Thursday, April 30, 2009

Outing.

Went to Jitra. Macam biasa, makan KFC. Tengok wayang.. Kali ni tengok cerita "Confession Of A Shopaholic". Memang dasyatlah perempuan tuh. Boleh berbelanja sampai 16 000 USD. 12 kad kredit. Heh. Baru semalam berangan nak guna kad kredit (ops). Teringat pada ayah - Even kad ATM pun ayah tak guna. Selain dari berhabisan menggunakan duit membeli barang-barang berjenama yang mencekik darah itu, kan lebih baik guna duit tu untuk melancong serata tempat. Wahhh..

Apa cerita delegasi ilmiah ke Jakarta dan Bandung? Atau Palembang? Atau Bali? Lepas tu, delegasi bersukaria di Singapura. Nak lebih jauh, delegasi ke Itali. Korea. Backpacker! WaHHahah. Hei, ingat Fina gurau ke? Tengok nih.

Mau! Mau!

Hehehehehehehehehehehehe..

I bought this ring. Ceh, bukan ke baru bercakap tentang penggunaan duit secara berlebihan? Haha. Tidak boleh pakailah si Fina ni.


Kemudian, beli pula shoulder bag yang saya teringin nak beli selama ni. Dah dapat!

Okies. GTG.
Share:

List.

Gagahkan diri jugak update blog. Serba ringkas, boleh kan?

Hari ini..
  • Pergi exam tadi (kira masih 29hb la ni). Habis pukul 3 petang. Lect panggil jumpa selepas exam tapi, ahhh. Malas. Mau balik.
  • Singgah ke Unimart beli keychain - something untuk bawa balik.
  • Panggil kawan ambil, minta hantar balik kolej.
  • Buat decision. Semester depan pindah bilik.
  • Tidur
  • Cepat-cepat balik bilik dan bersiap ke Foyer Library - Ada rancangan siaran langsung Suara Siswa (RTM), hos Dr Fazley. Pergi dengan Juwita.
  • Sampai kolej sekitar 10.30 PM.
  • 11.30 PM pegi roundabout makan. Macam biasalah. Dengan Kak Faddy, Amy, Dayah, Trexx, Cuya, Juwita, Yong. Kali ini kawan Cuya seorang join.
  • Balik kolej, buang masa kat bilik JPM.
  • Kejap lagi balik bilik tidur.
  • Sekarang sudah sharp 4.00 AM. Esok kena bangun 7.00 AM. Hambik.
  • Tidak apalah. Petang tadi kan sudah tidur :D
List to do..
  • Paperwork Delegasi Ilmiah ke Indonesia
  • Paperwork Makeover
  • Paperwork-paperwork lain
  • Basuh baju
  • Baju penari
Rindu dengan Abang.
Share:

Tuesday, April 28, 2009

Gonna take my rest.

Sudah 2.06 AM. 28hb April. Dari semalam asyik bersin bersin bersin. Malam ini bercadang tidur di bilik saja. Abang pesan petang tadi, malam ini rehat cukup-cukup. Makan ubat. Jangan mahu duduk bilik ekon saja. Hai. Siap sindir lagi.

Sekarang di bilik JPM. Datang sini sekejap sebab laptop ada kat sini. Mau cek flight balik sini 20hb. Yang terkini punya. Shiyal. Naik harga. Tension sekejap depan laptop. Lepas tu buka peti ais, cari buah. Sedapnye makan buah waktu badan tak sihat nih.

[Trexx yang cerita]

"Kak Dayah ada blog ke??" Kata Trexx. Maybe tengah curious sebab sejak dah berapa lama kenal, tak tau pula Dayah ada blog.
"Memang ada." Jawap Dayah.
Ohhh...
"Semalam buat." Tambah Dayah.
Ceh!

Sengal la Dayah.
She's one of my JPMDPP sisters.
I've mentioned about her 3-4 times before in this blog.
Anyway, ini blog dia.. http://rianve86.blogspot.com/

Oklah.
Seriously. Badan tak sedap. I really have to take my rest now.
Fina, balik bilik.
Share:

Monday, April 27, 2009

Men Are Like Elastic Rubber Band

It's 6.19 in the morning. Haven't sleep yet. I'll take some sleep after updating this blog. Eventhough I don't feel that sleepy. Yea I know, I've been so productive lately. Rajin hasilkan entri.

Okay. What's the issue?

Men are like elastic rubber band. Fact, right? Tapi selagi tiada bukti depan mata, jangan harap these words can be beaten into me easily. As time passed by, and we met random kinds of men, sooner or later, we'll learn something new. That's what I've learn. Well, men do act like elastic rubber band to women. They get close to you, but when they need their time alone - They actually need it. Women would always get it wrong because generally a woman pulls away for different reasons while man can even pulls away even without something is wrong.

Actually, we have to let them be. The more you let them be free, the more he will get attached to you. Well currently, I'm experimenting on it. Hahahaha. More explaination? Google this keyword.. 'Men are from Mars. Women are from Venus'.

Got to go!

p.s Saya selesema.

Share:

Sunday, April 26, 2009

Love Story.

Lagu ini tentang cinta terhalang yang akhirnya bersama kembali. Tiada kaitan ke apa dengan kehidupan saya, sebab waktu cinta saya terhalang dulu, saya sendiri yang walk away. Sudah tiada kesinambungan.

Selepas saya walk away, saya masih tunggu sebenarnya (Bodohnya saya). Sebab terngiang-ngiang di telinga. Dia kata dia sayang. Dia kata saya cinta sejati dia. Dia kata, saya cinta pertama - dia kata sampai bila-bila dia akan anggap macam itu (dia masih ingat lagikah kata-kata dia itu sekarang?) Oh. Baru saya tahu. Cinta pertama. Sebab cinta pertama lah, kami tidak kekal. Cinta pertama macam ada curse. Kan kita jarang dengar kan cinta pertama itu kekal sampai pelamin? Padahal kita sayang dia sangat-sangat. Jujur, waktu itu, saya tidak redha.

Saya tunggu. Tapi saya sudah berpaling sekarang. What is Romeo-Juliet? In my first love story, that is damn fake!

*
*
*

Fina, Sedarlah. Syaitan sedang mengaburi mata hati. Sedang membawa kau ke waktu silam yang tidak bisa akan terulangi. Sedang merasuk emosi. Astaghfirullah.

See this.




See that new addings at my sidebar? Sudah ramai guna DaisyPath itu, saya pun mau jugak. Haha. Saya letak Love Story, because that's my current favourite song.

Share:

Saturday, April 25, 2009

Random Thoughts.

Not feeling well.

Badan tak sedap. Tadi telan panadol dua biji. Badan mintak nak baring dan tidur, tapi untuk pengetahuan, sekarang ni saya tengah berhempas pulas menyiapkan laporan projek Malam Audirasari hari itu. Iya. Iya. Memang sudah lama berlalu projek tu. Mahu dekat sebulan sudah. Ada dua faktor lambat siapkan.

  1. Waktu rajin dan peperiksaan pun belum bermula, resit-resit tidak cukup. Ada biro belum hantar laporan dan balik macam itu saja bawa sekali resit yang penting itu. Mau buat laporan macamana.
  2. Waktu sudah malas dan peperiksaan pula sudah bermula, resit yang bernilai RM117 itu baru nak pulangkan.
Padahal sedang berhempas pulas (yeke?) untuk peperiksaan. Sudahnya, hari ini baru mahu buat. Itupun waktu badan tengah tak sedap. Fina suka betul seksa badan sendiri. Maybe you find it crazy, but this is one of my motivation to finish my work. Look how good I am. Mana-mana organisasi yang mahu hire saya memang untung sebab saya boleh bekerja under-pressure. Cuma satu je. Benarkan saya berblog. Kahkahkah.

(I'm sorry so much sebab kurang komited menghasilkan entri. Dua hari sekali cukup?)

Ok gurau.

Bawah ni random thoughts. Layan je lah otak ni merapu-rapu.

  • Semester depan saya semester 5. Kena balik awal sebab jadi AJK untuk minggu suaikenal pelajar-pelajar baru. Petang tadi surf internet cek harga tiket AirAsia (AirAsia je yang termampu).. murah! Tidak sampai RM200 pun. Kalau tidak silap RM165. Biasalah Fina, tidak pernah bagitau exact fact/amount. Setakat ini, dengan 'sangat RELA'nya balik UUM 20 June.
  • My sweetheart punya birthday 4th July.
  • Err.. Cuti ini mahu kumpul duit banyak-banyak. Memang kena kipas parents cukup-cukup nih. Skuad! Bersiap! Kahkah.
  • HOI Fina. Engkau disember tahun ini capai umur 23, ingat sikit.
  • Next exam 29 April ini. Before 29hb inilah kena siapkan hal JPM!
  • Aku nak menulis lagi tapi tiba-tiba blank. Rasa macam nak tunjuk tension depan resit-resit tu adalah. Tapi iyalah, depan orang ramai tak boleh sangat tunjuk perangai tak sopan dan bodoh (contoh: marah kat resit siyal nih)
  • Pening kepala aku layan Encik Belanjawan ni. Lepas ni mau tidurlah. Merajuk dengan resit-resit perbelanjaan.
  • Tengok. Mula dah Fina guna perkataan 'AKU'.
  • Aku makin gemuk. Rasa macam dah tak mahu makan sampai tahun depan. Inci badan mendadak naik sampai Sweetheart tegur dan ayah pula siap bagi nasihat lagi. Habislah lepas ini bajet makan harian cut dari RM10 sehari ke RM1 sehari.
  • 'Teringat waktu kurus-kurus dulu'.. Argh! Apa nih? Engkau ke yang mengeluarkan statement ini Fina? Macam rungutan ibu-ibu berbadan gempal yang dah 5 anak.
  • Tolong siapa-siapa kemas meja nih. Bersepah lah.
  • Blog ini blog peribadi yang dibuka kepada umum bagi tujuan suka-suka semata-mata yang tiada unsur ilmiah yang dimiliki oleh seorang gadis yang masih mencari arah tujuan hidup, yang masih bertatih membina hidup dengan cara sendiri, yang percaya dia punya kelompok readers tersendiri.
  • Oh iya. Flight balik saya 8.35pagi - 8hb Mei ini.
  • 3 more papers for this exam. Wish me luck
  • Apesal macam kurang intention mau balik rumah?
  • Emm. I miss him.. Sekarang ini kurang sikit mahu kacau dia sebab esok dan lusa (26hb & 27hb) berturut-turut dua paper untuk dia hadapi. As usual. He is so dedicated about his studies. Unlike me. Haih. Anyway. Best of luck Sayang. Can't wait for this 30th April :)
  • Err.. mau tidur sudah.

Tolonglah jangan biar Fina buat random thoughts kat blog lagi. Buruk bebeno. Heh.

Share:

Friday, April 24, 2009

Thursday, April 23, 2009

Kakak Separa Mithali

Updated on 26th April 2009 click to see 26th's entry

Ha?
Kakak Separa Mithali?
Siapa? Siapa? Siapa?
Mari tengok ciri-ciri kakak separa mithali yang disebut-sebut itu.


Tengok gambar dulu. It's Dana again. Lama tidak buat entri pasal dia. She has my look, isn't she? Cuma mata dia lebih besar sikit berbanding saya. Dan mata saya lebih lawa sebab berwarna Hippie Chestnut. Hohoho. Semua cakap sekarang ni fizikal dia banyak berubah. Saya di Kedah sini, manalah tahu apa-apa. Ayah kata, sekarang ini tinggi dia sudah mencecah paras kening ayah. Haha. Wait. Itu lebih kurang macam tinggi saya saja.

Hei, jatuhlah saham kau kalau macam ni Fina. Si adik sekarang sudah cantik manis. Tamatlah zaman kegemilangan si kakak. Lepas ni seiring bahu dan sejalan bahu lah nampaknya. Cuma dia Cik Dana Lidi, saya Cik Nana Montok. Ahaha. Apa ni, ketawakan diri sendiri pula? Bukan kebanggaan ka montok itu? Lagipun, highheels kan ada. 3inch! 3inch!

Eleh.. Blahla Fina. Dengan budak-budak pun nak menang ke. Kahkahkah.

Anyway. Aku dan Dana memang rapat. Sometimes dia lebih dengar cakap aku berbanding mama. Kepala dia lebih keras dari aku. Telinga pun boleh tahan kebal. Kebalnya lebih kronik dari aku. Pemalasnya dan cerewetnya pun lebih kronik dari aku. Kahkahkah. Minat sama. Menari, menyanyi, yang girly-girly (dia lagi girly okey) sebab saya agak boyish kat rumah. Dia suka cerita-cerita or lagu-lagu korea, cina, Jepun.., while I prefer english movies and songs.

AH.. Cakap sampai esok pun tak habis. Stoplah.

Kesimpulannya, ciri-ciri kakak separa mithali mengikut teori Fina Sophie (2009) ialah seperti berikut:
  1. Puji adik lepas tu puji diri sendiri lebih lebih.
  2. Lepas puji kutuk balik
  3. Itu je.
  4. Tambah sikit: Kena sayang lebih-lebih. Lebih-lebih kalau dia satu-satunya sibling perempuan kita. MMuah!
Merepeklah si Fina.
Share:

Wednesday, April 22, 2009

Tag from Pu3

Since I have nothing to story-story about, untuk mengelakkan blog ni dari bersawang, errr.. Saya mau jawap tag lah. Boleh? :D

Tag Pertama


1) Nama Timangan + Family
Nana. Dulu benci sangat dengan nama ni sebab orang selalu ejek. Sekarang sudah redha seadanya. Ceh.


2) Anda seorang yang...
You decide :)
Or maybe you can go here.


3) Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa...
Family always come FIRST. Cuz they are my heartbeat.
My dear Sayang. Cuz he's part of me.
My friends. For bringing the light of my life.


4) Lagu kesukaan sekarang...

LOVE STORY by Taylor Swift


5) Warna Kegemaran...
Brown, Pink, White, Black, Orange, Yellow, Gold, Silver.

6) Benda wajib dalam handbag?
Handphones, kunci bilik, purse, eyeliner, compact powder, contact lens, tisu basah.


7) Kali terakhir nangis...
Bila? Bila? Bila? :p


8) Tag ramai-ramai rakan anda...
Fellow UUM. Please.

Second Tag


1. Three names in your cellphone inbox?
Ayah, Abang, Ayu.


2. Your main ringtone?
Get Right by Beyonce & Something Stupid by Robbie Williams and Nicole Kidman


3. What you did at 12 last night?
Tengok movie.


4 . Who was the last person you went out with? Where?
Kak Faddy, Amy, Cuya, Trexx. JPM sisters yang baru betul-betul kenal sem ni :) Pegi makan kat Restoran Pakku kat Changlun.


5. The colour of the T-shirt you are wearing now?
Black. Ada stripes pink dan white. With colar.


6. The last thing you did?
Tidur!


7. Three of your everyday favourite items?
Counseling books, Laptop, Broadband.


8. The colour of your bedroom?
I prefer bedroom yang serba pink :)


9. How much money in your wallet now?
Two RM10, one RM5, two or three RM1, and some coins.


10 . How's life?
Good.


11. Your favourite song?
Banyaklah. Among the best I have ever heard - After All This Time by Simon Webbe, Please Forgive Me by Bryan Adams, have You Ever Really Loved A Woman by Bryan Adams, Kenangan Terindah by Samsons, Tercipta Untukku by Ungu, Take A Bow by Rihanna, dan banyak lagi lah. Mostly lagu inggeris. And as a traditional dancer, traditional songs are also one of my favourite genre.


12. What will you do next weekend?
Having lil' vacation maybe :)


13. When was the last time you saw your mom?
End of December last year..


14. Where is she now?
Rumah.


15. When was the last time you talk to your parents?
Beberapa hari lepas.


16. Who is the last person that texted you?
Abang.


17. Where did you have your dinner last night?
Last night tak makan.


18. The last surprise you got?
Life is way SO predictable lately. Ahh! Bosan.


19. Last thing you borrow from your friends?
Tupperware.


20. Who is your bf/gf or husband/wife?
Azizzul Rahman. Ya Allah. Dah banyak kali tayang nama dia di sini. Stop it Fina. Hehe.


21. What do you feel now?
Mau makan.


22. Wanna share with who?
We're having party now. With JPM sisters :)


23. Who knows your secret?
Dia, dia, dia.


24. They keep your secret?
Yes.


25. Are you angry with someone?
Trying to cool down now.


26. What do you order at McD?
Ikut cakap Abang. Ekekekekekk


27. The last time you felt so sad?
Takmau mention.


28. What is your wish for tomorrow?
Tau tak, aku tengah tengok si Yong ni kena pukul-pukul oleh anak Encik Joe nih. Encik Joe, Felo DPP ni, datang bawak anak sekali. Haih. Kalau aku lah kena pukul-pukul tak pasal-pasal macam tu, dah lama kena tendang kot oleh aku. Pedulik hapa aku bapak dia ada situ. Macam nak sepak je tengok perangai budak macam tu.

Tag ketiga

1. Kalau anda jadi orang kaya?
So what?


2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
So what?


3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
WILL NEVER.


4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!
Bukan dunia nak kiamat pun. Cakaplah apa pun. I don't even care.


5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluarga lah.
Saya akur.. Kalau waktu itu hati saya masih tidak terisi.


6. Kalau tiada lagi hari esok?
Hadapi dengan senyuman.


7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
Buat tak tahu, tak nampak, dan tak kenal.


8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
No thanks. Not my taste.


9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
Merepek la engkau.


10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati?
Tak heran.

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
Takmau. Takda masa okek.


12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
Terima kasih.


13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
Masa muda sudah lepas. Dah tua bangka dah ni.


14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?
Next week will be IT. Told you :p


15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
To be strong enough, that is all I need.


16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?
Buat masa ni, Anugerah Pelajar Cemerlang. Heheheh


17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?
Mat saleh. ohmaigoddddd... hensemnyaaa..


18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
Strength. Strength. Strength.


19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
So what? Hal remeh.


20. Mengenai orang yang tag kamu ni?
Pu3? I like her blog. Tiap kali entri baru mesti baca - But just a silent reader la. And, she reminds me of a pesilat UUM i knew once :p


p/s Esok exam!

Share:

Tuesday, April 21, 2009

Tak baca pun tak apa.

BannerFans.com


ADUHH.

Lately malas sungguh nak update blog. Hari-hari buat perkara yang sama. Everyday is the same. Bilik JPM sudah jadi macam rumah kami. Kiranya semester depan kami tidak payahlah apply bilik. Tinggal bilik JPM sudah. Sekejap lagi mau taip surat, takmau bilik. Jadi tak payah bayar RM300 tuh.

Err. Fina tipulah. Percaya kenapa? Heh.

Everyday duduk depan laptop menghadap blog tapi tak tahu nak buat apa.
Everyday tengok muka yang sama. Sorry guys. Fact. Heheh.

Aih Malas-Mau-Cerita-Sudah. Boyfriend saya carik pasal. Off dua-dua handphone. Kami stop mesej tadi pukul 6 petang. Siap dia kalau pukul 12pm masih belum on salah satu handphone. SIAP!

Teringat perbualan saya dengan adik saya.

"Boyfriend apa khabar?"
"Okay ja." Diam sekejap. "Hari tu mama kol dia pastu siap main mesej lagi". Tambahku.
"Ceh. Untuk apa?"
"Saja berkenalan dengan bakal menantu". Malas nak layan punya pasal, aku pun kelentong je.

Memang mama ada call dan mesej Abang, tapi itu semata-mata sebab mama tak dapat contact saya. Itu je ceritanya. Mama mesej, cakap pada dia yang 'Nana memang perangai macam tu. Lain sikit..'. Dia pula menjawap. Macam ni.. 'Dah biasa Makcik, Tau sangat perangai dia'. Hambik. Adik aku bantai gelak dengar. Aku tau lah, sebab mama bagitau. Dia pun bagitau juga.

Esok ada jamuan. Nampak gayanya, tempek gambarlah lagi nanti. Eheh.
Oyah. Atas tu banner yang saya baru buat tadi. Kat sini. BannerFans.

Share:

Saturday, April 18, 2009

My Sweetheart.

Your sweetheart is like a big brother to you. He is kind and always takes good care of you. He is a dream boyfriend; gentle and compassionate, he is completely and utterly dedicated to the girl he loves. It's easy to please him because he appreciates everything you do for him. There's no need to worry about changing yourself in any way because he accepts you the way you are. When this type of man fall in love it's going to be deep and quite probably forever.
Ahaha. Betul betul betul. 100% true!

Find out yourself here :)

Share:

Fina's True Self?

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education
You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Welcome to the It's-All-About-Me blog. Hahaha.
Found this at Shima's blog. Took the quiz from the QuizBox.
Wow, so true huh?
Share:

Friday, April 17, 2009

Trip To Ulu Legong

Updated on 24th April 2009

Pergi Ulu Legong tanpa apa-apa perancangan awal. Aku, Encik Uda, Kak Faddy, Ika, Amy, Dayah, dan Cuya. Bertolak around pukul 11 malam, dan sampai kolej around 11am juga rasanya. Semua condemn kat bilik JPM. Letih. Err.. Encik Uda balik rumahlah. Hehe. Encik Uda sporting!

Nah! Maaflah aku tempek gambar je, malas mahu explain. Tengok sudah.




Share:

Thursday, April 16, 2009

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Masa untuk blogwalking ke blog-blog baru. Senarai blog dapat dari yoyooh.com. Jalan punya jalan, terjumpa artikel ini. Which, I found really useful.

Nah amik.

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan? Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya :-


1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ).


2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar? Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.


4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Resource : http://warunghotmama.blogspot.com/

Share:

10 Facts About Me

[1]
[2]

Tag ni saya dapat dari Cik Shima
Cik Shima ini adalah kawan blogger saya. Lama gile tag ni terbiar dalam draft box. Haha. So sorry dear sist Shima, memang mahu jawab actually, tapi belum sampai masa. Ini kira sudah sampai masa lah agaknya ni. Mahu hiburkan hati buat benda yang jarang dibuat lepas exam. Bacalah, some few facts about me.

[3]

10 facts about me?
♥A muslim♥
♥A girl♥
♥Anything isn't everything.
Tetapi, saya tidak akan membelakangkan keluarga atas apa jua perkara.
Family is my priority♥
♥In serious relationship with Azizzul Rahman
♥Supercool♥
♥Positive thinker.. kot.
Cuz I'm sure I'll NEVER gonna give up my own life
Perasan perfect,
but I accept failures and flaws unconditionally♥
♥I live my life in MY OWN WAY♥
♥Believe it or not,
I do take risks
♥I do judge book by its cover. Any problem?♥

[4]
Tagged 5 orang
1. Me
2. Me
3. Me
4. Me
5. Me
♥Meh lambak kat sini, boleh I jawap bila-bila masa free. Ngehehe.♥

Share:

Wednesday, April 15, 2009

Something About The Blogging Me.

Updated on 16th April 2009

Mau tahu tak fiil saya kalau berblog?

  1. Tidak tahulah memang minat ke apa, tapi memang selalu tangguh-tangguh update blog - Lepas tu tiba-tiba dalam sehari ada 3 entri atau hari-hari yang terlepas untuk di update, tiba-tiba ada entri (macam hari ini). Haha. (sebab nak sangat pegang kata-kata hari itu - mahu jadi penulis blog tegar. Main tipu sikit. Nanti orang bilang cakap si Fina ni tidak boleh pakai langsung)
  2. Untuk pengetahuan, waktu saya post banyak entri itu tandanya memang tiada life lain la selain berblog. Kalau sunyi sepi pula maksudnya life filled with many things. Or simply because tak-berapa-nak-rajin, atau terjangkit penyakit blogger yang membawa kepada Sindrom Otak Beku.
  3. Saya baca komen orang, dan rajin tengok blog orang lain setiap kali ada update. Tapi malas sikit nak balas komen atau hantar komen. Tapi lepas ni saya cuba merajinkan diri. Walaupun tak kenal, tak salah bersikap mesra kan?
  4. I just love writing and sharing. That's why I'm still here - with the ups and downs. Belum ada niat mahu berhenti (Oh tidak). Sampai menutup mata, mungkin.
  5. Untuk pengetahuan, SUFILARA IS NOTHING BUT A NAME. I saw this name at an online chatroom I've joined years ago. And was really attracted to it. Tak sangka pula minat sangat sampai boleh jadi alamat blog. Jap jap, nak fikir jap. Apesal la.. Sambil tengok awan blank terapung-apung atas kepala. Haha. Tandanya, tak tahu. SUFILARA sangat-sangat tiada kaitan dengan dukalara, manjalara, segala jenis lara. SUFI itu tiada kaitan dengan lagu kumpulan Damasutra, jauh sekali golongan sufi-sufi. I just love the name to be my virtual trademark. I love something unique. Something rare. Something beautiful. And please, don't call me SUFILARA. I'm Hasnie Falina. To be short, just Fina =)
  6. Waktu Fina (ceh, Fina) menulis, sila ambil perhatian pada perkataan yang di-garis-kan. Yang di-grey-kan adalah yang tak berapa nak penting untuk dibaca, dan sila ingat perkataan yang di-bold-kan atau yang di-HURUFBESAR-kan.
  7. Menulis campur-campur dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris yang tidak keterlaluan (agaknyalah. haha) dengan harapan tak mengganggu mood pembaca =)
  8. I'm very alert on my spelling but please don't be mad kalau terlepas juga satu dua perkataan. I'm a human as well, jadi sila tegur dengan berhemah.
That's all for now.

Foot Note : On 15th of April sebenarnya tengah sibuk ulangkaji soalan past year untuk kertas Penyelidikan Sains Sosial dalam bilik ekon. Dan main masak-masak 1 jam. Haha.


Share:

Saturday, April 11, 2009

Basya

It’s a wonderful evening and I met this guy – Basya. I’m not sure how his name exactly spelled, but that’s how I hear Beatrice pronounced it. Ba-Sya. He’s a final semester student (Master of Finance) from Jordan, majorly speaks in Arabic language and a Muslim. He’s once Beatrice special one. Haha. Ops. Sorry Beat. Hahaha.

“So, tell me. How did you meet her?” I asked Basya. Breaking the silence. Well, what do you expect? Rasa bersalah juga tiba-tiba datang mengganggu, I was actually about to go but Beatrice insist me to join them. I came as Beatrice’s friend. After saying ‘Hi how are you’, since I don’t know him, the first question is.. “How did you meet her?” Hahahaha.

Beatrice bulatkan mata tengok I.

Basya replied, “She’s the first girl I know here. She was sitting there (pointing somewhere at The Mall Kachi) with this chinese guy. Bla bla bla..” He starts talking about the chinese guy he’d mention pula.. Then he say that the second time he met Beatrice was the first time he approaches her.

We’re just having a simple conversation. About Malaysia, especially Kuala Lumpur (he loves KL), about his plan to further his study to PhD, about the Matahari song by Agnes Monica, and about the girls he’d befriend with. There’s times when Beatrice pandang macam nak makan. Yala, sahabatnya ini merapu dan bertanya macam-macam kat Basya. Until Basya says that Beatrice is his special case.

How sweet. Special case huh? I guess that i’m a special case for Abang too :)
Lalala..
No point here. Move!


Share:

Thursday, April 09, 2009

I want you forever and ever more

Updated on 11th April 2009



Sure there'll be times we wanna say goodbye
But even if we try, there are some things in this life won't be denied
Won't be denied
I'm never gonna say goodbye cos I never wanna see you cry
I swore to you my love would remain and I swear it all over again and I
I'm never gonna treat you bad cos I never wanna see you sad
I swore to share your joy and your pain and I swear it all over again
The more I know of you is the more I know I love you
And the more that I'm sure I want you forever and ever more
And the more that you love me, the more that I know
Oh that I'm never gonna let you go


swear it again by westlife
Share:

Wednesday, April 08, 2009

Aku bukan untukmu.

amaran. entri ini ditulis oleh Fina waktu otak tak berapa nak betul.

Lagu Kenangan Terindah – Samsons.

I am the girl who still look back even if everything’s over. I’m the one that would never forget those who touched my heart so deep inside. Saya tidak mudah berputus harap. Mudah melupakan kesalahan orang lain sampai boleh terlupa. I’m the girl you can always fool on to, I’m the girl who can find the best in you even if everyone else saw the worst in you. I can be your dreamgirl (if you’re a boy). And your worst dream ever.

Saya.
Saya semakin tahu menerima kenyataan. Sudah tahu tidak semua yang kita mahu akan kita perolehi. Mengerti yang cinta tidak mesti memiliki. Percaya percintaan juga perlu pengorbanan. Cinta bukan pentingkan diri.

Tiada mangsa. Tiada pemangsa. Masing-masing merelakan dalam paksa. Dia terpaksa, aku pula berfikir yang aku tidak boleh terus begini – mementingkan diri. Aku jadi perempuan bodoh yang tidak berdikari sepanjang bersamanya. Dia terlalu memanjakan. Terlalu mengikut kehendak ini. Terlalu mudah dipaksa. Terlalu menyayangi. Ya. Salahnya kerana terlalu menyayangi.

Bodohnya kau Fina. Pernah ke ada orang salahkan orang lain sebab orang lain itu terlalu menyayangi?

Pernah.

Aku mencintainya. Aku sangat menyayanginya. Tiap kali mata ini terpejam, hati dan fikiran tertumpu pada dia. Air mata ingin merembes semahunya tapi hati mengawal sedaya upaya. Kalau tidak, meraung-raung aku dalam bilik JPM ini. Elok-elok orang tengok macam sedang buat assignment, tiba-tiba meraung macam koyak kulit kepala pula. Tambah pula satu lagi isu panas. Tajuknya, ‘Kak Fina Resign JPM Sebab Gila’.
Ya Allah, maafkan hambamu yang lemah serba serbi ini. Memang nyata mudah sahaja hati ini dipengaruhi bisikan-bisikan berbau duniawi..

Malam ini bulan mengambang. Malam yang cerah, tetapi mendung. Mudah saja meluncur perkataan keramat lagi pedih itu dari mulutnya. Tidak pernah. Sebelum ini tidak pernah. Bukan kehendak aku melukakan hatinya. Dia tidak pernah ada tanda mahu melepaskan aku. Tapi malam ini, segalanya berubah.. Fina, inilah kesan provok kamu. Tahniah. Kamu berjaya. Anugerah Provok Paling Disesali goes to........ Fina!

Kalian tidak tahu apa yang aku lalui tadi.

Semalam aku langsung tidak tidur. Selepas azan Isyak tadi baru aku tidur. Bangun semula pada pukul 11 malam. Jam di mana segalanya bermula. Ketidakcukupan tidur – mungkin itu antara sebab otak ini tidak well functioned.

Ah!

Lunch tadi agak lewat. Pukul 3 baru habis menibai. Makanan dari DPP Proton. Murah-murah. Selepas itu, pergi ke rumah Encik Joe, tolong-tolong sebab malam ini ada barbeque. Tapi aku sampai pukul 8 malam saja, lepas tu aku balik tidur.

Pukul 11 malam.

Sayang buat ape?
Baru bangun.
Kepala Abang sakit la selepas bangun tidur tadi.
Nanti rehatlah.. Katne ni?
Kat cafe. Beli burger. Mana leh rehat. Report projek kena siapkan awal. Takut tak ada masa nak study pula.
Lama lagi? Ayang jap lagi turun.
Cafe YAB Sayang.
Oh.. Em. Oklah jaga diri. Night. Salam.
Tak apelah kalau tak nak mesej. K. Night.
Jadi ke datang tadi?
Jadi. Tu yang ada tambahan kerja.
Kenapa langsung tak mesej yang abang kat sini??
Aik. Ayang kan tidur ayang cakap tadi?
Mesej je la. Tak bleh???
Sorry la. Abang kan dah tanya tadi. Ayang nak kunci ke, tapi Ayang tak respon pun dengan jawapan.
Bagitau la yang Abang dah kat sini. Ni langsung tak cakap. Memang langsung tak ingat ke? Takpela ek. Saya memang takde hak. Lupa.
Sekarang ni ber’Ayang-Abang’ pun rasa macam tipu je. Rasa macam plastik semata-mata. K.
Adui. Taklah macam tu. Ayang kan cakap Ayang tak sedap badan?
Apa? Sape cakap? Juz mengantuklah! Pandai-pandai tambah statement.
Semua rasa macam tipu dah i’m sorry. I really cannot. Dah tak boleh. I can’t love you anymore.
:(

Ok. Ayang nak sangat kita break kan. Kita break je la. Abang tak akan kacau Ayang lagi. Apa-apa pun minta maaf banyak-banyak. Good luck exam.

Share:

Tuesday, April 07, 2009

Open and Sharing

Salam.

Malam ini hangat sedikit.

Kiranya macam sesi penilaian. Masing-masing memberi pendapat. Ada yang memilih untuk diam dan mendengar sahaja. Masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing pada orang ‘Paling Atas’ itu. OH. Aku tiada komen. Memang aku sendiri pernah terkena – Dimalukan depan ramai. Kalau aku, mungkin iyalah aku boleh buat bodoh. Tapi masih take note. Tidak dinafikan memang ada sedikit gurisan dalam hati, tapi, keluar pintu JPMDPP, aku tidak bawa keluar satu pun kerana bagi aku itu cabaran.

Aku mahu tergelak bila timbalan exco kata dia tidak boleh hal tarian-tarian. Siap minta maaf pada aku. Seingat saya, saya tidak pernah meminta. Jauh sekali menyuruh. Saya sebolehnya tidak mahu pun timbalan saya masuk ke tarian. Sangat tidak seronok. Seburuk-buruk cadangan saya, projek tetap jalan – no matter what. Fine anyway. You mahu buat apa sebenarnya? Tahu pula mengumpat sana sini? You bagi cadangan, you tidak proceed pun? Buat lain kali.

Hei.

Aku naik jadi JPMDPP dengan membawa nama dalam bidang yang ini. Semua orang tahu, dan semestinya semua alert yang aku memang lebih kepada bidang seni yang ini. Saya mahu ingatkan – Ko-kurikulum, Bidasari, dan semenjak audition (awal 2008), kumpulan tarian DPP Bukit Kachi 2 ditubuhkan hinggalah diberikan nama Audirasari saat menjelang pertukaran nama DPP Bukit Kachi 2 ke DPP SME Bank, – dari semester pertama hingga sekarang, saya aktif bidang yang ini. Naik jadi Exco Kesenian & Kebudayaan, semua orang nampak saya lebihkan pada tarian.

Guys. I’m still Audirasarian. If you suruh pilih antara JPMDPP atau Audirasari, I’ll go for Audirasari. Objektif : Naikkan nama Audirasari. Ini objektif saya tidak berubah dari mula masuk JPM sampai sekarang. AND. If you suruh pilih study atau JPM, I’ll choose JPM. Frankly speaking. I LOVE working.

Isu lain, tentang insiden-insiden sepanjang persiapan dan Majlis Pemasyhuran itu. Event besar, mesti tidak akan terlepas dari perkara-perkara macam ini. Tapi saya fikir satu sahaja. Bila everyone stop complaining each other, waktu itu kita masing-masing boleh bergerak dalam satu pasukan. Mahu tidak mahu, hakikatnya ini pasukan yang ditubuhkan yang ahli-ahlinya dipilih oleh orang atas – bukan atas pilihan hati masing-masing. Adapt! Adapt! Sudah. No more words.

Berita dari kampung.

Petang tadi, Dana inform – S's mummy passed away because of her kanser rahim. I guess, the day before. Innalillahiwainnalillahiraji’un.. Mari sedekahkan Al-Fatihah. It's sad to hear this, since. .Emm I don't know. It touched my deeper side. Pipie pula kena jangkitan red-eyes. Ayah pula sudah ditukarkan ke Jabatan Pendidikan Daerah Ranau. Ini minggu terakhir ayah di Jabatan Pendidikan Daerah Telupid. Saya sangat-sangat sokong perpindahan ini. Kesian ayah asyik berulang alik dua jam dari Telupid ke Ranau untuk berjumpa family tiap hujung minggu.

Esok lagi.



Share:

Monday, April 06, 2009

More than a keychain.

See, Sayang?
Saya sudah beli pemotong kuku fancy fancy ini. Chained to something that I would always put in my wallet. After this, no more complains about my nails. Kalau saya degil sangat berkeras cakap yang kuku saya masih boleh consider as pendek (while you think it is not), you can just grab my wallet and take out this object. What do you say?

Hahahahahahahaha..


Share:

Sunday, April 05, 2009

Lada Putih Tumis


Seperti yang dijanjikan. Bahan-bahan yang diperlukan.

  1. Lada putih (Berbentuk seperti lada yang berwarna putih) - Satu bungkus, dihiris-hiris
  2. Beberapa potongan ikan masin
  3. Garam, gula, & Ajinamoto secukup rasa
  4. Sos tiram
  5. Kicap
Well. Bilik I serba serbi ada, cuma kehabisan bawang. So, tumis ala kadar saja.
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan semua lada putih yang telah dihiris itu.
  3. Tumis seketika.
  4. Masukkan ikan masin.
  5. Tumis, kemudian masukkan sos tiram 2-3 camca.
  6. Biarkan seketika lagi, sambil kacau.
  7. Masukkan kicap, sedikit.
  8. Gula, garam, Ajinamoto secukup rasa. Gula lebihkan ye. Garam & Ajinamoto letak juga, tapi sikit.
Petua.
Resipi ni memang lada putih semata-mata. Selain campur dengan ikan masin, tiada objek lain lagi. Orang dulu-dulu masak lada putih campur ikan masin saja. Sekarang ini kan sudah advance, lagi-lagi kalau di tangan saya. Memang macam-macamlah yang ada. Jika di rumah, biasanya sayurlah. Kalau bukan kacang panjang, hirisan terung. Kalau lagi rajin, letaklah potongan dadu isi ayam. Sepatutnya ada asam jawa 5-6 ketul (bergantung kepada saiz masakan). Dan paling penting, dua benda n. 1st, petua orang-orang tua. Jangan buang batang lada tu, untuk kurangkan pedas. Dan buang la bijik lada putih tu. Dah habis makan tu, perut rasa semacam. Now? Ya Allah. Menahan sakit perut. My stomach sedang kepedasan kat dalam. Telefon mama. Mama kata : Memanglah lagi menyengat pedas. Itu lada putih tua. Dan baru teringat, semalam saya langsung tak buang biji-biji tu. Hambik.

Bukan first time macam ni sebenarnya. Sepanjang tiga tahun ini, tiap kali masak lada putih mesti asyik lupa nak buang biji. Tak percaya, tanya mak I. Kecuali jika mama I yang masaklah kan. Sendiri juga yang rasa nikmat dua tiga kali masuk tandas. Haha. Well, pedas itulah yang nikmat. I rela sakit perut sebab I like this food. Kahkah.

U will never found this in Semenanjung Malaysia.
Ahh. macamlah ada orang nak cari.

Share:

Some lonesome hours..

Sekarang ini sedang perang dingin lagi dengan Abang. It's a good thing he pays much more attention on his work and very dedicated about it, but it frustrated me as well as he ignoring me. I remember when the last time I was SO busy until I didn't have time for him - even for myself. I ignored him too. Fair enough, no? Well, Fina. Give him his time.. (Baiklah sangat. Padahal bukan main nak mengamuk tadi)

Looked around. Realised that all my cooking stuffs masih ada di bilik JPMDPP. Ok Fina, tahan loya tu. Jom angkut balik barang-barang tu.

.
.
.

Tadi masuk ke bilik JPMDPP. Dayah ada di dalam. Sedang nyenyak tidur atas sofa dengan kaki berstokin hitam terangkat ke udara sebab Dayah lagi panjang dari sofa tu. Haha. Iya, Dayah tidur. Sampai terjengket-jengket saya kumpul semua barang-barang - taknak bagi Dayah terjaga. Macam pencuri. Guys, kalau tiba-tiba perasan ricecooker (aik, JPMDPP bawa ricecooker?), sos tiram dalam peti ais, garam, gula minyak masak, pisau, pembuka tin, tupperware tu hilang, jangan histeria pula. Ada kat sayalah sayang. Haha.

Saya baru lepas masak nasi. Hambik. Sekarang dah jam 12.25 AM. Makan nasi tengah-tengah malam ini memang satu keindahan bagi orang-orang yang suka melantak. Aku tensen ni. Apa lagi, makan. Makan.

Sedang merebus telur. Kejap lagi masak lada putih tumis pula. Nyum nyum. One of my favourite. Diimport khas oleh mak dari Sabah hari itu. Tapi tak taulah apa rasanya kali ni sebab bawang pun kehabisan. Sekejap lagi I siap masak I tunjuk dekat you all.

.
.
.



Tadaaa....~

Mak aih.. Pedasnya! Sape masak neh? Tak dapat nak habiskan - Pedas sangat. Pagi sikit nanti bersarapan lagi dengan ini. Kahkah. Resepinya pada next entri. Tapi instinct menyatakan tak ramai yang terliur nak mencuba pun. Kahkahkah lagi. Err. Minah ni tengah tensen agaknya. Otak tak berapa nak betul. Masak tengah-tengah malam buta. Siap gelak tak henti. Ketuk-ketuk kepala tu sikit.

Hmm.. Betullah. Being alone could be one of millions disaster.

Sekarang sudah jam 2:24 AM.

Share:

Saturday, April 04, 2009

Friday, April 03, 2009

Tensed

Salam sayang-sayang semua!
Lama sungguh rasanya tidak ketemu.

Saya ke Jitra tadi, menghabiskan masa yang ada bersama Abang. OH.. How I love every second I share with you Sayang.

Untuk makluman, selepas 16hb Mac lepas (antara entri akhir saya sebelum bercuti sebentar dari berblog), saya mengalami masalah tidakdapatmembuatentribarumelaluidashboard. Bengang juga. Sabar Fina. Kemudian cubaan mengupdate blog melalui emel pada 23hb Mac. Berjaya. Tapi sangat leceh. Mood jadi down untuk berblog. See? Sangat tidak penyabar. Haha.

Ditambah dengan kesibukan untuk event yang bakal datang.. Persiapan untuk performance 27hb (Majlis Pertandingan Pentomen) dan 28hb (Majlis Pertandingan Dikir Barat). Kemudian 29hb presentation tentang persembahan apa yang hendak dibawa waktu majlis pemasyhuran nanti depan Encik Raz dan Puan Malam- sekali dengan rehearsal untuk Malam Audirasari, kemudian keesokannya - 30hb. Malam yang paling saya tunggu-tunggu.. Malam Audirasari.

Tetapi, tidak habis sampai situ sahaja. 31hb rehearsal penuh untuk Majlis Pemasyhuran DPP SME Bank pula. Sehinggalah pada hari kejadian (1hb April), we were all tensed. TENSED ENOUGH. Especially me, I guess. Sampai ramai juga yang tegur. Well, this one thing - they ARE NOT me. So they can't really actually understand what I've been through. Hingga sampai sekarang merehatkan diri dari menjejakkan kaki ke bilik JPMDPP. Rasa loya pun ada. Can't you see? Punya trauma. Lain kali kau jangan pandai-pandai nak tekan-tekan aku semata-mata perkara duniawi. Bare in mind.

Yang berlalu biarlah lalu. Saya hanya mahu ambil sedikit cebisan-cebisan itu sebagai panduan di masa hadapan.

After 1hb April, I spend most of my time at my room. Indah sungguh perasaan. Menjalani kehidupan macam manusia normal. Apa kau perasan ke jadi superhuman sebelum ni Fina? Kahkah!

Depan saya sekarang ni ada 1 twister KFC dan Zinger Burger. Yang belum disentuh-sentuh lagi. Macam tak dapat nak habiskan rasanya. Perut sudah senak. Saya ini, makin sibuk, makin menjadi-jadi pula nafsu beli makanan. Makannya tak selera, tapi at last, terpaksa makan juga sebab sayang nak buang. Haih.

Selagi berkesempatan, saya akan upload gambar-gambar sepanjang waktu saya bercuti berblog ini. Jangan terkejutlah tengok badan saya sudah naik. Hoho. Daa.. :)

Share:

Wednesday, April 01, 2009

Hari Pemasyhuran DPP SME Bank

[1]

[2]

[3]

[4]

[5]

[6]

[7]

[8]

[9]

[10]

Gambar 1 hingga 8 = Semua ini adalah di dataran atas. Bermula dari camwhoring (saya jadi jurukamera - malas nak bergambar tadah muka dengan muka sembabbarubangun-pucat-takmekap) sampailah kepada ketibaan Yang Berbahagia Dato' Gumuri Hussain - Pengerusi Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank). Beliau dalam kereta kuda itu. Muka tak nampak. Selepas persembahan tarian Selamat Datang, saya terus ke dewan.

Di dewan, kamera tersimpan terus dalam beg. Tak sempatlah mahu posing-posing segala. Sebab kepala pusing-pusing. Hoho. Sampai akhir majlis, barulah teringat nak keluarkan kamera. Bergambarlah sekeping. Yang kat atas pentas tu je. My favourite port agaknya. Sudah dua kali posing kat situ. Haha. I hate this camera. Gambar tak lawa. Sapelah yang beli hari tu? (Tunjuk diri sendiri) kahkah.

Akhir kata, tengok rojak tu. Huisshhh.. Memang sedap.

Share: