Tuesday, March 31, 2009

Monday, March 30, 2009

MALAM AUDIRASARI

Tersebutlah kisah,
pada hari kejadian..

[1]

[2]

[3]

[4]

[5]

[6]

[7]

[8]

[9]

[10]

[11]

[12]

[13]

[14]

[15]

[16]

[17]

1, 3, 4, 9, 16 = Bukan saja-saja menggedik, lebihkan fokus pada setting dan persekitarannya ya. Hehehehe

2 = Backdrop

5 = Barisan JPMDPP SME Bank

6 = Ketibaan

7 = Barisan VIP

8 = Persembahan dari Audirasari

10 = JPMDPP camwhoring!

11 = Perasmian majlis oleh Puan Siti Noormala Jailani - Penasihat Biro Kesenian & Kebudayaan DPP SME Bank

12 = Dekan COLGIS yang datang mengejut. Fuh

13 = Cabutan Tiket Bertuah

14 = Anugerah Best Dress (Lelaki)

15 = With one of my AJK, Zu. Sayang betul tak sempat nak take pic lagi banyak dengan AJK-AJK lain.. Semua lawa-lawa.

17 = With one of Audirasarian dancer, Wanie. Wanie, tak dapat join pun, datang sokong majlis pun jadilah ye. Hehe


Well, I don't take picture that much. Tak sempat bergambar dengan AJK-AJK projek, malah tidak sempat bergambar pun dengan penari-penari Audirasari sebab majlis berakhir tidak bermakna kerja dah berakhir. Haihhh..

Overall, berpuas hati jugalah. Semua berjalan seperti yang dirancang, dan walaupun ada beberapa perubahan di saat akhir, semuanya diselesaikan macam tarik benang dalam tepung (Eh betul ke?). At least this event doesn't turn out to be such a disaster just like the Malam Nostalgia Warisan.

...

Ouwpss..
Share:

Sunday, March 29, 2009

Saturday, March 28, 2009

Monday, March 23, 2009

Ambivert

Tipe karakter yang memiliki keseimbangan psikologi antara introvert dan extrovert. Tipe ambivert seperti karakter extrovert, suka bersosialisasi dan berkumpul dengan banyak orang dan membicarakan banyak hal, di sisi lain mereka juga suka menyendiri dan menjauh dari lingkungan, seperti tipe introvert. Tipe ini umumnya dapat bergaul akrab dengan lebih dari satu lingkup saja. Karena memiliki banyak lingkup akrab, golongan ambivert sering menjadi renggang perlahan dengan lingkup akrabnya yang memiliki kadar introvert. Sifatnya yang perasa kadang membuatnya jadi moody. Namun sifat easy going membuatnya jadi pribadi yang menyenangkan.

This is me - According to a quiz result (from FB) I took last night.
Share:

It's been a while.

Its been a while.
FINALLY!
After almost 5 days trying to log in to my blogger dashboard! Ini pun terpaksa mengupdate melalui emel sebab bila dah mahu publish entri, the browser's page turn out to be completely blank. DAMN.

Waktu 16hb, saya buat entri yang projek saya sudah diluluskan bukan? Haih. You know what? I have to postpone it to 3oth of April - due to some external problem. Masalah kat jabatan lain.

Anyway.

Biro makanan, kena tambah jumlah peserta lagi sepuluh orang. Biro protokol, buat masa ini tiada masalah sangat. Cuma VIP jemputan belum dapat confirmation lagi. Biro logistik, ada barang tambahan lain dan kena kira kerusi kat dewan sebab JPP can't provide kerusi waktu tu sebab clash dengan Expo Konvokesyen. Barang-barang semua sudah beli, so backdrop kena start buat dah. Hiasan dewan juga kena start dah rancang. Biro Cenderahati, CHECKED. Biro program, cari lagu-lagu berkaitan. Biro Publisiti, tadi sudah selesai edar flyers. Mini-poster itu kena tampal juga - but first kena dapatkan cop pejabat. To my Setiausaha, Ayu, thanx so much dear, Ayu banyak tolong akak. Memang lepas ni pun akan banyak menyusahkan Ayu. Just get ready. Hoho. Ini surat-surat yang perlu ditaip dan diedar segera.

Itu untuk Malam Audirasari. Untuk Pemasyhuran DPP SME Bank (formerly known as DPP Bukit Kachi 2) pula, saya uruskan semua bahagian untuk persembahan. Tidak banyak sangat kerja biro ini. Cari orang untuk perform, dan waktu hari kejadian, ahli biro rasanya kerjanya cuma menjaga peserta-peserta itu supaya tidak berkeliaran dan stay in group. AJK aku tak cari lagi. Baru ada berapa orang entah. Kahkah. Nampak sangat kerja terlalu mudah sampai ambil ringan. What to do? I have two agenda within those 3 days. Sangat pack. Tumpuan diberi lebih kepada Malam Audirasari sebenarnya. Ops. Jangan Fina. Jangan. Take those two events seriously.

Lagi satu, Fie minta saya buat design banner untuk Pemasyhuran. Haik? Saya kat Biro Persembahan - apa kena mengena dengan buat banner? Hehe. Anyway, I'll try Fie. Maybe sebab dia berkenan dengan design tiket dan mini-poster saya kot. Well, other than that, kena deal dengan Pusat Budaya dan Seni untuk upah orang mainkan serunai waktu hari kejadian. SELESAI.

Semalam bergaduh lagi dengan Abang. Ya, bergaduh besar lagi. But no worries - dah settle malam tadi.

"Ayang, abang taknak hubungan kita jadi macam ni. Abang nak jadikan Ayang isteri Abang"
DUSH.
"Abang ikhlas nak pada Ayang. Bukan sekadar main-main"
DUSH!
"Ayang tak ada perasaan kah? Ayang dalam kesusahan, siapa tolong Ayang? Time Ayang exam dulu, sebelum exam, Ayang marah Abang. Last sekali, Abang juga yang hantar balik. Ayang ada masalah dengan kawan, Abang juga tempat Ayang mengadu. Teman Ayang pegi Alor Setar walaupun esoknya ada exam. Beli tiket sama dengan Ayang walaupun Abang lambat ke Miri. Ayang tak pernah ke fikir semua tu? Rasa nak menangis Ayang buat abang macam ni. Abang tahu semua silap Abang, tapi pendirian Ayang berubah dalam sesaat. Abang tak mahu marah-marah kat Ayang sebab semua yang Abang cakap semua salah. Ayang je yang betul. Tegur sikit, Ayang dah merajuk. Sebab tu, segala yang ayang buat, abang diam je."

DUSH DUSH!

Can't you see? Perlu ke saya ceritakan lagi? Baca sekali pun sudah faham kan?
Yah - I'm the worst GF ever.
Abanglah orang yang penyabar sekali menghadapi sikap saya yang mencabar ini. Tiada orang lain lagi agaknya yang mampu terus bersabar macam dia ni.

Saya tanya.. "Sanggup ke hadapi semua tu selama bersama Ayang?"
Dia jawap.. "Sanggup." Sebab dia kata dia cuma mahu saya, dan bukan orang lain.
Saya bertanya lagi dengan curious.. "Abang nak dengan Ayang sebab takut tiada orang lain mahu Abang?" (Kahkah, maafkan saya sebab soalan tidak bertapis ini. Saya cuma sangat-sangat ingin tahu)
Dia jawap.. "Hahaha" Dia gelak. Lawakkah?
Saya tanya lagi.. "Sekarang memanglah cakap sanggup. Bila sudah kahwin, sebaliknya. Betul?" Haik, kahwin?
Dia mungkin tersenyum di hujung talian, sambil menjawab.. "Bila sudah kahwin, lagi senang. Abang peluk dan cium Sayang, reda lah marah Ayang tu."

Romantiknya rasa. Haha. Gatal.
Akhirnya, kami berbaik semula. Selepas pujukan demi pujukan.

Berdoalah kamu-kamu readers lelaki, jangan ketemu GF macam saya.

Ya. Saya mengaku. Saya ini sebenarnya manusia yang pemarah dan perasa. Sekarang ni, keadaan jadi lebih teruk. Dah jadi macam bom jangka yang bila-bila masa sahaja boleh meletup. Kesianlah orang-orang sekeliling saya.

Till we meet again.

Share:

Monday, March 16, 2009

Kertas Projek Sudah Lulus!

Beep.
Satu mesej sampai.
"Nana, Malam Audirasari dah lulus".

Saya. "Tu pertanyaan ke pemberitahuan tu?"
Sebab saya rasa macam tak percaya. Lagipun mana pergi tanda seruan Dayah? Haha.

"Pemberitahuan! Dengan RM 600.00 sahaja!"
Alhamdulillah. Sudah lulus.
Dalam hati saya gelak sedikit. Tanda seruan Dayah yang comel.

6 days waiting. Dalam bajet, sebenarnya saya minta peruntukkan RM 640.00. Well, cut here and there, jadilah RM 600.00.

***

Powerpoint presentation untuk kelas Pak Abu (Etika dan Akta Kaunselor) belum siap lagi. Later!

Share:

Saturday, March 14, 2009

Things I Love

i
Poster Design

ii
Poster Design

iii
Ticket/Invitation Card Design

Untuk poster, kami guna poster yang bertanda (i), untuk tiket/kad jemputan, kami guna hasil design yang bertanda (iii). Tukar dengan tiket/kad jemputan yang saya post pada entri lepas. Ya, at the second thought, my first ticket/invitation card looks a lil' bit crowded and huge. Tidak comel di tangan. Hehe.

Oh how I love it. Haha. Puji hasil kerja sendiri.

Saya sebenarnya sangat looking forward majlis ini. Tapi juga, sangat gementar. I do have confident in it, but still, a bit nervous. OHMYGOD. Betul ke aku ni? Bukankah suka buat muka konfiden? Macam tau semua padahal masih belajar. Kahkah.

Ohya.

Family

My ayah sudah 5 hari di Melaka. Esok his last day. Atas urusan kerjalah kan. Apa lagi. Melaka to Kedah. Haih. He won't coming. Knew it. NVM. Terkenang, Dayah once said - "Dayah tertanya-tanya, macamana Nana (saya) boleh tahan tidak balik kampung satu semester." Sebenarnya, saya sendiri pun tidak pernah fikir macamana saya boleh tahan. Hehe.

Terkenang juga, sudah lama ayah saya tidak ambil vacation. Ambil pun 1-2 hari kalau tidak silap. Sangat singkat. Ayah tidak ambil masa cuti yang panjang. Kalau ambil pun, cuma di rumah saja. Rindu katanya. Iyalah. Seminggu sekali balik rumah. Kesian ayah. Kerja tidak henti.

Ayah, Mak. I miss you. I know sometimes I don't have courage to show it to both of you, but I do..

Sentimental rasanya dalam hati.
Sudah-sudah. Mau sendu-sendu pula.

Exam malam esok. Wish me luck.
Share:

Friday, March 13, 2009

Menulis di bilik JPMDPP..

Sengal lah blogger nih. Mau aplod gambar pun tidak boleh.

Sengal-sengal blogger, sengal lagi anak-anak Audirasari ini. Sejak kumpulan ini gabung dengan pelajar Indonesia, sejak itu kumpulan ini lebih ceria. Gila-gila. SENGAL. Haha.

Tak boleh tahan dengan Aina - rezeki kami murah tiap malam sebab dia. Abang kat cafe suka bagi berplastik-plastik minuman percuma, kadang-kadang kalau nasib baik, akan dapat makanan. Tadi dapat nasi goreng kampung 4 bungkus, mee kungfu sebungkus, dan 4 plastik minuman sejuk. Semua habis dibedal oleh kami 12 orang. Hoho.

Tidak tahulah. Tapi agaknya budak-budak tarian memang macam tu. Kalau berkumpul, ada satu sifat kami semua yang akan tiba-tiba terserlah bersama-sama. Faham tak? GEDIK! Kahkah. Gedik sesama kami sahaja. Mind you.

Ahad ni saya ada exam. Baca pun tidak habis lagi.
Esok ada kursus protokol. Baca pun tidak habis lagi (aik..).
Mau tidur.
Esok kena ke kursus protokol di EDC, kena sedia pada jam 7.30 pagi. Pergi dengan Beatrice. Di sana akan ketemu sama dia. RINDU! ^^

Share:

Thursday, March 12, 2009

Malam Audirasari : Kad Jemputan / Tiket Masuk

gambar sebelum



gambar selepas

Paling utama, saya terpaksa guna lens flare, barulah cop shutterstock itu hilang dari penglihatan. Yang pasti, design dari shutterstock memang lawa-lawa belaka. Cuma, cop itu sangat mengacau. Hehehe.

Saya sengaja letak gambar dalam grey scale sebab memang sudah pasti kami tidak akan menggunakan tiket ini dengan warna. Fotostat aje. Tidak nampak crowded sangatkah? Saya rasa, macam.. Tapi rasanya acceptable juga. I like the concept and the template. Kerana konsep majlis itu saya jangka macam ini - Royal Garden.

Untuk pengetahuan, ini adalah tiket masuk dan juga berperanan sebagai kad jemputan menghadiri majlis Malam Audirasari. Dengan RM 1.00 sahaja. To my fellow UUM especially segelintir mereka yang sangat pasif dengan aktiviti di kolej itu, tolong! Tolong! Tolong! Tolong. Tolong beli dan datang. Kahkahkah. Seriously, tak rugi. Kerana waktu inilah masanya untuk anda melaram-laram. Inilah masanya kita menggedik-gedik dengan pintu Dewan Bukit Kachi tertutup rapat.

Satu lagi, kerana saya ada lesen memasukkan SIRA, bolehkah saya memberi SIRA kepada semua pembeli tiket ? (Err.. maaf Cik Fina silap kaunter, sila datang ke kaunter pertanyaan di bilik JPMDPP SME Bank).

That NCB inside the box at the bottom right stands for Nombor Cabutan Bertuah. Harap maklum.
Share:

Wednesday, March 11, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Saturday, March 07, 2009

By the way,..

Know what?

I was quite serious about finding a love that will last forever and that's why I would always think carefully about the men that I meet before deciding if I could really love them. I look at the person's personality and other aspects of their life before deciding to have an attachment. The person I choose should be the perfect one, if not, I would rather be alone. That's what I think before.

Then, this friend came along. She said - 'You're perfectionist. Be careful though, you could be missing out on some worthy relationships because your standards are so high.'

It's 3 years ago.
Now, you can see me with this person you can NEVER imagine I would be with.

By the way,
that simple 'perfectionist', do hurt.
You are right though.
Special thanks.

Share:

Friday, March 06, 2009

Thursday, March 05, 2009

Mandi cara songsang

Mandi cara songsang. Biasanya ramai antara kita yang mandi bermula dengan menyiram bahagian kepala bukan? Tadi saya ke sini meninjau-ninjau entri terbaru beliau lantas tertarik dengan topik beliau kali ini. Mandi dengan cara yang dimaksudkan itu adalah macam ni - menyiram bahagian kaki dahulu, kemudian secara berperingkat, sampai ke bahagian kepala.

Saya antara mereka yang mengamalkan cara mandi seperti ini (kecuali waktu mandi wajib) setiap kali mandi sejak saya di tingkatan tiga atau empat lagi. Hingga sekarang. Dah tak ingat dari mana saya mendapat pengetahuan itu, tetapi sejak mengetahui petua itu, saya memang percaya bahawa mandi dengan cara itu adalah antara petua kekal awet muda, kerana saya melihat itu adalah perkara yang logik dan boleh diterima akal.

Sampai di sini, saya di ajar pula bahawa mandi macam itu boleh mengurangkan demam waktu kau sedang demam. Ikut pengalaman, macam tidak berkesan tapi kalian bolehlah cuba.

Namun hari ini, saya mendapati bukan semata-mata sebagai bahan pengawet (Aik?), malah ada banyak lagi faedahnya..

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN

Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN SEGAR.
Mengembangkan salur darah otak - Menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap :

  1. Kesihatan yang maksimum.
  2. Mengurangkan tekanan yang telah dihasilkan oleh otak.
  3. Melancarkan perjalanan darah.
  4. Menjadikan pengamal semakin pintar
  5. Meninggikan daya ingatan
  6. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
  7. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  8. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  9. Memiliki daya ketahanan mental
  10. Menambahkan semangat berani
  11. Menguatkan gusi dan gigi ...Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.


Semuanya. InsyALLAH.

Share:

Wednesday, March 04, 2009

Masa dan Alergik

Selepas 3-4 hari perang mulut dan perasaan, kemudian perang dingin pula tak bertegur sapa langsung selama dua hari berturut-turut, akhirnya malam ini kami berbaik semula. Sebab apa? Sebab rindu.

See guys? MASA itu sangat ajaib. Di situlah adanya terapi jiwa. Situ juga ada keajaiban. Pengukuh hubungan. Ada semacam SPELL. Ada pembius. Aku dibius cinta. Kahkah.

Baru balik dari meeting. Sangat-sangat memenatkan. Pening otak. Tahu kenapa? Bukan sebab banyak kerja. Tapi pening tengok orang bercakap laju huhahuhahuha. Tadi pun balik bilik dalam keadaan lemas. Kahkah. Sampai ke situ sekali alergiknya.

Jadi sekarang saya mahu tidur. Bye! Selamat malam semua.

Share:

Sejak jadi JPMDPP...

Aik? Dah 11 followers pula? Ehehe..
Thanks for being one of my followers, Trexx. Trexx is one of my JPMDPP sisters.

Sebut tentang JPMDPP.
Semenjak menjadi JPMDPP ni, selera makan saya sering berubah mengikut musim. Musim apa saya pun tidak tahu. Tidak menentu. Awal-awal dulu, berkuranganlah juga berat badan. Sekarang ini, selera bertambah-tambah pula. Sia-sia saja tiap malam training. Makan terlebih-lebih.

Masa bersenang-lenang juga antara masa yang amat saya tunggu-tunggu. Kalau bukan tidur, akan menaip blog. Kalau bukan, main game The Sims. Tak habis-habis dengan The Sims. Kahkah.

Tidur juga tidak menentu. Contoh, semalam. Sampai pukul 4 pagi pun masih bergelak ketawa di bilik JPMDPP. Buat kerja sambil ada siaran khas dan live. Pukul 4.30 pagi itu baru berada di bilik dan tidur. Tidur dalam sedikit jam pun sudah biasa sekarang ini. Sebab saya ada hujung minggu untuk tidur sepanjang hari. Kahkah.

Terpaksa lebih menumpukan perhatian setotal mungkin waktu di kelas. Kelas saya habis lewat petang setiap hari. Balik bilik biasanya akan ambil nap sebentar untuk merehatkan minda. Bangun sahaja, fikiran set untuk ke aktiviti kolej pula. Seluruh siang untuk akademik, seluruh malam untuk hal kolej. Setiap kali turun bertugas, jarang sekali membawa buku atau nota turun bersama. Tetapi mula malam ini, saya akan mula mencuri-curi mana-mana masa terluang untuk ulangkaji walaupun cuma sebaris ayat setiap kali.

Menjadi JPMDPP juga bermaksud anda akan hidup dalam tekanan. Deadline, approval, penajaan, meeting yang entah bila sudahnya,.. TIDAK termasuk hal akademik - Midterm exam, Quiz, Individual Assignment, Group Assignment.

Ops. Gotta go.

Share:

Monday, March 02, 2009

Here Again

"Dana, boleh ka kau cerita pengalaman kau waktu first time 'kawan' kau dari bulan datang melawat? Haha."

Shut up Fina. Jangan malukan adik sendiri. Kohkohkoh.

Today, found out that one of my dear friend (fellow UUM) kena tahan kat wad sebab kena jangkitan kat sel darah putih. I asked for further explanation, but she refuses it. Harap dia sembuh cepat.

Hari ini kepala meragam pula. Sakit berdenyut-denyut. Haih.

Dear me, tolong jangan jatuh sakit. Tarikh 10 May - akhir bulan Jun dibolehkan sebab waktu itu saya ada di rumah. Sekian terima kasih.


Hoho.

Okaylah dears. Saya tak mandi lagi. Malam ini jam 10 mesyuarat tentang program Pemasyhuran SME Bank. Jam 9 tu latihan tarian dengan budak-budak tarian. Kalau sudah cukup orang, mahu terus pilih orang untuk setiap persembahan, senang sikit kerja. Tak berterabur. Esok petang kelas jam 2-5 petang kemudian malam jam 9 mesyuarat pula untuk projek 20 Mac ini.

Ohya. Saya ada cakap kan yang saya kena hantar borang penyertaan kepada HEAD projek Unitary Cultural Festival. Sepatutnya semalam, tapi dia ada hal. So jumpa petang tadi. Saya sangka saya selama ini beresemes dengan a chinese. Biasanya kalau saling texting dalam bahasa Inggeris, saya atomatik fikir yang itu adalah seorang chinese. Mana dapat fikiran macam itu, tidak tahulah.

Well, tadi jumpa. To my surprise. First question in my mind - 'Why he's so handsome?' Kahkahkah. I don't know, but he seems a bit terganggu. Why? Haha. Who cares. I tak pandang dia pelik, I tak cakap benda-benda yang pelik. Everything just as normal as it has to be, okay. Anyway, he's Indonesian.

Waktu taip entri ini, saya baru dapat confirmation dari budak-budak Sabah dari ADHOC Sabah UUM untuk jadi persembahan jemputan malam 20 Mac itu. Semuanya 14 orang. Terima kasih Olyn.. Sayang sama you all, muah muah muah!

Mahu mandi, mahu makan.

P.s. Follower saya sudah genap 10 orang. Thanks for that new follower :)

Share: