2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Random Thoughts.
Saturday, April 25, 2009 posted at 23:41 ♥

Not feeling well.

Badan tak sedap. Tadi telan panadol dua biji. Badan mintak nak baring dan tidur, tapi untuk pengetahuan, sekarang ni saya tengah berhempas pulas menyiapkan laporan projek Malam Audirasari hari itu. Iya. Iya. Memang sudah lama berlalu projek tu. Mahu dekat sebulan sudah. Ada dua faktor lambat siapkan.

  1. Waktu rajin dan peperiksaan pun belum bermula, resit-resit tidak cukup. Ada biro belum hantar laporan dan balik macam itu saja bawa sekali resit yang penting itu. Mau buat laporan macamana.
  2. Waktu sudah malas dan peperiksaan pula sudah bermula, resit yang bernilai RM117 itu baru nak pulangkan.
Padahal sedang berhempas pulas (yeke?) untuk peperiksaan. Sudahnya, hari ini baru mahu buat. Itupun waktu badan tengah tak sedap. Fina suka betul seksa badan sendiri. Maybe you find it crazy, but this is one of my motivation to finish my work. Look how good I am. Mana-mana organisasi yang mahu hire saya memang untung sebab saya boleh bekerja under-pressure. Cuma satu je. Benarkan saya berblog. Kahkahkah.

(I'm sorry so much sebab kurang komited menghasilkan entri. Dua hari sekali cukup?)

Ok gurau.

Bawah ni random thoughts. Layan je lah otak ni merapu-rapu.

  • Semester depan saya semester 5. Kena balik awal sebab jadi AJK untuk minggu suaikenal pelajar-pelajar baru. Petang tadi surf internet cek harga tiket AirAsia (AirAsia je yang termampu).. murah! Tidak sampai RM200 pun. Kalau tidak silap RM165. Biasalah Fina, tidak pernah bagitau exact fact/amount. Setakat ini, dengan 'sangat RELA'nya balik UUM 20 June.
  • My sweetheart punya birthday 4th July.
  • Err.. Cuti ini mahu kumpul duit banyak-banyak. Memang kena kipas parents cukup-cukup nih. Skuad! Bersiap! Kahkah.
  • HOI Fina. Engkau disember tahun ini capai umur 23, ingat sikit.
  • Next exam 29 April ini. Before 29hb inilah kena siapkan hal JPM!
  • Aku nak menulis lagi tapi tiba-tiba blank. Rasa macam nak tunjuk tension depan resit-resit tu adalah. Tapi iyalah, depan orang ramai tak boleh sangat tunjuk perangai tak sopan dan bodoh (contoh: marah kat resit siyal nih)
  • Pening kepala aku layan Encik Belanjawan ni. Lepas ni mau tidurlah. Merajuk dengan resit-resit perbelanjaan.
  • Tengok. Mula dah Fina guna perkataan 'AKU'.
  • Aku makin gemuk. Rasa macam dah tak mahu makan sampai tahun depan. Inci badan mendadak naik sampai Sweetheart tegur dan ayah pula siap bagi nasihat lagi. Habislah lepas ini bajet makan harian cut dari RM10 sehari ke RM1 sehari.
  • 'Teringat waktu kurus-kurus dulu'.. Argh! Apa nih? Engkau ke yang mengeluarkan statement ini Fina? Macam rungutan ibu-ibu berbadan gempal yang dah 5 anak.
  • Tolong siapa-siapa kemas meja nih. Bersepah lah.
  • Blog ini blog peribadi yang dibuka kepada umum bagi tujuan suka-suka semata-mata yang tiada unsur ilmiah yang dimiliki oleh seorang gadis yang masih mencari arah tujuan hidup, yang masih bertatih membina hidup dengan cara sendiri, yang percaya dia punya kelompok readers tersendiri.
  • Oh iya. Flight balik saya 8.35pagi - 8hb Mei ini.
  • 3 more papers for this exam. Wish me luck
  • Apesal macam kurang intention mau balik rumah?
  • Emm. I miss him.. Sekarang ini kurang sikit mahu kacau dia sebab esok dan lusa (26hb & 27hb) berturut-turut dua paper untuk dia hadapi. As usual. He is so dedicated about his studies. Unlike me. Haih. Anyway. Best of luck Sayang. Can't wait for this 30th April :)
  • Err.. mau tidur sudah.

Tolonglah jangan biar Fina buat random thoughts kat blog lagi. Buruk bebeno. Heh.

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish