Wednesday, February 18, 2009

Bila Free..

Pagi ke kelas Prof Makzan dengan lawak sinikalnya. Ke kelas Cik Nabisah yang suasana kelas macam bilik darjah tahun satu. Kemudian balik kolej untuk dapatkan tandatangan pengetua, balik sebentar ke bilik, kemudian pergi kelas Pak Abu pula dengan kepala terangguk-angguk mengantuk padahal duduk barisan tengah paling hadapan. Nasib baik pandai cover. Helo. Kakak tidur pukul dua semalam ya. Kakak biasa tidur 12 jam sehari. Jaga kulit gebu. Tapi tadi bangun pukul 9 pagi. Sangat awal. Haha.

Kemudian balik ke kolej dengan azam berkobar-kobar, bila sampai bilik sahaja, saya mahu terus terjun atas katil. Singgah kafe beli ketul-ketul ais dan pasembor.

Sampai bilik terus buat air. Duh, nikmat sungguh. Cuaca akhir-akhir ni sangat-sangat menyakitkan kepala. Panas lain macam. Teringat kampung halaman.

Salam. Jom main hoki saja-saja je! Kat court bola tampar blok D pukul 6.15 petang ni! Jom lah turun semua! Encik Khairi ajak!


Esemes ni dari Dayah. Suka betul dia ni guna tanda seru dalam esemes. Tapi, bila teringat cara dia bercakap di luar pun, memang wajarlah.

Kalau rajin petang ni, saya turunlah.. Aik? Aku turun bersukan?? Haha.

Sekarang sudah jam 5.48 petang. Niat mahu tidur sekejap tidak jadi - mau main game The Sims. Memang aku pantang dengan masa free. Aku obses mau main game tiap kali aku free. Duniawi betul minah ni.

Malam ini rehearsal di Dewan Bukit Kachi untuk program COLGIS Spring Festival.

Satu lagi. Kirim salam buat Cik Norfazila Pahin yang baru update blog dia, dan Encik Armin Insani yang baru mengesemes saya tadi. Miss both of you guys! :) For my followers and new followers tidak kira lah yang tersenarai atau yang tidak tersenarai, masih saya katakan di sini, kehadiran kalian amat saya hargai kerana kesudian kalian membaca setiap entri di sini dengan menerima apa adanya saya merupakan satu hadiah berharga bagi saya. Rumah Sufilara ini adalah tempat hati saya berlindung.. Terima kasih yang tidak terhingga.

Jom main game!

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for simply being here! *love*