2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




It's been a while.
Monday, March 23, 2009 posted at 12:06 ♥

Its been a while.
FINALLY!
After almost 5 days trying to log in to my blogger dashboard! Ini pun terpaksa mengupdate melalui emel sebab bila dah mahu publish entri, the browser's page turn out to be completely blank. DAMN.

Waktu 16hb, saya buat entri yang projek saya sudah diluluskan bukan? Haih. You know what? I have to postpone it to 3oth of April - due to some external problem. Masalah kat jabatan lain.

Anyway.

Biro makanan, kena tambah jumlah peserta lagi sepuluh orang. Biro protokol, buat masa ini tiada masalah sangat. Cuma VIP jemputan belum dapat confirmation lagi. Biro logistik, ada barang tambahan lain dan kena kira kerusi kat dewan sebab JPP can't provide kerusi waktu tu sebab clash dengan Expo Konvokesyen. Barang-barang semua sudah beli, so backdrop kena start buat dah. Hiasan dewan juga kena start dah rancang. Biro Cenderahati, CHECKED. Biro program, cari lagu-lagu berkaitan. Biro Publisiti, tadi sudah selesai edar flyers. Mini-poster itu kena tampal juga - but first kena dapatkan cop pejabat. To my Setiausaha, Ayu, thanx so much dear, Ayu banyak tolong akak. Memang lepas ni pun akan banyak menyusahkan Ayu. Just get ready. Hoho. Ini surat-surat yang perlu ditaip dan diedar segera.

Itu untuk Malam Audirasari. Untuk Pemasyhuran DPP SME Bank (formerly known as DPP Bukit Kachi 2) pula, saya uruskan semua bahagian untuk persembahan. Tidak banyak sangat kerja biro ini. Cari orang untuk perform, dan waktu hari kejadian, ahli biro rasanya kerjanya cuma menjaga peserta-peserta itu supaya tidak berkeliaran dan stay in group. AJK aku tak cari lagi. Baru ada berapa orang entah. Kahkah. Nampak sangat kerja terlalu mudah sampai ambil ringan. What to do? I have two agenda within those 3 days. Sangat pack. Tumpuan diberi lebih kepada Malam Audirasari sebenarnya. Ops. Jangan Fina. Jangan. Take those two events seriously.

Lagi satu, Fie minta saya buat design banner untuk Pemasyhuran. Haik? Saya kat Biro Persembahan - apa kena mengena dengan buat banner? Hehe. Anyway, I'll try Fie. Maybe sebab dia berkenan dengan design tiket dan mini-poster saya kot. Well, other than that, kena deal dengan Pusat Budaya dan Seni untuk upah orang mainkan serunai waktu hari kejadian. SELESAI.

Semalam bergaduh lagi dengan Abang. Ya, bergaduh besar lagi. But no worries - dah settle malam tadi.

"Ayang, abang taknak hubungan kita jadi macam ni. Abang nak jadikan Ayang isteri Abang"
DUSH.
"Abang ikhlas nak pada Ayang. Bukan sekadar main-main"
DUSH!
"Ayang tak ada perasaan kah? Ayang dalam kesusahan, siapa tolong Ayang? Time Ayang exam dulu, sebelum exam, Ayang marah Abang. Last sekali, Abang juga yang hantar balik. Ayang ada masalah dengan kawan, Abang juga tempat Ayang mengadu. Teman Ayang pegi Alor Setar walaupun esoknya ada exam. Beli tiket sama dengan Ayang walaupun Abang lambat ke Miri. Ayang tak pernah ke fikir semua tu? Rasa nak menangis Ayang buat abang macam ni. Abang tahu semua silap Abang, tapi pendirian Ayang berubah dalam sesaat. Abang tak mahu marah-marah kat Ayang sebab semua yang Abang cakap semua salah. Ayang je yang betul. Tegur sikit, Ayang dah merajuk. Sebab tu, segala yang ayang buat, abang diam je."

DUSH DUSH!

Can't you see? Perlu ke saya ceritakan lagi? Baca sekali pun sudah faham kan?
Yah - I'm the worst GF ever.
Abanglah orang yang penyabar sekali menghadapi sikap saya yang mencabar ini. Tiada orang lain lagi agaknya yang mampu terus bersabar macam dia ni.

Saya tanya.. "Sanggup ke hadapi semua tu selama bersama Ayang?"
Dia jawap.. "Sanggup." Sebab dia kata dia cuma mahu saya, dan bukan orang lain.
Saya bertanya lagi dengan curious.. "Abang nak dengan Ayang sebab takut tiada orang lain mahu Abang?" (Kahkah, maafkan saya sebab soalan tidak bertapis ini. Saya cuma sangat-sangat ingin tahu)
Dia jawap.. "Hahaha" Dia gelak. Lawakkah?
Saya tanya lagi.. "Sekarang memanglah cakap sanggup. Bila sudah kahwin, sebaliknya. Betul?" Haik, kahwin?
Dia mungkin tersenyum di hujung talian, sambil menjawab.. "Bila sudah kahwin, lagi senang. Abang peluk dan cium Sayang, reda lah marah Ayang tu."

Romantiknya rasa. Haha. Gatal.
Akhirnya, kami berbaik semula. Selepas pujukan demi pujukan.

Berdoalah kamu-kamu readers lelaki, jangan ketemu GF macam saya.

Ya. Saya mengaku. Saya ini sebenarnya manusia yang pemarah dan perasa. Sekarang ni, keadaan jadi lebih teruk. Dah jadi macam bom jangka yang bila-bila masa sahaja boleh meletup. Kesianlah orang-orang sekeliling saya.

Till we meet again.


2 Comments:

Anonymous Lead said...

"""""Berdoalah kamu-kamu readers lelaki, jangan ketemu GF macam saya."""""""

ceh......me don't think so.....

macam ko?????...........

09 April, 2009 15:48  
Anonymous Fina said...

Lead,

macam sy?? knapa??
:D

02 June, 2009 22:26  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish