Pages

Lada Putih Tumis

Sunday, April 05, 2009


Seperti yang dijanjikan. Bahan-bahan yang diperlukan.

  1. Lada putih (Berbentuk seperti lada yang berwarna putih) - Satu bungkus, dihiris-hiris
  2. Beberapa potongan ikan masin
  3. Garam, gula, & Ajinamoto secukup rasa
  4. Sos tiram
  5. Kicap
Well. Bilik I serba serbi ada, cuma kehabisan bawang. So, tumis ala kadar saja.
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan semua lada putih yang telah dihiris itu.
  3. Tumis seketika.
  4. Masukkan ikan masin.
  5. Tumis, kemudian masukkan sos tiram 2-3 camca.
  6. Biarkan seketika lagi, sambil kacau.
  7. Masukkan kicap, sedikit.
  8. Gula, garam, Ajinamoto secukup rasa. Gula lebihkan ye. Garam & Ajinamoto letak juga, tapi sikit.
Petua.
Resipi ni memang lada putih semata-mata. Selain campur dengan ikan masin, tiada objek lain lagi. Orang dulu-dulu masak lada putih campur ikan masin saja. Sekarang ini kan sudah advance, lagi-lagi kalau di tangan saya. Memang macam-macamlah yang ada. Jika di rumah, biasanya sayurlah. Kalau bukan kacang panjang, hirisan terung. Kalau lagi rajin, letaklah potongan dadu isi ayam. Sepatutnya ada asam jawa 5-6 ketul (bergantung kepada saiz masakan). Dan paling penting, dua benda n. 1st, petua orang-orang tua. Jangan buang batang lada tu, untuk kurangkan pedas. Dan buang la bijik lada putih tu. Dah habis makan tu, perut rasa semacam. Now? Ya Allah. Menahan sakit perut. My stomach sedang kepedasan kat dalam. Telefon mama. Mama kata : Memanglah lagi menyengat pedas. Itu lada putih tua. Dan baru teringat, semalam saya langsung tak buang biji-biji tu. Hambik.

Bukan first time macam ni sebenarnya. Sepanjang tiga tahun ini, tiap kali masak lada putih mesti asyik lupa nak buang biji. Tak percaya, tanya mak I. Kecuali jika mama I yang masaklah kan. Sendiri juga yang rasa nikmat dua tiga kali masuk tandas. Haha. Well, pedas itulah yang nikmat. I rela sakit perut sebab I like this food. Kahkah.

U will never found this in Semenanjung Malaysia.
Ahh. macamlah ada orang nak cari.

2 comments:

  1. haha. true. so far, tak pernah jumpa pun dkt semenanjung. :)

    ReplyDelete
  2. shima,

    hihi. normal la kan. sjak study kat kedah ni, byk lagi jns mskn tak prnah makan kat sbh.. ehehe. n now ada antaranya jadi fvrite. :p

    ReplyDelete

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS