2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Dia dan Dia dan Dia
Monday, February 02, 2009 posted at 11:03 ♥

Psst. Mari sini sekejap.

Mari mari. Mau bagitahu kamu satu rahsia.

Saya sudah bercinta. okey jangan cakap 'bercinta' lah. BERSUKA. Boleh? Sejak sekolah rendah lagi, tau?

Ya, sejak sekolah rendah lagi, saya mula mempunyai perasaan suka pada dia dan dia dan dia.. Tengok, Fina waktu kecil memang penyayang sekali. Ahaha.

Pengakuan berani mati. Malunya. Muka ini rasa panas. Dan TEBAL SEKALI. Hohoho. Mungkin akan menimbulkan sedikit kontroversi. But WITH reasons, okay. Maklumlah, orang kekurangan kasih sayang dan belaian. Ditambah lagi dengan perasaan ingin tahu yang unik tapi normal, dan tarikan magnet terlampau terhadap makhluk sejenis berlawanan jantina. Dan oh, masukkan sekali point ini. Kerana saya comel, cantik, bijak, bersopan santun walaupun masih kanak-kanak. Tidak percaya? Tanya kawan-kawan lama dan family saya.

(Adik-adik, jangan ikut cara Kakak Fina.)

Siapakah itu dia dan dia dan dia? Mereka itu adalah Sonnie, Nick, dan Zief (maaf, tidak boleh letak nama penuh mereka di sini). Kepada Sonnie, jika benar kau sudah berkahwin, then I wish you to have a happy family. Kepada Nick yang sudah lost contact after Form 6, semoga khabarmu baik-baik saja walau di mana berada. Kepada Zief.. Erm. I’m sorry for everything dear. Whatever happen between us always makes me realize, how LOVE can torn all apart, even for friendship. Dan sesungguhnya cinta itu telah membunuh persahabatan kita.

Nick adalah teman lelaki pertama saya. Very the puppy love. Sweet. Memorable. And all rose. Saya sudah tidak berapa ingat berapa lama kami bersama, 4 bulan mungkin. Tidak lama sangat. Kami bercinta melalui surat-surat. Bila bertentang dua mata salah satu pasang mata akan tertunduk malu-malu. Saling membantu dalam pelajaran (Ikut yang ini ya adik-adik). We don’t talk too much, we don’t see each other too much, - but we talk much enough on the telephone. Kami biasa diusik-usik rakan-rakan lain, kami biasa berbalas senyum dari kejauhan dan everything yang sweet sweet. Oh.. Aku mau balik pada waktu itu boleh? Tapi mau main senyum-senyum malu dari jauh dengan cik abang sayang saya. Siap kenyit-kenyit. Campak-campak batu. Ok adik-adik, kalau bercinta, bercinta macam ini. Sangat dramatik dan boleh dibuat filem cinta kanak-kanak dan boleh pula menang gilang gemilang dalam Festival Filem. Kalah cerita Mukhsin you. Hahaha. Okay, tak lawak.

Zief? Haih. Seronok mengimbau masa lalu, satu esemes menyedarkan saya untuk balik ke alam realiti. Hilang awan-awan dan bunga-bungaan yang berlegar-legar atas kepala. Projek 2009, projek 2009. Neno0o neno0o.

Nanti update lagi. Saya ada hal sampai tengah malam.

03 Febuari 2009
Okey. Mau update la ni.

Zief. Dulu, waktu kanak-kanak, dia ini lah antara penyeri hidup saya. Dia sejak kanak-kanak lagi sudah terserlah jiwa romantik dan womanizernya. Dia tidak pernah kehilangan semangat dan sangat optimis dalam kerja mentackle. Sangat berkobar-kobar dan sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan pendiriannya. At times, kami-kami yang menjadi saksi yang termalu sendiri dengan keberaniannya dan tidak tahu malu itu, tapi dia pula sebaliknya amat berbangga. Haha. Unik kan kanak-kanak seperti ini?? Sangat something.

Saya ini adalah mangsa utamanya. Saya yang selalu termalu dan kerapkali terpura-pura marah sebenarnya. Alahai, kanak-kanak perempuan yang sweet macam itu lah. Marah-marah tapi suka. Cium beg sekolah saya, cium kerusi dan meja saya, pura-pura terambil pensel, main kenyit-kenyit mata, dan ke mana saya ada dia pasti juga ada. Kind of a stalker. A cute stalker.

Itu waktu di sekolah rendah. Menginjak ke tingkatan satu, masing-masing terpisah. Lost contact.

Kemudian, waktu tingkatan dua pula. Dengan Zar. Haih, dengar kata, sekarang ini sudah kahwin pun.

Kemudian Pipie. Atau S. Pipie itu nama manja. Jika kalian mengikuti perkembangan blog ini, pada entri-entri terawal, sangat banyak entri yang merujuk pada dia. Sebab, bercinta dengannya-lah yang banyak mematangkan aku. Tentang segalanya tentang hidup, bukan setakat dalam dunia percintaan semata-mata. Ajaibnya cinta. Sangat ajaib. After circles and triangles, we'd broke up. The worst part of my life. The first cut is the deepest, told you.

And Zief, again, kami bertemu semula waktu sekitar dua bulan lagi peperiksaan STPM. Tahun 2005. Masing-masing sudah matang, dan dia masih tidak berubah. Masih lagi menyimpan rasa yang sama. Haih. Its unbelievable. Semua tentang saya dalam dirinya bermula sejak kami masing-masing berumur 5 tahun (Kami mula kenal waktu umur 5 tahun), dan tak sangka, kenangan usik-usikan dan gurau-gurauan itu menumbuhkan sesuatu dalam hatinya. Hati saya amat susah waktu itu. Dia menagih hati saya saat hati saya telah dihancurkan oleh orang lain.

Kemudian, di UUM ini. Haih. Sory guys. I don't think so. Too early. Tunggulah sampai saya grad, saya akan cerita :) Sebenarnya banyak lagi yang tidak saya sebut. Kalau campur-campur semua, means yang terasa special even tidak involve dalam perhubungan dan yang betul-betul memang involve dalam hubungan, erm.. lebih dari 10 orang. Ramai lah kot. Jadi jangan main-main dengan aura Cik Fina. Haha.

Semuanya banyak bermula dari persahabatan semata-mata. Bukankah cinta itu bermula dari persahabatan? :)

Labels:


2 Comments:

Anonymous shima said...

sy suka entry yang ini. tetibe sy pun ter-imbau kenangan kenangan dulu. yes, setuju. cinta bermula dari persahabatan. AND, the 1st cut is the deepest. :)

p/s: bile baca entry ini, sy turut merasakan..."wah, pjg lagi perjalanan hidup saya.." sbb eventho ive been in several rship tp sy br rasa sy jatuh cinta skali..and br rasa "sakit" time tu. hmm long way to go kan? bukan mcm cik fina..hampir menuju ke jinjang pelamin mungkin? :)

09 February, 2009 11:28  
Anonymous Fina said...

shima,

omg, jgn sbut ke jinjang pelamin itu. haha. menggigil lutut. still pjg lg kehidupan. study tak bhs lagi, karier tak dibina lagi.. :D

02 June, 2009 22:06  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish