Wednesday, March 04, 2009

Sejak jadi JPMDPP...

Aik? Dah 11 followers pula? Ehehe..
Thanks for being one of my followers, Trexx. Trexx is one of my JPMDPP sisters.

Sebut tentang JPMDPP.
Semenjak menjadi JPMDPP ni, selera makan saya sering berubah mengikut musim. Musim apa saya pun tidak tahu. Tidak menentu. Awal-awal dulu, berkuranganlah juga berat badan. Sekarang ini, selera bertambah-tambah pula. Sia-sia saja tiap malam training. Makan terlebih-lebih.

Masa bersenang-lenang juga antara masa yang amat saya tunggu-tunggu. Kalau bukan tidur, akan menaip blog. Kalau bukan, main game The Sims. Tak habis-habis dengan The Sims. Kahkah.

Tidur juga tidak menentu. Contoh, semalam. Sampai pukul 4 pagi pun masih bergelak ketawa di bilik JPMDPP. Buat kerja sambil ada siaran khas dan live. Pukul 4.30 pagi itu baru berada di bilik dan tidur. Tidur dalam sedikit jam pun sudah biasa sekarang ini. Sebab saya ada hujung minggu untuk tidur sepanjang hari. Kahkah.

Terpaksa lebih menumpukan perhatian setotal mungkin waktu di kelas. Kelas saya habis lewat petang setiap hari. Balik bilik biasanya akan ambil nap sebentar untuk merehatkan minda. Bangun sahaja, fikiran set untuk ke aktiviti kolej pula. Seluruh siang untuk akademik, seluruh malam untuk hal kolej. Setiap kali turun bertugas, jarang sekali membawa buku atau nota turun bersama. Tetapi mula malam ini, saya akan mula mencuri-curi mana-mana masa terluang untuk ulangkaji walaupun cuma sebaris ayat setiap kali.

Menjadi JPMDPP juga bermaksud anda akan hidup dalam tekanan. Deadline, approval, penajaan, meeting yang entah bila sudahnya,.. TIDAK termasuk hal akademik - Midterm exam, Quiz, Individual Assignment, Group Assignment.

Ops. Gotta go.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for simply being here! *love*