2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Tensed
Friday, April 03, 2009 posted at 21:07 ♥

Salam sayang-sayang semua!
Lama sungguh rasanya tidak ketemu.

Saya ke Jitra tadi, menghabiskan masa yang ada bersama Abang. OH.. How I love every second I share with you Sayang.

Untuk makluman, selepas 16hb Mac lepas (antara entri akhir saya sebelum bercuti sebentar dari berblog), saya mengalami masalah tidakdapatmembuatentribarumelaluidashboard. Bengang juga. Sabar Fina. Kemudian cubaan mengupdate blog melalui emel pada 23hb Mac. Berjaya. Tapi sangat leceh. Mood jadi down untuk berblog. See? Sangat tidak penyabar. Haha.

Ditambah dengan kesibukan untuk event yang bakal datang.. Persiapan untuk performance 27hb (Majlis Pertandingan Pentomen) dan 28hb (Majlis Pertandingan Dikir Barat). Kemudian 29hb presentation tentang persembahan apa yang hendak dibawa waktu majlis pemasyhuran nanti depan Encik Raz dan Puan Malam- sekali dengan rehearsal untuk Malam Audirasari, kemudian keesokannya - 30hb. Malam yang paling saya tunggu-tunggu.. Malam Audirasari.

Tetapi, tidak habis sampai situ sahaja. 31hb rehearsal penuh untuk Majlis Pemasyhuran DPP SME Bank pula. Sehinggalah pada hari kejadian (1hb April), we were all tensed. TENSED ENOUGH. Especially me, I guess. Sampai ramai juga yang tegur. Well, this one thing - they ARE NOT me. So they can't really actually understand what I've been through. Hingga sampai sekarang merehatkan diri dari menjejakkan kaki ke bilik JPMDPP. Rasa loya pun ada. Can't you see? Punya trauma. Lain kali kau jangan pandai-pandai nak tekan-tekan aku semata-mata perkara duniawi. Bare in mind.

Yang berlalu biarlah lalu. Saya hanya mahu ambil sedikit cebisan-cebisan itu sebagai panduan di masa hadapan.

After 1hb April, I spend most of my time at my room. Indah sungguh perasaan. Menjalani kehidupan macam manusia normal. Apa kau perasan ke jadi superhuman sebelum ni Fina? Kahkah!

Depan saya sekarang ni ada 1 twister KFC dan Zinger Burger. Yang belum disentuh-sentuh lagi. Macam tak dapat nak habiskan rasanya. Perut sudah senak. Saya ini, makin sibuk, makin menjadi-jadi pula nafsu beli makanan. Makannya tak selera, tapi at last, terpaksa makan juga sebab sayang nak buang. Haih.

Selagi berkesempatan, saya akan upload gambar-gambar sepanjang waktu saya bercuti berblog ini. Jangan terkejutlah tengok badan saya sudah naik. Hoho. Daa.. :)

Labels:


2 Comments:

Anonymous Eazy Izzuddin said...

salam kembali..
=)

04 April, 2009 01:09  
Anonymous Fina said...

terima kasih :)

05 May, 2009 17:42  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish