada kebijaksanaan dan pilihan sendiri untuk menjadi SIAPA di mata orang dalam alam maya dan di alam realiti.

Masing-masing 4 peratus untuk Sweet, Loving, dan Full of Attitude menjadikannya 12% dari 58 undian. Dan seterusnya untuk undian berjumlah 3% dan 2%. Terima kasih kepada yang merasakan blog saya funny (funny itu subjektif), adorable, inspiring (tak sangka ada jugak yang tick option ni), interesting, emotional (of course. Hihi) dan because of the pinky layout. THANK YOU. New visitors? Hi.. :D

Dan ada satu lagi perkara. Nampak tak ada yang vote for 'others' itu? Yang paling bawah sekali dalam gambarajah. Ada satu vote. Kalian amat nakal T____T Siapa yang tulis blog saya ini SCARY? Siapa? Saya gelak sendiri bila baca. Haha.

(Weird, Fina is being friendly)

Again, thank you so much for the support and keep on blogging :)
Share:

Thursday, May 21, 2009

Alert!

This is going to be a LOOOOONG entry.

21th of May.
A significant date for Sufilara.Blogspot.Com.

Saya seorang pelajar Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Sains Kaunseling di tahun yang kedua. Merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Saya seorang gadis berbangsa Dusun yang berkampung halaman di sebuah desa yang nyaman dan aman. Hidup secara bersederhana. Ayah saya seorang pegawai kerajaan dan Mama bekerja sendiri. Saya mula menulis tentang diri sendiri bermula sekolah rendah lagi. Baca sini. Setiap masa terluang, saya akan menulis beberapa perenggan tentang kehidupan sendiri di atas kertas. Menulis tentang kehidupan sendiri merupakan salah satu hobi saya sejak kecil. Sehinggalah saya kenal Friendster pada September 2006, saya mula berblog. Berblog dan terus berblog sampailah ke hari ini.

Tempoh saya mengenali Blogger hampir sama dengan tempoh saya mengenali seorang rakan. Seorang rakan yang bersemangat tinggi, sangat suka buat gathering. Dulu saya cuma berblog di blog friendster saya dan selepas mengenali beliau, dia dengan baik hatinya telah mengajak saya membuka blog di Blogger pula. Terima kasih, happy 23th birthday today, dear.. (DEAR? Nak kena neh. Haha). Dan pada 21 Mei 2007, maka terpublishlah Sufilara.Blogspot.Com dengan satu entri bertajuk Window Shopping yang sebenarnya lebih bertujuan membawa kanak-kanak bersiar-siar. Pada saat entri ini dipublish, sebelum 21 Mei 2007 pun sudah ada entri lain tapi itu sebenarnya hasil transfer sebahagian entri dari blog friendster.

Awal-awal menapak di Blogger, cuma letak gambar. Kalau bukan gambar, lirik lagu. Kalau bukan lirik lagu, gambar. Kalau bukan gambar, lirik lagu. Kalau bukan lirik lagu, gambar. Tak pun, dua-dua sekali. Lepas tu sudah pandai jawab kuiz yang bersepah-sepah di internet ni tapi yang paling disukai ialah Blogthings.Com seperti di entri INI. Kemudian pada 25 June 2007, telah menghasilkan entri bertajuk La Familia yang menceritakan tentang keluarga sendiri. Ringkas sahaja. Dalam entri tu juga saya ceritakan tentang peristiwa gempar yang kini merupakan antara peristiwa yang menggelikan isi perut seisi keluarga. Wahaha. Ok Fina, tak baik ketawakan adik sendiri. Waktu itu saya memang jadi pemerhati dan pendengar sahaja. Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan waktu itu yang kononnya akan hantar rombongan waktu akhir tahun itu rupanya cara ayah untuk mengurangkan gelodak jiwa seorang lelaki yang sedang bercinta, yang juga adik aku. Kahkahkah. Zaman remaja sekarang dah lain, jaga adik korang masing-masing. Hehe. Selepas tu, barulah bermurah hati bercerita tentang keluarga sendiri. Ohya, dan.. err, kenyataan "...mak n ayah nak sanding balik akhir bulan 12 ni utk ulangtahun perkahwinan mereka" ini dalam entri tersebut merupakan gurauan semata-mata. Jangan percaya.

Kemudian, pada entri INI, saya telah secara rasminya mengumumkan penglibatan saya dalam Bidasari, kumpulan penari Universiti Utara Malaysia. Orang yang bertanggungjawab dalam penglibatan saya adalah Encik Henry (Encik. Tak tahan! Haha) yang sangat flirty orangnya. Ceh. Dan juga terima kasih pada Wan Suraya or Wancu or Chu yang dulu merupakan teman paling rapat di UUM tapi sekarang tak. Tak tau sebab apa, jadi jangan tanya. Tapi maybe juga sebab pertukaran kos (dulu satu kos dengan Chu. Termasuklah Fiza dan Niza) dan penglibatan dalam JPMDPP menjarakkan. Takpa, we still friend forever right? Miss the OLD US. Really miss it. Pergi kuliah sama-sama, outing sama-sama, bergaduh sama-sama, berbaik sama-sama.. tapi belajar tak pernah nak sama-sama sebab kalau kami sama-sama mesti idea yang keluar adalah 'Mari melepak tengok lelaki hensem'. Err. Okay too flirty. Begini sebenarnya. 'Mari melepak kita belajar tentang kehidupan'. Haha. Eh, bukan nak bagi ucapan terima kasih ke kat Chu. Hehe. Chu, terima kasih sebab sangat banyak berjasa dan selalu jadi bodyguard sepanjang kita saling mengenali termasuklah waktu kita join Bidasari dulu tu T____T

Selepas itu, entri-entri macam biasa. Ringkas-ringkas sahaja. Biasanya yang tiada kualiti langsung. Namun blog ini telah menjadi saksi segalanya. Tentang siapa sebenarnya Hasnie Falina. Kejujuran yang saya tahu amat melampau batas tapi itulah saya. Saya tak bagus dalam menipu tetapi bagus dalam berahsia. Sangat mengelakkan penipuan walaupun pernahlah juga sekali dua. Kita manusia yang tidak sempurna. Kejujuran yang melampau juga merupakan satu ketidaksempurnaan.

Dalam entri INI dan beberapa entri lain yang berkaitan, saya telah mengimbau semula kenangan waktu bersama dengan seorang lelaki yang cukup istimewa di mata dan hati beberapa tahun sudah. Kehadiran lelaki itu merupakan salah satu fasa yang penting dalam hidup saya. Tidak sah jika anda mengenali saya tetapi tidak tahu tentang kewujudan lelaki ini dalam hidup saya. Sangat tidak sah okey? Hahaha. Serius. Sebab apa? Sebab dia cinta pertama. Sungguh nostalgik. Tak usah tipu diri. Mungkin juga sebab dalam hati ini ada parut luka yang sangat dalam, caused by him. Only him. Tiada luka lain seteruk luka yang ini.

Tarikh 1 Mei 2008 merupakan titik tolak perhubungan cinta yang kedua dengan seorang insan sederhana dengan permulaan yang sederhana dan sehingga kini masih sederhana.

My past, it kills me. The pain never goes away. My heart broken to pieces not a piece left to stay. Its HARD to let a new love in when you can't seem to forget the past. Its hard to have trust inside since nobody else could make it last but.. sometimes you have to try though no matter how hard your last fall. The right one could be just around the corner waiting for you to answer his call. I think maybe i found the one to at least make my heart once again whole. It's the way he can take away my past and unleash what i had hid in my soul. I want to show him how much i CAN REALLY CARE and i'm READY to give love another shot and if he's willing to give me the chance, I'll give him WHAT i never got.

You also may find these interesting :


Lagu dari Penjara merupakan entri yang telah meninggikan statistik pengunjung yang datang melawat ke blog ni. Tak sangka sungguh sebab niat saya hanya ingin mengulas, bukan sebab nak naikkan jumlah pengunjung atau gila trafik. Tak menyumbang apa-apa pun diorang nih. Baca then leave tak bagi salam. Tolong bersopan sikit lain kali. Readers saya jugaaak yang terbaik.

Better Untouched. Waktu menulis entri ini, saya amat touched.. Tak percaya, baca. Telah ditulis dalam bentuk kronologi. Armin is my bestest guyfriend ever. Sekarang ini sedang menuntut dalam bahagian medical di Kuching. This is my poem for you, Armin. Ingat semua pesan Fina.

Kami. Mereka kumpulan penari yang amat terkenal di kampung. Ditubuhkan pada tahun 2005. Entri ini merupakan gambar waktu persembahan mereka yang paling akhir.

My Mr Shan Jun Hou. Lupakan sekejap tentang my Mr Shan Jun Hou. Mari bincang tentang Shan Jun Hou itu sendiri. Atau juga dipanggil makhluk tuhan paling seksi bernama Ming Dao. Ohmygod Ming Dao sedang lalu. Ahhhh tidaaak.. Rupanya bayangan semata-mata. Oh hensemnya pojaan hatiku. Anda mesti sedang tertanya-tanya siapalah Ming Dao tu. Terkenal ke? Hensem sangat ke? He's Taiwanese actor. Seorang penyanyi dalam kumpulan 183 Club. Dah tengok lakonan dia dalam The Prince Who Turns Into A Frog (drama yang dapat rating tertinggi juga telah mengalahkan drama Meteor Garden di Taiwan pada tahun 2006. Hambik kau) dan Ying Ye 3+1 yang sekarang ni belum lagi habis di download dari youtube. Sekarang dah sampai episod ke-11 dah. Ada 5 episod lagi. Sebenarnya nak tengok Ming Dao dengan killer-smile dia je ni. Kenapa dia hensem sangat neh? Sampai terlupa pada orang yang sepatutnya. Hahaha.

Random Thoughts tu pun masuk jugak dalam list ke? Ya, sebab saya rasa entri ini menarik sebab bukan cuma saya saja, tapi semua orang ada random thoughts macam tu. Kadang-kadang yang lebih nonsense pun ada. Berfikir banyak benda dalam satu masa (mungkin dianggap remeh bagi sesetengah lelaki). Begitukah otak wanita beroperasi? Moral, teman wanita anda mungkin berfikir secara begitu. Sila alert. Haha. Berbalik pada soalan. 'Kenapa Random Thoughts tu boleh jugak masuk dalam list?'. Macamana dengan jawapan yang ini? 'Eh blog saya, suka hati saya lah.' Jawapan yang tak wajar diterima oleh manusia yang ada otak. Tapi boleh guna untuk goreng orang yang tak guna otak ke tahap maksimum. Hahaha lagi walaupun tak lawak.

Sepatutnya entri ini sesuai untuk new readers. Percayalah, masih banyak lagi sebenarnya yang tidak disebutkan. Red alert, red alert! (ceh, antara tagline Air Asia) Banyak entri yang agak mentwist minda jadi jangan baca sekaligus semua. Nanti function otak jadi tak betul. Hahaha. Gelak serius.

Cukup sampai sini dulu. Next entri adalah tentang keputusan undian PollDaddy :D

Share:

Sunday, May 17, 2009

Menulis Dengan Hati.

T________________________________T

Buruknya wajah. Muka sedih tapi dalam hati sebenarnya agak seronok Hafiz pujaan hatiku yang COMEL tu menang AF7 kali ini. Bersorak sorang-sorang depan TV macam apa sambil ulang-ulang perkataan I Love You Too padahal Hafiz tak cakap I Love You pun pada saya T____T Hafiz sangat comel.

Dear readers,

Saya singgah sebentar di sini dalam keadaan katil sedang melambai-lambai ajak tidur. Saya singgah di sini kerana ada pemberitahuan (ada ke readers. bajet macam ada je padahal mungkin tiada. haha) bahawa saya akan berhenti berblog untuk satu jangka masa yang mungkin panjang. Mungkin cukup panjang untuk anda bosan menunggu. Sekali lagi, ada ke pembaca?

Ok sebenarnya memang ada. Dua tiga orang mungkin. Atau seorang. Saya juga tahu saya ada followers (takkanlah taktau ada tertera besar-besar di sidebar kan). Dan baru-baru ini bertambah beberapa followers baru dan ucapan saya, selamat datang ke sini. Maaf tiada apa sangat yang mampu saya hidangkan pada kalian. Saya hanya punya hidup saya. Entri saya memang tak sah kalau takda unsur lupa diri, macam budak-budak, tak tahu malu, dan suka mendedahkan kekurangan diri. Tidak kurang juga bijak berkata-kata dan pandai buat-buat sombong (memang sombong). Memang jarang meninggalkan atau membalas komen. Memang sangat jarang. Haih. Kalau itu salah satu peraturan dalam berblog, saya blogger yang fail. Sah blogger perasan cantik. Juga syok sendiri. Tapi do I care? I don't even care anyway. Tapi (lagi) bukankah lebih baik memprivatekan blog kalau tidak kisah dengan readers? Sudah. Perang dalaman sudah.

Sebelum apa-apa, terima kasih tidak terhingga telah mengvote di ruang PollDaddy itu. Terharu. Bukan senang nak move cursor klik sambil berfikir samada blog ini comel atau tidak. Berfikir samada boleh ke dia suka pada blog ini. Dan berpinar-pinar mata tengok option yang berderet-deret tu. Maaf, that's my first try. Sangat excited waktu tu. Boleh pakai tak alasan? Haha.

Balik kepada yang tadi.
Takda apa yang nak dihairankan sangat dengan dunia blog pun. Siapa nak denda kalau tak update 3 hari. Siapa? Mana ada undang-undang seorang blogger tidak boleh bercuti panjang? Kesannya sah-sah terkena lebih kepada si penulis blog.

Pasti sangat merindui blog yang menjadi sasaran luahan rasa saya sejak 2006 ini. For the time being, berpuashatilah dulu dengan mana entri yang ada. Tak suka boleh blah. Kalau suka, tunggulah. Satu hari nanti pasti diupdate (rupanya akan bercuti dua hari sahaja mungkin. haha) Saya berehat seketika kerana banyak perkara di luar kawalan saya yang sungguh memilukan hati saya. Cewah. Pasti hidup kita akan ada merasa sebuah kehilangan dan saat tiba-tiba merasa tidak diperlukan. Bukan membawa rajuk di hati namun hati ini cuma menuntut mahukan sebuah ketenangan. Ruang untuk tertawa. Senyum pun jadilah. Hati yang walang jangan ditunjuk pada publik, nanti hilang macho. Menulislah dengan hati, tapi bukan hanyut.

Ok, Fina sedang lupa diri. Bukan pernah ke buat tunjuk perasaan dalam blog? Haha. Macamlah taktau, Fina MEMANG suka buat-buat lupa diri.

This isn't goodbye. I'll always be around.

Share:

Wednesday, May 13, 2009

Penjaga Kedai Yang Baru.

I'm going to tell you what I do today in one paragraph.

Pagi-pagi mengurus diri. Buka freezer ambik ayam nak direndam. Kemudian jaga kedai sekejap sampai pukul 11. Lepas tu tutup kedai jap pergi masak pula. Ayam goreng dengan sayur. No pictures of it for today, sorry. Macam biasa, I was alone. Ahh.. Sangat tidak suka buat kerja dalam dapur berseorangan. Alangkah baiknya kalau ada teman berbual. Miss one of my bestfriend, Amoy. She used to be here, sitting there talking nonsense and silly thoughts and jokes of her but always get me laughing while doing all the cooking. Kemudian kemas dapur dan makan dan sambung jaga kedai. mama balik rumah dan terus ke pekan beli stok barang-barang runcit yang dah nak habis. Pipie balik dari sekolah dan macam biasa, kena bagi makan ubat for his asthma. Lepas tu pergi sekolah agama pula. Kemudian Dana pulang dan teman jaga kedai sambil main game. Err, saya yang main. The Sims 2. Hahaha. Jam 6 petang, tutup kedai.

In between, ada-ada je yang berlaku. Tapi meh nak habaq sat. Nak teruskan pembacaan, boleh, tapi nak kasitau awal-awal baca tak dapat apa, tak baca tak rugi apa-apa. Kalau masih nak dengar saya melalut, saya tak kisah. Hehe.

Tadi, entah ayam jantan sape dengan muka mintak penampar masuk melalui pintu kedai. Agaknya nak rembat makanan kucing aku lah tu. Elok-elok piring kucing tu kat tepi pintu, sempat dia patuk beberapa bijik. Ih. Ayam sape nih tak tau jaga? Rasa macam nak sepak je laju-laju. Dah berapa kali jerit-jerit halau (oi ayam, janganlah seksa, aku malas nak angkat punggung dari meja kaunter ni T______T) tapi tergedik-gedik jugak datang balik. Sakit hati punya pasal, aku pun bangunlah dengan penuh samseng tanpa lenggok keayuan lepas tu tendang pintu kedai. GEDEGANG! Lari tergedik-gedik ayam itewww. Aku ingat kau sampai bila-bila AYAM HUDUH! Memang lepas tu tak datang-datang lagi tapi yang sadisnya, selepas menendang pintu kedai itu rupanya ada 3 anak teruna sudah berdiri di depan mata. Selalunya ada juga yang phewwitt phewwitt macam shiyal tapi kali ni takda sorang pun bersuara. Haha. Sedikit malu sebab ada orang tertengok perangai hodoh saya. Kalaulah boyfriend saya nampak saya halau ayam macam tu... Eh? So what? He knows me well. Ok ok. Macamana kalau ayah saya yang nampak, wah, takutnye. Ayah saya tak suka anak-anak perempuannya berkasar macam lelaki.

Lepas tu.

"Aik, tukar penjaga lagi?" Datang pula sorang tauke roti. Lori dia berhenti betul-betul depan rumah. Fact, penjaga kedai ni tahun ni dah bertukar 3 kali. Ni dah nak masuk yang keempat dah ni.
"Iya, saya penjaga baru di sini. Yang sebelum ni ada problem sikit."
"Oh.. Tauke mana?"
"Tauke takda. Pi pekan." Jawabku sambil diiyakan oleh Dana.
"Mama kau (merujuk kepada tauke) ka tu?"
"Eh, bukanlah. Saya kerja sini ja." Saya senyum manis macamlah tak buat salah menipu mamat yang agak hensem nih. Haha. Dana tampar kuat-kuat kat peha.
"Adik beradik kah?"
"Bukan-bukan, tapi dulu waktu dia kecil saya yang jaga dia," balas saya sambil tepuk dan usap-usap rambut Dana. Kali ni sengih-sengih. Nampak sangat pura-pura. Okey stop it Fina. Mesti mamat tu kepala pusing dah dengan perangai entah apa-apa entah ni.

Kemudian kisah kucing pula. Saya mengajuk-ajuk perlakuan kucing-kucing itu siap dengan perkataan sampai riuh kedai runcit tu dengan gelak ketawa saya dan Dana. Semua gara-gara salah seekor anak kucing kami yang teramatlah penakut (kami cakap kucing pemalu).

Ah. It's 7:03pm. Gelap dah. Later dears. Bye :)
Share:

Tuesday, May 12, 2009

What do I do?


Hari ni makan tengahari dengan salad, beberapa hiris tomato, telur goreng dengan sosej. Macam American Breakfast lak tapi bawa pergi lunch sebab pagi tadi dah sarapan nasi lemak.

Bangun pagi terus turun ke ruang bawah dan terus ke meja makan dan sarapan. Huduh betul perangai minah ni. Tak berus gigi, tak cuci muka pun. Terus tibai nasi lemak. Haha. Well, nanti mandi kejap lagi berus gigi juga. Kan? Hahahaha. Bijaknya aku. Bukan ape, kisah di sebaliknya adalah, itu dah memang kebiasaan. Ceh. Buruk perangai sungguh.

Sebelum mandi, jemur kain. Lepas mandi, turun pula ke dapur. Hari ini tidak ke kantin sebab pekerja Mama tak datang lah hari ni. So, stay whole day kat rumah. Tengahari masak untuk makan tengahari. Lepas tu makan sendiri-sendiri depan TV tengok Disney Channel. Asyik-asyik tengok kartun Disney macam tiada siaran lain. Haha. Alamak bosannya.. Macam hidup sorang je. Memang sorang-sorang je waktu tu. Nobody was at home that time, I was alone. Ayah kerja. Mama ke kantin. Pipie dan Dana ke sekolah. Adi macam biasalah, kalau bukan terperuk dalam bilik macam anak dara yang tak lawa, akan keluar menyelinap diam-diam tak tau ke mana. Tau-tau saja petang tadi, dapat tengok je dia melintas kat depan dengan pakaian ala-ala smart. Memang keluarlah tadi tu. Selepas makan, makan aiskrim perisa durian. Sangat tak sedap.

Waktu tengok TV teringat-ingat semalam perbincangan hati ke hati saya dengan si dia. Entahlah. He is really a good man. Calon suami yang sungguh baik, patuh T____T, setia, walaupun of course there are maybe some flaws, but he is still the best. Kenapa kamu sangat penyabar Sayang T____T Sangat tersentuh hati ini.

Sambil-sambil itu, membaca semula diari lama. Diari tahun 2003 dan diari tahun 2005 sahaja yang tinggal. Waktu itu saya masih di sekolah menengah lagi. Form 5 dan Form Upper 6. Some things have changed, while some things remain. Masih seorang gadis biasa (biasa yang agak something), yang punya perangai yang agak aneh tapi manis. Hahaha. What do you say if (IF) I publish all those writings to this blog? Ah. Gila mempublish pulak dah.

Checked my weight. As expected T_______T, I'm gaining my weight. Salahkan mulut dan perut saya okey. Mereka berdua sangat suka makan. Kesian my body. Berat sebelum ini cuma antara 47kg dan 48kg cuma. Lepas beberapa bulan tak cek weight, dan sebulan menternak macam-macam dalam badan, akhirnya tambah sampai 51kg. Bayangkan, cuma sebulan. Memang penternakan berjaya. Padan sangatlah. Jadi kamu fahamkan, kenapa saya makan tengahari dengan juadah simple-simple.

Enough bubbling. Da :)

Time now : 2032 Updating for 7th, 8th, 9th, 10th, & 11th.
Share:

Sunday, May 10, 2009

Mother's Day

Updated on 12th of May.
Click HERE to read my most recent entries.

I'm not a good daughter. No poem, no songs. But Ma, this is for you.


Waktu itu makan tengahari. Saya dan Dana tengah makan aiskrim Vanila dalam bekas besar tu. Tiba-tiba datang idea lepastu suruh Dana guna pencangkuk aiskrim untuk letak aiskrim tu atas piring dan saya pula pergi ambil strawberry dan nenas untuk hias-hias atas tu. It do looks messy. Kami sempat ambil gambar aiskrim tu kemudian suruh Dana bagi kat Mama tapi dia malu-malu tak mau. Sudahnya, saya sendiri pergi kat Mama yang sedang ada kat dapur dengan ayah dan,

"TADA! Selamat Hari Ibu." Saya cakap. Kemudian menambah. "Dana yang cakap." Dana ada di situ terus menepuk manja-manja kat pinggang. Hahaha.

See? Kami adik-beradik sememangnya jarang sekali merayakan perayaan macam ni, jauh sekali terlalu menunjukkan rasa bermanja dengan parents. Dah terdidik macam ni dari kecil. Anyways, Happy Mother's Day to All Mothers in The World :)

Share:

Saturday, May 09, 2009

Friday, May 08, 2009

CountDown to 8th of May: DayTo Go!


Updated on 12th of May.
Click HERE to read my most recent entries.

Today is my flight back to Sabah.
Bangun awal around 5 Am. Pergi mandi dan bersiap until 6 Am. Abang datang dengan kawan-kawan ambil saya dan Beatrice kat kolej. I was a bit hurry when he show up sebab saya belum habis angkat barang naik atas bilik JPM lagi satu. Sudahnya, dia juga yang tolong angkat barang-barang tu. Thanks Sayang.

'You look beautiful..' He murmured to me when we both get in the car. I smiled.

Sampai di airport terus ajak Beat teman makan. I ate this, nasi lemak.

Berlepas melalui Gate 2 Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, masuk dalam kapal dan waktu mula berlepas, dah rasa mengantuk. Perjalanan 55 minit ke LCCT KL terus tidur. Don't blame me. Semalam masuk tidur pukul 3 pagi. Sampai LCCT around 9.45 pagi kot. Lepas tu tunggu barang then terus pergi check-in untuk next flight 11.10 pagi. Semua selesai pukul 10 then pergi makan aiskrim McFlurry Oreo kat McD.

Delicious

Muka minta penampar

Delicious

Ah kau Fina. Semua pun delicious. Haha.

Entered the boarding gate 35 minutes before boarding time. Sebak rasa dalam hati tapi since he don't put any emotion on his face (hati batu betul), kami berpisah di gate macam tu je. Lambai-lambai dan berharap he'll take care of himself. His flight will be on 3 pm.

Tidur di sepanjang perjalanan. Nasib baik semalam tak cukup tidur, at least terisi juga masa lapang dalam kapal terbang. Bangun tidur bangun tidur berulangkali. I reached Sabah around 1.40 pm. Ayah dan Mama dah tunggu di balai ketibaan. Cium tangan ayah dan mama dan kami head to a restaurant near Milimewa to have our lunch. Well at least situ ada tempat parking berdekatan. Kota Kinabalu always so crowded and damn hot.

My Ma. Waktu lunch.

As I looked out through the window

Perjalanan balik ke kampung pun tidur lagi. Tanpa segan silu dan tanpa rasa tak bermaya. Memang sedap je tidur. Apakah. Tidur bangun dan tidur bangun berulangkali juga. Lalu di Kundasang and took this picture of Gunung Kinabalu. Right from the road.

Okay. Sekarang ini sudah ada di rumah. Dana semakin tinggi, tapi tetap shorter then me. About 3 inch kot. Lepastu dah pandai buat pouting mouth. Pouting Sindrom! Pipie makin kurus.. Huaooohhhh.. Mengantuk.
Share:

Thursday, May 07, 2009

Confessions

I'm not in a good mood.

I'm tired of studying. OhmyGod, is that you Fina?

I have two more counting years to go. By the time being, I will totally toasted enough that I'm dieing to finish that f**king years. Okay PEOPLE, stop laughing and make fun of my 'stupidity' (or whatever you call it) of changing my course 2 years ago which lead me this way. I've made many wrong decision in my life and if this is one of it, other then taking it negatively, I'd rather think it as one of the process of mematangkan fikiran, and there will be ssomething better will come out from this. Blessing in disguise. Remember? But I wonder what kind of 'blessing' it will be? Haha.

Well, to tell you, my classmates are all amazing. But on my first day entering the class I can't help saying this 'oh psiko!'. To be honest, I hate classes. Fun times happened during lepaking with my friends and eversince I know those JPM sisters and my boyfriend, they are now my favourite objects (Objects?). I can’t really fit in with my classmates, I don't know why but maybe it is because i'm not that intellect and not matured enough. Or it's the classmates? The lecturers? Because they're typical Malay? Ok mana datang isu bangsa neh? Well, it's possible. Or maybe just I act such as kera sumbang.

It's not like I'm a racism, but pengalaman hidup do thought me a lot. It's the matter of individual manner and mentality. Individual manner and mentality yang kadang-kadang dipengaruhi oleh faktor norma dan budaya. Took the Multicultural Counseling. Don't blame me :D I do have my own manner, and my own mentality.

I use to be a goodhearted person, who always tried her best in doing things and to look at thing in many perspectives but somehow, after few incidents, I become an individualistic and takkisahkaucakaplaapaponsebabakutetapaku and sisombongyangsusahnaksenyum. I've ruined almost everything in my life but still not taking it seriously. This is sick, I sometimes wish that I can get my old self back and I did try to get her back. But failed miserably.

Ok, bad semester-end entry.
Anyway. Life goes on. Promise, to make my own life a better life to live.

At Night : Dinner kat Perlis.. Somewhere at Kuala Perlis. Makan seafood with Kak Fedi, Dayah, Intan, Amy (future roomate, hi), Cuya and Ika. Yummy delicious!
Share:

CountDown to 8th of May: One More Day To Go

Oh My God.
i LOVE polldaddy!

Look at the poll above. Ouhhh.. Macam nak menangis tengok. Sangat cantik. Comel. Sweet. T____T Dan mungkin kalau saya bermain-main sikit dengan kot CSSnya, mesti lagi lawa neh. Tengok wanita yang sedang menggunakan laptop itu? Dia ni adik-beradik agaknya dengan wanita-wanita kat background blog ni, gaya sama je. Haha. Ada orang pernah cakap, perempuan-perempuan itu sedang bergosip, which is ironically, gosipping isn't my favourite subject.

Lepas ni polldaddy akan jadi section wajib dalam blog saya. Sampai bila? Bila sampai waktu saya sendiri naik menyampah tengok.

Esok plan nak pegi Air Terjun Wang kat Jitra tak jadi. Googled and found out it's exact name - Hutan Lipur Bukit Wang. Terletak di Jitra Kedah. This is one of its' picture :

Dayah kata somewhere kat situ ada air terjun

Tapi sayang kan? Tak jadi. Sebabnya, waktu saat-saat akhir, ramai yang cakap tak dapat pergi. And as for me, I have to finish my packing. Alamak, tak start lagi?

Roomate kata dia balik pukul 4 pagi hari ini. Pagi nanti giliran saya pula start mengemas.

Time now : 0139 Midnight 070509.
Share: